1226. Dari 'Urwah bin Zubair r.a., katanya dia berujar kepada 'Aisyah r.a., isteri Rasulullah saw., "Aku berpendapat, tidaklah membatalkan jika seseorang tidak sa'i antara Shafa dan Marwa. Dan aku sendiri tidak peduli untuk tidak sa'i antara keduanya. Jawab 'Aisyah r.a., "Pendirianmu itu salah, hai anak saudara perempuanku! Rasulullah saw. dan kaum muslimin semuanya sa'i antara Shafa dan Marwa. Dan yang demikian itu adalah sunnah. Dahulu, para penyembah berhala Manat yang berada di Mutsailal, mereka memang tidak sa'i antara Shafa dan Marwa. Maka ketika Islam datang, hal itu kami tanyakan pada Nabi saw. Lalu Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat : "Sesungguhnya Shafa dan Marwa termasuk lambang-lambang kebesaran agama Allah. Maka siapa yang haji ke Bait, atau 'umrah tidaklah berdosa mereka sa'i antara keduanya. (Al Baqarah : 158)
1227. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Nabi saw. dan para sahabatnya, sa'i dari Shafa ke Marwa dihitung satu kali putaran."1228. Dari Fadhal r.a., katanya: "Rasulullah saw. sentiasa membaca talbiyah sehingga tiba waktu melontar Jumrah."
1229. Dari 'Abdullah bin 'Abdullah bin 'Umar, dari bapanya, katanya, "Kami berangkat pagi-pagi bersama-sama Rasulullah saw. dari Mina ke Arafah. Sementara itu, dalam rombongan kami ada yang membaca talbiyah, dan ada pula yang membaca takbir."
1230. Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya: "Rasulullah saw. berangkat dari Arafah. Ketika sampai di
suatu bukit, beliau turun hendak buang air kecil dan sesudah itu beliau wudhuk dengan sederhana. Lalu aku bertanya kepada beliau, "Apakah akan solat sekarang?" Jawab beliau, "Belum. Nanti saja pada perhentian yang berikut." Lalu beliau naik kenderaan kembali. Setelah sampai di Muzdalifah beliau turun, lalu wudhuk
dengan sempurna. Kemudian diqamatkan orang solat Maghrib dan semua orang berhenti di situ. Lalu diqamatkan pula solat 'Isya, tanpa solat
sunat antara keduanya."
1231. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya; "Rasulullah saw. solat Maghrib dan 'Isya di Muzdalifah dengan cara menjama'kan keduanya."
1232. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya "Rasulullah saw. menjama' solat Maghrib dan 'Isya, dengan cara solat Maghrib tiga rakaat dan solat 'Isya dua raka'at dengan satu kali qamat."
1233. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Pada malam Muzdalifah. Saudah (isteri Rasulullah saw.) minta izin kepada Rasulullah saw. untuk berangkat lebih dahulu ke Mina sebelum orang banyak berdesak-desakan ke sana, kerana Saudah orangnya lambat. Setelah mendapat izin dari Rasulullah saw., maka berangkatlah dia malam itu, sedangkan kami menunggu sampai esok pagi, berangkat bersama-sama dengan Rasulullah saw."1234. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku ingin pula minta iZin kepada Rasulullah saw. seperti halnya Saudah minta izin kepada beliau, supaya aku bisa solat Subuh di Mina, lalu melontar Jumrah sebelum orang ramai datang. Ditanya orang 'Aisyah. "Pernahkah Saudah minta izin seperti itu kepada Rasulullah saw.?" Jawab 'Aisyah, "Ya, pernah. Kerana Saudah seorang wanita gemuk yang menyebabkan gerakannya lambat. Lalu dia minta izin kepada Rasulullah saw. maka diizinkan oleh beliau."
1235. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Aku termasuk orang yang di suruh Rasulullah saw. berangkat lebih dahulu ke Mina bersama-sama keluarga beliau yang lemah atau lambat berjalan."
1236. Dad Ibnu Syihab r.a., katanya Salim bin 'Abdullah mengabarkan kepadanya bahwa 'Abdullah bin 'Umar memberangkatkan keluarganya yang lemah lebih dahulu, lalu mereka berhenti dekat Masy'aril Haram di Muzdalifah. Sepanjang malam mereka selalu zikir dengan membaca zikir yang mudah bagi mereka. Kemudian mereka berangkat sebelum Imam sampai dan ada pula yang sebelum Imam berangkat. Sebagian mereka sampai di Mina tepat pada waktu solat Subuh dan sebagian lagi sesudahnya. Sampai di Mina mereka langsung melontar Jumrah. Kata Ibnu 'Umar, Mereka telah mendapat kelonggaran dari Rasulullah saw."
1237. Dari 'Abdur rahman bin Yazid r.a., katanya, ditanyakan orang kepada Abdullah bin Mas'ud, kenapa orang banyak melontar Jumrah dari ketinggian sedangkan Abdullah melontarnya dari dalam lembah? Maka dijawabnya, "Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia. Di sini (dalam lembah) orang yang diturunkan kepadanya Surah Al Baqarah (Nabi Muhammad saw.) melontarnya."
1238. Dari Jabir r.a., katanya : "Aku melihat Nabi saw. melontar dari atas kenderaannya pada hari Nahar (hari menyembelih kurban, iaitu 10 Zulhijjah). Lalu beliau bersabda: "Hendaklah kamu sekalian pelajari sungguh-sungguh bagaimana caranya aku mengerjakan haji, kerana aku tidak tahu, barangkali aku tidak akan sempat lagi mengerjakan haji sesudah hajiku ini."
1239. Dari Ummul Hushain r.a., katanya: "Aku ikut menunaikan ibadah haji bersama-sama dengan Rasulullah saw. ketika haji wada'. Aku melibat ketika beliau melontar Jumrah 'Aqabah. Sesudah itu beliau pergi dengan kenderaannya bersama-sama Bilal dan Usamah; yang satu memegang kendali unta, dan yang satu lagi memayungi Rasulullah saw. dengan bajunya dari terik matahari. Kata Ummul Hushain, "Ketika itu Rasulullah saw. banyak berbicara. Yang aku dapat mendengarnya, beliau bersabda: "Sekalipun yang memegang kekuasaan seorang budak hitam, tetapi dia memerintah dengan Kitabullah, dengarkan dan patuhilah dia!"
1240. Dari Jabir bin AbduUah r.a., katanya: "Aku melihat Nabi saw. melontar Jumrah dengan batu kerikil sebesar gundut."
1241. Dari Jabir r.a.. katanya: "Rasulullah saw. melontar Jumrah pada hari Nahar (10 Zulhijjah) di waktu Dhuha; dan sesudah itu (iaitu tanggal 11, 12, dan 13) sesudah matahari gelincir."
1242. Dari Jabir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bersuci dengan batu (istinja' atau istijmar) hendaklah ganjil, melontar jumlah ganjil, sa'i antara Shafa dan Marwa ganjil, thawaf ganjil. Apabila kamu istijmar hendaklah istijmar dengan bilangan ganjil."
1243. Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mencukur rambut, lalu bercukur pula sebagian para sahabat, sedang yang sebagian lagi menggunting rambut saja. Kata Abdullah selanjutnya, "Rasulullah saw. mendoakan satu atau dua kali orang yang mencukur rambut, kemudian beliau doakan pula orang yang menggunting rambut."1244. Dari Abu Burakah r.a., katanya Rasulullah saw. mendoa: "Allahummafir lil muhalliqinll" lalu kata mereka, "Dan bagi orang-orang yang menggunting rambut, ya Rasulullah." Jawab beliau. "Allahum maghfir lil muhalliqinll" Kata mereka. "Dan bagi orang-orang yang menggunting rambut, ya Rasulullah." Jawab beliau, "Wa lilmuqalluhirin."
1245. Dari Yahya bin Bushain r.a., dari neneknya, bahwasanya dia mendengar Nabi saw. ketika haji wada', mendoakan orang-orang yang mencukur rambut tiga kali, sedangkan orang yang menggunting rambut satu kali."
1246. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Bahwasanya Rasulullah saw. mencukur rambut ketika beliau haji wada'."
1247. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Setelah Rasulullah saw. sampai di Mina, beliau datang ke Jamratul 'Aqabah lalu melontarnya. Kemudian beliau pergi ke tempatnya di Mina, di sana beliau menyembelih kurban. Sesudah itu beliau bersabda kepada tukang cukur, "Cukurlah rambutku, sambil beliau memberi isyarat ke kepalanya sebelah kanan dan kiri; sesudah bercukur, diberikannya rambutnya kepada orang ramai."
1248. Dari 'Abdullah bin 'Amru bin
'Ash r.a .,katanya: "Ketika haji wada', Rasulullah saw. pernah berhenti di Mina untuk menunggu orang banyak agar bertanya kepada beliau. Maka tampillah seorang lelaki, lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah. Aku sudah terlanjur bercukur sebelum menyembelih kurban, bagaimana itu?" Jawab beliau, "Sembelihlah, tidak mengapa!" Kemudian datang pula lelaki yang katanya: "Ya, Rasulullah! Aku sudah terlanjur menyembelih lebih dahulu sebelum melontar, bagaimana itu?" Jawab beliau, "Lontarlah. Tidak mengapa!" Kata 'Abdullah, "Segala sesuatu yang ditanyakan kepada beliau, ialah hal-hal yang urutannya tidak tertib kerana terlanjur atau lupa. Dijawab oleh beliau, "Teruskanlah, tidak berdosa."
1249. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Bahwasanya Rasulullah saw. langsung melakukan thawaf fadhah pada hari Nahar (10 Zulhijah), sesudah itu beliau kembali ke Mina lalu solat Zhuhur di situ."
1250. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Bahwasanya 'Abbas bin 'Abdul Muththalib pernah minta izin kepada Rasulullah saw. untuk bermalam di Makkah pada waktu harus bermalam di Mina, kerana tugasnya memberi minum orang-orang haji. Lalu dia diizinkan oleh beliau."1251. Dari Bakar bin 'Abdullah Al Muzani r.a., katanya: "Aku duduk bersama Ibnu 'Abbas dekat Ka'bah. Tiba-tiba datang seorang Arab dusun bertanya: "Aku lihat anak-anak paman anda minum madu dan susu, sedangkan anda minum anggur. Apakah hal itu kerana suatu maksud ataukah kerana bakhil?" Jawab Ibnu 'Abbas, "Segala puji bagi Allah. Tidak ada suatu maksud bagi kami dan tidak pula kerana bakhil. Rasulullah saw. pernah datang berkenderaan dan di belakangnya membonceng Usamah. Beliau minta minum, lalu kami beri minum dengan anggur. Setelah beliau minum, sisanya diberikan kepada Usamah. Sabda beliau, "Perbuatanmu ini sangat baik dan bagus; teruskanlah seperti itu!" Aku tidak ingin merubah apa yang diperintahkan oleh Rasulullah saw."1252. Dari 'Ali r.a., katanya: "Aku disuruh Rasulullah saw. mengurus penyembelihan haiwan kurban, menyedekahkan daging dan kulitnya, dan mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan kurban. Tetapi dilarang beliau mengambilkan upah untuk tukang potong dari haiwan kurban itu. Kata 'Ali, untuk upahnya kamu ambilkan dari wang kami sendiri."
1253. Dari Abu Zubair dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Kami pernah menyembelih kurban bersama-sama Rasulullah saw. di tahun perjanjian Hudaibiyah, untuk kurban seekor unta atau kurban seekor sapi, kami bersekutu tujuh orang."1254. Dari Jabir r.a., katanya: "Kami pergi haji bersama Rasulullah saw. Lalu beliau menyuruh kami bersekutu tujuh orang untuk kurban seekor unta atau seekor sapi bersekutu tujuh orang. "1255. Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah saw. menyembelih seekor sapi pada hari Nathar untuk kurban 'Aisyah (seorang saja)."
1256. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku masih ingat ketika aku mengalungkan tanda haiwan kurban kepada kambing kurban Rasulullah saw., lalu haiwan itu dikirimkan, sedangkan beliau sendiri tetap bersama kami dalam keadaan halal."
1257. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Kami pernah mengalungkan tanda haiwan kurban kepada kambing kurban Rasulullah saw., lalu kambing itu dikirimkan ke Tanah Haram. Sedangkan Rasulullah saw. tetap halal, tidak mengharamkan sesuatu apa pun, kepada beliau."
1258. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. pernah melihat orang menggiring unta korbannya (sedangkan orang itu berjalan kaki), lalu sabda Rasulullah saw. kepadanya, "Kendarailah!" Jawab orang itu, "Ya, Rasulullah! Unta ini haiwan kurban!"
Sabda beliau, "Kenderailah!" Kali yang kedua atau ketiga beliau ucapkan, "Rugi kamu!"
1259. Dari Abu Zubair r.a., katanya dia mendengar Jabir bin 'Abdullah ditanya orang tentang mengenderai haiwan kurban. Jawab Jabir, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Kendarailah dengan wajar jika engkau memerlukannya sampai engkau memperoleh kendaraan yang lain."
1260. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Bahwasanya Dzuaiba Abu Qabishah mengabarkan kepadanya, bahwa Rasulullah saw. pernah mengirimkan haiwan kurban kepadanya, lalu beliau bersabda, "Jika ada di antara haiwan-haiwan itu sakit, yang engkau khuatirkan akan mati, sembelihlah. Kemudian rendamkan terompahnya ke darahnya lalu sapukan ke badannya. Engkau atau siapa pun yang menyertai mu tidak boleh memakannya."
1261. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Orang ramai telah pulang ke negerinya masing-masing. Maka bersabda Rasulullah saw., "Janganlah seseorang pulang sebelum dia thawaf wada' (akhir) di Baitullah."
1262. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Orang ramai diperintahkan Rasulullah saw. supaya melakukan thawaf terakhir di Baitullah sebelum pulang, kecuali yang diberi keringanan perempuan haid."
1263. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Shafiyah binti Huyay haid setelah dia melakukan thawaf ifadhah. Lalu hal itu kuceritakan kepada Rasulullah saw. Sabda beliau, "Apakah dia akan menangguhkan kita berangkat (pulang ke Madinah)?" Jawab ku, "Dia telah melakukan thawaf ifadhah dan thawaf di Bait. Sesudah thawaf ifadhah barulah dia haid." Sabda Rasulullah saw., "Kalau begitu, dia berangkat sama-sama dengan kita."
1164. Dari ibnu 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. masuk ke Ka'bah bersama-sama dengan Usamah, Bilal, dan Usman bin Thalhah Al Hajabi, lalu dikuncinya pintu dan mereka tinggal di dalam beberapa ketika lamanya. Kata Ibnu 'Umar, "Aku bertanya kepada Bilal ketika dia keluar, "Apa yang diperbuat Rasulullah saw. di dalam?" Jawab Bilal, "Beliau berdiri solat antara dua tiang, sebuah sebelah kiri, sebuah sebelah kanan, dan tiga tiang di belakangnya. Ketika itu Baitullah mempunyai enam tiang, lalu beliau solat di situ."
1265. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. tiba di Makkah di hari penaklukan, beliau turun di halaman Ka'bah dan menyuruh 'Usman bin Thalhah mengambil kunef. Setelah dia datang membawa kunef, lalu dibukanya pintu Ka'bah. Nabi saw. masuk ke dalam diiringkan Bilal, Usamah bin Zaid serta 'Usman bin Thalhah. Kemudian beliau suruh kunci pintu, dan mereka tinggal di dalam beberapa saat lamanya. Kata Abdullah selanjutnya, sesudah pintu terbuka kembali aku segera mendahului orang banyak menemui Rasulullah saw. Beliau keluar mengiringkan Bilal. Aku bertanya kepada Bilal, "Apakah Allah saw. solat di dalam?" Jawab Bilal, "Ya!" Tanya ku, "Di mana?" Jawab Bilal, "Antara dua tiang." Kata Ibnu 'Dinar, "Aku lupa menanyakan berapa rakaat beliau solat."
1266. Dari Ibnu Juraij r.a., katanya: "Aku pernah bertanya kepada 'Atha', adakah anda mendengar Ibnu 'Abbas berujar: "Sesungguhnya kamu hanya disuruh thawaf dan tidak disuruh memasukinya, walaupun beliau tidak melarang memasukinya. Bahkan aku mendengarnya berujar, Usamah bin Zaid mengabarkan kepada ku, bahwa Nabi saw. mendoa disetiap sudut, ketika beliau memasuki Bait dan beliau tidak solat di dalam sampai beliau keluar kembali. Setelah berada di luar, lalu beliau solat dua rakaat di hadapannya. Kemudian beliau bersabda: "Inilah kiblat." Aku bertanya, "Salah satu sisinya ataukah seluruh sisinya?" Jawab beliau, "Bahkan setiap sisi Bait."
1267. Dari Ismail bin Abi Khalid, dia bertanya kepada 'Abdullah bin Abi Aufa, seorang sahabat Rasulullah saw., katanya, "Adakah Nabi saW., masuk ke Baitullah ketika 'umrah?" Jawab Abdullah, "Tidak!"
1268. Dari 'Aisyah r.a., isteri Rasulullah saw., katanya Rasulullah saw. bersabda kepadanya: "Tahukah kamu bahwa ketika kaum Quraisy membangunan Ka'bah, mereka mengubahnya lebih kecil dari tapak yang dibuat Nabi Ibrahim a.s." Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Kenapa anda tidak mengubahnya kembali sesuai dengan tapak yang dibuat Nabi Ibrahim?" Jawab Rasulullah saw., "Kalau bukanlah kerana kaum mu baru saja meninggalkan kekafiran, tentu ku ubah kembali!"
1269. Dari 'Aisyah r.a., isteri Rasulullah saw., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Kalau
bukanlah kerana kaummu baru saja meninggalkan masa jahiliyah (atau kekafiran), akan kupakai dana Ka'bah untuk memperbaikinya; pintunya akan kubuat sampai ke tanah, dan hijir kumasukkan ke dalamnya."1270. Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ya, 'Aisyah! Kalau bukanlah kerana kaummu baru saja keluar dari syirik, akan kupugar Ka'bah kembali. Kubuat pintunya dua buah, satu menghadap ke Timur dan satu lagi ke Barat. Kemudian kutambah lebarnya enam hasta dari hijir. Sesungguhnya orang-orang Quraisy telah memperkecilnya ketika dahulu mereka memugarnya."
1271. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku menanya kepada Rasulullah saw. perihal dinding (Ka'bah), apakah termasuk Bait atau tidak?" Beliau mengatakan, "Termasuk!" Kataku, "Kenapa tidak dimasukkan mereka?" Jawab beliau, "Kaummu kekurangan dana." Tanya ku, "Kenapa pintunya tinggi begitu?" Jawab beliau,
"Itu siasat bangsamu, supaya mereka dapat memasukkan orang yang disukainya dan melarang orang yang tidak disukainya. Kalau bukanlah kerana bangsamu baru saja meninggalkan masa jahiliyah, yang menyebabkan kekhuatiranku hati mereka akan berbalik menjadi ingkar, aku telah berfikir akan memasukkan dinding itu ke Bait dan membuat pintu sampai ke tanah."
1272. Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., katanya: "Fadhal bin 'Abbas pernah membonceng kenderaan di belakang Rasulullah saw., tiba-tiba datang seorang perempuan dari Khats'am minta fatwa kepada beliau. Fadhal menengok kepada perempuan itu dan perempuan itu menengok kepada Fadhal. Lalu Rasulullah saw. memalingkan muka Fadhal ke arah lain. Kata perempuan itu, "Ya, Rasulullah! Kewajipan untuk menunaikan haji terpikul kepada bapaku yang sudah tua. Beliau sudah tak sanggup lagi duduk di kenderaan lama-lama. Bolehkah aku menggantikan beliau?" Jawab Nabi saw., "Ya, boleh!" Tanya jawab itu terjadi ketika haji wada'.
1273. Dari Fadhal r.a., katanya: "Seorang perempuan dari Khats'am bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Ya, Rasulullah! Bapaku sudah tua bangka; kepadanya terpikul kewajipan menunaikan ibadah haji; sedangkan dia sudah tak sanggup duduk di punggung untanya, bagaimana itu?" Jawab Rasulullah saw., "Hajikanlah dia olehmu!"
1274. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. bertemu dengan serombongan pengendara di Rauha', lalu
beliau bertanya: "Rombongan apakah anda semua?" Jawab mereka, "Kami rombongan kaum muslimin; dan anda siapa?" Jawab beliau, "Aku Rasulullah!" Tiba-tiba seorang perempuan datang ke hadapan beliau sambil mengangkat seorang anak kecil; lalu dia bertanya: "Sudah sahkah haji anak ini?" Jawab beliau, "Sah, dan engkau mendapat pahala pula."
1275. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. bersabda kepada kami dalam suatu pengajian, sabdanya: "Hai manusia! Allah telah mewajibkan kepada mu ibadah haji; kerana itu hajilah kamu semua." Lalu bertanya seorang lelaki, "Apakah setiap tahun, ya Rasulullah?" Beliau diam beberapa ketika, sehingga orang itu bertanya sampai tiga kali. Kemudian beliau menjawab, "Seandainya kukatakan ya, tentulah wajib kamu tunaikan setiap tahun; nescaya kau tidak akan sanggup melaksanakannya. Kerana itu biarkanlah untuk sementara masalah yang belum kujelaskan. Sesungguhnya orang-orang yang sebelum engkau mendapat celaka kerana mereka banyak tanya dan suka mendebat para Nabi mereka. Kerana itu bila kuperintahkan kamu mengerjakan sesuatu, laksanakanlah sebisa-bisanya, dan apabila kularang kamu mengerjakan sesuatu, hentikanlah segera."
1276. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang wanita tidak boleh melakukan perjalanan selama tiga hari, melainkan harus dengan muhrimnya."
1277. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Seorang wanita yang iman kepada Allah dan hari kiamat, tidak boleh melakukan perjalanan selama tiga malam, melainkan harus disertai muhrimnya."1278. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya Nabi saw. bersabda : "Seorang wanita tidak boleh melakukan perjalanan lebih dari tiga malam, melainkan harus bersama muhrimnya."
1279. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang wanita yang iman kepada Allah dan hari kiamat tidak boleh melakukan perjalanan sehari semalam, melainkan harus bersama muhrim."
1280. Dari Abu Sa'id al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir tidak boleh melakukan perjalanan lebih dari tiga hari, melainkan harus disertai bapanya, atau anaknya, atau suaminya, atau saudara lelaki, atau salah seorang muhrimnya."
1281. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. berkhutbah, sabdanya: "Seorang lelaki tidak boleh berada di tempat sunyi dengan seorang perempuan, melainkan harus disertai muhrim. Begitu pula seorang perempuan tidak boleh berjalan sendirian, melainkan harus bersama-sama muhrim." Tiba-tiba berdiri seorang lelaki, lalu dia bertanya: "Isteriku hendak menunaikan ibadah haji, sedangkan aku ditugaskan pergi berperang ke sana dan ke situ; bagaimana itu ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw."Pergilah kamu haji bersama isterimu!"
1282. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. telah berada di atas kenderaan hendak melakukan suatu perjalanan, lebih dahulu beliau takbir tiga kali. Kemudian beliau membaca doa sebagai berikut. "Subhanal ladzi sakhkhara lana hadza wa ma kunna lahu muqrinina, wa inna ila rabbina lamunqalibun. Allahumma inna nas-aluka fi safarina hadzal birra wat taqwa wa minal 'amali ma tardha. Allahumma hawwin 'alaina safarana hadza wathwi'anna bu'dahu. Allahumma antash shahibu fis safari wal khalifatu fil ahli. Allahumma inni a'udzubika min wa'tsa-is safari wa kaabatil manzhari wa su-il munqalabi fil mali wal ahli." Ketika pulang beliau baca pula doa itu semuanya, dengan tambahan: "Aayibuna, taaibuna, 'aabiduna, lirabbina hamidun."1283. Dari Abdullah bin Sarjis r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. melakukan suatu perjalanan, beliau berlindung kepada Allah dari kesulitan perjalanan, dari kesedihan bila kembali, dari kesempitan setelah berkecukupan, dari doa orang yang teraniaya, dan dari pandangan buruk terhadap keluarga dan harta."
1284. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. kembali dari peperangan besar
ataupun kecil, atau kembali dari haji dan 'umrah, atau bila beliau berada di puncak sebuah bukit atau tempat yang tinggi, beliau takbir tiga kali, sesudah itu beliau baca: "Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir, Aayibuuna, taaibuuna, 'aabiduuna, saajiduuna lirabbinaa, haamiduuna. Shadaqallaahu wa'dah, wa nashara 'abdah, wa hazamal ahzaaba wahdah."1285. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Abu Bakar Sidik menugaskan ku ikut dalam suatu rombongan pada musim haji, di mana dia diperintahkan Rasulullah saw. sebelum haji wada' untuk mengumumkan kepada orang ramai pada hari Nahar, bahwa: Orang musyrik tidak diperkenankan haji mulai tahun yang akan datang, dan tidak boleh thawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang."
1286. Dan 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada suatu hari di mana Allah Ta'ala paling banyak membebaskan hambaNya dari neraka selain hari 'Arafah."
1287. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Masa dari satu 'umrah ke 'umrah berikutnya adalah masa Penghapusan dosa. Dan ganjaran haji yang mabrur tiada lain hanya syurga."
1288. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mendatangi rumah ini (menunaikan ibadah haji atau 'umrah) tanpa merosaknya dengan perbuatan dan perkataan kotor, serta tidak membuat maksiat, maka dia kembali pada keadaannya seperti baru lahir (bersih dari dosa)."
1289. Dari Al 'Ala bin Al Hadhrami r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Orang-orang Muhajirin boleh tinggal di Makkah setelah selesai mengerjakan ibadah haji tiga hari." 1290. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada hari penaklukan Makkah, Rasulullah saw. bersabda: "Makkah telah ditaklukkan. Mulai sekarang tidak ada lagi hijrah. Yang ada hanyalah jihad dan niat menegakkan agama Allah. Bila kamu diperintahkan berangkat, maka berangkatlah! Makkah telah ditaklukkan. Sesungguhnya tanah ini diharamkan Allah sejak terciptanya langit dan bumi. Maka negeri ini negeri haram, kerana diharamkan Allah hingga hari kiamat. Siapa pun tidak boleh berperang di negeri ini, baik orang yang sebelumku maupun aku sendiri, kecuali hanya satu saat di siang hari bagi ku. Negeri ini negeri haram kerana diharamkan Allah sampai hari kiamat. Di negeri ini tidak boleh memotong pohon berduri, tidak boleh memburu binatang-binatangnya, tidak boleh memungut barang hilang kerana tercicir, kecuali untuk diumumkan, dan tidak boleh memotong rumputnya. Maka berkata 'Abbas, "Ya, Rasulullah! Selain izkhir, kerana izkhir diperlukan tukang besi dan pembangun rumah." Maka sabda Nabi saw., "Melainkan izkhir."
1291. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Setelah Allah Ta'ala memenangkan Rasulullah saw. atas penaklukan kota Makkah, beliau berpidato di hadapan orang ramai. Setelah memuji dan menyanjung Allah, beliau bersabda: "Sesungguhnya Alah telah melindungi kota Makkah dari serangan tentara gajah serta memberi kekuatan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman untuk mempertahankannya. Tidak seorang pun boleh berperang di negeri ini. Larangan itu telah ada sejak dahulu. Dan hanya dikecualikan kepada ku untuk sesaat di siang hari. Dan juga tidak dibolehkan bagi orang-orang yang sesudahku. Jangan dibunuh haiwan-haiwan buruannya, jangan dipotong pohon berdurinya, dan jangan dipungut barang-barang yang hilang tercicir kecuali untuk diumumkan. Siapa yang anggota keluarganya terbunuh, dia mempunyai dua pilihan yang baik, iaitu: menerima wang tebusan atau membunuh si pembunuh." Maka berujar Al 'Abbas, "Selain izkhir, ya Rasulullah. Kerana kami membutuhkannya untuk kuburan dan rumah-rumah kami." Maka bersabda Rasulullah saw., "Melainkan izkhir."
Dostları ilə paylaş: |