"Qul ya ayyuhal kafirun " (Al Kafirun: 1-6). Kemudian beliau kembali ke sudut Bait (hajar aswad) lalu di ciumnya pula. Kemudian melalui pintu beliau pergi ke Shafa. Setelah dekat ke bukit Shafa beliau membaca ayat: "Sesungguhnya sa'i antara Shafa dan Marwa termasuk lambang-lambang kebesaran agama Allah." (Al
Baqarah: 158). Kemudian mulailah dia melaksanakan perintah Allah. Maka dinaikinya bukit Shafa. Setelah kelihatan Baitullah, lalu dia menghadap ke kiblat seraya mentauhidkan Allah dan mengagungkan-Nya. Ujarnya : "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa
'ala kulli syaiin qadir. La ilaha illallahu wahdahu, anjaza wa'dahu wa nashara 'abdahu wa hazamal ahzaba wahdahu." Kemudian beliau mendoa. Ucapan tahlil itu diulangnya sampai tiga kali. Kemudian beliau turun ke Marwa. Ketika sampai di lembah, beliau berlari-lari kecil. Dan sesudah itu beliau menuju bukit Marwa, sambil berjalan kembali. Setelah sampai di puncak bukit Marwa, beliau perbuat apa yang diperbuatnya di bukit Shafa. Tatkala beliau mengakhiri sa'inya di bukit Marwa, beliau berujar: "Kalau aku belum lakukan apa yang telah ku perbuat, nescaya aku tidak membawa hadiah,dan menjadikannya umrah." Lalu bertanya Suraqah bin Malik bin Ju'syum, katanya: "Ya, Rasulullah! Apakah untuk tahun ini saja ataukah untuk selama-lamanya?" Rasulullah saw. memperpancakan jari-jari tangannya yang satu ke jari-jari tangannya yang lain seraya berkata: Memasukkan 'umrah ke dalam haji? (2x) Tidak! Bahkan untuk selama-lamanya." Sementara itu 'Ali datang dari Yaman membawa haiwan korban Nabi saw. didapatinya Fathimah termasuk orang yang tahallul; dia mengenakan
pakaian bercelup dan bercelak mata. Ali melarangnya berbuat demikian. Jawab Fathimah, "Ayahku sendiri yang menyuruh ku berbuat begini." Kata 'Ali, "Aku pergi menemui Rasulullah saw. minta fatwa beliau terhadap perbuatan Fathimah itu. Kujelaskan kepada beliau bahwa aku mencegahnya berbuat demikian." Sabda beliau, "Fathimah benar! Fathimah benar!" Kemudian tanya beliau, "Apa
yang engkau baca ketika hendak melakukan haji?" Jawab 'Ali, aku membaca "Wahai Allah! Aku niat menunaikan ibadah haji seperti yang dicontohkan Rasul Engkau." Tanya 'Ali, "Tetapi aku membawa haiwan korban, bagaimana itu?" Jawab beliau, "Engkau jangan tahallul." Kata Ja'far, "Jumlah hadiah yang dibawa Ali dari yaman dan yang dibawa Nabi saw., ada seratus ekor. Para jamaah telah tahallul dan bercukur semuanya, melainkan Nabi saw. dan orang-orang yang
membawa hadiah beserta beliau. Ketika hari Tarwiyah (8 Zulhijah) tiba, mereka berangkat menuju Mina untuk melakukan ibadah haji. Rasulullah saw. menunggang kenderaannya. Di sana beliau solat Zhuhur, 'Ashar,
Maghrib, 'Isya, dan Subuh. Kemudian beliau menanti sebentar hingga terbit matahari; sementara itu beliau menyuruh orang lebih dahulu ke Namirah untuk mendirikan khemah di sana. Sedangkan orang Quraisy mengira bahwa beliau tentu akan berhenti di Masy'aril Haram (sebuah bukit di Muzdalifah). sebagaimana biasanya orang-orang jahiliyah. Tapi ternyata beliau terus saja menuju 'Arafah. Sampai ke Namirah didapatinya tenda-tenda telah didirikan orang. Lalu beliau berhenti untuk istirehat di situ. Ketika matahari telah condong, beliau menaiki untanya meneruskan perjalanan. Sampai di tengah-tengah lembah beliau berpidato. Sabdanya: "Sesungguhnya menumpahkan darah dan merampas harta sesama mu haram, sebagaimana haramnya berperang pada hari ini, Pada bulan ini, dan di negeri ini. Ketahuilah! Semua yang berbau jahiliyah telah dihapuskan di bawah undang-undang ku, termasuk tebusan darah masa jahiliyah. Tebusan darah
yang pertama-tama ku hapuskan ialah tebusan darah Ibnu Rabi'ah bin Harits yang disusukan oleh Bani Sa'ad, lalu ia dibunuh oleh Huzail. Begitu pula telah ku hapuskan riba jahiliyah; yang mula-mula ku hapuskan ialah riba yang ditetapkan 'Abbas bin Abdul Muththalib. Sesungguhnya riba itu kuhapuskan semuanya. Kemudian jagalah diri mu terhadap wanita. Kamu boleh mengambil mereka sebagai amanah Allah dan mereka halal bagi mu dengan mematuhi peraturan-peraturan Allah. Setelah itu kamu punya hak atas mereka, iaitu supaya mereka tidak membolehkan orang lain menduduki tikar mu. Jika mereka melanggar, pukullah mereka dengan cara yang tidak membahayakan. Sebaliknya mereka punya
hak terhadap mu. Iaitu nafkah dan pakaian yang pantas. Ku wariskan kepada mu sekalian suatu undang-undang
yang jika kamu pegang teguh, kamu tidak akan tersesat sepeninggal ku, iaitu Kitabullah! Kamu semua akan ditanya mengenai diri ku. Apakah akan jawab mu?" Jawab mereka, "Kami menjadi saksi bahwa engkau telah menyampaikan risalah ini kepada kami, telah menunaikan tugas mu dan telah memberi nasihat kepada kami." Lalu beliau bersabda sambil mengangkat telunjuknya ke langit, dan menunjuk kepada orang ramai. "Wahai Allah! Saksikanlah!" (3x). Sesudah itu beliau azan, kemudian qamat lalu solat Zhuhur, kemudian qamat lagi, lalu solat 'Ashar tanpa solat sunat antara
keduanya. Sesudah itu beliau meneruskan perjalanan menuju ke tempat wukuf. Sampai di sana, dihentikannya unta Qashwa di tempat berbatu-batu dan orang-orang yang berjalan kaki berada di hadapannya. Beliau menghadap ke kiblat dan sentiasa wukuf
sampai matahari terbenam dan mega merah hilang. Kemudian beliau teruskan pula perjalanan dengan membonceng Usamah di belakangnya, sedang beliau sendiri memegang kendali. Beliau tarik tali kekang unta Qashwa, sehingga kepalanya hampir menyentuh bantal palana. Beliau bersabda dengan isyarat tangannya, "Hai, orang ramai! Tenang! Tenang!" Tiap-tiap beliau sampai ke pinggang bukit dikendurkannya tali unta sedikit untuk memudahkannya mendaki. Sampai di Muzdalifah beliau solat Maghrib dan 'Isya dengan satu kali azan dan dua qamat, tanpa solat sunat antara keduanya. Kemudian beliau tidur hingga terbit fajar. Setelah tiba waktu Subuh, beliau solat Subuh dengan satu azan dan satu qamat. Kemudian beliau tunggangi pula Qashwa meneruskan perjalanan sampai ke Masy'aril Haram. Sampai di sana beliau menghadap ke kiblat, mendoa, takbir, tahlil dan
membaca kalimah tauhid. Beliau wukuf di sana hingga langit kekuning-kuningan dan berangkat sebelum matahari terbit sambil membonceng Fadhal Ibnu 'Abbas. Fadhal seorang lelaki berambut indah dan berwajah putih. Ketika beliau berangkat, berangkat pulalah orang-orang besertanya. Fadhal menengok kepada mereka, lalu mukanya ditutup Rasulullah dengan tangannya. Tetapi Fadhal menoleh ke arah lain untuk melihat. Rasulullah saw. menutup pula mukanya dengan tangan yang lain, sehingga Fadhal mengarahkan pandangannya ke tempat lain. Sampai di tengah lembah Muhassir, dipercepatnya untanya melalui jalan tengah yang langsung menembus ke Jumratul Kubra. Sampai di Jumrah yang dekat dengan sebatang pohon, beliau melempar dengan tujuh buah batu kerikil sambil membaca takbir pada setiap lemparan. Kemudian beliau terus ke tempat penyembelihan korban. Di sana beliau menyembelih enam puluh tiga haiwan korban dengan tangannya dan sisanya diserahkannya kepada 'Ali untuk menyembelihnya,
iaitu sebagai haiwan korban bersama-sama dengan anggota jamaah yang lain. Kemudian beliau suruh ambil dari setiap haiwan kurban itu sepotong kecil, lalu disuruhnya masak dan kemudian beliau makan dagingnya serta beliau minum kuahnya. Sesudah itu beliau naiki kenderaan beliau menuju ke Baitullah untuk thawaf. Beliau solat Zhuhur di Makkah. Sesudah itu beliau datangi Bani 'Abdul Muththalib yang sedang menimba sumur Zamzam. Beliau bersabda kepada mereka, "Hai Bani Abdul Muththalib! Berilah kami minum! Kalaulah orang ramai tidak akan salah tanggap, tentu akan ku tolong kamu menimba bersama-sama. Lalu mereka timbakan seember, dan beliau minum daripadanya."
1189. Dari Jabir r.a., dia menceritakan dalam hadisnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Aku menyembelih kurban di sini, dan Mina seluruhnya adalah tempat menyembelih. Kerana itu sembelihlah korban mu di tempat kendaraan mu berhenti. Dan wukuf di 'Arafah, maka 'Arafah seluruhnya adalah tempat wukuf. Dan aku wukuf pula di Muzdalifah, maka Muzdalifah seluruhnya adalah tempat wukuf."
1190. Dari Jabir bin 'Abdullah r,a., katanya: "Tatkala Rasulullah saw. tiba di Makkah, mula-mula beliau
datangi hajar aswad lalu beliau cium. Kemudian beliau berjalan ke kanan lalu berlari-lari kecil tiga kali putaran, dan berjalan kaki empat kali putaran."
1191. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Orang-orang Quraisy dan orang-orang yang seagama dengan mereka, dahulu mereka wukuf di Muzdalifah dan mereka dinamakan "Al Hums" (pemberani). Tetapi orang-orang Arab lainnya wukuf di 'Arafah. Ketika Islam datang Allah 'Azza wa Jalla memerintahkan kepada Nabi-Nya
supaya datang ke 'Arafah dan wukuf di sana. Setelah itu berangkat dari sana bersama-sama. Itulah yang dimaksud dengan firman Allah swt.: "Kemudian berangkatlah kamu semua dari tempat
berangkatnya orang ramai."(Al Baqarah : 199)
1192. Dari Hisyam r.a., dari bapanya, katanya: "Orang-orang Arab zaman dahulu thawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang bulat, kecuali Al Hums. Al Hums ialah orang-orang Quraisy dan turunannya. Orang-orang Arab itu thawaf dalam keadaan telanjang, kecuali apabila mereka diberi pakaian oleh orang Quraisy, yang lelaki memberi pakaian kepada lelaki dan perempuan kepada perempuan. Orang Quraisy tidak berangkat dari Muzdalifah, tetapi orang ramai semuanya pergi ke 'Arafah. Kata Hisyam, dari bapanya, dari 'Aisyah r.a., "Orang-orang Quraisy (Al Hums) inilah yang telah menyebabkan Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat pada mereka, "Kemudian berangkatlah kamu dari tempat berangkatnya orang ramai "(Al Baqarah : 199) Kata 'Aisyah, "Orang banyak berangkat dari 'Arafah, sedangkan mereka (Al Hums) berangkat dari Muzdalifah." Kata mereka, "Kami tidak akan berangkat melainkan dari Tanah Haram." Maka ketika ayat di atas turun, mereka sama-sama pergi ke 'Arafah." 1193. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Aku mendatangi Rasulullah saw. ketika beliau menambatkan kendaraannya di Bathha. Beliau bertanya kepada ku, "Kamu ihram dengan niat apa?" Jawab ku: "Aku ihram dengan apa yang diniatkan Rasulullah saw." Tanya beliau, "Adakah engkau membawa hadiah (haiwan kurban)?" Jawab ku, "Tidak." Sabda beliau, "Pergilah thawaf di Baitullah, sesudah itu sa'yi di Shafa dan Marwa, dan sesudah itu engkau boleh tahallul (berhenti ihram). Lalu aku thawaf di Bait, kemudian di Shafa 'dan Marwa, dan sesudah itu ku datangi wanita kaum ku lalu disisirkannya rambut ku dan dicucinya kepala ku: Yang demikian itu kufatwakan kepada orang banyak selama pemerintahan Abu Bakar. Ketika musim haji dalam pemerintahan 'Umar, seorang lelaki bertanya kepada ku. "Tidak tahukah engkau peraturan baru yang di buat Amirul Mukminin mengenai ibadah haji?" Lalu ku umumkan, "Hai, manusia! Siapa yang pernah minta fatwa kepada ku mengenai haji hendaklah ditangguhkan pelaksanaannya, kerana Amirul Mukminin telah membuat suatu peraturan mengenai itu. Kerana itu patuhilah Amirul Mukminin!" Ketika Amirul Mukminin datang, aku bertanya kepada beliau. "Peraturan baru bagaimanakah yang anda buat mengenai ibadah haji?" Jawabnya, "Kita ambil dari Kitabullah. Allah berfirman: "Sempurnakanlah haji dan 'umrahmu kerana Allah." (Al Baqarah : 196). Dan kita ambil dari Sunnah Nabi kita 'alaihish shalatu wassalam, kerana sesungguhnya beliau tidak tahallul (berhenti ihram) sebelum menyembelih haiwan kurban yang dibawanya."
1194. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Rasulullah saw. menugaskan ku ke negeri Yaman. Kemudian, aku bertemu kembali dengan beliau pada musim haji. Beliau bertanya kepada ku, "Hai, Abu Musa! Apa niatmu ketika ihram (untuk haji atau untuk 'umrah?)" Jawab ku, "Aku ihram seperti ihram Nabi saw." Tanya beliau, "Adakah kamu membawa hadiah (haiwan kurban)?" Jawab ku, "Tidak, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Kalau begitu pergilah thawaf di Bait, kemudian di Shafa dan Marwa, sesudah itu engkau tahallul (berhenti ihram).
1195. Dari Qatadah r.a., katanya Abdullah bin Syaqiq bercerita: 'Usman bin 'Affan pernah melarang mengerjakan haji tamattu' ('umrah sebelum haji), sedangkan 'Ali menyuruh melakukannya. Kerana itu 'Usman menegur 'Ali. Jawab 'Ali "Bukankah anda tahu, bahwa kita pernah mengerjakan haji tamattu' bersama-sama dengan Rasulullah saw.?" Kata 'Usman, "Benar! Tetapi ketika itu kita dalam keadaan tidak aman."1196. Dari Sa'id bin Musayyab r.a., katanya: "Pada suatu ketika, 'Ali dan 'Usman r.a., bertemu di 'Usfan. 'Usman melarang melakukan haji tamattu' atau 'umrah. Kata 'Ali, "Apa maksud anda melarang orang mengerjakan ibadah yang pernah diperbuat oleh Rasulullah saw.?" Jawab 'Usman, "Biarkan kami dengan urusan kami!" Kata 'Ali, "Aku tidak dapat membiarkan anda begitu saja." Setelah 'Ali melihat yang demikian, lalu ia ihram untuk keduanya (haji dan 'umrah) sekaligus." 1197. Dari Mutharrif r.a., bahwasanya 'Imran bin Hushain berkata kepadanya, "Akan ku sampaikan kepada mu sebuah hadis, semoga ia bermanfaat bagi mu. Iaitu, bahwasanya Rasulullah saw. pernah menggabungkan 'umrah dengan haji dan mengerjakannya sekaligus. Kemudian beliau tidak pernah melarang yang demikian sampai beliau meninggal. Sedangkan ayat yang melarang demikian pun tidak pernah turun."
1198. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengerjakan haji tamattu' ketika beliau haji wada', iaitu dengan mengerjakan 'umrah sebelum haji. Kemudian beliau bayar denda dengan haiwan korban yang dibawanya dari Zulhulaifah, tempat beliau memulai ihram untuk 'umrahnya itu. Sesudah itu barulah beliau ihram pula untuk haji, dan orang ramai 'umrah pula bersama-sama dengan beliau. Di antara orang ramai itu ada yang membawa hadiah, dan ada pula yang tidak membawa hadiah. Setibanya Rasulullah saw. di Makkah. beliau bersabda kepada orang ramai, "Siapa-siapa yang membawa hadiah, dia tidak boleh tahallul (berhenti ihram) hingga selesai haji. Dan siapa yang tidak membawa hadiah, hendaklah thawaf di Bait, kemudian di Shafa dan Marwa, sesudah itu dia boleh bercukur dan tahallul. Kemudian dia hams ihram kembali untuk haji,dan harus membayar denda dengan menyembelih kurban. Siapa yang tidak membawa haiwan kurban, dia harus puasa tiga hari di tempat haji dan tujuh hari apabila dia telah tiba di kampungnya. Sesampainya di Makkah lebih dahulu beliau jamah hajar aswad, kemudian beliau berlari-lari keci1 tiga kali putaran keliling Ka'bah dan berjalan biasa empat kali putaran. Selesai thawaf keliling Ka'bah, beliau solat
dua raka'at di Maqam Ibrahim. Selesai solat, beliau pergi ke Shafa dan Marwa lalu sa'i antara Shafa dan Marwa tujuh kali. Beliau tidak tahallul sampai selesai haji dan menyembelih korbannya di hari Nahar (10 Zulhijjah). Sesudah itu beliau kembali ke Makkah, lalu thawaf di Bait, kemudian tahallul atau menghalalkan segala sesuatu yang tadinya haram dikerjakan selama ibadah haji. Apa yang diperbuat beliau itu dicontoh pula oleh orang-orang yang membawa haiwan kurban.
1199. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Hafshah r.a., isteri Nabi saw. pernah bertanya kepada beliau, tanya nya: "Ya, Rasulullah! Kenapa orang ramai telah tahallul dari 'umrah, sedangkan anda belum?" Jawab beliau, "Aku telah menggulung rambut ku dan memberi kalung pada haiwan korban. Kerana itu aku tidak boleh tahallul sampai aku menyembelih korban ku itu."
1200. Dari Hafshah r.a., katanya: "Aku bertanya kepada Nabi saw., kenapa orang banyak sudah boleh tahalul (berhenti 'umrah), sedangkan anda belum juga tahallul?" Jawab beliau, "Aku telah mengalungi haiwan korban ku dan menggulung rambutku. Kerana itu aku tidak boleh tahallul sampai ibadah haji selesai."
1201. Dari Nafi' r.a., katanya 'Abdullah bin 'Abdullah serta Salim bin 'Abdullah, keduanya pernah terlibat dalam suatu pembicaraan dengan 'Abdullah bin 'Umar ketika Hajjaj hendak memerangi Ibnu Zubair. Keduanya mengatakan kepada 'Abdullah,
"Tidaklah mengapa agaknya jika anda tidak pergi haji tahun ini, kerana kami khuatir akan terjadi peperangan sehingga anda terhalang mengerjakannya." Jawab 'Abdullah, "Jika aku terhalang, akan kulakukan seperti apa yang pernah diperbuat Rasulullah Saw. Aku ikut bersama-sama dengan beliau ketika beliau dihalangi oleh kafir Quraisy mengerjakan haji. Dapat kukatakan kepada mu, bahwa ketika itu aku sempat mengerjakan 'umrah." Lalu dia pergi. Sesampainya di Zulhulaifah, dia membaca talbiyah untuk 'umrah. Jika aku dibiarkan akan kulaksanakan 'umrah ku, tetapi jika aku dihalangi, akan kulakukan seperti yang dilakukan Rasulullah saw. di mana aku ikut menyaksikannya ketika itu. Kemudian dibacanya sebuah ayat: "Sesungguhnya Rasulullah itu adalah contoh teladan yang baik bagimu.. (Al Ahzab : 21). Kemudian beliau meneruskan perjalanannya sampai ke Baida'. Lalu dia berkata: Sesungguhnya ibadah haji dan 'umrah itu satu. Jika aku terhalang mengerjakan 'umrah bererti aku terhalang pula mengerjakan haji. Akan ku perlihatkan kepada mu bagaimana caranya menunaikan haji sekaligus dengan 'umrah. Lalu diteruskannya perjalanannya. Sampai di Qudaid dibelinya hadiah (hewan kurban). Kemudian dia thawaf di Bait satu kali, sa'i di Shafa dan Marwa sekali. Dan beliau tidak tahallul melainkan pada hari Nahar (10 ZUlhijjah).
1202. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya "Kami pernah ihram bersama-sama Rasulullah saw. untuk haji Ifrad."
1203. Dari Bakar bin 'Abdullah, dari Anas r.a., katanya dia pernah melihat Nabi saw. menggabungkan ibadah haji dengan 'umrah. Kata Bakar, lalu hal itu kutanyakan kepada Ibnu 'Umar. Jawab Ibnu 'Umar, "Kami hanya ihram untuk haji saja."Kemudian aku kembali kepada Anas, lalu ku sampaikan kepadanya ucapan Ibnu 'Umar itu. Jawab Anas, "Kita seperti anak kecil saja."
1204. Dari Wabarah r.a., katanya: "Ketika aku duduk dekat Ibnu 'Umar, datang seorang lelaki bertanya, "Bolehkah aku thawaf di Bait sebelum wukuf di 'Arafah?" Jawab Ibnu 'Umar, "Ya, boleh! Rasulullah saw. mengerjakan ibadah haji, beliau thawaf lebih dahulu di Bait sebelum pergi ke tempat wukuf di 'Arafah."
1205. Dari 'Amru bin Dinar r.a., katanya: "Kami pernah bertanya kepada Ibnu 'Umar tentang seorang lelaki yang mengerjakan ibadah 'umrah, lalu dia thawaf di Baitullah tetapi belum sa'i antara Shafa dan Marwa. Bolehkah dia campur dengan isterinya (tahallul)?" Jawab Ibnu 'Umar, "Rasulullah saw. mengerjakan 'umrah, mula-mula beliau thawaf di Baitullah tujuh kali; kemudian solat dua rakaat di Maqam Ibrahim, kemudian sa'i antara Shafa dan Marwa tujuh kali." Kata Ibnu 'Umar selanjutnya, "Sesungguhnya Rasulullah saw. adalah ikutan yang baik."
1206. Dari Asma' binti Abu Bakar r.a., katanya: "Ketika kami ihram Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang membawa hadiah (haiwan korban), hendaklah dia tetap dalam keadaan ihram. Dan siapa yang tidak membawa hadiah, dia boleh tahallul (berhenti ihram). Ketika itu Zubair (suami Asma') membawa hadiah. Kerana itu dia tidak tahallul. Tetapi aku memakai pakaianku, lalu keluar dan duduk dekat Zubair. Kata Zubair, "Jauh-jauhlah kau daripadaku!" Jawab ku, "Khuatirkah engkau akan batal keranaku?"
1207. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. ihram untuk haji dan tiba di Makkah pada tanggal 4 Zulhijjah. Setelah selesai solat Subuh, beliau bersabda: "Siapa yang hendak menjadikan haji ini 'umrah, silakan!"
1208. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat Subuh di Dzi Thuwa, dan tiba di Makkah tanggal 4 Zulhijjah. Lalu beliau menyuruh para sahabatnya supaya menukar niat mereka dengan 'umrah, kecuali bagi orang yang membawa hadiah (haiwan kurban)."1209. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 'Umrah ini kita kerjakan sebelum haji. Siapa tidak membawa hadiah, dia boleh tahallul seluruhnya, namun 'umrah itu termasuk ibadah haji sampai hari kiamat."
1210. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat Zhuhur di Zulhulaifah. Sesudah solat di mintanya unta (haiwan kurban), lalu diberinya tanda di punuk kanan unta itu sampai berdarah, kemudian dikalungkannya sepasang terompah di kuduknya; dan setelah beliau naik di kenderaannya, sampai di Baida' barulah beliau ihram untuk haji."
1211. Dari Ibnu 'Abbas r.a., bahwasanya Mu'awiyah bin Abi Sufyan mengabarkan kepadanya, bahwa dia pernah menggunting rambut Rasulullah saw. ketika beliau sedang berada di Marwa.
1212. Dari Anas r.a., katanya : "Rasulullah saw. mengerjakan 'umrah empat kali. Semuanya itu dikerjakan beliau di bulan Zulkaedah, selain yang dikerjakannya bersama-sama dengan haji. Iaitu, 'umrah yang dilakukan beliau dari Hudaibiyah, ketika
berlakunya perdamaian Hudaibiyah dalam bulan Zulkaedah, dan 'umrah tahun sesudah itu juga dalam bulan Zulkaedah, dan 'umrah yang dilakukan beliau dari Ji'ranah ketika membagi-bagi harta rampasan perang Hunain, jUga di bulan Zulkaedah, dan sesudah itu 'umrah yang dilakukan beliau sama-sama dengan haji.
1213. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah menanya seorang wanita Anshar bernama Ummu Sinan, katanya: "Apa keberatanmu untuk pergi haji bersama-sama dengan kami?" Jawab wanita itu, "Kami hanya mempunyai dua ekor unta. Yang satu dipakai suami ku pergi haji bersama anaknya, sedang yang satu lagi dipakai pembantu kami untuk menyiram kebun." Sabda Nabi saw., "Kalau begitu, 'umrahlah nanti di bulan Ramadhan, nilainya sama dengan haji bersama ku."
1214. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Bila Nabi saw. datang ke Makkah, beliau masuk kota dari tempat ketinggian dan keluar dari tempat kerendahan."
1215. Dari Nafi' r.a., katanya 'Abdullah mengabarkan kepadanya,
bahawasanya Rasulullah saw. berhenti bermalam di Dzi Thuwa, sehingga beliau solat Subuh lebih dahulu di situ sebelum masuk kota Makkah. Tempat beliau solat itu bukanlah di masjid yang telah dibangun kemudian, tetapi agak ke bawah sedikit, di sebuah bukit kecil yang ditutupi tanah."
1216. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. melakukan thawaf awal (thawaf qudum :
thawaf selamat datang), beliau berlari-lari kecil tiga kali putaran dan berjalan biasa empat kali putaran. Ketika sa'i, beliau berlari pula bila melalui bekas banjir antara Shafa dan Marwa.
1217. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya : "Rasulullah saw. melakukan thawaf qudum untuk haji dan 'umrah, berlari-lari kecil tiga kali putaran dan berjalan empat kali putaran. Kemudian beliau soat dua rakaat (di Maqam Ibrahim) dan sesudah itu sa'i antara Shafa dan Marwa."
1218. Dari Ibnu 'Abbu r.a., katanya: "Rasulullah saw. dan juga sahabat beliau datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dalam keadaan lemah oleh penyakit Madinah. Lalu orang-orang musyrik Makkah berkata sesama mereka, "Esok akan datang ke sini suatu kaum yang lemah kerana mereka diserang penyakit panas yang memayahkan. Oleh kerana itu mereka duduk di dekat hijir memperhatikan kaum muslimin thawaf. Nabi saw. memerintahkan mereka supaya berlari tiga kali putaran dan berjalan biasa empat kali putaran antara dua sudut supaya dilihat kaum musyrikin ketangkasan mereka. Maka berkata kaum musyrikin sesama mereka, "Inikah orang-orang yang kamu katakan lemah kerana sakit panas, ternyata mereka lebih kuat dari golongan ini dan itu."1219. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. berlari-lari kecil thawaf di Bait, untuk memperlihatkan kekuatan kaum muslimin kepada kaum musyrikin."
1220. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Aku tidak melihat Rasulullah saw. menyentuh Baitullah melainkan pada dua sudut, iaitu sudut Hajar Aswad dan sudut Yamani."
1221. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Aku tidak pernah meninggalkan meraba kedua sudut ini, iaitu sudut Yamani dan sudut Hajar Aswad, semenjak ku lihat Rasulullah saw. merabanya, baik dalam keadaan sempit mahupun dalam keadaan lapang."1222. Dari Salim r.a., katanya bapanya menceritakan kepadanya, bahwa 'Umar bin Khaththab mencium hajar-aswad. Kemudian 'Umar berkata, "Ketahuilah, demi Allah! Aku tahu engkau hanya batu. Kalaulah aku tidak melihat Rasulullah saw. menciummu, aku tidak akan menciummu."
1223 Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya: "Ketika haji wada', Rasulullah saw. thawaf di atas unta. Lalu dia menyentuh hajar aswad dengan tongkatnya."
1224. Dari Ummu Salamah r.a., katanya: "Aku melapor kepada Rasulullah saw. bahwa aku sakit. Maka bersabda Rasulullah saw., "Thawaflah di belakang orang ramai sambil berkenderaan," Kata Ummu Salamah, "Ketika Rasulullah saw. solat dekat Bait, beliau membaca surah Ath Thur." 1225. Dari 'Urwah r.a., dari bapanya, dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku berpendapat, jika seseorang tidak sa'i antara Shafa dan Marwa tidak membatalkan hajinya." Tanya 'Aisyah, "Apa alasanmu?" Jawab ku, "Firman Allah Ta'ala yang berbunyi: "Sesungguhnya Shafa dan Marwa sebagian dari syi'ar agama Allah. " (Al Baqarah: 158). Kata 'Aisyah, "Tidak sempurna haji dan 'umrah seseorang tanpa sa'i antara Shafa dan Marwa. Kalau benarlah apa yang kamu katakan, tentu firman Allah Ta'ala itu seharusnya berbunyi: Tidaklah berdosa orang yang tidak sa'i antara keduanya. Tahukah kamu sebabnya? Sebabnya ialah: Di zaman jahiliyah, orang-orang Anshar menyembah dua berhala yang terletak di tepi pantai, iaitu berhala yang disebut Isaf dan Nailah. Sesudah mereka mendatangi kedua berhala itu, mereka sa'i antara Shafa dan Marwa, dan sesudah itu mereka bercukur. Setelah Islam datang, mereka enggan sa'i antara keduanya, kerana mereka tak ingin mengingat perbuatan mereka semasa jahiliyah. Kata 'Aisyah, lalu Allah menurunkan ayat: "Sesungguhnya Shafa dan Marwa sebagian daripada syi'ar agama Allah." (Al Baqarah : 158). Maka sejak itu, mereka sa'i antara keduanya."
Dostları ilə paylaş: |