Jawapan praktis soalan spm


Persoalan pegangan agama dalam masyarakat bandar



Yüklə 375,39 Kb.
səhifə2/6
tarix06.09.2018
ölçüsü375,39 Kb.
#78477
1   2   3   4   5   6

Persoalan pegangan agama dalam masyarakat bandar. Keluarga Datuk Johari tidak solat. Namun sejak kehadiran Helmi, sikap Hayati telah berubah. Dia telah mula solat dan dapat mengembalikan ketenangan hidupnya. Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku – buku agama.

  • Persoalan sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat juga dapat diperhatikan oleh pembaca melalui novel ini. Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi. Demikian juga dengan Azizah yang berasa tawar hati setelah mengetahui bahawa Helmi seorang tukang kebun di rumah Datuk Johari.

  • Persoalan perpecahan keluarga sehingga membawa kepada penyesalan yang tidak berkesudahan. Helmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dengan perbuatannya terhadap Helmi sebelum itu sehingga Helmi menderita setelah mengetahui perkara itu. Namun dia tidak sempat menebus kesalahannya kerana Helmi telah meninggal dunia.

  • Persoalan gaya hidup segolongan masyarakat bandar yang bersifat kebaratan. Contohnya dapat diperhatikan melalui keluarga Datuk Johari sendiri. Datin Salmah sering menghadiri “morning coffee” bersama kawan-kawannya. Manakala di rumah Datuk Johari juga terdapat sebuah “mini bar”. Datin Salmah juga merancang agar Hayati melanjutkan pelajaran di London.

  • Persoalan kepercayaan karut dan khurafat yang masih terdapat dalam kalangan masyarakat hari ini terutamanya masyarakat bandar. Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna terhadap Hayati apabila mendapati Hayati semakin rapat dengan Helmi. Datin Salmah juga menuduh Helmi berbuat demikian apabila melihat Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang.



    Novel Kembara Amira


    1. Watak utama – Amira

    • Seorang yang gemar untuk menghadapi cabaran / melakukan kerja-kerja mencabar. Semasa cuti persekolahan, Amira mengajak rakannya Jacinta ke Bukit Mat Raya, untuk turut serta dalam aktiviti cari gali arkeologi yang diketuai oleh ibunya, Prof. Zaidah.

    • Seorang yang mudah mesra. Walaupun baru berkenalan dengan Malique di kawasan Air Terjun Angin, Amira sudah mesra dan rapat dengan Malique. Perkenalan yang singkat tersebut menyebabkan Amira teruja untuk mengetahui tujuan Malique berada di hutan belantara itu.

    • Seorang yang suka bertindak melulu/bersikap terburu-buru. Amira pergi ke kawasan Air Terjun Angin seorang diri tanpa memberitahu ibunya untuk berjumpa dengan Malique bagi mengetahui cerita sebenar tentang kedatangan John O’Hara ke hutan tersebut sehingga menimbulkan perkara-perkara yang pelik dan menakutkan di kawasan Desa Karpus.

    • Seorang yang cepat insaf / menyesali kesilapan yang dilakukan. Setelah peristiwa Amira dihanyutkan oleh arus deras dan Jacinta sesat di dalam hutan, Amira menyesali tindakannya. Selepas kejadian itu Amira berjanji kepada ibunya bahawa masalah tersebut tidak akan berulang lagi.

    • Seorang yang penyayang. Kejadian Jacinta sesat di dalam hutan yang ditemui tidak sedarkan diri serta mengalami luka-luka di badannya menyebabkan Amira bersimpati dan bersedih atas malapetaka tersebut.

    • Seorang yang mementingkan hubungan persahabatan. Amira sanggup membawa atau mengajak Jacinta ke Bukit Mat Raya untuk mengikuti ibunya dan turut serta dalam cari gali arkeologi supaya Jacinta dapat melupakan masalah peribadinya.

    • Seorang yang berani. Amira sanggup dan berani pergi ke kawasan Air Terjun Angin untuk bertemu dengan Malique, malah sanggup menunggu seorang diri selama 2 jam, namun Malique tidak muncul kerana pada ketika itu Malique berada di Pulau Pinang.

    • Seorang yang berjiwa kental/tahan lasak. Amira terlibat dalam usaha mencari dan menjejaki Malique yang hilang di kawasan Gunung Gua Gajah.

    • Seorang yang mahir dalam penggunaan ICT. Setelah Amira menjumpai “mobile disk”, dia berusaha membuka perisian tersebut dengan bantuan rakan-rakannya. Dengan kemahiran yang dimiliki, Amira berjaya membuka perisian tersebut apabila Itai mencadangkan Amira menggunakan nama saintifik emas iaitu ‘aurum’ sebagai kata laluan.

    • Seorang yang tidak kenal erti putus asa. Peristiwa mencari Malique membuktikan Amira seorang yang tidak kenal erti putus asa dalam melakukan sesuatu usaha.



    1. Persoalan




    • Persoalan golongan yang berminat mengkaji peninggalan sejarah. Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan Rusdi sedang mencari kebenaran tentang kehidupan masa lalu melalui ekspedisi arkeologinya di Bukit Mat Raya.

    • Persoalan cinta dan sayang akan alam / hutan. Malique (Sabi) walaupun tinggal di bandar tetapi tetap menyayangi hutan yang menjadi tempat asalnya sehingga dia bertindak memadam semua data kajian cari gali emas.

    • Persoalan hubungan persahabatan yang erat walaupun berbeza bangsa dan agama. Jacinta sering mengikut Amira semasa cuti sekolah ke tempat ibu Amira menjalankan kerja-kerja arkeologinya.

    • Persoalan kerenggangan hubungan antara anak dan bapa setelah bapa berkahwin. Jacinta tidak mahu pulang bercuti bersama-sama ayah dan ibu tirinya kerana kecewa dan sedih dengan tindakan ayahnya berkahwin lain setelah ibunya meninggal dunia.

    • Persoalan sikap manusia yang tamak. O’ Hara sanggup datang ke Bukit Mat Raya kerana telah diupah oleh sebuah syarikat cari gali emas dari Pulau Pinang untuk mengesan lokasi emas.

    • Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas yang dilakukan oleh O’ Hara.

    • Persoalan kepentingan ilmu perubatan tradisional. Ludin menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Profesor Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangan.

    • Persoalan kemusnahan hutan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kehidupan. Kemalangan yang menimpa Pak Lias dan Profesor Zaidah apabila kenderaan yang dinaiki oleh mereka dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras membuktikan bahawa kemusnahan alam sekitar mendatangkan kesan buruk.

    • Persoalan kehidupan yang sengsara sebagai akibat keruntuhan rumah tangga. Tau hidup sengsara dan menyendiri di dalam hutan kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya Jennifer / Ipah sanggup mengkhianatinya dengan melarikan anaknya Malique / Sabi keluar dari kawasan perkampungan Orang asli dan mengikuti Johnny.


    Novel Kabus di Perbukitan


    1. Watak utama - Faridah




    • Faridah seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, dia tabah menghadapi kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali.

    • Faridah seorang yang sangat prihatin akan kanak-kanak istimewa. Contohnya, dia menganggap menjalankan khidmat kepada kanak-kanak istimewa dianggap sebagai satu ibadah.

    • Faridah seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Ayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud.

    • Faridah juga mementingkan ilmu pengetahuan. Contohnya, dia sanggup menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New Zealand.

    • Faridah seorang yang penyayang. Dia sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan Melina.

    • Dia juga seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun di New Zealand, Faridah sanggup pulang semula ke Malaysia kerana terlalu rindu akan kampung halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila.




    1. Persoalan.




    • Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat. Persoalan ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah.

    • Persoalan perpisahan ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi mangsa. Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi membawa bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar tersebut terpisah dan merindui satu sama lain.

    • Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.

    • Persoalan kasih sayang. Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya. Persoalan kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.

    • Persoalan sikap berdikari golongan siswazah. Golongan ini tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

    • Persoalan kahwin campur. Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada zaman ini. Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu Malaysia yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New Zealand.

    • Persoalan semangat kerjasama yang masih utuh dalam masyarakat. Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.

    • Persoalan pejuangan secara kekerasan. Novel ini memaparkan adanya beberapa pihak yang mahu mencapai sesuatu matlamat dengan kekerasan. Hal ini digambarkan melalui Muhammad Attar yang cuba mencari pengaruh daripada kalangan rakan-rakannya termasuklah Benny, suami Melina dalam matlamatnya untuk menegakkan perjuangan Islamnya.

    • Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia). Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.

    Novel Sutera dalam Lukisan


    1. Watak Utama – Bujei/ Hafiz

    • Bercita-cita untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering menjadikan bapanya sebagai idola.

    • Suka berangan-angan menonton dan mendengar radio yang telah rosak di rumahnya.

    • Takut dengan Alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei tanpa sebarang bantahan.

    • Tidak mementingkan kebersihan tetapi berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang perkakasan yang tidak berguna di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah.

    • Suka mendengar radio. Sanggup membeli radio baru sewaktu keluar pekan bersama Samsul.

    • Mempunyai bakat menyanyi. Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis perkahwinan Same’ah dan berjaya memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.

    • Mempunyai sifat suka berjimat. Tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar nilainya dan menyimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.

    • Anak yang bertanggungjawab. Cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar.

    • Seorang pemuda yang mempunyai sikap abnormal. Dia membentuk peribadinya melalui pandangan penduduk kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan tidak berakal.




    1. Persoalan




    • Persoalan tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa mengira sifat individu seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.

    • Persoalan menghormati hak individu tanpa menghilangkan hak diri sendiri yang digambarkan melalui watak Bujei atau nama sebenarnya Hafiz yang akhirnya sedar akan haknya setelah mendapat bimbingan dari Adila.

    • Persoalan kebaikan akan mengatasi kebatilan seperti yang tergambar dalam peristiwa Alias yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri.

    • Persoalan sifat kasih sayang dan hati yang luhur mampu mengubah sifat seseorang seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang telah membimbing Bujei atau Hafiz untuk membentuk semula keperibadiannya telah berjaya mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya.

    • Persoalan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei, tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya Faizal berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan tunangnya Adila.

    • Persoalan berani mempertahankan hak atau harta daripada dirampas oleh orang lain. Bujei telah menunjukkan sikapnya yang tegas dan tidak boleh dipermainkan oleh Alias apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai gentian radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.


    JAWAPAN PRAKTIS SOALAN SPM 2012

    Soalan 1 - Rumusan

    Pendahuluan

    Petikan membincangkan punca-punca/sebab-sebab/keistimewaan/alasan pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan.


    Isi-isi Tersurat (Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan)

      1. Kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

      2. Malaysia mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi.

      3. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta.

      4. Malaysia mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia.

      5. Caj rawatan di sini lebih murah.

      6. Mutu rawatan di negara kita didorong oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia.

      7. Terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang dilengkapi peralatan canggih.

      8. Pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan.

      9. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia.


    Isi-isi Tersirat (Faedah-faedah industri pelancongan kesihatan)

      1. Meningkatkan jumlah kemasukan pelancong asing ke negara kita.

      2. Menambah pendapatan negara.

      3. Rakyat tempatan turut mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

      4. Menaikkan imej negara di mata masyarakat antarabangsa.

      5. Negara-negara luar menjadikan Malaysia sebagai tempat rujukan.

      6. Mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk tempatan.

      7. Meningkatkan pembangunan prasarana/ infrastruktur negara.


    Kesimpulan

    Kesimpulannya, pelancongan kesihatan mesti diperluaskan agar negara kita beroleh pelbagai manfaat daripadanya.



    Soalan 2 - Pemahaman
    Soalan 2(a)- Petikan Umum


    1. Maksud strategi menyeluruh ialah rancangan/kaedah/cara yang lengkap/ merangkumi semua aspek.




    1. Usaha-usaha:

    • Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan

    • Majlis Kesihatan Malaysia diberi kuasa tambahan.

    • Mempertingkatkan fungsi Majlis Kesihatan Malaysia

    • Meminda undang-undang

    1. Peranan pihak media:

    • mempromosi Malaysia sebagai lokasi pelancongan kesihatan ke seluruh dunia

    • bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia - menguar-uarkan pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan serta standard MS IS09002

    • menulis rencana tentang pelancongan kesihatan supaya maklumat tersebar.

    • Mengenakan bayaran yang murah untuk iklan-iklan tentang produk kesihatan yang disiarkan



    Soalan 2(b) - Petikan Drama


    1. Ciri-ciri:

    • terdapat aliran sungai kecil di tengah hutan berpotensi diperbesar untuk dijadikan kolam memancing ikan

    • hutan itu boleh dijadikan seperti kawasan pelancongan di Lembah Danum, Sulaman Resort atau di Sukau.




    1. Cabaran yang perlu dihadapi:

    • dari segi modal - memerlukan modal yang besar kerana memerlukan kos yang tinggi dari pelbagai aspek pada peringkat awal

    • usaha untuk menarik orang ramai ke tempat tersebut pada peringkat permulaan agak rumit

    • mungkin mendapat penentangan daripada penduduk di kawasan sekitar

    • masalah keselamatan kerana di kawasan itu terdapat aktiviti mencuri balak

    • persaingan dengan pusat pelancongan yang lain.

    • masalah mendapatkan pekerja.




    1. Nilai kemanusiaan dalam petikan:

    • kerjasama - kerjasama antara adik-beradik untuk menjayakan rancangan membuka pusat pelancongan - ingin mengeluarkan modal bersama nilai kemanusiaan dalam cerpen

    • nilai kasih sayang – Mak Tua menyayangi cucu-cucunya dengan melayan mereka.

    • Ketaatan – anak-anak Mak Tua taat akan permintaannya mencari pekerja.

    Nilai dalam keseluruhan cerpen:



    • Cinta akan alam sekitar – Pak Tua menjadikan tanahnya sebagai hutan simpan.

    • Pengorbanan – Pak Tua tidak mahu kembali ke negara asalnya kerana sayang akan Mak Tua.

    • Tanggungjawab – Pak Tua menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke negara gading dengan menggunakan wang simpanannya sendiri.



    Soalan 2(c)- Petikan Prosa Tradisional


    1. Sebab:

    • anak baginda iaitu Puteri Betung telah hilang/mati kerana Merah Gajah telah mencabut/membantun rambutnya.




    1. Reaksi:

    • baginda menghempas-hempaskan dirinya

    • baginda mengoyak-ngoyakkan baju

    • baginda mencarik-carikkan kain baginda

    • baginda terlalu marah

    • baginda menghimpunkan segala askar yang lengkap dengan senjata.




    1. Tindakan:

    • memohon maaf kepada Raja Ahmad

    • bersemuka dengan Raja Ahmad dan menceritakan keadaan sebenar kepada Raja Ahmad / rasional tindakannya membunuh Merah Gajah

    • berusaha membayar ganti rugi/pampasan atas kematian Merah Gajah

    • melarikan diri buat sementara waktu supaya kemurkaan Raja Ahmad reda

    • menyerah kalah/diri


    Soalan 2(d) – Sajak


    1. Maksud "perut belantara menjadi ladang" ialah kawasan hutan telah diusahakan menjadi kawasan pertanian

    2. Kesan-kesan kepada negara:

    • peluang pekerjaan terus dikuasai oleh orang asing

    • kadar pengangguran penduduk tempatan semakin meningkat

    • ekonomi negara akan menurun

    • ketandusan pemimpin berwibawa

    • masalah sosial meningkat




    1. Dua pengajaran:

    • generasi muda haruslah mempunyai kesedaran dan tidak boleh leka atau membuang masa begitu sahaja

    • kita mestilah menggunakan peluang yang ada di negara kita untuk mencari rezeki

    • kita hendaklah segera melakukan sesuatu sebelum terlambat.



    Soalan 3 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
    Jawapan Soalan 3(a):


    1. kumat-kamit

    • bergerak-gerak bibir (seperti orang membaca doa dengan tidak bersuara, bercakap sendirian dan sebagainya)




    1. remuk-redam

    • hancur (pecah) menjadi kecil-kecil, hancur luluh (larut), hancur berkecai-kecai.




    1. selang-seli

    • berganti-ganti, celah-mencelah, sela-menyela.

    • Tidak ada antaranya, terus-menerus




    1. serba-serbi

    • bermacam-macam (hal, perkara dll), berbagai-bagai.




    1. simpang-siur

    • terlalu banyak dan silang-menyilang (jalan raya, kawat telefon, dll)

    • terlalu banyak liku-likunya (jalan), berliku-liku.

    • Terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana berliku-liku jalan)

    (vii) tungkus-lumus



    • asyik atau teruk melakukan sesuatu / banyak sekali hutang.


    Jawapan Soalan 3 (b) :


    1. Persaraan kakitangan kerajaan sudah ditetapkan pada usia 60 tahun.

    2. Banglo mewah berharga RM3 juta itu terletak di Bukit Perdana.

    3. Pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.



    Jawapan Soalan 3 (c):

    (i) intrepretasi - interpretasi

    diambil kira - mengambil kira


    1. dibandar-bandar - di bandar-bandar

    memiliknya - memilikinya
    (iii) multi etnik - multietnik

    pengongsian – perkongsian


    Jawapan Soalan 3 (d):
    (i) konklusif - kondusif

    dan – atau


    (ii) jasa - khidmat/pertolongan

    kebanyakan murid-murid – kebanyakan



    murid/murid-murid


    1. inspirasi - aspirasi

    di masa - pada masa
    Jawapan Soalan 3 (e) :


    1. membaca sebagai satu kaedah memperoleh ilmu

    2. melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar, lama-kelamaan akan berjaya jika tekun melakukannya

    3. manusia mencapai kata sepakat dengan mesyuarat/perbincangan.



    Soalan 4 – Novel
    Novel Papa .... (akhirnya kau tewas jua!)


    1. Dua latar masa:

    • waktu pagi - peristiwa Julia dan Rasylan berada di sebuah kedai buku di Jalan Tunku Abdul Rahman- mereka sedang berbual-bual tentang Rasylan yang berpendapat bahawa papa Julia sombong.




    • waktu petang - peristiwa Aisyah datang ke rumah Jeffri dan menjemput Julia untuk bermain tenis.




    1. Yüklə 375,39 Kb.

      Dostları ilə paylaş:
  • 1   2   3   4   5   6




    Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
    rəhbərliyinə müraciət

    gir | qeydiyyatdan keç
        Ana səhifə


    yükləyin