529. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. mengimami kami solat pada salah satu dua solat petang, mungkin solat Zuhur atau solat 'Ashar. Setelah dua raka'at beliau memberi salam, kemudian beliau pergi ke sebatang pohon kurma di arah kiblat masjid, lalu beliau bersandar ke pohon itu, kelihatan seperti orang marah. Di antara jamaah terdapat Abu Bakar dan 'Umar, namun keduanya
takut berbicara. Orang-orang yang ~I suka cepat-cepat telah kehiar sambil berujar, "Solat dipendekkan." Sekonyong-konyong Dzulyadain berdiri seraya berkata, "Ya, Rasulullah! Apakah solat dipendekkan ataukah anda lupa?" Nabi saw. menengok ke kanan dan ke kiri, lalu bersabda: "Betulkah apa yang dikatakan Dzulyadain itu?" Jawab mereka, "Betul, ya Rasulullah! Anda solat hanya dua raka'at." Kerana itu Nabi saw. solat dua raka'at lagi, lalu memberi salam. Sesudah itu beliau takbir, lalu sujud. Kemudian takbir, lalu bangkit. Kemudian takbir, lalu sujud lagi. Sesudah itu takbir, lalu bangkit. "
530. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. membaca Qur'an. Lalu beliau sampai kepada surat yang terdapat di dalamnya ayat sajadah (ayat yang bertalian dengan perintah sujud), maka beliau sujud dan kami sujud pula bersama-sama dengan beliau, sehingga hampir saja sebahagian kami tidak mendapat tempat untuk meletakkan dahinya."
531. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Nabi saw. sering membaca Qur'an. Setiap kali beliau membaca ayat sajadah, beliau sujud bersama-sama dengan kami sehingga kami berdesak-desak di samping beliau, bahkan
di antara kami ada yang tidak mendapat tempat untuk sujud, sedang sujud itu di luar solat."
532. Dari Abdullah r.a., katanya: "Nabi saw. membaca surat An Najm, lalu beliau sujud Tilawah. Begitu pula orang-orang yang beserta beliau, kecuali seorang tua. Dia hanya mengambil segenggam tanah, lalu diletakkannya ke dahinya seraya berkata: "Bagiku cukup begini." Kata Abdullah, "Tidak berapa lama sesudah itu, kulihat orang tua itu mati terbunuh dalam kafir."
533. Dari 'Atha' bin Yasar r.a., katanya dia bertanya kepada Zaid bin Tsabit tentang bacaan beserta imam. Jawab Zaid, "Tidak ada bacaan apa-apa beserta imam." Kemudian dia mengatakan bahawa dia pernah membaca surat An Najm di hadapan Nabi saw., tetapi dia tidak sujud ketika itu.
534. Dari Abu Salamah bin 'Abdur Rahman r.a., katanya: "Abu Hurairah membacakan Surat Insyiqaq kepada mereka, lalu dia sujud tilawah.
Setelah itu dia mengabarkan kepada mereka bahwa Rasulullah saw. sujud tilawah ketika membaca surat itu."
535. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Kami sujud bersama-sama Nabi saw. ketika membaca Surat Insyiqaq dan Surat Al 'Alaq."536. Dari Amir bin Abdullah bin Zubair r.a., dari bapanya, katanya: "Apabila Rasulullah saw. duduk dalam solat, diletakkannya kakinya yang kiri antara paha dan betis, serta menegakkan tumit kanan, meletakkan tangan kiri di lutut kiri, meletakkan tangan kanan di paha kanan dan menunjuk dengan telunjuk."537. Dari Amir bin Abdullah bin Zubair r.a., dari bapanya, katanya: "Apabila Rasulullah saw. duduk mendo'a (tasyahhud dalam solat), diletakkannya tangan kanan atas paha kanan, tangan kiri atas paha kiri. Beliau menunjuk dengan telunjuk, meletakkan ibu jari di jari tengah, serta meletakkan telapak tangan kiri di atas lutut."
538. Dari Abu Ma'mar r.a., katanya: "Seorang Amir di Makkah menyudahi solat dengan dua kali salam. Maka bertanya Abdullah, "Dari mana anda peroleh cara begitu?" Kata Al Hakam di dalam hadisnya, "Sesungguhnya Rasulullah saw. melakukan seperti itu."
539. Dari Amir bin Sa'ad r.a., dari bapanya, katanya: "Aku melihat Rasulullah saw. memberi salam ke kanan dan ke kiri sehingga terlihat olehku putih pipinya."
540. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Kami ingat setelah Rasulullah saw. selesai solat, lalu dibacanya takbir."
541. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Sesungguhnya zikir dengan suara keras setelah selesai solat wajib, adalah biasa pada masa Rasulullah saw. Kata Ibnu Abbas, "Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat, kalau suara mereka membaca zikir telah kedengaran."
542. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. pulang ke rumahku, sedangkan ketika itu di rumahku ada seorang tamu, wanita Yahudi. Tamu itu berkata, "Tahukah kamu, bahwa kamu akan mendapat bencana dalam kubur?" Lalu Nabi saw. mengeraskan suaranya dengan berkata, "Sesungguhnya yang akan dapat bencana itu ialah orang-orang Yahudi." Kata 'Aisyah, "Beberapa malam sesudah itu Rasulullah saw. bersabda: "Tahukah kamu bahawa sesunguhnya aku mendapat wahyu yang kamu akan dibencanai dalam kubur?" Semenjak itu, selalu kudengar Rasulullah saw. berlindung dengan Allah dari siksa kubur." 543. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Dua orang wanita tua bangsa Yahudi datang ke rumahku, lalu keduanya berkata: "Sesungguhnya ahli kubur itu disiksa dalam kuburnya." Aku mendustakan ucapan mereka dan tidak mahu mengiakannya. Setelah mereka keluar, Rasulullah saw. datang. Lalu kuceritakan kepada beliau kedatangan wanita tua Yahudi itu serta ucapan mereka yang mengatakan bahwa ahli kubur disiksa dalam kubur mereka. Jawab Rasulullah saw., "Mereka benar! Memang ahli kubur itu disiksa, sehingga siksaan mereka itu terdengar oleh binatang ternak." Kata 'Aisyah, "Semenjak itu, kulihat beliau sentiasa berlindung dengan Allah dan siksa kubur dalam solat."
544. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw. berlindung kepada Allah daripada bencana dajjal."545. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila kamu tasyahhud, maka berlindunglah kepada Allah dari empat macam perkara." Kemudian beliau membaca: "Allahuma inni a'udzubika min 'adzabi jahannam, wa min 'adzabil qabri, wa min fitnatil mahya wal mamati, wa min syarri fitnatil masihid dajjal."
546. Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Nabi saw. sentiasa mendo'a dalam solat: "Allahuma inni a'udzubika min 'adzabil qabri, wa a'udzu bika min fitnatil masihid dajjal, wa a'udzu bika min fitnatil mahya wal mamati. Allahumma inni a'udzu bika minal ma'tsam wal maghram." Lalu bertanya seorang penanya, "Berapa banyakkah hutang anda, sampai anda berlindung kepada Allah, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Apabila seseorang terlibat hutang, kalau dia bicara biasa dusta, kalau dia berjanji biasa mungkir."547. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. mengajarkan kepada mereka doa berikut ini, seperti halnya beliau mengajarkan Al Qur'an. Sabda beliau, "Bacalah : "Allhumma inna na'udzubika min 'adzabi jahannam, wa a'udzubika min 'adzabil qabri, wa a'udzu bika min fitnatil masihid dajjal, wa a'udzu bika min fitnatil mahya wal mamati."
548. Dari Tsauban r.a., katanya: "Biasanya apabila Rasulullah saw. telah selesai solat, beliau istighfar (mohon ampun) tiga kali. Sesudah itu beliau membaca: "Allahumma antas salam, wa minkas salam, tabarakta dzaljalali wal ikram."549. Dari Warrad, maula Mughirah bin Syu'bah, katanya Mughirah mengirim surat kepada Mu'awiyah, mengatakan bahwa Rasulullah saw. bila selesai solat, beliau sentiasa membaca : "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli sya-in qadir. Allahumma la mani'a lima a'thaita wa la mu'thiya lima mana'ta wala yanfa'u dzal jaddi minkal jaddu."
550. Dari Abu Zubair r.a., katanya Ibnu Zubair setiap selesai solat, sesudah membaca salam dia sentiasa membaca : "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. La hawla wala quwwata illa billahi. La ilaha illallah wa la na'budu illa iyyahu, lahun ni'matu wa lahul fadhlu wa lahuts tsanaul hasanu. La ilaha illalahu mukhlishina lahud diena wa law karihal kafirun. " Kata Ibnu Zubair, "Rasulullah saw. sentiasa tahlil dengan membaca kalimat-kalimat itu setiap selesai solat." 551. Dari Abu Hurairah r.a., (hadis ini juga dari Qutaibah), katanya: "Orang-orang fakir Muhajirin datang kepada Rasulullah saw., lalu mereka berkata: Orang-orang kaya sudah meraih darjat tinggi serta kenikmatan yang kekal abadi. Tanya Rasulullah saw., "Kenapa begitu?" Jawab
mereka, "Mereka solat seperti kami solat, dan mereka puasa seperti kami puasa. Dan mereka dapat bersedekah sedang kami tidak dapat bersedekah. Mereka dapat memerdekakan budak, sedangkan kami tidak." Sabda Rasulullah saw., "Sukakah kamu kuajarkan kepada mu suatu amal, yang dapat memperoleh pahala orang-orang dahulu serta mendahului pahala orang yang sesudah kamu? Dan tidak akan ada orang yang lebih mulia daripadamu, melainkan orang yang mengamalkan seperti amalanmu." Jawab mereka, "Tentu, ya Rasulullah! Sudah tentu kami suka." Sabda Rasulullah saw., "Hendaklah kamu tasbih, takbir dan tahmid, masing-masing tiga puluh tiga kaIi setiap selesai solat. Kata Abu Shalih, "Kemudian orang-orang, itu datang pula kembali kepada Rasulullah saw., lalu kata mereka, "Kami dengar orang-orang kaya itu mengamalkan pula seperti amalan kami." Jawab Rasulullah saw., "Itu adalah kurnia Allah yang dikurniakanNya kepada siapa yang dikehendaki-Nya."
552. Dari Ka'ab bin 'Ujrah, dari Rasulullah saw., sabdanya: "Ada suatu amal tiap-tiap sesudah solat wajib, yang tidak akan merugikan orang-orang yang mengamalkannya, ialah: tasbih 33X, tahmid 33X dan takbir 34 X."
553. Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: 'La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir, maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih dilautan."
554. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Biasanya Rasulullah saw. diam seketika sesudah takbir, sebelum membaca Fatihah. Lalu kutanyakan
kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Apakah yang anda baca ketika anda diam seketika antara takbir dan membaca Fatihah?" Jawab beliau, "Aku membaca : "Allahumma ba'id baini wa baina khathayaya, kama ba'adta bainal masyriqi wal maghribi. Allahumma naqqini min khathayaya kama yunaqqats tsaubul abyadhu minad danasi. Allahumma aghsilni min khathayaya bits tsalji wal ma-i wal baradi."
555. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. berdiri untuk raka'at kedua, beliau langsung membaca Fatihah, tanpa diam lebih dahulu sebentar."556. Dari Anas r.a., katanya: "Seorang lelaki datang dengan tergesa-gesa, lalu masuk ke dalam shaf. Sesudah itu dia membaca: "Alhamdulillahi hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi." Ketika Rasulullah saw. selesai solat, dia bertanya, "Siapa yang membaca kalimat itu tadi?" Jamaah diam saja, tidak ada yang menyahut. Rasulullah saw. bertanya kembali, "Siapa yang membaca kalimat itu tadi? Sesungguhnya bacaannya itu tidak salah." Lelaki itu berkata? "Aku datang tergesa-gesa, lalu kubaca kalimat itu." Sabda Rasulullah saw., "Kulihat dua belas malaikat berebut hendak membawanya ke hadirat Allah Ta'ala."
557. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Ketika kami sedang solat bersama-sama Rasulullah saw., tiba-tiba ada seorang lelaki dalam jemaah membaca : 'Allahu Akbar, kabiran wal hamdulillahi katsiran wa subhanalalahi bukratan wa ashila'. Maka bertanya Rasulullah saw., "Siapa yang membaca kalimat itu tadi?" Jawab lelaki itu, " Aku, ya Rasulullah!" Sabda Rasulullah saw., "Aku kagum terhadap kalimat itu; kerananya dibukakan segala pintu langit." Kata Ibnu 'Umar, "Aku tidak pernah lupa membacanya sejak ku dengar Rasulullah saw. membacanya."
558. Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila solat telah diqamatkan orang, janganlah berlari ke tempat solat, tetapi berjalanlah dengan sikap tenang. Solatlah berjamaah seberapa kamu dapati, dan sempurnakanlah bahagian yang ketinggalan (kurang). Kerana apabila kamu pergi sengaja hendak solat, bererti kamu sudah seperti dalam solat."
559. Dari Abdullah bin Abu Qatadah, dari bapanya, katanya: "Ketika kami sedang solat bersama-sama Rasulullah saw., tiba-tiba kami mendengar suara hiruk-pikuk. Kemudian Rasulullah saw. bertanya, "Apa yang terjadi? Mengapa hiruk pikuk?" Jawab mereka, "Kami tergesa-gesa hendak solat." Sabda Rasulullah, "Jangan begitu lagi. Apabila kamu pergi solat, berjalanlah dengan tenang. Apa yang kamu dapati dalam solat ikutilah, dan apa yang kamu tertinggal sempurnakanlah kemudian."
560. Dari Abu Qatadah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila solat telah diqamatkan, jangan berdiri sebelum engkau melihat ku (sudah keluar dari rumah)."
561. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Solat telah diqamatkan. Lalu kami berdiri dan meluruskan shaf kami sebelum Rasulullah keluar. Tidak lama sesudah itu barulah beliau datang dan menuju ke tempat beliau solat (tempat imam). Sebelum takbir, agaknya beliau ingat sesuatu, lalu dia berpaling kepada kami seraya berkata: "Tetaplah di tempatmu masing-masing." Lalu beliau pergi. Sementara itu kami sentiasa menunggu hingga beliau keluar. Kiranya beliau mandi, dan air masih menitik dari kepalanya ketika beliau muncul lagi. Kemudian beliau takbir dan mengimami kami solat. "562. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Bilal azan, bila sudah tiba waktu solat, dia iqamat dikala Nabi saw. keluar (rumah). Apabila beliau telah keluar (dari rumah), barulah dia iqamat, iaitu ketika Bilal telah
melihat beliau."563. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa mendapatkan solat satu raka'at (sebelum habis waktunya), bererti dia telah mendapatkan solat itu seluruhnya."
564. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa mendapatkan solat satu raka'at beserta imam, bererti dia telah mendapatkan solat seluruhnya."
565. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Siapa mendapatkan Subuh satu raka'at sebelum terbit matahari, bererti dia
telah mendapatkan Subuh seutuhnya. Dan siapa mendapatkan Ashar satu raka'at sebelum matahari terbenam, bererti dia telah mendapatkan Ashar seutuhnya. "566. Dari Abu Mas'ud r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Jibril turun mengimami ku solat. Kerana itu aku solat bersamanya, kemudian aku solat pula bersamanya, kemudian aku solat pula bersamanya, kemudian aku solat pula bersamanya, kemudian aku solat pula bersamanya. Beliau menghitung dengan anak jari beliau lima kali solat.
567. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. solat Ashar ketika cahaya matahari telah masuk ke dalam kamarku dan bayangan masih sepanjang sesuatu."
568. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Solat Subuh waktunya hingga matahari mulai terbit. Solat Zuhur
waktunya hingga datang waktu Ashar. Solat Ashar waktunya hingga cahaya matahari telah menguning. Solat Maghrib waktunya hingga hilang mega
merah. Solat Isya' waktunya hingga seperdua malam."
569. Dari Abdullah bin 'Umar r.a. dari Nabi saw., sabdanya: "Waktu Zuhur, ialah selama belum datang waktu Ashar. Waktu Ashar, ialah selama cahaya matahari belum menguning. Waktu Maghrib, ialah selama mega merah belum hilang. Waktu Isya', hingga seperdua malam. Dan waktu Subuh, hingga terbit matahari."
570. Dari Abdullah bin 'Umar r.a.,katanya Rasulullah saw. bersabda: "Waktu Zhuhur, apabila matahari telah gelincir hingga bayangan seseorang telah sepanjang badannya, iaitu selama belum datang waktu 'Ashar. Waktu 'Ashar, selama cahaya matahari belum menguning. Waktu solat Maghrib, selama belum hilang mega merah. Waktu solat Isya, hingga seperdua malam. Dan waktu Subuh, sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan."
571. Dari Sulaiman bin Buraidah r.a., dari bapanya, dari Nabi saw., bahwa seorang lelaki bertanya kepada beliau tentang waktu-waktu solat. Sabda Rasulullah saw., "Solatlah bersama-sama dengan kami dua hari ini." Maka ketika matahari telah gelincir, beliau menyuruh Bilal azan dan qamat untuk solat Zhuhur. Kemudian disuruhnya pula Bilal qamat untuk solat 'Ashar, sedangkan matahari masih tinggi dan cahayanya masih terang. Kemudian disuruhnya pula Bilal qamat untuk solat Maghrib, iaitu ketika matahari telah terbenam. Kemudian disuruhnya pula Bilal qamat untuk solat 'Isya, iaitu ketika mega merah telah hilang. Kemudian disuruhnya pula Bilal qamat untuk solat Subuh, iaitu ketika terbit fajar. Pada hari kedua disuruhnya pula Bilal azan dan qamat untuk solat Zhuhur agak telat dari kelmarin, iaitu sehingga hawa panas telah agak reda. Setelah panas reda, barulah beliau solat. Kemudian beliau solat 'Ashar ketika matahari masih tinggi, tetapi agak terlambat dari kelmarin. Dan beliau solat Maghrib sebelum hilang mega merah. Solat 'Isya setelah lewat sepertiga malam. Solat Subuh setelah langit agak bercahaya. Kemudian beliau bertanya, "Kemanakah orang yang bertanya tentang waktu solat?" Seorang lelaki menjawab, "Aku, ya, Rasulullah!" Sabda beliau, "Waktu waktu solat ialah seperti yang telah anda saksikan itu."
572. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila hari sangat panas, maka undurkanlah solat hingga panas agak reda. Kerana panas yang sangat terik itu sesungguhnya wap api neraka."
573. Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Muadzin Rasulullah saw. telah azan untuk soat Zhuhur. Maka bersabda Rasulullah saw., "Tunggulah udara agak reda, kerana udara panas yang amat terik adalah wap api neraka. Kerana itu apabila panas amat terik, undurkanlah solat sampai udara agak reda. Kata Abu Dzar, "Ketika itu solat diundur, sehingga kelihatan oleh kami bayang-bayang bukit."574. Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah saw. bersabda : "Api neraka mengadu kepada Tuhannya, katanya: Ya, Tuhan! Setengah kami memakan yang setengah." Kerana itu Allah mengizinkannya untuk bernafas dua kali. Satu kali di musim dingin dan satu kali di musim panas. Itulah dia yang kamu rasakan, sangat panas pada musim panas dan sangat dingin pada musim dingin. "
575. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila hari sangat panas, maka undurkanlah solat hingga agak dingin, kerana panas yang bersangatan itu adalah wap dari api neraka. Kemudian beliau mengatakan, bahwa api neraka mengadu kepada Tuhannya supaya ia dibolehkan bernafas dua kali dalam setahun; satu kali dalam musim dingin dan satu kali dalam musim panas."
576. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Nabi saw. solat Zhuhur apabila matahari sudah gelincir."577. Dari Khabbab r.a., katanya: "Kami datang kepada Rasulullah saw. mengadukan perihal pasir yang sangat panas. Dan kami sentiasa bertanya kepada beliau. Kata Zuhair, saya bertanya kepada Abu Ishaq, "Apakah pengaduan itu berkaitan dengan solat Zhuhur?" Jawab, "Ya!" Tanya, "Apakah tentang menyegerakannya?" Jawab, "Ya!"
578. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Kami solat bersama-sama Rasulullah saw. ketika hari sangat panas. Seorang yang tidak sanggup meletakkan dahinya di bumi, membentangkan kain lalu dia sujud di atas kain itu."
579. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat 'Ashar, sedangkan matahari masih tinggi dan udara masih panas. Kemudian ada seorang pergi ke puncak yang tinggi, sampai dia di sana matahari masih tinggi.
580. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Kami pernah solat 'Ashar, setelah itu ada di antara kami yang pergi ke Quba'. Sesampainya di sana matahari masih tinggi."
581. Dari Al 'Ala' bin 'Abdur Rahman r.a., katanya dia bertemu dengan Anas bin Malik di rumah Anas di Bashrah, setelah selesai solat Zhuhur. Rumah Anas berada di sebelah masjid. Ketika kami masuk ke rumahnya, dia bertanya, "Sudah solat Asharkah anda?" Jawab kami, "Baru saja sebentar ini kami selesai solat Zhuhur." "Kerjakanlah solat 'Ashar." Lalu kami solat. Sesudah selesai solat, lalu dia berkata, katanya, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda : Yang demikian itu solat orang munafik. Ditunggu-tunggunya matahari berada di antara dua tanduk syaitan barulah dia solat empat raka'at dengan tergesa-gesa tanpa mengingat Allah dalam solatnya melainkan sedikit sekali. "
582. Dari Abu Umamah bin Sahal katanya: "Kami solat Zhuhur berjamaah bersama-sama dengan 'Umar bin 'Abdul 'Aziz. Setelah selesai solat kami pergi ke rumah Anas bin Malik, kami dapati dia sedang solat 'Ashar. Aku bertanya, "Paman baru selesai solat apa?" Jawabnya, "Solat 'Ashar. Beginilah solat Rasulullah saw. yang sentiasa kami lakukan bersama-sama dengan beliau (iaitu pada awal waktu)."
583. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Kami solat 'Ashar bersama-sama dengan Rasulullah saw. Setelah selesai solat, tiba-tiba datang seorang lelaki Bani Salimah, lalu dia berkata: Ya, Rasulullah! Kami hendak menyembelih unta. Kami berharap semoga Anda sudi menghadirinya." Jawab Rasulullah, "Baiklah!" Lalu beliau pergi, dan kami pun pergi pula bersama-sama dengan beliau. Kami dapati unta itu belum dipotong. Setelah disembelih, lalu dipotong-potong, dimasak sebahagiannya dan kami sempat makan sebelum matahari terbenam. "
584. Dari Rafi' bin Khadij r.a., katanya: "Kami solat 'Ashar bersama-sama dengan Rasulullah saw. Kemudian disembelih orang unta, lalu dipotong-potong menjadi sepuluh bahagian, dan kemudian dimasak. Kami masih dapat memakan masakan itu sebelum matahari terbenam."585. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang ketinggalan solat 'Ashar, sama halnya dengan kehilangan keluarga dan harta bendanya."
586. Dari 'Ali r.a., katanya: "Ketika terjadi perang Ahzab, Rasulullah saw. bersabda: Allah memenuhi kubur dan rumah mereka (orang-orang kafir Quraisy) dengan api, kerana mereka menghalangi kita solat 'Ashar sampai-sampai matahari terbenam."
587. Dari 'Ali r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda ketika terjadi perang Ahzab, sabdanya: "Mereka (Orang-orang kafir Quraisy) menghalangi kita melakukan solat Wustha, yakni solat 'Ashar. Semoga Allah memenuhi rumah dan kubur mereka dengan api." Kemudian Nabi saw. melakukannya antara dua solat malam, iaitu antara Maghrib dan 'Isya."
588. Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Orang-orang musyrik menahan Rasulullah saw. solat 'Ashar, sehingga matahari telah kemerah-merahan atau kekuning-kuningan. Maka bersabda Rasulullah saw., "Mereka menghalangi kita solat Wustha, yakni solat 'Ashar. Allah memenuhi perut dan kubur mereka dengan api."
589. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Ketika terjadi perang Khandaq, 'Umar bin Khaththab memaki-maki kafir Quraisy dan berkata : Ya, Rasulullah! Hampir saja aku luput solat 'Ashar, sehingga matahari hampir terbenam." Maka bersabda Rasulullah saw., "Demi Allah! Aku juga belum solat 'Ashar." Lalu kami turun ke telaga. Rasulullah saw. segera mengambil wudhuk dan kami mengambil wudhuk pula. Ketika itu Rasulullah saw. solat 'Ashar setelah matahari terbenam, sesudah itu beliau langsung solat Maghrib."
590. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: '"Para malaikat malam dan malaikat siang selalu bergantian mendatangi kamu, dan mereka berkumpul ketika solat Subuh dan solat Ashar. Kemudian malaikat malam naik ke langit, lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka, padahal Allah Maha tahu - Bagaimana keadaan hamba-hambaKu kamu tinggalkan?" Jawab mereka, "Kami tinggalkan mereka sedang solat, dan kami datangi mereka juga sedang solat."
591. Dari Jarir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, kami duduk-duduk dekat Rasulullah saw. Tiba-tiba beliau menengok ke bulan purnama, lalu beliau bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan mu kelak seperti melihat bulan purnama ini, tanpa ada yang menghalangi untuk melihatnya. Kerana itu janganlah kamu lalaikan solat sebelum matahari terbit (solat Subuh) dan solat sebelum matahari terbenam ('Ashar). Kemudian Jarir membacakan ayat: "Wasabbih bihamdi rabbika qabla thulu'isy syamsi wa ghurubiha." (Thaha:130)
592. Dari Abu Bakar bin 'Umarah bin Ruaibah, dari bapanya, katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Tidak akan masuk neraka orang yang sentiasa solat sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam, ya'ni solat Subuh dan solat 'Ashar." Seorang penduduk Bashrah bertanya, "Apakah Anda mendengar sendiri hadis itu diucapkan oleh Rasulullah?" Jawab, "Ya, kudengar sendiri." Kata lelaki itu, "Aku mengaku bahwa aku mendengarnya (pula) dari Rasulullah saw. dengan kedua telinga ku dan kusimpan dalam hatiku. "
593. Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: "Sesunguhnya Rasulullah saw. biasa solat Maghrib apabila matahari sudah terbenam."
Dostları ilə paylaş: |