KANDUNGAN
Prakata 1
Penjelasan Tentang Agama Islam 6
Pengertian (Definisi) Islam 8
Islam Adalah Agama Tauhid (Akidah) & Ibadah 13
Rukun Islam 15
Apa Itu Iman 16
Mukmin Sejati 25
Iman Bertambah Dan Berkurang 29
Kesempurnaan Iman Adalah Kesempurnaan Agama 35
Syarat-Syarat Kalimah Laa Ilaaha Illallah 37
Syarat Pertama: ILMU 39
Syarat Kedua: YAKIN 45
Syarat Ketiga: PERCAYA 48
Syarat keempat: IKHLAS 50
Syarat Kelima: MENERIMA 54
Syarat Keenam: BERSERAH 58
Syarat Ketujuh: CINTA 60
Dalil-Dalil Tentang Tauhid 65
Panduan Mengenal Kalimah Tauhid 69
Maksud Ilah Dalam Al-Quran 71
Mentalqin Maut (Orang Nazak) 76
Peri Pentingnya Pengetahuan Akidah 84
Rukun Iman Enam Perkara 86
Pertama: Beriman Kepada Allah 87
Kedua: Beriman Kepada Malaikat 88
Ketiga: Beriman Kepada Kitab 89
Keempat: Beriman Kepada Para Nabi & Rasul 90
Kelima: Beriman Kepada Hari Kiamat 91
Keenam: Beriman Kepada Takdir 92
Hujjah-Hujjah Syara Tentang Akidah & Rukunnya 95
Perincian Rukun Iman Yang Enam 97
Rukun Iman Pertama: Beriman Kepada Allah 98
Antara Punca-Punca Kehancuran Ummah 101
Definisi Akidah 103
Percaya Kepada Wujudnya Allah 105
Dalil Pertama: Secara Fitrah 106
Dalil Kedua: Akal (Logika) 110
Dalil Ketiga: Dari Syara 113
Dalil Keempat: Dari Daya Indera 114
Pengertian Tauhid 116
Tauhid Adalah Inti Dan Benteng Keimanan 124
Pertama: Tauhid Rububiyah 128
Kedua: Tauhid Uluhiyah 143
(1) Seruan Atau Doa 153
(2) Istigasah 158
(3) Penyembelihan & Korban 163
(4) Bernazar 167
(5) Minta Pertolongan 169
(6) Tawakkal 174
(7) Cinta 175
(8) Takut 177
(9) Bergantung Harapan 183
(10) Bersumpah 184
(11) Ruku’ Dan Sujud 185
(13) Mengkhusyuk Hati Atau Merendah Hati 186
Sifat Uluhiyah 189
Sebab Terbatalnya Tauhid Uluhiyah 194
Tugas Sebenar Para Rasul, Para Nabi & Da’I 196
Kelebihan Kalimah Tauhid Atau Kalimah Ikhlas 203
Ketiga: Tauhid Asma, Sifat & Zat 211
Dalil Tentang Sifat (Mutasyabihah & Muhkamah) 217
Nas-Nas Asma Ul-Husna Dan Sifat-Sifat Allah 221
Syirik Terhadap Zat, Sifat-Sifat & Asma Ul-Husna 226
Makna Dan Definisi Ibadah 228
Syarat-Syarat Ibadah 231
Hanya Allah Yang Wajib Diibadahi 234
Perkara-Perkara Yang Merosakkan Akidah 240
Hakikat Fahaman Akidah Imam Al-Asy’ari 251
Perselisihan Berkenaan Kitab “Al-Ibanah” 254
Bertaubatnya Imam Al-Asy’ari 257
Punca Imam Al-Asy’ari Meragui Akidah Muktazilah 262
Mengingkari Zat, Nama & Sifat Allah Adalah Sesat 265
Penyerupaan Yang Menyesatkan 267
Ayat Pertama: 270
Penjelasan Ayat 271
Ayat Kedua: 274
Ayat Ketiga: 282
Benarkah Allah Tidak Bertempat 288
Allah Bersemayam Di Atas ‘Arasy 292
Allah Di Langit 305
Rukun Iman Kedua 315
Kejadian Para Malaikat 321
Para Malaikat Maksum Dan Tidak Berjantina 323
Perbizaan Malaikat Dengan Sekalian Makhluk 328
Tugas-Tugas Malaikat 330
Rukun Iman Ketiga: Beriman Kepada Al-Kitab 336
Al-Kitab 340
As-Suhuf 342
Taurat 343
Zabur 345
Injil 346
Al-Quran Adalah Penutup Kitab 347
1. Az-Zikr 349
2. Al-Furqan 350
Al-Quran Kalamullah Bukan Makhluk 352
Berfirman Adalah Sifat Allah 355
Qaul Ulama (Tentang Kalamullah) 360
Hujjah-Hujjah Ulama Salaf As-Soleh 367
Hukum Meyakini Al-Quran Itu Makhluk 371
Wajib Mengimani Setiap Kitab Samawi 373
Kalimah Dan Definisi Al-Quran 376
Sifat-Sifat Al-Quran 378
Al-Quran Sebuah Kitab Mukjizat 391
Al-Quran Mencabar Para Jin Dan Manusia 395
Menafsir Dengan Akal & Hawa Nafsu 401
Ilhad (Peyimpangan) Memahami Al-Quran & Sunnah 406
Rukun Iman Keempat: Beriman Kepada Rasul 408
Nabi Dan Rasul Manusia Biasa 415
Antara Perkara Penyempurnaan Iman 416
Wajib Mencintai & Mentaati Para Rasul Dan Nabi 418
Nabi Terakhir Diutus Kepada Semua Kaum 424
Kepercayaan Nur Muhammad 429
Kepercayaan Nur Muhammad Di Majlis Maulid 446
Penyerupaan Maulid Nabi Muhammad Dengan
Maulid Nabi Isa 425
Sembahyang Di Belakang Pengikut Nur Muhammad 458
Rukun Iman Keenam: Beriman Kepada Hari Akhirat 462
Bilakah Kiamat Terjadi 465
Pertama: Mengimani Kebangkitan 470
Kedua: Mengimani Hisab (Hari Perhitungan) 474
Ketiga: Mengimani Wujudnya Syurga Dan Neraka 476
Nikmat Dan Siksa Kubur 478
Antara Sifat Dan Ciri-Ciri Orang Yang Beriman 485
Rukun Iman Keenam: Beriman Kepada Qada’
Dan Qadar 489
Kebenaran Berlakunya Qada’ & Qadar Allah 501
Pendapat Ulama Salaf As-Soleh 504
Kemampuan Atau Ikhtiari (Berusaha) 508
Keyakinan Dan Pegangan Setiap Mukmin Tentang
Qada’ & Qadar 512
Golongan Jabariyah 515
Ihsan 517
بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مَنْ شُرُوْرِاَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَمُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَهَادِيَ لَهُ ، وَاَشْـهَدُ اَنْ لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
{يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اتَّقُوْا اللهَ حَـقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ}
{يَااَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِى خَلَقَكُم مِنْ نَفْسٍ وَّاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَـالاً كَثِيْرًا وَنِسَـآءً وَاتَّقُوْا اللهَ الَّذِيْ تَسَـآءَلُوْنَ بِهِ وَاْلاَرْحَـامَ ، اِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا} .
{يَآاَيُّهَاالَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوْا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا ، يُصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ ، وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عِظِيْمًا}.
اَمَّا بَعْدُ: فَاِنَّ اَصْـدَقَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَاَحْسَـنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَـلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَشَـرَّ اْلاُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا ، وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَـلاَلَةٌ ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ.إنشاء من قِبل
Segala puji-pujian, sanjungan dan kesyukuran hanya untuk Allah ‘Azza wa-Jalla, Tuhan seru sekalian alam. Selawat dan salam sentiasa terlimpah ke atas junjungan kita Nabi Muhammad salallahu ‘alai wa-sallam serta segenap keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik sehingga ke Hari Kiamat.
Kesahihan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berlandaskan pemahaman para Salaf as-Soleh merupakan jalan (dinamakan manhaj) yang paling jelas, kukuh dan selamat untuk diikuti. Manhaj akidah ini wajib diketahui oleh setiap individu muslim yang ingin memperolehi akidah dan ibadah yang sempurna.
Manhaj ini merupakan manhaj para sahabat yang diterima dan dipelajari oleh mereka melalui contoh dan tarbiyah secara langsung dari Rasulullah. Manhaj akidah ini diwariskan oleh baginda kepada generasi awal (para sahabat) kemudian diteruskan dan diperjuangkan oleh para tabi'in, tabi'iut at-tabi'in serta mereka yang berittiba’ kepada manhaj sahabat. Inilah sebabnya manhaj ini dinamakan manhaj sahabat atau lebih tepat disebut: “Manhaj Salaf as-Soleh.”
Keaslian, kesempurnaan dan kemurnian manhaj ini dikekalkan melalui tulisan (kitab-kitab) oleh para ulama Salaf sejak zaman sahabat yang kemudiannya diteruskan oleh generasi sesudah mereka. Ia tetap terpelihara dalam kitab-kitab mereka yang kini dianggap sebagai kitab-kitab turas (warisan).
Kitab di tangan pembaca ini adalah sebahagian dari penjelasan dan pendedahan secara ilmiah tentang akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh. Isi kandungannya dipenuhi dengan nukilan serta fatwa-fatwa dari para ulama muktabar (sejak zaman sahabat) yang diruju’ dari ratusan kitab-kitab hasil tulisan mereka.
Al-Hamdulillah, kitab ini (Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah Mengikut Manhaj1 Salaf2 as-Soleh) dapat diterbitkan. Edisi ini merupakan edisi kedua setelah yang pertama3 mendapat sambutan yang menggalakkan, dan kehabisan di pasaran. Oleh kerana buku ini masih ada permintaan dari para pembaca dan diperlukan oleh kalangan masyarakat yang ingin mendalami dan mengkaji ilmu akidah, maka dengan penuh kesyukuran, kegigihan dan keikhlasan, setelah terasa terpanggil untuk memenuhi permintaan pembaca, al-Hamdulillah dengan penuh kesabaran penulis dapat menyiapkan buku ini dengan sempurna.
Semuga edisi kedua ini dan insya-Allah edisi-edisi seterusnya jika masih diperlukan dapat diterima oleh masyarakat yang mencintai ilmu, akidah dan kebenaran sebagaimana penerimaan mereka terhadap edisi pertama. Diharapkan mereka memperolehi ilmu yang bermanfaat dari tulisan yang lebih padat ini. Kerana kandungan edisi yang kedua ini dimantapkan lagi dengan hujjah-hujjah (dalil-dalil syara), dikuatkan dengan fatwa-fatwa para ulama Salaf as-Soleh yang muktabar dan diperinci dengan beberapa tambahan serta penjelasan yang lebih mendalam, ilmiah dan merujuk kepada kitab-kitab muktabar.
Antara matlamat utama penulisan ini ialah sebagaimana juga yang diharapkan pada edisi pertama, iaitu semata-mata bertujuan untuk membantu generasi masa kini dan yang akan datang, yang ingin memahami manhaj akidah Islamiyah yang murni, iaitu dengan cara mengembalikan segala persoalan akidah dan ibadah hanya kepada al-Quran, as-Sunnah, al-athar dan penjelasan para ulama muktabar. Manhaj inilah yang dikenali sebagai manhaj Salaf as-Soleh kerana berlandaskan jalan yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam, yang difahami dan yang ditempuh oleh para sahabat, tabi'in, tabi'iut at-tabi'in dan mereka yang mengikuti jejak Salaf dengan baik. Hanya melalui manhaj Salaf as-Soleh inilah sahaja akidah seseorang mukmin terus terpimpin dan tidak akan menyeleweng dari prinsip akidah Islamiyah yang diterima oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala.
Pada hakikatnya, hanya al-Quran dan as-Sunnah yang benar-benar penyelamat bagi mereka yang ingin kembali kepada akidah tauhid Ahli Sunnah wa-Jamaah menurut manhaj Salaf as-Soleh yang tulin dan selamat. Inilah kenyataan yang telah dikhabarkan oleh Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam melalui sabdanya:
تَرَكْتُ فِيْكُمْ شَيْئَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدَهُمَا ، كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِيْ وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَ عَلَيَّ الْحَوْضُ.
"Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara, selagi kamu berpegang teguh dengan keduanya, maka kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku. Tidak akan bercerai-berai sehingga keduanya menghantarku ke telaga di syurga".4
Kali ini penulis cuba menampilkan tulisan ini dengan uslub dan gaya bahasa yang lebih lembut dan mudah supaya tidak menyulitkan dan menjemukan para pembaca. Diharapkan ianya senang difahami dan dapat diterima oleh semua golongan dan peringkat pembaca. Mudah-mudahan tulisan ini dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan, seperti golongan profesional, para pengkaji, pendakwah, pendidik, ibu bapa, para pelajar, orang-orang awam dan khususnya mereka yang masih terus beristiqamah mengikuti kulliah dan berminat membaca semua hasil tulisan penulis, sama ada di Singapura, di Malaysia, di Thailand, di Indonesia atau di mana sahaja mereka berada. Amin ! Ya Rabbal'alamin.
اخوكم فى الله
Rasul Bin Dahri.
Dostları ilə paylaş: |