Jawapan praktis soalan spm


(viii) SUTERA DALAM LUKISAN



Yüklə 375,39 Kb.
səhifə6/6
tarix06.09.2018
ölçüsü375,39 Kb.
#78477
1   2   3   4   5   6

(viii) SUTERA DALAM LUKISAN

Watak Utama : Bujei atau Mohamad Hafiz

  1. Konflik antara Bujei dengan bapa tirinya.

Bujei dikehendaki menurunkan cap jarinya di atas surat perjanjian serah hak milik harta pusaka Allahyarhamah ibunya, Fatimah. Harun, bapa tirinya memaksa Bujei menurunkan cap jarinya dengan berusaha membawa pad dakwat hitam. Bujei menghadapi konflik untuk mempertahankan haknya dengan kekerasan bapa tirinya.

Cara penyelesaian:Bujei menenyeh jarinya dengan kuat sehingga merosakkan surat perjanjian sehingga surat itu tidak bernilai lagi.


  1. Konflik antara Bujei dengan Alias.

Bujei diberitahu oleh Alias bahawa Adila menghidapi AIDS. Adila pernah menuntut di England dan bergaul bebas. Adila balik ke kampung untuk menutup kelemahan dirinya. Bujei terkejut dengan perkhabaran ini.



Cara penyelesaian: Bujei tidak pergi ke rumah Sidang Saman seperti hari-hari biasa pertemuannya dengan Adila. Bujei senang bersendirian di rumahnya sendiri.


  1. Konflik Bujei dengan Alias kerana Alias merosakkan radionya.

Cara penyelesaian: Bujei menuntut Alias

membayar ganti rugi RM 80 sebagai ganti radio



yang dirosakkan oleh Alias.
4. Konflik Bujei dengan masyarakat kampung yang menganggap dirinya bodoh, dungu dan kurang siuman.

Cara penyelesaian: Bujei bertindak dengan mendiamkan diri berseorangan di tebing sungai dan mengadu hal tersebut kepada Adila, Same’ah, Samsul dan Sidang Saman.
5. Konflik hubungan cinta Bujei dengan Adila.

Cara penyelesaian: Bujei bertindak menyelesaikan soal cintanya kepada Adila sama ada memilihnya atau Alias. Akhirnya Adila menerima Bujei sebagai teman hidup setelah Adila berpisah dengan bekas tunangnya Faizal.
SOALAN 4(b)

  1. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel.

(i) PAPA

1. Masyarakat Melayu yang hidup di bandar - Mereka diwakili oleh keluarga Jeffri termasuklah isterinya Intan Maliana, anaknya Intan Julia dan pembantu rumahnya Mak Cik Noraini.

2. Masyarakat bandar yang terdiri daripada

golongan elit - Golongan ini diwakili oleh keluarga Jefri termasuklah Intan Maliana dan Intan Julia.
3. Masyarakat pendidik atau berpendidikan tinggi - Jefri dan Intan Maliana termasuk dalam golongan pendidik. Sebelum menjadi pensyarah, Jeffri juga seorang guru yang mengajar di sekolah yang sama dengan Intan Maliana iaitu Sekolah Seri Gading. Mereka mengajar di sekolah yang sama sejak sebelum mereka kahwin. Kemudian Jeffri menjadi pensyarah di Kolej Iktisas.
4. Masyarakat pelajar - Intan Julia dan Rasylan merupakan gambaran masyarakat pelajar dalam novel ini. Intan Julia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Seri Gading iaitu tempat ibunya mengajar. Mereka telah menyambung pelajaran dan menjadi seorang siswa dan siswi setelah mendaftar di pusat Matrikulasi UIA.

5. Masyarakat yang penyayang - Pengarang mengungkapkan  ikatan kasih sayang antara anak dan ibu bapa serta kasih sayang antara suami isteri. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana.

(ii) MELUNAS RINDU

  1. Masyarakat yang taat mengamalkan cara hidup Islam.

  • Fuad dan Pak Ismail sering sembahyang berjemaah di surau berdekatan rumah mereka.

  • Fuad secara sukarela akan melaungkan azan apabila masuk waktu solat. Selepas itu, dia akan menunaikan solat sunat.




  1. Masyarakat yang hormat-menghormati.

  • Semasa hendak pergi ke rumah Pak Ismail, Robert Lim sampai awal di Terengganu tetapi tidak terus ke rumah Pak Ismail. Dia dan Chin menunggu waktu yang sesuai iaitu selepas waktu Isyak kerana tahu bahawa Pak Ismail akan ke surau pada waktu Maghrib dan akan balik ke rumah selepas waktu Isyak.


3. Masyarakat yang mempunyai pelbagai kerjaya.

  • Farhana bekerja sebagai guru manakala Peter Lim pula bekerja sebagai pengawal keselamatan dan penoreh getah. Sementara itu Robert Lim pula menceburi bidang perniagaan.

4. Masyarakat yang tolong menolong

  • Fuad yang berlapang dada menghulurkan bantuan dengan hati yang ikhlas kepada Borhan apabila mendapat tahu bahawa anak Borhan sakit. Dia menghantar anak Borhan ke klinik dan membayar kos rawatan.


5. Masyarakat yang tabah

  • Fuad tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mencari ibu kandungnya. Dia telah pergi ke Lembah Klau dan Kuala Lipis untuk menjejaki kubur ibunya tetapi mendapat tahu bahawa ibunya masih hidup.



(iii) AZFA HANANI

  1. Masyarakat golongan pelajar.

  • Azfa Hanani, Falina, Kamilah dan Aini ialah pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Seri Dian.




  1. Masyarakat yang sanggup mengambil risiko

  • Azfa Hanani sanggup mengambil buku rujukan sains di perpustakaan tanpa pengetahuan pihak perpustakaan walaupun dia tahu akan risikonya jika perbuatannya diketahui umum.




  1. Masyarakat yang hidup dalam kemiskinan

  • Pak Long Madi dan anak-anaknya iaitu sepupu Azfa Hanani tinggal di teratak buruk dan hidup dalam kemiskinan.




  1. Masyarakat yang bermaruah

  • Azfa Hanani menolak tawaran Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa tinggi bersama-samanya kerana dia tidak mengenali Iskandar dan tidak mahu maruah dirinya tercemar.




  1. Masyarakat yang mempunyai semangat setia kawan

  • Azfa Hanani bersetuju menggantikan tempat Tengku Elina sebagai pengerusi Forum remaja kerana Tengku Elina ada tugasan lain.




  1. Masyarakat yang sanggup berkorban

  • Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya dapat mengubati kesedihan yang dialami oleh Datin Maziah kerana kehilangan Tengku Murni anak kesayangannya.




  1. Masyarakat yang sombong

  • Laili sering menghina dan mengejek Azfa Hanani sebagai kolot, budak kampung dan miskin.




  1. Masyarakat yang pemaaf

  • Azfa Hanani memaafkan sikap Tengku Makmur yang sombong terhadapnya dan tindakan Datin Maziah yang mengusir dan menamparnya apabilla rahsia tentang dirinya terbongkar.




  1. Masyarakat yang menepati janji.

  • Tengku Makmur dan Datin Maziah berjumpa dengan Pak Long Madi dan berhasrat untuk memelihara Azfa Hanani kerana itulah janjinya suatu ketika dahulu kepada Pak Long Madi apabila ibu bapa Azfa Hanani meninggal dunia disebabkan oleh kecuaiannya.




  1. Masyarakat yang penyayang

  • Datin Maziah menyayangi Tengku Murni dengan menghadiahinya sebuah kereta sempena hari jadinya.


(iv) RENYAH

1. Masyarakat pelbagai kaum - Datuk Dolhi dan keluarganya mewakili masyarakat Melayu, Albert Lee dan keluarganya mewakili masyarakat Cina. Yuka isteri Wahi mewakili orang Jepun.

2. Masyarakat korporat - Diwakili oleh Datuk Dolhi dan Albert Lee sebagai rakan kongsi Datuk Dolhi. Mereka melaksanakan projek pembangunan seperti vila dan juga melabur dalam bidang pembalakan di Sarawak.

3. Masyarakat yang terjebak dengan gejala rasuah - Hasnol yang hanya bekerja sebagai pegawai tadbir diplomatik hidup dengan cara mewah. Hasnol telah menerima tawaran Tengku Munir untuk mendapatkan wang. Hasnol menerima rasuah untuk meluluskan dua belas tender Tengku Munir. Hasnol akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa.

4. Masyarakat yang terlibat dengan masalah penagihan dadah - Diwakili watak Dani - Pada malam persembahan kumpulannya, The Young Rock Band, Dani tidak muncul di pentas kerana ketagihan. Dia telah pergi mencari pembekal dadah untuk mendapatkan bekalan dadah tersebut. Dia telah ditangkap polis dan berita penangkapannya telah tersiar dalam akhbar.

5. Masyarakat yang terlibat dengan dakwah songsang - Digambarkan melalui watak Mukhlis, Saiful Bahri dan tok gurunya berdakwah tanpa ilmu pengetahuan agama yang mencukupi . Mukhlis tidak mahu bekerja malahan meminjam wang daripada Datuk Dolhi untuk berdakwah ke India. Tambahan pula Mukhlis mengahwini janda tok guru sedangkan tok guru pergi melancong ke luar negara bersama isteri mudanya.

(v) KONSERTO TERAKHIR

1. Masyarakat yang tidak mengamalkan semangat kejiranan - Hubungan antara Datuk Johari dengan Dr. Nathan. Datuk Johari dan Datin Salmah marah kepada Hilmi kerana mengambil tanah hitam yang diberikan oleh Dr. Nathan. Datin Salmah melarang Mak Minah berbual dengan Mamat dan isterinya yang bekerja dengan Dr. Nathan.

2. Masyarakat yang mementingkan darjat - Datin Salmah misalnya, hanya bergaul dengan ahli keluarganya yang berpangkat tinggi dan kawan-kawannya yang bergelar Datin.

3. Masyarakat yang sombong - Datin Salmah misalnya, tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi miskin dan berasal dari kampung serta berpendidikan rendah.

4. Masyarakat yang tidak mementingkan agama dalam kehidupan - Datuk Johari dan Datin Salmah tidak pernah menunaikan sembahyang. Di rumah terdapat suatu sudut untuk meminum arak dan Datin Salmah sendiri meminum arak hingga mabuk.

5. Masyarakat yang sibuk akan tugas sosial - Datin Salmah sibuk dengan kawan-kawan yang morning coffee. Datin Salmah mengabaikan tugasnya sebagai ibu di rumah terutamanya dalam mendidik anaknya, Hayati. Datuk Johari pula sibuk akan tugasnya di pejabat.


(vi) KEMBARA AMIRA

1. Masyarakat pelajar - Amira, Jacinta dan Itai merupakan pelajar sekolah yang sedang menghabiskan cuti persekolahan mereka di Bukit Mat Raya.

2. Masyarakat yang mementingkan persahabatan - Amira dan Jacinta bersahabat baik dan saling membantu sesama mereka semasa menghadapi kesusahan.
3. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar - Tau menyamar sebagai makhluk berbulu dan cuba mempertahankan hutan dari dicerobohi oleh orang luar yang ingin merosakkan hutan tersebut untuk mendapat keuntungan.
4. Masyarakat orang asli - Ludin, Tau dan Itai merupakan penduduk orang asli yang tinggal di kawasan hutan Bukit Mat Raya.
5. Masyarakat yang gigih berusaha - Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan.

6. Masyarakat yang suka membantu orang yang

dalam kesusahan - Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas dan Tau pula menyelamatkan Jacinta yang hilang dalam hutan.
7. Masyarakat yang berani - Amira dan Itai berani pergi ke Gua Gunung Gajah untuk menyelamatkan Malique walaupun menghadapi pelbagai rintangan.
8. Masyarakat yang penyayang - Profesor Zaidah merupakan ibu yang penyayang kerana walaupun sibuk, dia masih mengambil berat keselamatan Amira.

9. Masyarakat yang mahir dalam ilmu perubatan tradisional - Ludin berkemahiran untuk merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya hingga sembuh dengan menggunakan perubatan tradisional iaitu daripada buluh, daun kayu dan ramuan daripada akar kayu.

10. Masyarakat yang mengakui kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan - Profesor Zaidah mengakui kesilapannya yang mengutamakan kerjanya dan mengabaikan Amira terutamanya selepas dia hampir mati lemas di sungai.
(vi) KABUS DI PERBUKITAN

  1. Masyarakat yang mempunyai ikatan kekeluargaan yang erat - Masyarakat ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah.


2. Masyarakat yang porak peranda - Masyarakat ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi membawa bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar tersebut terpisah dan merindui satu sama lain.
3. Masyarakat yang menghargai alam sekitar - Azrul aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar termasuk gerakan cintai sungai. Dia juga mengajak teman wanitanya, Rahayu untuk menyertai gerakan yang dianjurkannya.

4. Masyarakat yang berdikari - Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu direstui oleh bapanya. Dia tidak mahu terikat bekerja makan gaji dengan orang lain.
5. Masyarakat yang menerima perkahwinan

Campur - Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada zaman ini. Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu Malaysia yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New Zealand.
(viii) SUTERA DALAM LUKISAN

1. Masyarakat yang baik hati / ikhlas menolong - Adila ikhlas menolong mengubah perwatakan Hafiz. Pada Adila , Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia. Sebenarnya Hafiz memiliki kepandaian dan pengetahuan yang luas. Adila mampu mengubah Hafiz menjadi manusia yang sempurna semula.

2. Masyarakat yang kejam / tidak bertanggungjawab Harun, ayah tiri Hafiz @ Bujei sering memukul, menyepak dan menendang Fatimah sehingga pengsan apabila Fatimah enggan menyerahkan wang dan seutas rantai. Harun banyak menghabiskan masanya dengan berjudi.

3. Masyarakat yang suka membuli - Alias sering membuli Hafiz seperti menyuruh Hafiz turun ke dalam sungai dan membasahkan diri serta mengotorkan badannya. Jika Hafiz enggan, Alias akan memukul, menyepak dan menerajang Hafiz. Alias merupakan orang yang ditakuti oleh Hafiz di kampung itu.

4. Masyarakat yang tamak - Harun masih mempersoalkan haknya yang ingin dituntut daripada arwah isterinya, Fatimah. Dia mahu berkuasa di atas tanah sawah dan tapak rumah yang telahpun dijual kepada Wak Senen. Dia cuba memujuk Sidang Saman supaya membantunya.
5. Masyarakat yang prihatin / simpati - Mak Som mengajak Hafiz ke dapur setelah Alias enggan menyerahkan upah kepada Hafiz. Mak Som menyediakan sarapan kepada Hafiz sambil menyerahkan seringgit kepadanya. Mak Som sempat menasihati Hafiz supaya tidak menurut kehendak Alias.

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT


Yüklə 375,39 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin