Sesat Dalam Beragama
Sesat dalam beragama termasuklah cenderung melaksanakan sesuatu amalan atau doktrin ajaran yang nyata bertentangan dengan Islam. Antara perkara yang membawa umat Islam sesat dalam beragama termasuklah meyakini dan mengamalkan sesuatu ajaran yang difatwakan sesat.
Perkara seumpama ini berlaku disebabkan pemujaan yang keterlaluan kepada pemimpin dengan memberikan segala ketaatan kepada ketua dengan membuta tuli tanpa sebarang pertanyaan, komentar mahupun kritikan. Secara tidak langsung, keadaan ini membuka peluang kepada golongan tertentu untuk mendapatkan kepentingan tertentu dalam dunia ini. Selain itu, perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh keghairahan para pengikut meramalkan perkara ghaib yang berkaitan dengan Kiamat. Dari aspek akidah, walaupun penyelewengan akidah yang dilakukan hanya sedikit tetapi penyelewengan itu tetap dianggap sesat. Dalam kata lain, iman seseorang akan runtuh walaupun seseorang itu mengingkari hanya satu huruf daripada keseluruhan al-Quran.
Sering kali golongan yang terlibat dengan ajaran sesat ini bukan hanya sesat dari segi syariat tetapi sesat juga dari segi akidah. Walau bagaimanapun, kesesatan dari segi pengamalan syariat seperti melakukan nikah batin (berzina), minum arak dan lain-lain akan membawa kepada sesat dari sudut akidah sekiranya pengikut aliran ini beriktikad bahawa perbuatan ini adalah sebahagian daripada syariat Islam. Firman Allah swt :
¨bÎ) tûïÏ%©!$# (#rãxÿx. y÷èt/ öNÎgÏY»yJÎ) ¢OèO (#rß#yø$# #\øÿä. `©9 @t6ø)è? óOßgçGt/öqs? y7Í´¯»s9'ré&ur ãNèd tbq9!$Ò9$# ÇÒÉÈ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-orang yang sesat.
(Surah al-‘Imran, 3 : 90)
Fenomena ini seolah-olah menggalakkan kehidupan yang berteraskan hawa nafsu sehingga melahirkan gejala anak luar nikah dan seks bebas dalam masyarakat. Firman Allah swt dalam Surah al-Kahf, ayat ke-103 dan 104 :
ö@è% ö@yd Lälã¤Îm7t^çR tûïÎy£÷zF{$$Î/ ¸x»uHùår& ÇÊÉÌÈ tûïÏ%©!$# ¨@|Ê öNåkß÷èy Îû Ío4quptø:$# $u÷R9$# öNèdur tbqç7|¡øts öNåk¨Xr& tbqãZÅ¡øtä $·è÷Yß¹ ÇÊÉÍÈ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
MURTAD DAN BAHAYANYA
Murtad berasal daripada perkataan riddah dalam bahasa Arab. Riddah bermaksud ‘kembali daripada sesuatu kepada selainnya’. Adapun daripada sudut syarak, murtad ialah keluarnya Muslim yang mukalaf daripada agama Islam dengan kerelaan hatinya.
Menurut Abdul Kadir Audah, murtad boleh terjadi kerana keengganan melaksanakan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh syariat dan digantikan dengan undang-undang ciptaan manusia kerana asal kedudukan hukum dalam Islam mestilah berdasarkan kepada ketetapan Allah. Hukum lain adalah diharamkan.
Gaya hidup anti agama yang berteraskan materialisma dan cengkaman sekularisma telah mendedahkan umat Islam kepada kerapuhan sistem keimanan mereka. Kesungguhan musuh-musuh Islam menyebar luaskan dakyah mereka melalui pendekatan 3G. Gospel, Goal, dan Glory telah berjaya mengisi kekosongan iman orang Islam sehingga mereka tergamak untuk murtad. .Kehalusan gerakan mereka dikesan seperti “garam dan ragi”. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu diletak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, kita kekal sebagai orang Melayu dengan identiti Islam tetapi hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Peristiwa seperti ini boleh dilihat dalam kehidupan sosial masyarakat Islam pada hari ini. Kemuncak krisis keyakinan kepada Allah diterjemahkan dengan tragedi murtad. Dulu kita menyangka bahawa kes Natrah adalah kes pertama dan terakhir akidah seorang Islam dileburkan dengan keputusan mahkamah. Apabila orang Islam bangkit beramai-ramai membantah paksaan murtad kepada Natrah. Orang Melayu Islam menjangkakan pihak berkuasa mengambil iktibar. Tetapi selepas itu segala-galanya menjadi sepi sehingga kita dikejutkan dengan:
Kes 1: Aisyah Hj. Bukhari
Aisyah Hj. Bukhari adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dikhabarkan dia dihantar ke sekolah agama dan belajar sehingga tingkatan 6 atas. Kelulusannya melayakkan dirinya menjadi ustazah atau melanjutkan ke peringkat university Al-Azhar. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam. Dia juga hafal surah Yasin dan Surah Sajadah. Semasa belajar di ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Tinggal di lembah keramat AU5C. Begitulah juga keterampilan kakaknya. Selepas 2 tahun tinggal di Kuala Lumpur, pada 19 Nov 1997 dia menghubungi ayahnya dan berkata, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah Kristian.” Bayangkan betapa hancurnya hati seorang bapa. Kita sendiri merasa hairan bagaimana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan sempurna tetapi masih boleh murtad. Apa lagi mereka yang tidak terdidik. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Hanya linangnan airmata sahaja. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis. Tiada apa yang boleh dibuat Hj Bukhari.
Kes 2 : Hartina Hj Kamaruddin
Diceritakan Haji Kamarudian seorang penjual satay di Perak. Beliau izinkan anaknya, Hartina, untuk bekerja di Kuala Lumpur selepas dia berumur 18 tahun. Selepas 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, dengan membawa teman lelaki dan kawan-kawan teman lelakinya sambil berpeluk-peluk. Oleh kerana terlalu marah Haji Kamarudin menetak teman lelakinya di tengkuk. Akibatnya Haji Kamarudin juga dipukul oleh kawan-kawan Hartina sehingga hampir pengsan. Adik lelaki Hartina berumur 16 tahun turut dibelasah kerana hendak menyelamatkan akidah kakaknya di depan kedai tempat bapanya berniaga.
Berhubung dengan golongan murtad, dalam surah al-Baqarah ayat 217, Allah mengatakan, “Dan sesiapa di antara kamu murtad daripada agamanya (Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, rosak binasa amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itu adalah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya.”
Ijmak ulama menyatakan Muslim yang ingkar kepada apa-apa yang ditetapkan oleh Allah menjadi murtad, kecuali dia benar-benar jahil. Apabila diberitahu dan ditegakkan hujah, namun dia masih tetap dengan keingkarannya, maka dihukumkan kufur dan murtad.
Ingkar itu berlaku dengan perkataan dan perbuatan yang tidak mungkin ditakwil melainkan kufur menurut nas yang jelas. Sebarang perkataan yang menepati maksudnya seperti tulisan, sama ada yang berbentuk buku ataupun makalah dalam akhbar, majalah, juga resolusi-resolusi yang diambil oleh satu-satu persidangan atau seumpamanya.
Kes 3 : Suzie Teoh
Kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan berumur 16 tahun telah memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapanya amat marah dan menyaman anaknya sendiri dan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, sehingga ke mahkamah persekutuan. Dia memohon pada mahkamah, agar diistiharkan pengIslaman anaknya tidak sah.
Tun Salleh Abbas sebagai hakim yang bijaksana telah menangguhkan kes Suzie Teoh selama 2 tahun. Selepas Suzie Teoh berumur 18 tahun, Tun Salleh Abbas membuka semula kes ini dan Suzie diberi peluang untuk mengisytiharkan agamanya sendiri. Terketar-ketar sambil menangis, Suzie berkata ” Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.” Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang wanita. Malangnya Tun Salleh Abas dipecat atas 5 tuduhan. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes 4 : Pembunuhan Keluarga Ibrahim
Saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam 14 Februari, mereka mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama. Bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tangannya juga turut dipotong. Ibrahim adalah seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru meningal dunia. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Penulis difahamkan kes ini ditutup dengan alasan menjaga sensitiviti kaum. Sekali lagi orang Islam tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Kisah di atas menggambarkan bagaimana akidah umat Islam di Malaysia terdedah dengan murtad walaupun perlembagaan persekutuan melindungi akidah mereka. Begitu juga Hakim yang cuba melindungi akidah muslim dengan kebijaksanaannya, akhirnya dipecat dan diperhinakan sebegitu rupa. Disamping itu mereka yang gagal dipujuk untuk murtad akhirnya dibunuh. Justeru itu Salleh Ismail merumuskan dalam tesis Ph.D nya bahawa Jenayah Murtad di Malaysia telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Keperluan kepada undang-undang yang berwibawa untuk menangani kes murtad amat mendesak. Senario ini juga menimbulkan persoalan adakah perundangan sedia ada tidak menjamin akidah umat Islam atau sikap umat Islam sendiri dan pemimpin mereka yang membiarkan akidah mereka terancam. Kekalutan yang timbul reda seketika apabila Utusan Malaysia melaporkan pada 20 April 1998 bahawa Datuk Dr Abdul Hamid Osman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dipetik berkata bahawa Draf Rang Undang-Undang Pemulihan Akidah berada diperingkat akhir pengubalan dan menanti persetujuan kerajan pusat dan kerjaaan - kerajaan negeri. Namun selepas menunggu lebih dari 10 tahun rang undang-undang tersebut masih belum muncul.
Kita digemparkan lagi dengan kes Lina Joy. Keputusan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Dato' Alauddin Dato' Mohd Sheriff mengetepikan permohonan Azlina Jailani, 42, yang lebih popular dengan nama Lina Joy, untuk membuang status agamanya daripada kad pengenalan beliau amat melegakan umat Islam di Malaysia. Walaubagaimanapun Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato' Richard Malanjun membenarkan permohonan tersebut. Oleh itu keputusan ini dicapai melalui majoriti 2:1 menolak permohonan Lina Joy. Menurut keputusan mahkamah, Lina Joy, yang telah pun menukarkan agamanya kepada Kristian, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya. Ahmad Fairuz berkata JPN berhak untuk mengenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.
Menurut laporan Bernama, Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.
Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.10 Kes ini telah menarik ramai pihak untuk memberi ulasan dan pandangan. Walaupun permohonan Lina Joy seolah-olah tiada kaitan dengan isu menukar agama tetapi implikasi sebenarnya adalah berkaitan hal murtad, yang begitu sensitif kepada umat Islam di Malaysia. Keputusan kes ini amat bertepatan dengan peruntukan 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Ia juga telah mempertegaskan semula keputusan Mahkamah sebelumnya bahawa Mahkamah Syariah memiliki kuasa yang diiktiraf oleh Perlembagaan dan Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan ke atas bidangkuasa dan keputusan Mahkamah Syariah.
Walaubagaimanapun para pemerhati merumuskan bahawa kes ini tidak menyelesaikan kes murtad Lina Joy. Media melaporkan bahawa beliau telah mengaku memeluk agama Kristian. Ia keluar dari agama Islam iaitu Murtad. Timbul persoalan apakah pengakuan Lina Joy memeluk agama Kristian sudah boleh diterima dari sudut perundangan Islam bahawa beliau telah murtad. Jika beliau Murtad apakah tindakan yang sewajarnya dikeluarkan oleh Mahkamah Syarian. Bila berkaitan dengan mahkamah Syariah adakah ia memiliki bidang kuasa untuk membicara jenayah murtad. Apakah hukuman pesalah murtad boleh disabitkan oleh Mahkamah Syariah. Malah perkara yang lebih asas apakah undang-undang Islam di negeri – negeri khususnya di Selangor memperuntukan seksyen berkaitan dengan kesalahan murtad. Bagaimana pula dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama iaitu semua orang bebas untuk memilih agama mereka.
Konflik undang-undang bagi kesalahan murtad semakin penting untuk dikaji apabila ada beberapa kes lain yang memiliki latarbelakang kes yang hampir sama iaitu permohonan untuk menukar nama di dalam kad pengenalan dan pengistiharan keluar Islam. Pengalaman penyelidik sendiri semasa bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor ada menerima permohonan dari Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendapatkan ulasan berkenaan isu ini. Begitu juga dengan rayuan habeas corpus oleh sepasang suami isteri Mohmad Ya, 57, Kamariah Ali, 51, dan dua orang lelaki yang lain iaitu Daud Mamat, 62, dan Mat Yaakob Ismail, 56, yang menuntut supaya mereka dibebaskan dari tahanan di penjara Pengkalan Chepa, di Kelantan. Hakim Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan Datuk Allaudin Mohd Sheriff juga telah menolak rayuan mereka berempat yang telah mengaku keluar dari Islam, untuk mendapat pengisytiharan hak kebebasan beragama.
Di samping itu kes - kes ajaran sesat yang menyentuh secara langsung dengan kesahihan akidah Islamiyah. Umpamanya kes Puan Kamariah yang mendakwa bahawa dia tidak lagi beragama Islam selepas terlibat dengan ajaran Ayah Pin dan kes Hj Kahar yang mendakwa bahawa dirinya nabi melayu dan sebagainya.
Isu seumpama ini amat serius apabila aktiviti hiburan juga dikaitkan dengan keruntuhan aqidah. Umpamanya hiburan Black Metal yang mengajak para pendengar menghina al-Quran malah keluar slogan anti Allah. Hiburan seperti ini secara langsung akan menjejaskan aqidah mereka. Sama ada serangan aqidah ini dirancang atau tidak, nyatanya aqidah umat Islam di Malaysia pada hari ini telah terancam. Malah kalau dahulu murtad hanyalah dilihat sebagai jenayah terkutuk tetapi hari ini ia boleh dipohon di mahkamah syariah sebagai kes sivil seperti di dalam kes Fatimah Tan. Justeru adalah diharapkan agar semua pihak sama ada para ulamak, pengamal undang-undang, pendakwah dan pemimpin politik yang memerintah untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan kesucian akidah Islam terus terpelihara.
Murtad Dengan Sebab Perbuatan
Seseorang Islam boleh terkeluar dari agama Islam sekiranya dia melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan dengan sengaja bertujuan menghina dan mempersendakan Islam seperti mencampakkan al-Quran, menyembah berhala, melakukan zina dengan mempercayai bahawa ia tidak haram. Begitu juga jika seseorang itu enggan mendirikan suruhan yang diwajibkan dengan sengaja atau mengingkari atau menghinanya seperti kewajipan mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji, dengan disertai anggapan bahawa ia tidak wajib ke atasnya. Tindakan sedemikian bererti mengingkari kewajipan yang sabit dengan nas yang qat’i.
Hukum murtad itu tidak diambil pada perkara-perkara yang kurang jelas ataupun sangkaan semata-mata. Ia mestilah berlaku secara putus dan tidak mungkin ditakwilkan, antaranya perkara-perkara yang perlu diketahui oleh setiap orang awam. Juga dalam perkara yang ada nas yang terang daripada al-Quran, hadith, ijmak dan Qias yang nyata.
Murtad Dengan Sebab Perkataan
Percakapan juga boleh membawa seseorang itu keluar dari agama Islam. Ini dapat digambarkan jika seseorang Islam itu mengeluarkan perkataan yang membawa kepada keengkaran wujudnya Allah atau tidak mengesakannya, mengisytiharkan dirinya seorang Rasul atau Nabi selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. atau mengingkari al-Quran atau sebahagiannya atau mengisytiharkan diri keluar dari Islam.
|
Bincang dan Fikir:Apa kesudahannya dengan undang-undang murtad dalam negara kita? Ulama telah sepakat mengatakan hukum murtad ialah hukum bunuh, apakah anda menyokong atau menentang pandangan ini?
|
Murtad Dengan Sebab I’tikad
Seseorang Islam juga boleh terkeluar dari Islam sekiranya dia mempunyai kepercayaan yang bertentangan dengan agama Islam seperti tidak mempercayai kewujudan Allah, tiada hari akhirat dan Qiamat, alam ini terjadi dengan sendirinya, atau berkeyakinan bahawa perundangan Islam sudah lapuk serta ketinggalan zaman dan undang-undang ciptaan manusia adalah terbaik berbanding syariah Allah.
Meskipun begitu, sekiranya seseorang Islam dipaksa untuk mengistiharkan dirinya keluar dari agama Islam sama ada melalui perbuatan atau perkataan, para cendikiawan fiqh menganggap perbuatan atau perkataan tersebut tidak membawa kepada murtad kerana wujudnya unsur paksaan. Ini bersesuaian dengan firman Allah ayat 106 surah al-Nahl:
“Kecuali mereka yang dipaksa dan hatinya masih tenang dengan iman. Akan tetapi mereka yang yang lapang dadanya dengan kekufuran, maka di atas mereka kemurkaan dari Allah”.
Punca Berlakunya Murtad
Beberapa faktor penting yang menyebabkan berlakunya murtad adalah sepertimana berikut:
1. Tidak ada didikan agama yang mencukupi dan berkesan kepada mereka, sama ada oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan.
2. Penjaga atau kedua ibu bapa tidak memberi sebarang didikan Islam, kerana mereka sendiri tidak mempunyai pengetahuan agama, anak-anak dibiarkan bergaul bebas dengan kawan-kawan yang beragama lain, sama ada Kristian, Hindu atau lain-lainnya.
3. Menurut kajian yang dilakukan, murtad sering berlaku dalam kalangan anak-anak hasil daripada kahwin campur, sama ada perkahwinan sesama saudara baru, dengan orang Melayu atau seumpamanya. Di samping itu juga kes ini berlaku dalam kalangan orang Islam yang datang dari luar, iaitu dari negeri jiran yang datang ke Malaysia, yang tidak dapat dikesan alamat tinggalnya.
4. Tidak ada perhatian daripada orang-orang Islam sendiri.
5. Tidak ada perhatian yang berkesan dari pihak tertentu seperti bantuan material atau moral kepada mereka.
6. Kebanyakan daripada mereka tidak memahami konsep murtad. Ini berdasarkan kes-kes yang telah diterangkan. Menurut Islam, murtad tidak memerlukan pengesahan jabatan-jabatan agama, melalui mahkamah atau pihak-pihak tertentu. Murtad boleh terjadi dengan salah satu daripada tiga perkara, niat, perbuatan dan percakapan.
7. Akibat tidak ada didikan yang berkesan, ada di antara saudara baru yang murtad menganggap masuk Islam itu tidak ubahnya seperti masuk parti-parti politik. Kemasukannya memberi sumbangan kepada parti.
|
Memikir: Cuba anda fikirkan apakah jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah-masalah murtad dari berterusan dalam kalangan umat Islam hari ini.
|
Kesan Iman dan Akidah Islam
Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkahlaku, percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati sesseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif. Di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut:
-
Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt Yang Maha Esa. Lantaran itu, ia menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allah swt.
-
Akidah Islam melahirkan insan soleh iaitu insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran.
-
Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji. Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhu', ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, ria', takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosial dalam masyarakat.
-
Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah masyarakat yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari keredhaan Allah swt supaya mendapat kebahagian di akhirat.
-
Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengaruh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian insan dan masyarakat.
-
Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjah mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.
7. Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah daripada kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan.
8. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa.
9. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah swt walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya. Kelaurga Amar bin Yasir demikian juga. Demikianlah para sahabat sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari Akidah Islam yang meresap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka. Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi saw dan para Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka amat mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh daripada menghayati Akidah Islam yang sebenar.
AJARAN SESAT DAN PERKEMBANGANNYA
Pengenalan
Dewasa ini pengaruh ajaran sesat tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat Islam di Malaysia. Selain daripada penyelewengannya dalam bentuk akidah dan syariat Islam, ajarannya juga menggugat keselamatan dan keharmoniannya masyarakat.
Kesan anutan dan kepercayaan masyarakat Melayu-Islam kepada dinamisme dan animisme mahupun pengaruh Hinduisme dan Buddhaisme terhadap diri mereka telah melahirkan elemen ajaran sesat yang telah diterima pakai oleh masyarakat. Dipercayai sejak abad ke-15 M lagi ajaran sesat telah wujud di Tanah Melayu. Berdasarkan dokumentasi yang ada, ajaran sesat yang tertua yang dikenal pasti di Tanah Melayu ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Muhammad Matahari pada pertengahan abad ke-19 M di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang yang wujud dalam gerakan yang tersusun. Selain Taslim, ajaran Subud yang lahir di Kelantan sekitar tahun 1950 hingga awal tahun 1960-an dianggap antara ajaran sesat terawal yang berjaya dikesan. Kerajaan negeri Kelantan telahpun mengambil tindakan terhadap ajaran ini.
Di Semenanjung Malaysia, sejarah membuktikan bahawa penyebaran aliran kepercayaan ini dalam kalangan masyarakat berlaku pada pertengahan abad ke-19 M lagi. Menurut Abdulfatah Haron Ibrahim, terdapat satu halaman dalam kitab Akidah karya Tuan Teh Mohamed bin Syihabuddin yang membicarakan tentang ajaran sesat. Beliau dianggap sebagai ulama yang pertama yang membicarakan tentang ajaran sesat serta menentang dengan sekeras-kerasnya ajaran Wujudiah/Batiniah ini dan menganggapnya kufur. Karya beliau ini ditulis pada tahun 1206 H. Catatan ini menunjukkan bahawa ajaran sesat telah lama bertapak dan berkembang di negara ini.
Selain daripada Tun Teh, Sheikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Mankabawi al-Jawi (1277H/1860 M -1355H/1916 M), imam dan khatib di Makam al-Syafi’i di Masjid al-Haram, Mekah juga telah menulis sebuah kitab untuk menolak ajaran sesat Martabat Tujuh. Orang ketiga yang menulis tentang ajaran salah ialah Haji Zakaria bin Abu Bakar pada tahun 1947 (1396 H). Beliau membahaskan tentang ajaran sesat khususnya ajaran Taslim sebanyak 10 halaman dan mengaitkan hubungan ajaran ini dengan ajaran Batiniah. Selain daripada tiga tokoh ini, tokoh lain ialah Haji Abdullah bin Haji Abdul Wahab. Sejak akhir tahun 1970-an hingga ke hari ini, tokoh yang banyak menyimpan, mengkaji, menulis dan menerbitkan bahan bacaan berkaitan ajaran sesat ialah Profesor Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim.
Sebelum penubuhan Majlis atau Jabatan Agama Islam di setiap negeri antara awal tahun 1900 hingga selepas merdeka (1957), tidak ada pihak yang mengambil inisatif untuk mengkaji perkembangan ajaran sesat kecuali guru pondok atau agama. Oleh itu, kemunculan ajaran sesat (jika ada) tidak dipantau dan dikawal oleh pihak kuasa. Walau bagaimanapun, ajaran Taslim adalah ajaran sesat terawal dikesan dan bergerak aktif sejak awal tahun 1930-an yang berpusat di Pulau Pinang. Justeru, sejak 1975 sehingga 2004 terdapat 66 ajaran sesat yang telah difatwa dan diwartakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri-negeri.
Abdulfatah Haron menyenaraikan kesalahan yang sering dilakukan oleh penganjur ajaran sesat dalam empat bidang ilmu yang paling pokok, iaitu mentafsirkan al-Quran dengan menyalahi tafsiran muktabar, menggunakan hadis yang bukan hadis Rasulullah SAW, ilmu akliah Islam (tauhid, falsafah, tasawuf), dan firaq Islamiah yang bercampur aduk dalam fahaman akidah Islam dan Batiniah yang berselindung atau bersenyawa dengan tasawuf Wahdat al-Wujud. Ternyata perkembangan ajaran sesat ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang dibincangkan dalam bahagian yang berikut.
Dostları ilə paylaş: |