Penjelasan Tentang Agama Islam 6 Pengertian (Definisi) Islam 8


عَنِ بْنِ سَـعِيْدِ الْخُـدْرِيِّ اَنَّ رَسُـوْلَ اللهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ قَالَ



Yüklə 2,27 Mb.
səhifə14/24
tarix06.09.2018
ölçüsü2,27 Mb.
#78474
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   ...   24

عَنِ بْنِ سَـعِيْدِ الْخُـدْرِيِّ اَنَّ رَسُـوْلَ اللهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ قَالَ : اَلاَ تَاْمَنُوْنَنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ يَاْتِنِيْ خَبَرٌ مِنَ السَّمَآءِ صَبَاحٌ وَمَسَاءٌ.
"Dari Sa'ed al-Khudri sesungguhnya Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda: Tidakkah kamu mempercayai aku sedangkan aku yang dipercayai oleh ( Zat) Yang berada di atas langit Yang menurunkan khabar (wahyu) pada waktu pagi dan petang?".199
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلرَّاحِمُوْنَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ اِرْحَمُوْامَنْ فِى اْلاَرْضِ يَرْحَمُكُمْ مَنْ فِى السَّمَآءِ.
"Telah bersabda Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam: Orang-orang yang menyayangi akan disayangi oleh Ar-Rahman (Allah). Sayangilah orang yang di bumi, akan disayangi oleh Yang di langit (Allah)".200
قَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَـلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ : وَالَّـذِيْ نَفْسِـىْ بِيَدِهِ مَا مِنْ رَجُـلٍ يَدْعُـوْ اِمْرَاَتَهُ اِلَى فِرَاشِـهِ فَاَبَى عَلَيْهِ اِلاَّ كَانَ الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ سَاخِطًا عَلَيْهَا حَتَّى يَرْضَى عَنْهَا.
"Bersabda Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam: Demi nyawaku yang di tanganNya, tidaklah seseorang lelaki (suami) yang mengajak isterinya ke tempat tidurnya maka ia (isterinya) enggan mematuhinya kecuali Yang di langit (Allah) akan mengutuknya (memurkainya) sehinggalah ia diredhai oleh suaminya".201
اِنَّهُ سَـاعَةٌ تُفْتَحُ فِيْهَا اَبْوَابَ السَّـمَآءِ فَاُحِبُّ اَنْ يَصْعَدَ لِيْ فِيْهَا عَمَلٌ صَالِحٌ.
"Sesungguhnya pada waktu itu dibuka pintu-pintu langit, maka aku suka amal-amal solehku diangkat naik pada saat tersebut".202
Nabi Muhammad salallahu wa-sallam pernah bertanya kepada Amran bin Hussin yang diketika itu beliau belum memeluk Islam:
كَمْ اِلَهًا تَـعْبُدُ الْيَوْمَ ؟ قَال : سَـبْعَةٌ . سِـتَّةٌ فِى اْلاَرْضِ وَوَاحِدٌ فِى السَّـمَآءِ . فَقَالَ : فَاِذَا اَصَـابَكَ الضَّرَرَ فَمَنْ تَدْعُوْا ؟ قَالَ : اَلَّذِيْ فِى السَّمَاءِ.
"Bertanya Rasulullah (kepada Amran bin Hussin sebelum beliau memeluk Islam): Berapa tuhan yang engkau sembah pada hari ini? Beliau menjawab: Tujuh, enam di bumi dan satu di langit. Baginda bertanya: Diketika engkau ditimpa bahaya maka tuhan yang mana yang engkau seru? Beliau menjawab: Tuhan yang di langit".203
Isteri Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam yang bernama Zainab berbangga kerana dia dinikahkan oleh Allah yang di atas langit yang ketujuh sebagaimana pengakuannya:
زَوَّجَكُنَّ اَهَالِيكُنَّ وَزَوَّجَنِيَ اللهُ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ.
"Kamu dikahwinkan oleh ahli-ahli kamu dan aku dikahwinkan oleh Allah dari atas langit yang ke tujuh".204
Semasa kewafatan 'Aisyah radiallahu 'anha, Ibn Abbas radiallahu anhu berkata kepadanya:
كُنْتُ اُحِبُّ نِسَـاءَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَكُنْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ اِلاَّطَيِّبًا وَاَنْزَلَ اللهُ بَرَاءَتكِ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ.
"Aku sentiasa mencintai para isteri Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam sebagaimana mencintai Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam dan tidak pernah Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam mencintai sesuatu kecuali kerana kebaikannya dan Allah telah membersihkan engkau dari atas langit yang ketujuh".205
قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ : هَذِهِ اِمْرَاَةٌ سَمِعَ اللهُ شَكْوَاهَا مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ هَذِهِ خَوْلَةُ بِنْتُ ثَعْلَبَةُ.
"Berkata 'Umar bin al-Khattab: Inilah wanita yang didengar oleh Allah pengaduannya dari atas langit yang ketujuh, inilah Khaulah binti Thalabah".206
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah, Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:
لَمَّا قَضَى اللهُ الْخَلْقَ كَتَبَ كِتَابًا عِنْدَهُ سَـبَقَتْ رَحْمَتِيْ غَضَبِيْ فَهُوْ عِنْدَهُ فَوْقَ السَّمَآءِ.
"Setelah Allah mencipta makhluk, ditulis satu kitab di sisiNya (yang mana ditulis) rahmatKu mendahului kemurkaanKu, maka ia di sisiNya di atas 'Arasy".207
Semua dalil-dalil yang telah diutarakan di atas, dengan jelas telah menerangkan dan membuktikan kepada mereka yang mahu beriman bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersemayam di atas 'ArasyNya. 'ArasyNya pula berada di atas langit yang ketujuh. Sesiapa yang mengingkarinya adalah kufur sebagaimana yang telah disepakati oleh juhur ulama Salaf as-Soleh.

Imam Abu Hasan Al-Asy'ari juga telah menjelaskan bahawa al-Quran bukan makhluk dan diturunkan oleh Allah yang berada di langit:


"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas 'ArasyNya, mempunyai muka dan al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan ia diturunkan (dari langit)".208
Mengingkari keterangan dan penetapan tentang nama-nama, sifat, zat dan perbuatan Allah sebagaimana yang terdapat pada dalil-dalil dari al-Quran, hadith-hadith dan athar yang sahih ini adalah kufur hukumnya. Dalam hal ini, al-Auza'ii dianggap Imam ahli Syam di zamannya, beliau telah menegaskan:
كُنَّاوَالتَّابِعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نُقُوْلُ : اَنَّ اللهَ عَلَىعَرْشِهِ وَنُؤْمِنُوْا بِمَاوَرَدَتْ بِهِ السُّنَةَ مِنْ صِفَاتِ اللهِ تَعَالَى.
"Kami dan para Tabi'in sepakat menetapkan dengan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta'ala".209
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ وَهَبٍ قَالَ : كُنْتُ عِنْدَ مَالِكٍ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَقَالَ : يَا اَبَا عَبْدَ الرَّحْمَن "اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى" كَيْفَ اسْتَـوَى ؟ فَاَطْرَقَ مَالِكُ فَاَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُمَّ رَفَعَ رَاْسَهُ فَقَالَ : اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىكَمَاوَصَفَ بِهِ نَفْسَهُ وَلاَ يُقَالُ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوْعٌ وَمَا اَرَاكَ اِلاَّ صَاحِبُ بِدْعَة فَاَخْرِجُوْهُ.



"Dari Abdullah bin Wahab berkata: Aku pernah bersama Malik maka masuk seorang lelaki lalu bertanya: Wahai Aba Abdul Rahman! "Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'Arasy", bagaimana Dia bersemayam? Beliau terus mengingkari dan dengan keadaannya yang marah sambil mengangkat kepalanya berkata: Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya sebagaimana yang telah disifatkan oleh Allah pada dirinya sendiri dan janganlah ditanya bagaimana dan kenapa kerana telah marfu' tentangnya, dan tidaklah aku ketahui tentang dirimu kecuali seorang pelaku bid'ah, maka keluarkanlah dia".210
Bertanyakan "Bagaimana Allah bersemayam di atas 'Arasy" dianggap oleh Imam Malik dan Rabi'ah sebagai pertanyaan yang bid'ah, kerana bertanya tentang apa yang tidak diketahui oleh manusia, dan sesuatu yang tidak diketahui maka tidak mungkin mereka akan memperolehi jawapannya.211
Sesungguhnya memperkatakan sifat-sifat Allah adalah sebahagian dari memperkatakan tentang ZatNya, sebagaimana akal tidak berdaya mengetahui tentang zatNya maka begitu jugalah ia tidak mampu mengetahui tentang bagaimananya sifat Allah.212 Beginilah manhaj yang diikuti oleh para Salaf al-Soleh rahimahumullah (tentang memahami sifat dan zat Allah 'Azza wa-Jalla), mereka meletakkan kesempurnaan akal mengikut tempat dan kadar kemampuannya.213
قَالَ التُّرْمِزِيُّ : وَهُوَ عَلَى الْعَرْشِ كَمَا وَصَفَ بِهِ نَفْسهُ فِى كِتَابِهِ كَذَا قَالَ غَيْرُ وَاحَدٍ مِنْ اَهْلِ الْعِلْمِ.
"Berkata Turmizi: Ia bersemayam di atas 'Arasy sebagaimana yang disifatkanNya sendiri di dalam kitabNya. Beginilah perkataan ahli ilmu yang bukan seorang sahaja yang mengatakannya seperti itu".214
ALLAH DI LANGIT
Dengan penjelasan terperinci ini nyatalah bahawa akidah seluruh golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj atau pemahaman para Salaf as-Soleh, mereka telah sepakat meyakini sebagai akidah bahawa Allah berada di langit yang ketujuh dan bersemayam di atas 'ArasyNya. Begitulah juga yang diterangkan oleh Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah semasa beliau ditanya tentang di mana Allah:
وَقِيْلَ لِعَبْدِاللهِ بْنِ الْمُبَارَكِ: كَيْفَ نَعْرِفُ رَبَّنَا ؟ قَالَ: بِاَنَّهُ فَوْقَ السَّمَآءِ السَّابِعَةِ عَلَى الْعَرْشِ.
"Dan ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana kita mengetahui Tuhan kita? Dengan mengetahuiNya bahawa sesungguhnya Dia di langit yang ke tujuh di atas 'ArasyNya".215
Golongan Jahmiyah pula tidak dianggap sebagai golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah dan tergelincir dari manhaj Salaf as-Soleh kerana mereka tidak mempercayai bahawa Allah di langit:
وَقِيْلَ لِيَزِيْدِ بْنِ هَـارُوْن : مَنِ الْجَـهْمِيَّةُ ؟ فَـقَالَ : مَنْ زَعَمَ اَنَّ الرَّحْمَنَ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى عَلَى خِلاَفِ مَا يَقِرُّ فِى قُلُوْبِ الْعَامَةِ فَهُوْ جَهْمِيْ.
"Pernah ditanyakan kepada Yazid bin Harun: Siapa itu Jahmiyah? Maka beliau berkata: Sesiapa yang mempercayai bahawa Ar-Rahman (Allah) bersemayam di 'ArasyNya (tetapi kepercayaannya) tidak sebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Islam, maka itulah Jahmiyah".216
Golongan Jahmiyah mempercayai bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersemayam di Arasy tetapi mereka tidak percaya bahawa Allah di langit, maka sesiapa yang mempunyai keyakinan seperti ini dia adalah Jahmiyah. Berkata Hamad bin Zaid:

"Jahmiyah ialah mereka yang menyatakan bahawa di langit tidak ada sesuatu (Allah bukan di langit)".217

Adapun antara ayat yang sering dipertikaikan dan disalah tafsir oleh golongan ahli bid'ah dan Jahmiyah ialah ayat yang menjelaskan:


قَالَ لاَ تَخَافَا ، اِنَّنِيْ مَعَكُمَآ اَسْمَعُ وَاَرَى.
"Allah berfirman: Janganlah kamu berdua merasa takut, sesungguhnya Aku berserta kamu berdua, Aku Mendengar dan Melihat".

Taha, 20:46.

Maksud dari ayat (اِنَّنِيْ مَعَكُمَا) "Sesungguhnya Aku berserta kamu berdua" ialah ilmuNya (sebagaimana yang telah dijelaskan). Iaitu ilmu Allah berserta dan meliputi segala-galanya. Allah Maha Mengetahui kerana ilmu pengetahuan Allah berada di mana-mana. Allah berserta kita dengan ilmuNya kerana Dia mendengar dan melihat kita.218 Namun, Allah bersemayam di atas ArasyNya di langit. Dan ayat di atas dapat dijelaskan dengan nas-nas di bawah ini:


اِنَّكُمْ تَدْعُوْنَ سَمِيْعًا قَرِيْبًا وَهُوَ مَعَكُمْ (اَيْ مَعَكُمْ بِعِلْمِهِ).
"Sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar Yang Hampir yang sentiasa berserta kamu (iaitu IlmuNya)".219
وَعِنْدَهُ مَفَاتِيْحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَااِلاَّ هُوَوَيَعْلَمُ مَا فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْـقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ اِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَـبَّةٍ فِى ظُلُمَاتِ اْلاَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ اِلاَّ فِى كِتَابٍ مُّبِيْنَ.

"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah dan yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Loh Mahfuz)".

Al-An'am, 6:59.
Antara hadith yang menjadi dalil yang kuat yang menunjukkan bahawa Allah di atas 'ArasyNya, 'ArasyNya di langit dan ilmuNya di mana-mana ialah sabad Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam:
قَالَ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّـلَمِى: وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ اُحُدٍوَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ . فَاِذَا بِالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بَشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ . اَسَفَ كَمَا يَاْسـفُوْنَ . لَكِنِّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَاَتَيْتُ رَسُـوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ . قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَاَعْتِقُهَا؟ قَالَ: اِئْتِنِيْ بِهَا. فَقَالَ لَهَا: اَيْنَ اللهُ ؟ قَالَتْ فِى السَّـمَآءِ . قَالَ: مَنْ اَنَا؟ قَالَتْ اَنْتَ رَسُـوْلُ اللهِ. قَالَ : اَعْتِقْهَا فَاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.

Berkata Muawiyah bin Hakam As-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya? Jawab Rasulullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasulullah bertanya lagi: Siapakah aku? Dijawabnya: Engkau Rasulullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah".220
Menurut syara dan telah disepakati oleh ulama Salaf as-Soleh, bahawa perbuatan, fahaman (akidah) atau keyakinan mereka yang menyerupakan, mensekufukan, memisalkan, mensetarakan atau mengumpamakan Allah Ta'ala dengan makhlukNya adalah batil (kufur) dan boleh membawa kepada perbuatan syirik. Ia nyata bertentangan dengan ayat-ayat al-Quran, terutamanya ayat yang terdapat di surah Asy-Syura "Tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya", 42:11 dan ayat di surah Al-Ikhlas "Dan tidak ada seorangpun yang setara/sekufu dengan Dia (Allah)", 112:4
Cara para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj Salaf as-Soleh menetapkan zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah terbina di atas dua perkara:
1- Mereka mensucikan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dari diserupakan dengan segala makhlukNya yang berdasarkan firmanNya:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ.

"Tiada suatu yang semisal denganNya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".

Asy-Syura, 42:11.
2- Menjauhkan penyerupaan dengan cara ingin tahu, bertanya atau mempersoalkan "Bagaimana" zat dan sifat-sifat Allah. Kerana hanya Allah sahaja yang benar-benar mengetahui akan sifat dan zatNya. Maka larangan ini berdasarkan kepada firmanNya:
وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِهِ عِلْمًا.

"Sedangkan ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya".

Taha, 20:110.
Manusia tidak akan mengetahui yang ghaib jika tidak diberi tahu atau dikhabarkan oleh Allah melalui wahyuNya, atau diceritakan oleh Rasulnya melalui sabdanya. Maka bagaimanakah mereka mampu mengetahui akan hakikat sifat-sifat dan zat Allah yang semuanya itu adalah persoalan yang ghaib. Sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya yang berkaitan dengan segala keghaiban sebagaimana firmanNya:
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلاَ يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ اَحَدًا اِلاَّ مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُوْلٍ.

"Dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib. Maka Dia tidak memperlihatkan kepada seseorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhaiNya".

Al-Jin, 72:26-27.

Ayat di atas menjelaskan bahawa Rasulullah juga tidak mengetahui apa yang berada dan terjadi di alam ghaib, termasuklah yang terdapat di Loh al-Mahfuz serta apa yang ditulis dengan qalam, kecuali setelah dikhabarkan oleh Allah kepada baginda sebagaimana diungkapkan dalam syair Al-Bushairi:


فَاِنَّ مِنْ جُوْدِكَ الدُّنْيَا وَضَرَّتُهَا

وَمِنْ عُلُوْمِكَ عِلْمُ اللُّوْحِ وَالْقَلَمِ

"Sesungguhnya kedermawanMu terhadap dunia dan kemudaratannya # Dan bahagian (termasuk) dari ilmuMu adalah ilmu Loh al-Mahfuz dan ilmu al-Qalam.221
Ketidak-tahuan atau kejahilan seseorang tentang keadaan alam ghaib telah dikhabarkan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Quran:
وَعِنْدَهُ مَفَاتِيْحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا اِلاَّ هُوَ.

"Dan pada sisi Allah sahaja kunci-kunci semua yang ghaib. Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri".

Al-An'am, 6:59.
قُلْ لاَ يَعْلَمُ مَنْ فِى السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ الْغَيْبَ اِلاَّ اللهُ.

"Katakanlah! Tidak ada seseorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah".

An-Naml, 27:65.
Semua penjelasan di atas yang diiringi dengan dalil-dalil dari al-Quran dan hadith-hadith yang sahih adalah kata pemutus. Ianya adalah wahyu yang mengkhabarkan bahawa Allah bersemayan di 'ArasyNya yang berada di langit, maka semua dalil-dalil tersebut adalah hujjah untuk menolak alasan mereka yang mengharamkan seseorang dari bertanya "Di mana Allah berada?" atau (اَيْنِيَّة الله) "Di mananya Allah".



Bertanya kepada seseorang "Di mana Allah" untuk memastikan akidahnya adalah sunnah, kerana Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam sendiri pernah bertanya kepada seorang hamba perempuan dengan pertanyaan: "Di mana Allah?". Berdasarkan hadith ini, maka siapakah yang lebih berhak diikuti dan wajib dijadikan contoh jika bukan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, baginda tidak pernah mengikut hawa nafsunya apabila memperkatakan atau menjelaskan sesuatu tentang agama Allah. Oleh itu, seseorang yang bertanya "Di mana Allah?" tidak boleh dihukum sesat atau menyalahi sunnah.
Pendapat, pandangan dan kepercayaan ahli bid'ah terutama yang digelar Ahli al-Ahwa (ahli hawa nafsu) wajib ditolak dan ditinggalkan jika ia enggan menjadikan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagai ikutan, contoh dan Rasul yang wajib ditaati dalam semua perkara yang berhubung dangan agama, terutama tentang penentuan di mana Allah sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam di mana sebenarnya Allah berada.
Dalam hal ini, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan yang tegas kepada mereka-mereka yang mengaku beriman tetapi masih enggan mengikuti contoh dan mentaati baginda dalam segala persoalan dan urusan agama, sama ada yang berkaitan dengan persoalan akidah, ibadah atau mu'amalah. Baginda bersabda:
كُلُّ اُمَّتِيْ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ اِلاَّ مَنْ اَبَى قَالُوْا وَمَنْ يَاْبَ يَا رَسُـوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : مَنْ اَطَاعَنِى دَخَلَ الْجَنَّةِ وَمَنْ عَصَانِيْ قَقَدْ اَبَى.

"Setiap ummatku semuanya akan masuk syurga kecuali sesiapa yang menolak. Mereka bertanya, siapakah yang menolak wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Sesiapa yang mentaati aku dia masuk syurga dan sesiapa bermaksiat (menentangku) maka dia telah menolak".222
Firman Allah:
وَمَنْ يُشَـاقِقِ الرَّسُـوْلَ مِنْ بَـعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَتْ مَصِيْرًا.

"Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin. Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali".

An-Nisa', 4:115.
Kesimpulannya: Bahawa segala apa yang telah dijelaskan (di atas), adalah berlandaskan al-Quran, as-Sunnah yang sahih dan mengikut panduan para Salaf as-Soleh radiallahu 'anhum, mereka sekalian beriman dengan segala apa yang telah dikhabarkan oleh Allah tentang diriNya di dalam kitabNya, dan beriman dengan segala apa yang telah dijelaskan oleh RasulNya tentangNya. Mereka beriman dengan keimanan yang selamat, iaitu tidak dilakukan pada sifat, zat dan nama-namaNya tahrif, ta'til, takyyif dan tamsil.223
Dan Imam Ahmad rahimahumullah pula berkata:
"Tidak diharuskan mensifatkan Allah kecuali dengan apa yang telah disifatkanNya sendiri oleh diriNya atau dengan apa yang telah disifatkan oleh RasulNya dan tidak pula melampaui batasan al-Quran dan al-Hadith".224
Rukun Iman Kedua:

BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Setelah mengimani rukun iman yang pertama dan segala penjelasannya, iaitu beriman kepada Allah yang berasaskan kepada tauhid uluhiyah, tauhid rububiyah dan tauhid asma was-sifat, maka prinsip atau rukun iman yang kedua ialah percaya atau beriman secara umum akan wujudnya para malaikat, beriktikad dengan keyakinan yang kuat bahawa Allah memiliki para malaikat yang merupakan hamba-hambaNya yang taat setia (patuh) dan dimuliakan. Segala apapun yang diperintahkan kepada mereka, mereka laksanakan dengan sempurna. Mereka sentiasa bertasbih siang dan malam tanpa henti. Firman Allah:
يُسَبِّحُوْنَ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ لاَ يَفْتَرُوْنَ.
Mereka (para malaikat) sentiasa bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya".

Al-Anbia', 21:220.
Jamak bagi kalimah malaikat ialah malak: "اَلْمَلاَئِكَةُ " جمع مَلَكٌ Ia berasal dari kalimah: اَْلاَلُوْكَةُ yang bermakna "risalah". Boleh juga dijamakkan kalimah tersebut kepada malaaik atau malaikatمَلاَئِكٌ وَمَلاَئِكَةٌ :.
Seseorang yang tidak mempercayai akan wujudnya para malaikat, bererti ia tidak beriman kepada Allah, kitab-kitabNya, para nabiNya, para rasulNya dan hari akhirat, yakni samalah juga seperti ia tidak percaya kepada agama Islam secara keseluruhannya yang syumul. Ia dihukum kufur. Ini adalah kerana ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan ketuhanan, kenabian, akhirat dan hukum ahkam telah disampaikan oleh Allah kepada para rasulNya melalui perantaraan malaikat Jibril 'alaihissalam. Yang mana semuanya itu pada masa ini telah terkumpul di dalam sebuah kitab suci yang dinamakan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad salallahu 'alai wa-sallam.
Maka jika sekiranya seseorang itu menafikan akan adanya malaikat, bermakna ia juga tidak percaya akan kesempurnaan ad-din, mustahil pula boleh mempercayai akan adanya malaikat Jibril dan para malaikat lain yang mana semua mereka telah dicipta oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala sebelum manusia dijadikan.
Di bawah ini dibawakan beberapa nas dari al-Quran dan hadith-hadith sahih yang memperkatakan tentang wujudnya malaikat, tugas-tugas dan kejadian mereka. Allah berfirman:
وَاِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ اِنِّىْ جَاعِلٌ فِى اْلاَرْضِ خَلِيْفَةً.
"Ingatlah! Ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan khalifah di permukaan bumi".

Al-Baqarah , 2:30.
Adalah wajib mengimani akan wujudnya para malaikat sebagaimana berimannya para rasul, nabi dan sekalian orang-orang mukmin. Perkara ini telah ditegaskan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala di dalam al-Quran dan juga telah disabdakan oleh Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam:
ءَامَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ ءَامَنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهِ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَاَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ.
"Rasul telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian juga orang-orang yang beriman. Semua mereka beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. (Mereka mengatakan): Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasulnya. Mereka mengatakan: Kami dengar dan kami taati. (mereka berdoa): Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali!".

Al-Baqarah, 2:285.
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : كَانَ النَّبِىُّ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَارِزًا يَوْمًا لِلنَّاسِ فَاَتَاهُ جِبْرِيْلُ فَقَالَ : مَاالاِيْمَانُ ؟ قَالَ : اَلاِيْمَانُ اَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَبِلِقَائِهِ وَرُسُلِهِ وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ.
"Dari Abu Hurairah berkata: Pernah di suatu hari Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam menemui orang-orang awam, maka baginda didatangi oleh Jibril, kemudian baginda ditanya: Apakah iman itu? (Nabi) menjawab: Iman itu ialah beriman kepada Allah, kepada para malaikatNya, hari pertemuanNya, para rasul-rasulNya dan beriman dengan hari kebangkitan".225
Sesiapa yang tidak beriman dengan wujudnya malaikat, yang mana keimanan terhadap malaikat ini merupakan keimanan yang langsung ada hubung-kaitnya dengan segala yang ghaib (keimanan terhadap alam ghaib), ia dihukum kafir (tidak beriman) dan telah sesat dari kebenaran agama Islam sehingga menuju ke arah kesesatan yang jauh. Firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:
يَآاَيُّهَاالَّذِيْنَ ءَامَنُوْا ءَامِنُوْا بِاللهِ وَرَسُوْلِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِيْ نَزَّلَ عَلَى رَسُوْلِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِى اَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ اْلاَخِرِفَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيْدًا.
"Wahai orang-orang yang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada rasulNya. Sesiapa yang kafir (tidak beriman) kepada Allah, para malaikatNya, para RasulNya dan hari kemudianNya, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya".

An-Nisa', 4:136.
لَيْسَ الْبِرَّ اَنْ تُوَلُّوْا وُجُوْهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلاَخِرِ وَالْمَلاَئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّيْنَ.

"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur atau barat itu merupakan suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab dan nabi-nabi".

Al-Baqarah, 2 :177.
Menurut beberapa riwayat yang mutawatir dari nas-nas al-Quran dan as-Sunnah, bilangan malaikat itu ramai, hanya Allah sahaja yang tahu jumlah mereka yang sebenar. Mereka bertasbih siang dan malam tanpa berhenti. Mereka melaksanakan tugas masing-masing sesuai dengan yang diperintahkan oleh Allah, maka setiap mukmin wajib mengimani secara (تفصيل) "terperinci" para malaikat yang namanya disebutkan oleh Allah, adapun yang tidak disebut namanya, wajib mengimaninya secara (اجمال) "global".
Dalil yang menunjukkan ramainya bilangan malaikat terdapat di dalam al-Quran, di mana Allah pernah mengirim ribuan malaikat untuk menolong para mujahidin dalam peperangan Badar. Allah berfirman:
اِذْ تَقُوْلُ لِلْمُؤْمِنِيْنَ اَلَنْ يَكْفِيْكُمْ اَنْ يُمِدَّكُمْ رَبُّكُمْ بِثَلاَثَةِ ءَالاَفٍ مِّنَ الْمَلاَئِكَةِ مُنْزَلِيْنَ.

"(Ingatlah) ketika kamu mengatakan kepada orang-orang yang beriman: Apa tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?".

Ali Imran 3:124.



Menurut Ibn Kathir:
"(Maksud) ribuan malaikat di ayat ini tidak semestinya tepat-tepat tiga ribu, malah ia boleh mencapai lebih dari angka tersebut".
Kejadian Para Malaikat
Allah mencipta para malaikat dari nur (cahaya). Ia boleh merubah (menukarkan) dirinya dari bentuknya yang asli kepada berbagai-bagai keadaan dan rupa bentuk yang baik dan sempurna. Sabda Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam:
خلقَ الْمَلاَئِكَةَ مِنْ نُوْرٍ.
"Dijadikan malaikat dari cahaya".226
يَتَمَثَّلُ لِي الْمَلَكُ اَحْيَانًا رَجُلاً فَيُكَلِّمُنِيْ.
"Kadang kala malaikat menjelma sebagai seorang lelaki dan berkata-kata kepadaku".227
Para malaikat adalah makhluk yang mulia. Antara mereka ada yang paling dimuliakan dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Ada pula dari kalangan malaikat yang hampir (terdekat) kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala seperti Jibril, Mikail, Israfil, 'Izrail dan ada pula yang memikul 'Arasy Allah sebagaimana firmanNya:
لَنْ يَسْتَنْكِفَ الْمَسِيْحُ اَنْ يَكُوْنَ عَبْدًا لِلَّهِ وَلاَ الْمَلاَئِكَةُ الْمُقَرَّبُوْنَ.
"Al-Masih sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah dan tidak (pula enggan) malaikat-malaikat yang terdekat (kepada Allah)".

An-Nisa', 4:172.

وَالْمَلَكُ عَلَى اَرْجَآئِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَّةٌ.

"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka".

Al-Haaqqah, 69:17.

Para Malaikat Maksum Dan Tidak Berjantina
Para malaikat adalah makhluk yang maksum, mereka terpelihara dari segala dosa sehingga tidak pernah salah, silap dan tidak akan melakukan apapun bentuk maksiat terhadap Allah Subhanahu wa-Ta'ala.
Para malaikat dicipta semata-mata hanya untuk beribadah dan mentaati Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Para malaikat sentiasa mematuhi perintah Allah, menyempurnakan segala amanah yang diberikan kepada mereka dan melaksanakan dengan penuh ketaatan segala tugas-tugas yang telah dikhususkan kepada mereka. Firman Allah:
وَالْمَلاَئِكَةُ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُوْنَ.

"Dan para malaikat itu tidak menyombongkan diri".

An-Nahl, 16:49.

وَتَرَى الْمَلاَئِكَةَ حَآفِّيْنَ مِنْ حَوْلِ الْعَرْشِ يُسَبِّحُوْنَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ.
"Dan kamu (Muhammad) akan melihat para malaikat berlingkar di sekeliling 'Arasy, mereka bertasbih sambil memuji Tuhan mereka".

Az-Zumar, 39:5

يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا قُوْا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا وَقُوْدُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلاَئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادٌ لاَّيَعْصُوْنَ اللهَ مَآاَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَايُؤْمَرُوْنَ.

"Hai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan tetap mengerjakan apa yang diperintahkan".

At-Tahrim, 6:66.
Di dalam al-Quran, Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menyangkal dakwaan orang-orang kafir bahawa para malaikat itu berjantina kerana pada hakikatnya para malaikat itu bukanlah dari jenis perempuan sebagaimana yang mereka sangkakan.
Para malaikat bukan juga dari jenis lelaki. Manusia tidak dapat melihat malaikat kecuali jika ia memperlihatkan dirinya. Malaikat pernah dilihat oleh para sahabat diketika turun menemui Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam yang menyerupakan dirinya sebagai seorang lelaki. Dan tidak pula para malaikat itu dari jenis khunsa atau bersifat khunsa (bapuk atau pondan). Kenyataan ini terdapat penjelasannya melalui al-Quran atau hadith-hadith yang sahih. Firman Allah:
وَجَعَلُوا الْمَلاَئِكَةَ الَّذِيْنَ هُمْ عِبَادُ الرَّحْمَنِ اِنَاثًا اَشَهِدُوْا خَلْقَهُمْ سَتُكْتَبُ شَهَادَتُهُمْ وَيُسْئَلُوْنَ.
"Dan mereka (orang-orang kafir) menjadikan (mendakwa) para malaikat yang (sentiasa) menghambakan diri mereka kepada (Allah) Yang Maha Pemurah sebagai orang-orang perempuan. Adakah mereka melihat penciptaan para malaikat tersebut? Kelak akan dituliskan persaksian mereka dan mereka dimintai pertanggung-jawabkan".

Az-Zukhruf, 43:19
Walaupun malaikat mempunyai kehebatan, kekuatan dan kebolehan yang tersendiri, namun para malaikat tidak memiliki keistimewaan, kuasa atau kebebasan untuk melakukan sesuatu mengikut sesuka mereka, kerana para malaikat telah dipikulkan amanah yang tertentu dan diberi tugas masing-masing oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Mereka adalah makhluk yang taat, amanah dan tidak pernah melanggar atau mengingkari perintah Allah. Firman Allah:
اِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُـوْلٍ كَرِيْمٍ . ذِى قُوَّةٍ عِنْدَ ذِى الْعَرْشِ مَكِيْنَ مُطَاعٍ ثَمَّ اَمِيْنٍ وَمَا صَاحِبُكُمْ بِمَجْنُوْنٍ.
"Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (malaikat Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah yang memiliki 'Arasy. Yang ditaati (di alam malaikat) lagi dipercaya dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila".

At-Takwir, 81:19-21.

Kenyataan ini juga menolak kepercayaan beberapa golongan tertentu yang masih berpegang kepada fahaman jahiliah, terutamanya golongan tarikat kesufian/tasawuf yang mendakwa bahawa mereka atau syeikh-syeikh mereka boleh memanggil beberapa jin dan malaikat ke majlis-majlis zikir mereka, boleh meminta pertolongan dan syafaat. Kononnya mereka juga boleh menyuruh para malaikat melakukan sesuatu untuk mereka melalui, iaitu melalui seruan atau bertawassulkan (berperantaraan) dengan zikir-zikir tertentu yang telah mereka amalkan.


Sehingga (kononnya) mereka boleh menjadikan para malaikat sebagai khadam (orang suruhan) yang tunduk kepada kehendak mereka. Mereka mendakwa bahawa para malaikat sanggup melakukan kerja-kerja untuk mereka dengan penuh ketaatan, misalnya sebagai penjaga diri (keselamatan), menjaga anak-anak dan isteri (keluarga) serta memelihara harta benda mereka dari kecurian dan kecelakaan.
Segala khurafat, khayalan dan pembohongan yang direka-cipta dan diada-adakan oleh golongan tarikat sufi/tasawuf ini amat keterlaluan dan semua penipuan mereka itu dapat kita bantah, tolak dan batalkan dengan nas al-Quran sebagaimana firman Allah yang menyangkal kepercayaan mereka:
وَكَمْ مِّنْ مَّلَكٍ فِى السَّمَاوَاتِ لاَ تُغْنِيْ شَـفَاعَتُهُمْ شَـيْئًا اِلاَّ مِنْ بَعْدِ اَنْ يَاْذَنَ اللهُ لِمَنْ يَشَآءُ وَيَرْضَى.

"Dan berapa ramaikah para malaikat di langit yang tidak mampu memberi apa-apapun syafaat kepada mereka, kecuali setelah diberi keizinan oleh Allah dan diberi keredhaan".

An-Najm, 53:26.
Perbezaan Malaikat Dengan Sekalian Makhluk
Kelainan dan perbezaan para malaikat dengan makhluk-makhluk yang lain ialah malaikat tidak dihinggapi penyakit atau merasai sakit, lapar, haus, mengantuk dan sifat-sifat lemah yang lain.
Sebagaimana yang dinyatakan tadi, malaikat diciptakan hanya semata-mata untuk mentaati dan beribadah kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Allah telah menceritakan keadaan malaikat di dalam al-Quran:
وَلَهُ مَنْ فِى السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ وَمَنْ عِنْدَهُ لاَ يَسْـتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَلاَ يَسْتَحْسِرُوْنَ . يُسَبِّحُوْنَ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ لاَيَفْتُرُوْنَ.

"Mereka tidak mempunyai rasa angkuh untuk menyembahNya dan tiada (pula) merasa letih. Mereka sentiasa bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya".

Al-Ambia, 21:19-20.
وَِللهِ يَسْجُدُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى اْلاَرْضِ مِنْ دَآبَةٍ وَالْمَلاَئِكَةُ وَهُمْ لاَيَسْتَكْبِرُوْنَ . يَخَافُوْنَ رَبَّهُمْ مِّنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَايُؤْمَرُوْنَ.

"Dan kepada Allah sahajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat itu tidak menyombongkan diri. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)".

An-Nahl, 16:49-50.
اَلْحَمْدُ ِللهِ فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ جَاعِلِ الْمَلاَئِكَةِ رُسُلاً اُوْلِى اَجْنِحَةٍ مَّثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ يَزِيْدُ فِى الْخَلْقِ مَا يَشَآءُ اِنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ .

"Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utasan (untuk mengurus berbagai-bagai urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaanNya apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Fathir, 35:1.


Tugas-Tugas Malaikat
Para malaikat telah diberi tugas atau kerja-kerja yang berbagai-bagai bentuknya yang merupakan ibadah dan ketaatan bagi mereka kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran dan dikhabarkan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam melalui sabda baginda. Antara para malaikat yang disebut nama dan diceritakan tugas-tugas mereka ialah:
1- Jibril 'alaihis salam. Malaikat yang paling sibuk dan banyak kerjanya semasa hidupnya para nabi dan rasul. Dinamakan juga Ruh al-Qudus, tugasnya menyampaikan wahyu dari langit kepada para rasul Allah. Allah telah menerangkan sifat-sifat Jibril di dalam al-Quran dan hadith-hadith yang sahih sebagai malaikat yang kuat dan amanah:
اِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُوْلٍ كَرِيْمٍ . ذِيْ قَوَّةٍ عِنْدَ ذِي الْعَرْشِ مَكِيْنَ.

Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah) yang dibawa oleh utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan dan yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah yang mempunyai 'Arasy".

At-Takwir, 81:19-20.
وَاِنَّهُ لَتَنْزِيْلُ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ نَزَلَ بِهِ الرُّوْحُ اْلاَمِيْنُ

"Dan sesungguhnya al-Quran ini benar-benarditurunkan oleh Tuhan semesta alam, dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril)".
Asy Syu'ara', 26:192-193.
2- Mikail, tugasnya ialah menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan228.
3- Israfil, ditugaskan meniup sangkakala apabila tiba Hari Kiamat.229 Jibril, Mikail dan Israfil termasuk malaikat yang disebut namanya oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam semasa baginda berdoa di tengah malam:
اَللَّهُمَّ رَبّ جِبْرِيْلَ وَمِكَائِيْلَ وَاِسْرَافِيْل ، فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ ، عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ، اَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيْمَا كَانُوْا فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ ، اِهْدِنِيْ لِمَا اخْتَلَفَ فِيْهِ مِنَ الْحَقِّ بِاِذْنِكَ ، اِنَّكَ تَهْدِيْ مَنْ تَشَآء اِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقَيْمٍ.

"Wahai Tuhan Jibril, Mikail dan Israfil! (Tuhan) Pencipta langit dan bumi, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Engkaulah yang menghukum antara hamba Engkau apabila berlaku apa yang mereka perselisihkan. Tunjukilah aku apa yang diperselisihkan dengan kebenaran dengan izin Engkau. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus".230
4- 'Izrail, ditugaskan mencabut nyawa yang dibantu juga dengan beberapa para malaikat sebagaimana firman Allah:
حَتَّىاِذَا جَآءَاَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لاَيُفَرِّطُوْنَ.

"Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajipannya".

Al-An'am, 6:61.
5- Redhwan, ditugaskan menjaga syurga.
6- Para malaikat pembawa 'Arasy, sebagaimana yang telah dikhabarkan di dalam firman Allah:
اَلَّذِيْنَ يَحْمِلُوْنَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُوْنَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُوْنَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُوْنَ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا.

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepadaNya serta meminta ampun bagi orang-orang beriman".

Al-Mukmin, 40:7.

وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ.

"Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka".

Al-Haqqah, 69:17.
7- Malaikat yang menjadi khadam syurga. Tidak diketahui bilangan mereka yang sebenar kecuali oleh Allah Subhanu wa-Ta'ala. FirmanNya:
وَالْمَلاَئِكَةُ يَدْخُلُوْنَ عَلَيْهِمْ مِنْ كُلِّ بَابٍ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ.

"Sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu, (sambil mengucapkan): Salamun 'alaikum bima sabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu). Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu".

Ar-Ra'd, 13:23-24.
8- Malik, mengetuai para malaikat yang menjaga neraka. Firman Allah:
وَنَادُوْا يَامَالِكُ لِيَقْضِ عَلَيْنَا رَبُّكَ قَالَ اِنَّكُمْ مَّاكِثُوْنَ لَقَدْ جِئْنَاكُمْ بَالْحَقِّ وَلَكِنَّ اَكْثَرَكُمْ لِلْحَقِّ كَارِهُوْنَ.

"Mereka berseru: Hai Malik! Biarlah Tuhanmu membunuh kami saja. Dia menjawab: Kamu akan tetap tinggal (di neraka ini). Sesungguhnya Kami benar-benar telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan di antara kamu benci pada kebenaran itu".

Az-Zukhruf, 43:77-78.
9- Al-Kiram al-Katibun yang tugasnya mencatit segala amalan manusia. Di sebelah kanan mencatit amal kebaikan dan di sebelah kiri mencatit amal yang berupa amal kejahatan. Firman Allah:
وَاِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِيْنَ كِرَامًا كَاتِبِيْنَ يَعْلَمُوْنَ مَا تَفْعَلُوْنَ.

"Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu) yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatit (menulis pekerjaan-pekerjaanmu itu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan".

Al-Infithar, 82:10-12.


  1. Malaikat yang ditugaskan untuk menjaga (memelihara/melindungi) manusia dari gangguan jin, syaitan, bahaya dan sesuatu yang menakutkan. Firman Allah:


لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُوْنَهُ مِنْ اَمْرِاللهِ.

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah".

Ar-Ra'd, 13:11.
Berkata Mujahid:
"Manusia dijaga oleh malaikat semasa ia sedang tidur dan berjaga dari kejahatan jin, manusia dan kecemasan".231
11- Malaikat Munkar dan Nakir. Tugasnya ialah menyoal hamba-hamba yang telah mati di dalam kubur. Ditanya tentang Tuhannya, agamanya dan Nabinya. Sebagaimana yang diterangkan di dalam sabda Nabi Muhammad: "Siapa Tuhanmu? Apa Agamamu? Dan siapa nabimu?"
12- Malaikat penjaga bukit-bukau dan gunung-gunung. Sebagaimana yang kenyataannya terdapat di hadith riwayat Bukhari dan Muslim:
فَنَادَانِي مَلَكُ الْجَبَلِ فَسَلَّمَ عَلَيَّ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ ذَلِكَ فِيْمَ شِئْتَ اَنْ أطبقَ عَلَيْهِمُ اْلاَخشَبِيْنَ......

"Maka malaikat gunung memanggilku lalu memberi salam dan berkata: Wahai Muhammad! Akan dipatuhi kehendakmu, jika engkau menghendaki membalikkan (gunung) ke atas mereka untuk dihancurkan".232
Rukun Iman Ketiga:

BERIMAN KEPADA AL-KITAB
Kitab bererti "Yang tertulis". Maksud diwajibkan beriman dengan al-Kitab ialah beriman kepada semua kita-kitab yang telah diturunkan oleh Allah kepada para rasulNya terutamanya al-Quran. Iaitu mengimani sepenuhnya bahawa al-Quran adalah kitab yang termulia yang datangnya dari Allah. Ia diturunkan sebagai rahmat dan hidayah agar manusia hidup bahagia di dunia dan di akhirat setelah ia beriman dan mengamalkan isi kandungannya. Segala isinya dipenuhi kebenaran sebagaimana firman Allah:
وَاَنْزَلْنَا اِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ.

"Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lainnya".

Al-Maidah, 5:48.

Seluruh kitab sebelum al-Quran telah mengalami perubahan dan penyelewengan, oleh itu kita diwajibkan berittiba' (mengikuti) hanya dengan al-Quran dan tidak dibolehkan berittiba' dengan kitab-kitab sebelumnya.

Adapun beriman kepada al-Kitab bermaksud:
"Meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa Allah memiliki kitab-kitab yang diturunkan kepada para RasulNya".
Kitab Allah merupakan KalamNya (firman atau ucapanNya) yang diturunkan kepada para rasulNya dan bukan makhluk. Ia berasal dariNya dan akan kembali kepadaNya.
Menurut Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin di dalam bukunya "Syarah Usul Al-Iman", beriman kepada kitab-kitab meliputi enam perkara:
1. Mengimani bahawa setiap kitab (yang diturunkan) adalah dari sisi Allah 'Azza wa-Jalla.

2. Mengimani semua nama-nama kitab tersebut sesuai dengan apa yang di ketahui seperti al-Quran kitab yang diturunkan kepada Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, Kitab Taurat diturunkan kepada Musa 'alaihisallam, Injil

diturunkan kepada Isa 'alaihisallam, Zabur kitab yang diturunkan kepada Daud 'alaihisallam dan beberapa kitab lain yang telah diturunkan kepada para nabi dan rasul.




  1. Membenarkan setiap yang dikhabarkan oleh Al-Quran tentang berita kitab-kitab sebelum al-Quran yang telah menyimpang dan sebagainya.


5. Sentiasa mengamalkan, menerima dan redha terhadap hukum-ahkamnya baik yang difahami hikmahnya atau yang belum difahami.
Tidak ada seorang pun yang mengetahui jumlah sebenar kitab-kitab yang telah diturunkan selain Allah. Allah telah menamakan wahyuNya yang diturunkan kepada Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam dan Rasul-RasulNya sebelum baginda dengan nama al-Kitab. Setiap orang yang beriman dengannya diwajibkan melaksanakan berbagai perintah dan kewajiban serta menjauhi berbagai-bagai larangan yang terdapat di dalamnya.
Kalimah al-Kitab berulang kali disebut di dalam al-Quran. Antaranya ialah firman Allah:
الـم .ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَرَيْبَ فِيْهِ هُدًى ِللْمُتَّقِيْنَ.

"Alif Lam Mim, itulah al-Kitab (al-Quran) yang tiada syak di dalamnya sebagai petunjuk bagi mereka yang inginkan ketakwaan".

Al-Baqarah, 2:1-2.
هُوَ الَّذِى اَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ .

"Dialah (Allah) yang menurunkan kepada engkau (Ya Muhammad!) Al-Kitab (al-Quran)".

Ali Imran, 3:7.
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً.

"Kami turunkan kepadamu (ya Muhammad!) Al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu sebagai petunjuk dan rahmah".

An-Nahal, 16:89.

Semua kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah kepada para nabi dan rasulNya dipenuhi dengan kebenaran (al-Hak) yang tidak boleh diragukan, kerana tidak ada sedikitpun kebatilan di dalamnya. Firman Allah:
اَلْحَقُّ مِنْ رَّبِّكَ فَلاَ تَكُوْنَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِيْنَ.

"Kebenaran (al-Quran) itu dari Tuhanmu, maka janganlah engkau menjadi golongan orang yang ragu".

Al-Baqarah, 2:147.
لاَيَاْتِيْهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلاَ مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيْلٌ مِنْ حَكِيْمٍ حَمِيْدٍ.

"Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan mahu pun dari belakang, yang diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji".

Fusilat, 41:42.



Setiap mukmin wajib mengimani bahawa wahyu telah terputus (tidak akan turun lagi) semenjak wafatnya Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, kerana baginda adalah Nabi dan Rasul penutup (terakhir), orang yang tidak berkeyakinan demikian adalah kafir. Di antara nama-nama wahyu atau Kalam Allah yang telah diturunkan kepada para rasulNya, sama ada yang telah dimansuhkan atau yang masih terjaga (terpelihara seperti al-Quran) ialah:

Yüklə 2,27 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   ...   24




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin