AL KITAB
Ahli Sunnah wal-Jamaah beriktikad wajibnya bagi setiap muslim beriman dengan keseluruhan kitab yang telah diturunkan oleh Allah.233 Al-Kitab (اَلْكِتَابٌ) jamaknya ialah al-kutub (اَلْكُتُبُ) yang berasal dari kalimah "Kitaabun" (كِتَابٌ) yang bererti: "Sesuatu yang tertulis, yang ditulis atau kumpulan kata-kata yang tertulis". Firman Allah:
كِتَابٌ اَنْزَلْنَاهُ اِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوْا ءَايَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَاُوْلُوْا اْلاَلْبَابِ.
"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran".
Saad, 38:29.
ذَلِكَ بِاَنَّ اللهَ نَزَّلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ وَاِنَّ الَّذِيْنَ اخْتَلَفُوْا فِى الْكِتَابِ لَفِى شِقَاقٍ بَعِيْدٍ.
"Yang demikian itu adalah kerana Allah telah menurunkan al-Kitab dengan membawa kebenaran dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih tentang kebenaran al-Kitab itu, benar-benar dalam penyimpangan yang jauh".
Al-Baqarah, 2:176.
Walaupun wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam disebut "al-Kitab", "az-Zikir" dan beberapa lagi nama, tetapi nama yang paling masyhur disebut dan dikenali ialah dengan sebutan "al-Quran". Al-Quran adalah Kalamullah, bukan makhluk baik huruf atau pun maknanya.234 Al-Quran menjadi mukjizat bagi Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang kekal sehingga ke Hari Kiamat kerana ia dipelihara oleh Allah. Al-Quran al-Karim juga adalah kitab yang paling mulia (afdal) antara kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.
As-Suhuf
Antara kitab-kitab Allah Subhanahu wa-Ta'ala yang wajib diimani, ada yang dikenali dan dinamakan juga sebagai as-Suhuf (اَلصُّحُفُ), seperti suhuf Ibrahim dan Musa 'alaihi as-salam. Sebagaimana diceritakan di dalam firman Allah:
اِنَّ هَذَا لَفِى الصُّحُفِ اْلاُلَى صُحُفِ اِبْرَاهِيْمَ وَمُوْسَى.
"Ini benar-benar terdapat di dalam Suhuf-Suhuf (Kitab-Kitab) yang dahulu. (Iaitu) Suhuf-Suhuf Ibrahim dan Musa".
Al-A'la, 87:18-19.
اَمْ لَمْ يُنَبَّاْ بِمَا فِى صُحُفِ مُوْسَى.
"Ataukah belum diberitakan kepadanya apa yang ada dalam suhuf Musa?".
An-Najm, 53:36.
فِى صُحُفٍ مُّكَرَّمَةٍ . مَرْفُوْعَةٍ مُطَهَّرَةٍ .
"Dalam kitab-kitab (suhuf) yang dimuliakan. Yang ditinggikan lagi disucikan".
'Abasa, 80:13-14.
Taurat
Antara kitab-kitab yang telah dimansuhkan yang pernah diturunkan kepada para rasul yang juga wajib diimani ialah "Kitab Taurat" yang telah diturunkan kepada Nabi Musa 'alaihi as-salam. Sebagaimana firman Allah:
نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَاَنْزَلَ التَّوْرَاةَ وَالاِنْجِيْلَ.
"Dia menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepadamu dengan sebenarnya, membenarkan kitab yang sudah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil".
Ali 'Imran, 3:3.
وَيُعَلِّمُهُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالاِنْجِيْلَ.
"Dan Allah akan mengajarkan kepada mereka al-Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil".
Ali 'Imran, 3:48
يَااَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَآجُّوْنَ فِى اِبْرَاهِيْمَ وَمَا اُنْزِلَتِ التَّوْرَاةُ وَالاِنْجِيْلُ اِلاَّ مِنْ بَعْدِهِ اَفَلاَ تَعْقِلُوْنَ.
"Hai Ahli Kitab! Mengapa kamu bantah membantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berfikir?".
Ali 'Imran, 3:65.
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا مُوْسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَا مَعَهُ اَخَاَهُ هَارُوْنَ وَزِيْرًا.
"Dan Sesungguhnya telah Kami berikan al-Kitab (Taurat) kepada Musa dan Kami telah menjadikan Harun saudaranya, menyertainya sebagai wazir (pembantunya)".
Al-Furqan, 25:35.
Zabur
Setiap mukmin wajib mengimani adanya Kitab Zabur walaupun isi kandungannya telah dimansuhkan oleh al-Quran. "Kitab Zabur" tercatit di dalam al-Quran sebagai kitab samawi. Berkata Ibn Abbas, As-Sya'bi, Al-Hasan dan Qatadah: "Kitab Zabur adalah kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Daud 'alaihi as-salam".235 Firman Allah:
وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِى الزَّبُوْرِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ اَنَّ اْلاَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحِيْنَ.
"Dan sesungguhnya telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam Loh Mahfuz) bahawasanya bumi ini dipusakai bagi kaum yang menyembah (Allah)".
Al-Anbiya, 21:105.
وَءَاتَيْنَا دَاوُدَ زَبُوْرًا.
"Dan Kami berikan Zabur kepada Daud".
Al-Isra', 17:55.
Injil
Injil adalah kitab yang diwahyukan (diturunkan) oleh Allah kepada Isa 'alaihi as-salam.236 Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menjelaskan tentang Injil:
ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَى ءَاثَارِهِمْ بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيْسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَءَاتَيْنَاهُ اْلاِنْجِيْلَ.
"Kemudian Kami iringkan di belakang mereka rasul-rasul Kami dan Kami iringkan (pula) Isa putera Mariam, dan kami berikan kepadanya Injil".
Al-Hadid, 57:27.
Kitab Injil dan Taurat telah dimansukhkan oleh al-Quran kerana semasa penurunan al-Quran, kitab ini tidak lagi dianggap sebagai kitab Injil yang asli. Menurut Ibn Abbas radiallahu anhuma: Raja-raja (para pemimpin Nasrani) telah merubah isi kandungan kitab Injil setelah ketiadaan Nabi Isa 'alaihi as-salam. 237
Al-Quran
Adalah Penutup Kitab
Kitab yang terakhir serta penutup kepada semua kitab-kitab yang telah diturunkan kepada para nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam ialah al-Quran. Al-Quran telah memansuhkan keseluruhan kitab-kitab yang sebelumnya. Al-Quran, selain kitab terakhir ia juga diturunkan kepada Nabi dan Rasul yang terakhir sebagai penutup kenabian dan kerasulan sehinggalah ke Hari Kiamat. Sebagaimana firman Allah:
مَاكَانَ مُحَـمَّدٌ اَبَا اَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَّسُـوْلَ اللهِ وَخَـاتَمَ النَّبِيِّيْنَ.
"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup sekalian nabi-nabi".
Al-Ahzab, 33:40.
Kitab yang terakhir ini diturunkan kepada nabi yang berBangsa Arab dan menggunakan Bahasa Arab yang asli dan murni:
اِنَّآ اَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا
"Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) dengan Bahasa Arab".
Yusuf, 12:2.
وَهَذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌ مُبِيْنٌ
"Sedangkan Al-Quran adalah dalam Bahasa Arab yang terang".
An-Nahl, 16:103.
بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُّبِيْنٌ
"(Al-Quran itu) dengan Bahasa Arab yang jelas".
Asy-Syu'ara, 26:195.
قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِيْ عِوَجٍ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُوْنَ
"(Ialah) al-Quran dalam Bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan (di dalamnya) supaya mereka bertakwa".
Az-Zumar, 39:28.
Al-Quran mempunyai beberapa nama. Nama-nama ini telah diberikan sendiri oleh al-Quran. Antara nama-nama tersebut ialah:
1. Az-Zikr
Al-Quran dikenali dan disebut juga dengan sebutan dan nama "Az-Zikr" (اَلذِّكْرُ) bermaksud: "Yang terpelihara dari diubah atau ditukar ganti238 segala isi kandungannya". Allah menjanjikan terpeliharanya az-Zikr sehinggalah ke Hari Kiamat sebagaimana firmanNya:
اِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَاِنَّا لَهُ لَحَافِظُوْنَ.
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan az-Zikr (al-Quran) dan kami benar-benar memeliharanya".
Al-Hijr, 15:9.
وَهَذَا ذِكْرٌ مُبَارَكٌ اَنْزَلْنَاهُ اَفَاَنْتُمْ لَهُ مُنْكِرُوْنَ.
"Dan Zikr (al-Quran) ini adalah suatu kitab yang mempunyai berkat yang telah Kami turunkan. Maka mengapakah kamu masih mengingkarinya?".
Al-Anbiyaa, 21:50.
وَاَنْزَلْنَا اِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَانُزِّلَ اِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُوْنَ.
"Dan Kami turunkan kepadamu az-Zikr (al-Quran) agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan".
An-Nahl, 16:44.
2. Al-Furqan
Allah Subhanahu wa-Ta'ala menamakan juga kitab yang diturunkan kepada RasulNya sebagai al-Furqan, yang berbentuk masdar فَرَّقَ يُفَرِّقُ فُرْقًا وَفُرْقَانًا bermaksud: "Pisah, beza atau asingkan" Furqan juga bermakna: "Memisahkan" atau bermaksud:
"Memisahkan, mengasingkan dan membahagikan di antara dua perkara".
Allah menamakan al-Quran sebagai al-Furqan kerana al-Quran selain pemberi peringatan, ianya juga dapat mengasingkan, membezakan dan memisahkan antara yang halal dengan yang haram, yang hak dengan yang batil, antara petunjuk dan kesesatan, antara keimanan dan kekufuran, antara mukmin dan kafir serta antara Islam dan jahiliah. Sebagaimana firman Allah:
تَبَارَكَ الَّذِى نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُوْنَ لِلْعَالَمِيْنَ نَذِيْرًا.
"Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan (al-Quran) kepada hambaNya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia)".
Al-Furqan, 25:1.
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِى اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ.
"Di bulan Ramadan, bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan membeza (antara yang hak dan yang batil)".
Al-Baqarah, 2:185.
Dostları ilə paylaş: |