DAN BERKURANG
Para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berjalan di atas manhaj Salaf as-Soleh, mereka sekalian tidak berselisih pendapat bahawa iman itu bertambah (kuat iman) melalui ketaataan dan berkurang (lemah iman) akibat melakukan kemaksiatan.20 Imam Al-Bukhari rahimahullah di dalam kitab sahihnya menjelaskan bahawa:
"Iman itu adalah merupakan ucapan dan perbuatan. Ia bertambah dan berkurang".
Hal keadaan iman yang boleh bertambah (kuat iman) dan berkurangan (lemah iman) telah dijelaskan di beberapa dalil dari firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala dan hadith-hadith sahih. Antara dalil-dalil tersebut ialah:
هُوَ الَّذِيْ اَنْزَلَ السَّكِيْنَةَ فِى قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ لِيَزْدَادُوْا اِيْمَنًا مَّعَ اِيْمَانِهِمْ.
"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah disamping keimanan mereka (yang telah ada)".
Al-Fath, 48:4.
وَاِذَا مَآ اُنْزِلَتْ سُـوْرَةٌ فَمِنْهُمْ مَّنْ يَّقُوْلُ اَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَذِهِ اِيْمَانًا فَاَمَّا الَّذِيْنَ آمَنُوْا فَزَادَتْهُمْ اِيْمَانًا وَّهُمْ يَسْـتَبْشِـرُوْنَ . وَاَمَّا الَّذِيْنَ فِى قُلُوْبِهِمْ مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًـا اِلَى رِجْسِهِمْ وَمَاتُوْا وَهُمْ كَافِرُوْنَ .
"Dan apabila diturunkan suatu surat maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini? Adapun orang-orang yang beriman maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira. Adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafirannya (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadan kafir".
At-Taubah, 9:124-125.
اِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوْا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى.
"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambah kepada mereka petunjuk (Allah tambah keimanan mereka)".
Al-Kahfi, 18:13.
وَالَّذِيْنَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَءَاتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ.
"Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah menambah petunjuk (iman) mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketakwaannya".
Muhammad, 47:17.
فَاخْشَوْهُمْ فَزَادُهُمْ اِيْمَانًا.
"Oleh kerana itu takutlah kepada mereka maka perkataan itu menambah keimanan mereka".
Ali Imran, 3:173.
وَيَزِيْدُ اللهُ الَّذِيْنَ اهْتَدَوْا هُدًى.
"Dan akan menambah petunjuk (keimanan) kepada mereka yang telah mendapat petunjuk".
Maryam, 19:76.
وَلَمَّا رَءَا الْمُؤْمِنُوْنَ اْلاَحْـزَابَ قَالُوْا هَذَا مَا وَعَـدَنَا اللهُ وَرَسُوْلُهُ وَصَدَقَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ وَمَا زَادَهُمْ اِلاَّ اِيْمَانًا وَتَسْلِيْمًا.
"Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita. Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan kedudukan".
Al-Ahzab, 33:22.
Terdapat hadith-hadith sahih yang menerangkan tentang bolehnya bertambah atau berkurangnya iman seseorang hamba kepada Allah Azza wa-Jalla:
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلاِيْمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُوْنَ شُـعْبَة ، فَافْضَلُهَا قَوْلُ لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاَدْنَاهَا اِمَاطَةُ اْلاَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الاِيْمَانِ.
"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Iman itu beberapa tingkatan dan sehingga tujuh puluh tingkatan, yang paling mulia ucapan (لا اله الا الله). "Tidak ada tuhan yang diibadahi dengan hak kecuali Allah" dan yang serendah-rendahnya ialah membuang sesuatu yang membahayakan dari jalanan, dan malu itu sebahagian dari iman".21
عَنْ اَبِيْ سَـعِيدِ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَـمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَنْ رَاَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ ، فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ ، فَاِنْ لَمْ يَسْتِطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ اْلاِيْمَانِ.
"Dari Sa'ied al-Khudri radiallahu 'anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Sesiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, maka jika sekiranya tidak berdaya, maka (ubahlah) dengan lidahnya dan jika tidak berdaya, maka ubahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman".22
Menurut fatwa Imam Syafie rahimahullah yang dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dari Ar-Rabii' bin Sulaiman, beliau telah menegaskan bahawa iman itu perkataan dan perbuatan, berkurang (lemah) dan bertambah (kuat iman). Sebagaimana penjelasan beliau:
سَمِعْتُ الشَّافِعِي يَقُوْلُ : اَلاِيْمَانُ قَوْلٌ وَعَمَلٌ يَزِيْدُ وَيَنْقُصُ.
"Aku telah mendengar Syafie berkata: Iman itu perkataan (ucapan/pengakuan), beramal (amalan) dan iman itu bertambah dan berkurang".23
Abu Abdullah Sufyan bin Sa'ed Ath-Thauri radiallahu 'anhu menjelaskan tentang iman:
عَنْ اَبِيْ عَبْدِ اللهِ سُفْيَانِ بْنِ سَعِيْدِ الثَّوْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : اَلاِيْمَانُ قَوْلٌ وَعَمَلٌ وَنِيَّةٌ ، يَزِيْدُ وَيَنْقُصُ ، يَزِيْدُ بَالطَّاعَةِ وَيَنْقُصُ بَالْمَعْصِيَّةِ.
"Dari Abi Abdullah Sufyan bin Sa'ed Ath-Thauri: Iman itu berupa perkataan (ucapan), amalan dan niat, bertambah dan berkurangan. Ia bertambah dengan ketaatan dan berkurangan disebabkan maksiat".24
Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dari Abi Muhammad Az-Zabiri berkata:
"Berkata seorang lelaki kepada Syafie: Apakah amal yang afdal di sisi Allah? Berkata Syafie: Apa saja amal yang tidak akan diterima kecuali dengannya. Lelaki itu bertanya: Apakah itu? Beliau berkata: Iman kepada Allah yang tidak ada Tuhan kecuali Dia. Dengannya segala amal diangkat darjatnya, dimuliakan kedudukannya. Berkata lelaki itu lagi: Tidakkah engkau mahu mengkhabarkan kepadaku tentang iman, apakah ia perkataan dan amal atau perkataan tanpa amal? Syafie berkata: Iman ialah beramal kerana Allah dan ucapan setelah melaksanakan amal tersebut. Berkata lelaki itu: Sifatkan kepadaku itu semua sehingga aku faham. Berkata Syafie: Sesungguhnya Iman itu berada dibeberapa darajat dan tingkatan, antaranya ada yang benar-benar sempurna dan ada yang berkurangan sehingga jelas kekurangannya. Berkata lelaki tersebut: Iman (ada kalanya Pent. ) tidak sempurna, berkurangan dan bertambah? Berkata Imam syafie: Ya betul".25
KESEMPURNAAN IMAN
ADALAH KESEMPURNAAN AGAMA
Keimanan atau akidah tidak boleh dipisahkan dengan persoalan agama. Akidah adalah asas agama, ia berhubung kait secara langsung dengan semua tuntutan agama, malah akidah meliputi apa sahaja yang dinamakan agama secara keseluruhannya. Tidak boleh dianggap beragama bagi sesiapa yang tidak beriman, begitu juga tidak boleh dianggap beragama bagi sesiapa yang ingkar untuk melaksanakan segala amal yang dituntut oleh keimanannya. Keterangan ini telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melalui sabda baginda dari riwayat Wafdi Abdul Qais:
آمُرُكُمْ بِاْلاِيْمَانِ بِاللهِ وَحْدَهُ قَالَ : اَتَدْرُوْنَ مَااْلاِيْمَانُ بِاللهِ وَحْـدَهُ ؟ قَالُوْا : اَللهُ وَرَسُــوْلُهُ اَعْلَمُ . قَالَ : شَـهَادَةُ اَنْ
لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاَنَّ مُحَمَّدًا رَسُـوْلُ اللهِ وَاِقَامُ الصَّلاَةِ وِايْتَاءُ الزَّكَاةِ وَاَنْ تُؤَدُّوْا مِنَ الْمَغْنَمِ الْخُمُسِ.
"Aku perintahkan kamu hanya beriman kepada Allah sahaja. Rasulullah seterusnya bersabda: Tahukah kamu apa makna beriman kepada Allah yang satu? Mereka menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Baginda bersabda lagi: Syahadatu an laa ilaaha illallah, wa anna Muhammadan rasulullah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan menunaikan seperlima harta ghanimah".
Seseorang yang mengakui beriman kepada agama Allah (Islam) tidak boleh mempunyai dua keimanan (akidah), kepercayaan atau ideologi yang lain di hatinya, sesiapa yang berbuat demikian telah melakukan kesyirikan terhadap Allah. Allah berfirman:
مَا جَعَلَ اللهُ لِرَجُلٍ مِّنْ قَلْبَيْنِ فِى جَوْفِهِ.
"Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seorang (insan) dua buah hati dalam rongganya (tubuhnya)".
Al-Ahzab, 33:4.
Dari semua hujah-hujah di atas jelas menunjukkan bahawa iman itu boleh bertambah dan boleh berkurangan. Bertambahnya iman melalui ketaatan (amal soleh) dan juga dengan bertambahnya ilmu. Berkurangnya pula akibat banyaknya melakukan kemaksiatan dan kejahilan.
Iman juga terangkum dalam makna amal soleh terutamanya sembahyang, kerana dalam mengamalkan sembahyang terkumpul amalan hati, pengucapan dan pengikraran di lisan serta pembuktian melalui anggota badan (عمل الجوارح).
SYARAT-SYARAT KALIMAH
LAA ILAAHA ILLALLAH
(لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ)
Sudah diketahui secara ittifak (dipersetujui) oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpandukan manhaj Salaf as-Soleh, bahawa melafazkan dua kalimah syahadah adalah wajib kecuali ke atas orang yang tidak boleh bertutur kata (bisu).26 Sempurnanya keIslaman seorang muslim sehingga menjadi seorang mukmin yang benar-benar beriman dan sempurna imannya, hanya setelah melafazkan dua kalimah syahadah, kemudian mengetahui dan faham akan makna dan maksud pengucapan dan pengakuannya. Benarnya kenyataan ini berdasarkan kepada sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:
اُمِرْتُ اَنْ اُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّىيَقُوْلُوْا لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ وَاَنِّيْ رَسُوْلُ اللهِ.
"Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan: Tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah Rasulullah".27
مَنْ قَالَ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَكَـفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُوْنِ اللهِ حَـرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ.
"Sesiapa yang mengucapkan: لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ "Tiada tuhan yang diibadahi/disembah melainkan Allah" dan mengkufuri sembahan selain Allah, maka harta dan kehormatannya terpelihara".28
Begitu juga, para ulama akidah yang berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh bersepakat bahawa setakat mengucapkan dua kalimah syahadah (kalimah tauhid) sahaja belum memadai, sebaliknya mestilah juga mengetahui segala rukun, syarat serta tuntutannya yang wajib difahami dan dilaksanakan setelah mengikrarkan dan mengetahuinya.
Seterusnya tuntutan ini perlu dilaksanakan agar kalimah tersebut memberikan manfaat kepada seseorang yang benar-benar telah percaya, beriman, berilmu dan mengikrarkannya, kerana tidak ada manfaat bagi si pengucapnya kecuali setelah terkumpul baginya rukun dan syarat-syaratnya.29 Adapun rukun-rukun kalimah tauhid yang wajib diketahui oleh seseorang yang mukallaf sebagaimana yang dituntut oleh syara ialah:
Syarat Pertama:
ILMU
Ilmu menurut Bahasa Arab ialah: "Pengetahuan secara pasti terhadap sesuatu sesuai dengan hakikatnya". Keadaan ilmu (pengetahuan) seseorang manusia ada beberapa peringkat:
Pertama: Seseorang yang berilmu pengetahuan secara pasti terhadap sesuatu sesuai dengan hakikatnya.
Kedua: Seseorang yang dianggap jahil tetapi jahil yang basit (al-Jahlul Basit), iaitu tidak diketahuinya sesuatu secara keseluruhan.
Ketiga: Seseorang yang dianggap jahil murakkab (Al-Jahlul Murakkab) iaitu berpengetahuan terhadap sesuatu perkara yang berlawanan dengan hakikat sebenarnya dari sesuatu itu.
Keempat: Seseorang yang waham (tidak pasti), iaitu pengetahuannya terhadap sesuatu yang dimungkinkan berlawanan dengan hakikat.
Kelima: Seseorang yang merasa syak, iaitu pengetahuannya terhadap sesuatu hanya didasari syak-syak yang berkemungkinan berlawanan dengan yang hak.
Keenam: Seseorang yang zan (berperasangka) terhadap sesuatu yang besar kemungkinan ilmunya bertentangan dengan hakikat.
Ilmu atau mengetahui makna dua kalimah syahadah dengan dimensinya menjadi syarat kepada kalimah tauhid. Penafian dan penetapan dijadikan rukun kerana hanya dengan panduan ilmu dapat dilaksanakan segala tuntutan rukun serta syarat-syarat kalimah tauhid ini dengan sempurna. Melalui ilmu seorang mukmin dapat memahami semua syarat-yarat kalimah tauhid serta dua rukunnya yang berupa penafian dan pengithbatan yang wajib diketahui oleh setiap mukmin. Adapun rukun kalimah tauhid yang telah ditetapkan dan disepakati oleh sekalian ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah:
(1). Rukun Pertama Penafian: Penafian(نَفْيٌ) dalam kalimah tauhid (لا اله الا الله) ialah terdapat pada huruf "Laa" (لا) yang dikenali sebagai huruf "nafyun", ini bermakna bahawa kalimah(لااله) : memberi maksud: "Menafikan adanya tuhan atau menafikan semua sembahan yang berhak diibadahi selain Allah".
(2). Rukun Kedua Ithbat: Mengithbatkan dengan huruf (اِلاَّ) yang dikenali sebagai huruf "istisna". Ini bermakna bahawa kalimah(الا الله) yang terdapat huruf "istisna" di dalamnya telah mengecualikan untuk mengithbatkan bahawa "Hanya Allah sebagai Tuhan yang berhak disembah atau menetapkan hak uluhiyah hanya bagi Allah semata".
Dengan kaedah lain bahawa kalimah ini dapat dirumuskan, iaitu:
1- Pertama: Penafian(لا اله) "Menafikan adanya tuhan" yang mana kalimah ini ditafsirkan oleh ulama tafsir dan ulama tauhid sebagai(لامعبود بحق) "Tidak ada tuhan yang berhak diibadahi/disembah". Dan rukun yang kedua sebagai penyempurna.
2- Kedua: Pengithbatan(الا الله) "Mengithbatkan hanya ketuhanan Allah". Iaitu mengithbatkan (اثبات), menentukan atau menetapkan bahawa: "Hanya Allah Yang Esa sahaja Tuhan yang berhak disembah (diibadahi) dengan menafikan selainNya".
Adapun dalil wajibnya berilmu tentang kalimah tauhid ini ialah firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:
فَاعْلَمْ اَنَّهُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ.
"Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan (yang hak) melainkan Allah".
Muhammad, 47:19.
Amat jelas bahawa lafaz suruhan atau perintah "ketahuilah" di ayat ini menunjukkan suruhan yang wajib. Iaitu wajib mengetahui dan memahami kalimah tauhid melalui ilmu. Dan antara maksud ayat di atas ialah:
"Ketahuilah wahai Rasul! Sesungguhnya tidak ada yang berhak disembah (diibadahi) selain Dia (Allah), dan engkau serta sekalian makhluk tidak disuruh menyembah melainkan hanya kepada Allah Ta'ala yang telah menjadikan segala makhluk"30
Syarat untuk masuk ke syurga ialah tauhid atau muwahhid(موحد) "Mengesakan Allah". Ini akan menjadi kenyataan dengan berilmu atau berpengetahuan tentang kalimah tauhid (لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ). Ilmu atau pengetahuan tentang kalimah ini akan menyempurnakan, menguatkan dan meyakinkan pegangan tauhid seseorang, ini perlu dikekalkan sehinggalah ia mati.
Semua perkara yang dinyatakan di atas telah dikhabarkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melalui sabdanya:
مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمْ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ دَخَلَ الْجَنَّة.
"Sesiapa yang mati sedangkan dia tahu (mengenali) bahawa tiada ilah (tuhan) yang berhak diibadahi melainkian Allah, maka dia masuk syurga".31
Dengan ini amat jelas bahawa seseorang itu tidak akan sempurna keimanannya jika tidak mengetahui dan memahami pengertian kalimah yang dikenali dengan kalimah iman, kalimah syahadah, kalimah tauhid, kalimah ikhlas atau kalimah Allah iaitu: (لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ) yang memberi maksud: "Tidak ada sesuatu yang layak disembah (diibadahi) dengan sebenarnya (dengan hak) kecuali Allah".
Penjelasan di atas yang berpandukan kepada hujjah dapat dikuatkan dan dijelaskan sekali lagi dengan penetapan ulama usuluddin bahawa:
"Di dalam kalimah ini terkandung maksud peniadaan (penafian) akan adanya tuhan yang wajib diibadahi selain Allah, kemudian menetapkan (mengithbatkan) hanya Allah sahaja satu-satunya Ilah (Tuhan) Yang Hak (Yang Benar) yang wajib disembah, diibadahi, dipatuhi dan diketahui (dikenali)".
Oleh kerana setiap mukmin wajib mentaati, menyembah dan beribadah hanya kepada Allah Azza wa-Jalla sahaja yang tidak boleh disekutukan dengan yang lain, maka wajib bagi setiap mukmin mengenal (mengetahui) makna, maksud dan erti sebenar kalimah Ilah yang terdapat di dalam kalimah tauhid.
Adapun sebab wajibnya memahami kalimah tauhid dan juga maksud kalimah Ilah yang terdapat di dalam kalimah tauhid, ialah untuk memenuhi perintah Allah yang berupa peringatan yang tegas sebagaimana yang terdapat di dalam firmanNya:
فَاعْلَمْ اَنَّهُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ.
"Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan melainkan Allah".
Muhammad, 47:19
Berkata Ibn Sa'edi rahimahullah:
"Sewajarnya seseorang itu berilmu tentangnya (kalimah tauhid) sehingga memantapkan hati, dan berpengetahuan dengan memenuhi tuntutan ilmu dan kesempurnaannya agar dapat melaksanakan segala tuntutannya".32
Maksud(فَاعْلَمْ) : "Ketahuilah!" di ayat ini ialah mengetahui yang hak iaitu tauhid33 sebagaimana firman Allah:
اِلاَّ مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ.
"Tetapi orang yang mengetahui yang hak (tauhid) dan mereka meyakini(nya)".
Az-Zukhruf, 43:86.
Lawan dari ilmu adalah jahil atau ketidaktahuan tentang makna syahadah.
Syarat Kedua:
YAKIN
Menurut ahli ilmu, yakin adalah sifat ilmu. Yakin terhadap syahadah bermakna mengetahui dengan sempurna makna syahadah tanpa sedikit pun keraguan terhadap makna tersebut sehingga tidak ada sesuatu yang bertentangan dengan keyakinannya di dalam hatinya.
Yakin atau percaya juga memberi maksud:
"Yang mengucapkannya benar-benar mengetahui dan percaya tentang apa yang diucapkan kerana berdasarkan dalil-dalil yang mantap, yang tidak ada rasa syak padanya dan tidak diragukan".
Sebagaimana firman Allah:
اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا بِاللهِ وَرَسُوْلِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوْا وَجَاهَدُوْا بِاَمْوَالِهِمْ وَاَنْفُسِهِمْ فِى سَبِيْلِ اللهِ اُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُوْنَ.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah serta beriman kepada RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar".
Al-Hujurat, 49:15.
Keraguan pula berlawanan dengan keyakinan dan ilmu, oleh itu syarat keyakinan mestilah meninggalkan lawannya iaitu was-was dan keraguan dalam mengimani kalimah syahadah lahir dan batin. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah menjelaskan hakikat ini dengan sabdanya:
مَنْ لَقِيْتُ مِنْ وَرَاءِ هَذَا الْحَائِطِ يَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ مُسْتَيْقِنًا بِهَا قَلْبَهُ فَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّة.
"Sesiapa yang menemui aku di sebalik tembuk ini sedangkan dia bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dengan penuh keyakinan terhadapnya di hatinya, maka berilah khabar berita gembira kepadanya dengan syurga".34
مَنْ يَشْـهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاَنِّيْ رَسُوْلُ اللهِ لاَ يَلْقَى اللهَ بِهِمَا عَبْدٌ غَيْرَ شَاكٍ فِيْهَا اِلاَّ دَخَلَ الْجَنَّةَ. (وَفِى رِوَايَةٍ).
"Sesiapa yang mengucapkan bahawa tidak ada tuhan (yang hak) kecuali Allah dan sesungguhnya aku Rasulullah, tidaklah seorang hamba menemui Allah dengan dua kalimah syahadah tanpa syak (ragu-ragu) dengannya maka tidak lain kecuali dia akan dimasukkan ke syurga". Diriwayat yang lain: Tidaklah seorang hamba menemui Allah dengan dua kalimah syahadah tersebut tanpa ada syak tentangnya maka baginya adalah syurga".35
Lawan keyakinan ialah keraguan. Agar keyakinan terhadap kalimah tauhid tidak tergugat, maka ilmu yang berkaitan dengan kalimah ini adalah penyelamatnya, kerana orang-orang yang berilmu sentiasa meyakini akidah yang dipegangnya, keyakinan akan menghapuskan segala keraguannya sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya:
شَهِدَ اللهُ اَنَّهُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَاُوْلُوْا الْعِلْمِ قَآئِمًا بِالْقِسْطِ لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ.
"Allah menyatakan bahawasanya tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu yang menegakkan keadilan juga menyatakan yang demikian itu. Tidak ada tuhan (yang berhak diibadahi) melainkan Dia. Yang Maha Perkasa lagi Yang Maha Bijaksana".
Ali Imran, 3:18.
Syarat Ketiga:
PERCAYA
Antara pengertian kalimah percaya (الصدق) ialah:
"Apa yang terbisik (tersemat) di hati, ianya berketepatan (tidak berbeza) dengan apa yang dinyatakan (dilahirkan)"36
Menurut ahli ilmu, kalimah iman bersinonim dengan percaya atau bertimbal-balik sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqalani apabila mensyarahkan kalimah iman:
اَنَّ الْمُرَادَ بِاْلاِيْمَانِ هُنَا التَّصْدِيْقُ.
"Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan iman di sini ialah percaya"37
Apabila seseorang mengucapkan kalimah tauhid dengan berilmu dan dengan penuh keyakinan, kemudian apa yang diucapkan dilaksanakan sebagaimana yang difahami dan tersemat di hatinya, maka itulah yang dinamakan "Percaya" atau .(التصديق)
Setelah seseorang itu memahami kalimah tauhid melalu ilmu, maka ada dua syarat untuk membuktikan bahawa ia benar-benar telah menerima atau "Percaya" kepada kalimah ini, iaitu:
Pertama: Apabila seseorang yang telah percaya dan mengucapkan kalimah tauhid (dua kalimah syahadah) ini melaksanakan tuntutannya. Setelah itu barulah dapat diterima apa yang diucap atau dilaksanakan. Firman Allah:
يَاَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا لِمَ تَقُوْلُوْنَ مَالاَ تَفْعَلُوْنَ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللهِ اَنْ تَقُوْلُوْا مَالاَ تَفْعَلُوْنَ.
"Hai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan".
Ash-Shaff, 61:2-3.
Kedua: Melaksanakannya dengan penuh keikhlasan, setelah itu tidak melaksanakan tuntutannya kecuali apa yang diketahui dan dipercayai benar dan yang hak. Tidak juga menambah dengan menerima pentakwilan (pendapat) orang-orang yang disesatkan oleh fikiran atau hawa nafsunya seperti menerima pentakwilan Ahli Kalam atau Ahli Sufi.
Dostları ilə paylaş: |