Mohamad Noor Syauqi b. Mohammad Shafiee



Yüklə 0,5 Mb.
səhifə6/6
tarix07.04.2018
ölçüsü0,5 Mb.
#47419
1   2   3   4   5   6

Biodata
S OTHMAN KELANTAN atau nama sebenarnya Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.
Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA.
Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais UUM).
S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja.
Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian.
Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina.
Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan.
Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan.

Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa).
Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). Ketika menerima anugerah sasterawan negara dari Yang di-Pertuan Agong, Arwah S Othman Kelantan juga telah mengkritik keras pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan pada ketika itu.
Beliau meninggal pada 11.45 malam 31 Julai 2008 di Hospital Serdang kerana kerumitan serangan sakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Serdang selama dua minggu akibat sakit jantung, paru-paru berair dan juga tekanan darah rendah.

Jenazah beliau disimpan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, Selangor.

SINOPSIS NOVEL JUARA

S. Othman Kelantan menujukan bukunya yang berjudul ‘Juara’ kepada ‘pahlawan-pahlawan merdeka yang dilupakan’. Ia satu ungkapan sesuai bagi inti buku tersebut. Ia mengisahkan seorang ahli politik yang telah diusir ke selatan Siam dan menggantikan semangat kempennya dari arena politik ke arena laga lembu. Segala jiwanya diletakkan di situ, sepertimana telah dibuat waktu berjuang dalam dunia politik awal-awal kemerdekaan Malaya.

Watak utama buku ‘Juara’ bernama Mamat. Dia terkenal sebagai pengendali lembu yang cekap dengan pengikut-pengikutnya sendiri dan lembu-lembu laganya yang digeruni di setiap gelanggang laga lembu di Selatan Siam. Mamat seorang bekas ahli politik di Kelantan, tetapi oleh kerana kalah dalam pilihanraya dia dan seisi keluarganya terpaksa berpindah ke Selatan Siam kerana malu. Sedang dia dan keluarganya mula serasi dengan kehidupan baru mereka, tercetus dendam dengan sebuah kumpulan pelaga lembu lain yang diketuai oleh Pak Isa. Pergolakan berlaku apabila ada yang dengki dan ada yang tamak. Apabila dendam berputik, pertaruhan duit dan nyawa terlalu mudah melayang dalam kehidupan mereka-mereka yang tersisih di situ.

Amat asyik membaca buku ini kerana bahasanya diolah dengan sempurna oleh penulis. Suasana penduduk kampong membawa pembaca dekat dengan susah senang dan nahu kehidupan di Selatan Siam. Setiap inci dunia laga lembu pula di terangkan dengan santai. Penulis menggambarkan selok belok pemeliharaan lembu-lembu jantan untuk dijadikan lembu laga, detik-detik cemas di antara kalah dan menang di dalam gelanggang laga lembu (atau dikenali sebagai bong), dan cara-cara licik seseorang pengendali lembu memenangi sesuatu perlawanan.

Watak-watak yang dipersembahkan oleh sipenulis tidak seorang pun boleh dikatakan tulus atau benar-benar bersih. Mamat bukannya hero yang mudah dfahami kewiraannya, dia adalah seseorang yang sanggup menang walau dengan apa caranya dan apa harganya, biarpun nyawa dan keluarga diancam. Hidupnya berdasarkan nama. Pengikut-pengikut Mamat pula terlalu senang menghunus senjata untuk membalas dendam dan menumpahkan darah. Unsur cinta yang di kemukakan juga terasa matang, di antara anak Mamat yang seorang janda dengan orang kuat Mamat yang tidak takut membasahi buku limanya dengan darah musuh. Ia membawa suatu suasana yang murung pada kesuluruhan novel ini. Kemuncak ceritanya juga tidak terasa seperti satu babak keinsafan, sebaliknya ia satu kejayaan suatu jiwa yang sanggup apa-apa untuk kemenangan menyeluruh terhadap musuhnya.

Ada terasa Chandler dan Hammet di sini dengan watak-watak anti-hero dan suasana kehidupan yang sentiasa diawasi oleh musuh. Juga olahan ayat-ayat pendek yang menarik perhatian sipembaca. Secara keseluruhan ia satu novel yang penuh dengan babak-babak dramatis dan getir, mempamerkan kemelut hidup di dalam dunia laga lembu. Apa yang lebih menarik ialah bayangan yang dibuat oleh penulis bagi dunia politik dan dunia melaga lembu. Ada satu perenggan yang mengungkap ilham ini:

Gelanggang politik dengan gelanggang lembu tidak jauh bezanya dalam praktik. Lembu itu pun sama dengan politik. Sama-sam diperjudikan. Kalau lembu kalah orangnya pun kalah. Kalau politik kalah orangnya pun kalah. Politik itu lembu. Dan, lembu itu politik, fikir Mamat sebentar.”

Ia mungkin fikiran tipis, dan sudah tentu dunia politik lebih sulit dari dunia laga lembu, tetapi ada kebenarannya. Politik hanya pentingkan kemenangan; ia membawa segala-galanya, dan kekalahan pula membawa hanya kekosongan. Kemenangan politik membawa kontrak, keahlian panel, gran, pinjaman, imbuhan, ap, dan berbagai lagi kemudahan. Kemenangan itu sudah menjadi matlamat utama, dan jika tidak tercapai calon itu dicampak pergi kerana tiada gunanya lagi. Tidak ternampak apa isi sebenar yang teramanah dalam pencalonan seseorang itu ke dalam badan politik. Prinsip dan keadilan tidak wujud. Begitulah juga dalam gelanggang laga lembu di mana kemenangan membawa segalanya dan kekalahan boleh membawa maut.


GAMBAR KENANGAN




Yüklə 0,5 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin