650. Dari Anas bin Malik r .a., katanya: "Aku solat Zhuhur beserta Rasulullah saw. di Madinah empat rakaat dan solat 'Ashar di Dzulhulaifah dua rakaat."
651. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Kami pergi bersama-sama Rasulullah saw. dari Madinah ke Makkah. Selama dalam perjalanan beliau solat dua-dua rakaat hingga tiba kembali di Madinah. Tanya ku, "Berapa lama beliau tinggal di Makkah?" Jawabnya, "Sepuluh hari."
652. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat di Mina dua rakaat. Begitu pula Abu Bakar sepeninggal beliau, 'Umar sepeninggal Abu Bakar, dan 'Usman pada permulaan pemerintahannya. Kemudian 'Usman solat empat rakaat. Pada waktu pemerintah 'Usman itu, apabila Ibnu 'Umar solat mengikuti Imam, dia solat empat rakaat, dan apabila dia solat sendirian, dia solat dua rakaat.
653. Dari Nafi' r.a., katanya: "Pada suatu malam yang dingin dan berangin, Ibnu 'Umar azan untuk solat. Lalu dia membaca : "Ala Shalla fir rihal " (Silakan solat di tempat masing-masing). Setelah selesai azan dia berkata, "Dalam suatu perjalanan di malam yang dingin dan hujan, Rasulullah saw. memerintahkan supaya membaca dalam azan : 'Ia shallu fir rlIuzl" (Silakan solat di tempat masing-masing).
654. Dari Jabir r.a., katanya: "Kami pergi bersama-sama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba hari hujan lebat. Maka bersabda beliau, "Silakan bagi yang mahu untuk solat di tempat masing-masing."
655. Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., katanya: "Ketika hari hujan dia memerintahkan kepada muadzinnya sesudah membaca "Asyhadu anla la, ilaha illallah, asyhadu onna Muhammadar Rasulullah" jangan baca "Hayya 'alash shalah" tetapi membaca "Shallu li buyutikum" (Silakan solat di rumah masing-masmg). Mendengar bacaan itu, orang banyak menyalahkannya. Kata Ibnu 'Abbas, "Mengapa anda sekalian menyalahkannya? Orang yang lebih baik daripada ku (yakni Rasulullah saw.) bahkan melakukannya. Berjamaah memang penting. Tetapi aku tidak ingin memaksa anda sekalian berjalan di tanah becek dan licin."
656. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya, "Rasulullah saw. pernah solat sunat dalam perjalanan di atas untanya. Beliau menghadap ke arah mana saja unta itu menghadap."
657. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah, Rasulullah saw. solat di atas kendaraannya. Beliau menghadap ke mana saja unta itu menghadap." Tentang hal itu beliau bersabda: "Allah telah berfirman: " Fa ainama tuwallu fatsamma wajhullah " (Al Baqarah: 115)
658. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Aku pernah melihat Rasulullah saw. solat di atas himar (keldai). Dan ketika itu beliau sedang menuju Khaibar."
659. Dari Sa'id bin Yasar r.a., katanya: "Aku berjalan bersama-sama Ibnu 'Umar dalam suatu perjalanan ke Makkah Ketika hari hampir Subuh, aku turun dari kendaraan ku lalu aku solat witir. Sesudah itu ku susul dia. Ibnu 'Umar bertanya kepada ku, "Ke mana saja anda?" Jawab ku, "Hari hampir Subuh, kerana itu aku
turun lalu solat witir." Kata 'Abdullah, "Bukankah Rasulullah itu ikutan anda?" Jawab ku, "Ya, betul!" Katanya, Rasulullah saw. solat witir di atas unta."
660. Dari Salim bin' Abdullah r.a., dari bapanya, katanya: "Rasulullah saw. solat sunat (nafilah) dan witir di atas kendaraan, dan beliau menghadap ke mana saja kendaraan itu menghadap. Tetapi beliau tidak pernah solat wajib di atas kenderaan."
661. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. bergegas dalam perjalanan, beliau jama' (himpun) solat Maghrib dengan 'Isya."
662. Dari Nafi' r.a., katanya: "Bahwasanya Ibnu Umar, bila dia tergesa-gesa dalam perjalanan, maka dijama'kannya solat Maghrib dengan solat Isya' setelah hilang mega merah. Katanya, "Bahwasanya Rasulullah saw. pernah menjama' Maghrib dengan Isya', ketika beliau tergesa-gesa dalam perjalanan. "
663. Dari Salim bin 'Abdullah r.a., bahwasanya bapanya berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. tergesa-gesa dalam suatu perjalanan, beliau mengundurkan solat Maghrib dan menjama'nya dengan solat Isya'."
664. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Bila Rasulullah saw. berangkat memulai suatu perjalanan sebelum matahari gelincir, beliau undurkan solat Zhuhur hingga 'Ashar kemudian beliau jama' keduanya. Bila matahari telah gelincir sebelum beliau berangkat, beliau solat Zhuhur lebih dahulu, sesudah itu baru berangkat."
665. Dari Anas r.a., dari Nabi saw. katanya: "Apabila beliau tergesa dalam suatu perjalanan, maka diundurkannya solat Zhuhur ke waktu 'Ashar, kemudian dijama'nya keduanya. Dan diundurkannya solat Maghrib ke waktu 'Isya, kemudian dijama'nya keduanya ketika telah hilang mega merah."
666. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. pemah menjama' solat Zhuhur dan 'Ashar, Maghrib dan Isya' tidak ketika takut dan tidak pula dalam perjalanan."
667. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah menjama' solat Zhuhur dan 'Ashar di Madinah, tidak pada waktu takut (perang atau dalam keadaan bahaya) dan tidak pula dalam perjalanan. Kata Abu
Zubair, dia menanyakan hal itu kepada Sa'id, katanya: "Kenapa Rasulullah saw. sampai berbuat demikian?". Jawab Sa'id, "Aku pun pernah bertanya seperti itu kepada Ibnu 'Abbas, maka jawa Ibnu 'Abbas: "Beliau ingin untuk tidak menyulitkan umatnya."
668. Dari ibnu Abbas r.a., katanya: Dalam suatu perjalanan yang dilakukan Rasulullah saw. dalam peperangan Tabuk, Rasulullah saw. menjama' solat-solat Zhuhur, 'Ashar, Maghrib dan 'Isya. Kata Sa'id, dia pernah menanyakan hal itu kepada Ibnu 'Abbas, apa sebab Nabi saw. melakukan demikian. Jawab Ibnu 'Abbas, "Beliau ingin untuk tidak menyulitkan umatnya."
669. Dan Mu'adz bin Jabal r.a., katanya: "Ketika terjadi perang Tabuk, Rasulullah saw. menjama' solat Zhuhur dengan 'Ashar, dan solat Maghrib dengan solat 'Isya. Lalu kutanyakan kenapa beliau melakukan demikian. Jawabnya, kerana beliau tidak ingin menyulitkan umatnya."
670. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. berada di Madinah, beliau pernah menjama' solat Zhuhur dengan 'Ashar, dan solat Maghrib dengan Isya', tidak pada saat perang dan tidak pula ketika hujan. Wakil bertanya kepada Ibnu 'Abbas, "Apa sebabnya Nabi saw. berbuat demikian?" Jawab Ibnu 'Abbas, "Supaya tidak menyulitkan umatnya."
671. Dari 'Abdullah bin Syaqjq r.a., katanya: "Pada suatu hari sesudah 'Ashar, Ibnu 'Abbas memberikan pengajian di hadapan kami hingga terbenam matahari dan bintang-bintang sudah terbit. Lalu jamaah berteriak, "Solat! Solat!" Bahkan seorang lelaki Bani Tamim langsung berdiri ke hadapan Ibnu 'Abbas, beliau berkata, "Solat! Solat" Kata Ibnu 'Abbas, "Apakah engkau hendak mengajari ku tentang Sunnah Nabi, yang
engkau belum tahu? Aku melihat Rasulullah saw. menjama' solat Zhuhur dan 'Ashar, dan Maghrib dengan Isya'." Kata Abdullah bin Syaqiq, "Aku ragu kebenaran ucapan Ibnu 'Abbas itu. Kerana itu aku bertanya kepada Abu Hurairah. Ternyata Abu Hurairah membenarkan ucapan Ibnu 'Abbas itu."672. Dari As Suddi r.a., dia bertanya kepada Anas r.a., katanya: "Ke mana seharusnya aku berpaling sesudah solat?" Jawab Anas, "Kalau aku ke kanan; kerana kulihat Rasulullah saw. selalu berpaling ke kanan sesudah solat."
673. Dari Al Barra' r.a., katanya : "Apabila kami solat di belakang Rasulullah saw., kami lebih suka berada di sebelah kanan beliau, kerana sesudah solat beliau menghadapkan mukanya kepada kami (ke kanan). Bahkan aku pernah mendengar beliau membaca doa: 'Rabbi qini 'adzalku Yawrifil tab'atsu aw tajrna'u 'ibadalea. 674. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Apabila solat telah diqamatkan, maka tidak ada lagi solat sesudah itu melainkan solat wajib."
675. Dari Ibnu Buhainah r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika solat Subuh telah diqamatkan, Rasullullah saw. melihat seseorang lelaki mengerjakan solat sunat. Maka bersabda Rasulullah saw. kepadanya, "Apakah anda solat Subuh empat rakaat?"
676. Dari Abu Usaid r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila kamu masuk masjid, maka ucapkanlah: 'Allahummahftah li abwaba ralunatika'.Dan bila keluar, ucapkan: "Allahumma ini asaluka min fadhlika."
677. Dari Abu Qatadah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu masuk masjid solatlah lebih dahulu dua raka'at sebelum kamu duduk."
678. Dari Abu Qatadah r.a., iaitu sahabat Rasulullah saw., katanya: "Pada suatu ketika, aku masuk masjid ketika Rasulullah sedang memberikan pengajian kepada orang ramai. Lalu aku langsung saja duduk di antara mereka". Maka bersabda Rasulullah saw., "Apa yang menghalangi anda untuk solat dua rakaat sebelum anda duduk?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Kerana kulihat anda sama-sama duduk bersama orang banyak. Sabda beliau, "Apabila masing-masing kamu masuk masjid, maka jangan duduk sebelum solat lebih dahulu dua raka'at."
679. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Aku pergi berperang bersama-sama Rasulullah saw. Ketika
pulang, aku terlambat kerana untaku letih. Rasulullah saw. tiba lebih dahulu daripada ku, sedangkan aku tiba esok pagi. Aku langsung menuju masjid, dan ku dapati beliau sedang berada di pintu masjid. Beliau bertanya, "Apakah anda baru tiba!" Jawab ku, "Ya." Sabda beliau, "Tinggalkan untamu, masuk ke masjid, lalu solatlah dua rakaat!" Kata Jabir, "Aku masuk ke masjid, lalu solat dua rakaat, sesudah itu baru aku pulang rumahku."
680. Dari Ka'ab bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. biasa tiba dari perjalanannya, siang hari waktu dhuha. Apabila beliau tiba, mula-mula beliau pergi ke masjid, lalu solat di situ dua rakaat, dan sesudah itu beliau duduk-duduk berehat di dalam."
681. Dari 'Abdullah bin Syaqiq r.a., katanya: "Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah r.a, "Adakah Nabi saw. mengerjakan solat sunat Dhuha?" Jawab 'Aisyah, "Tidak! Beliau mengerjakan solat sunat (ketika Dhuha) kerana baru tiba dari perjalanan jauh."682. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku tidak pernah melihat Nabi saw. solat sunat Dhuha, sekali-kali tidak! Tetapi aku sentiasa mengerjakannya, sekalipun beliau tidak. Sesungguhnya beliau menyukai amal
tersebut, tetapi beliau khuatir umat sentiasa mengamalkannya, lalu dianggap wajib."683. Dari Mu'adzah r.a., dia bertanya kepada 'Aisyah r.a., katanya: "Berapa raka'at Rasulullah saw. solat dhuha?" Jawab 'Aisyah, "Empat raka'at, dan sesudah itu beliau tambah berapa disanggupinya."684. Dari Ummu Hani r.a., katanya: "Pada hari penaklukan Makkah, Nabi saw. masuk ke rumahnya lalu dia solat lapan rakaat, yang belum pernah dilihatnya beliau solat sependek itu, tetapi cukup sempurna ruku' dan sujudnya." 685. Dari 'Abdullah bin Harits bin Naufal r.a., katanya dia mencari-cari orang yang dapat mengajarkan kepadanya tentang solat Dhuha Rasulullah saw. Tetapi tiada yang ditemukannya selain Ummu Hani bin Abu Thalib. Katanya: "Dia mengabarkan kepada ku, bahwa Rasulullah saw. datang ke rumahnya setelah hari agak tinggi pada hari penaklukan Makkah, lalu dia minta sehelai kain untuk menutup tempatnya mandi. Setelah mandi, beliau solat lapan raka'at, yang aku tidak tahu manakah di antaranya yang lama, berdirinya, rukuknya, ataupun sujudnya, kerana semuanya hampir sama saja lamanya. Kata Ummu Hani', "Aku belum pernah melihat beliau mengerjakan solat seperti itu sebelum dan sesudahnya."
686. Dari Ummu Hani' r.a., katanya: "Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah solat lapan raka'at di rumahnya pada tahun penaklukan Mekah, dengan berselimut sehelai kain."
687. Dari Abu Dzar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar Ma'ruf sedekah, nahi mungkar sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua raka'at solat Dhuha." 688. Dari Abu Hurairah r .a., katanya: "Sahabatku (iaitu Rasulullah saw.) berwasiat kepada ku tiga perkara: (a) puasa tiga hari setiap bulan. (b) solat dhuha dua raka'at. (c) solat witir sebelum tidur."
689. Dari Abu Darda' r.a., katanya : "Sahabatku yang tercinta (Rasulullah saw.) mewasiatkan kepada ku tiga macam amal yang tidak pernah kUtinggalkan selama hidupku: (a) Puasa tiga hari setiap bulan. (b) Solat Dhuha. (c) Solat witir sebelum tidur."
690. Dari Ibnu 'Umar r.a., Hafshah Ummul Mukminin mengabarkan kepadanya, bahwa apabila muadzin telah selesai azan Subuh. Rasulullah saw. solat lebih dahulu dua raka'at sebelum qamat.
691. Dari Hafshah r.a., katanya: "Apabila fajar telah terbit, biasanya Rasulullah saw. tidak mengerjakan solat yang lain-lain, kecuali solat pendek dua raka'at (iaitu sunat fajar)."
692. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila telah terdengar azan Subuh, biasanya Rasulullah saw. solat ringkas dua raka'at (iaitu sunat fajar)."
693. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Biasanya Nabi saw. sentiasa mengerjakan solat ringkas dua raka'at antara azan dan qamat Subuh."
694. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. sentiasa mengerjakan solat sunat fajar dua raka'at dengan ringkas, sehingga aku berucap, adakah beliau membaca surat Al-Fatihah? "
695. Dari 'Aisyah r.a., katanya:"Di antara segala solat sunat, yang sangat dijaga oleh Rasulullah saw. ialah solat sunat dua raka'at sebelum Subuh."
696. Dari 'Aisyah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Dua raka'at sunat fajar lebih baik dari dunia dan seluruh isinya."697. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Biasanya dalam dua raka'at sunat Fajar, pada raka'at pertama Rasulullah saw. membaca: "Qui ya ayyuhal kafirun." (Surat Al Kafirun), dan pada rakaat kedua, "Qul huwallahu ahad. " (Surat Al Ikhlash)."
698. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Biasanya dalam raka'at pertama sunat fajar, Rasulullah saw. membaca ayat: "Qulu amanna billahi wa ma unzila ilaina "(Al Baqarah: 136) pada raka'at kedua, ayat: "Amanna billahi wasyhad bianna musmun." (Al Maidah : 111)
699. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Dalam raka'at pertama sunat fajar, Rasulullah saw. pernah membaca ayat : "Qulu amanna billahi wa ma unzila ilaina (Al Baqarah: 136) dan pada raka'at kedua, ayat: ta'alau ila kalimatin sawain bainana wa bainakum "(Al 'Imran : 64)700. Dari Ummu Habibah r .a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mengerjakan solat (sunat rawatib) dua belas raka'at sehari semalam, dibuatkan Allah baginya rumah di syurga. Kata Ummu Habibah, "Semenjak aku mendengar hadis itu diucapkan Rasulullah saw. aku tidak pernah meninggalkannya."
701. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Aku pernah solat (sunat rawatib) bersama-sama Rasulullah saw., dua raka'at sebelum Zhuhur, dan dua raka'at sesudahnya. Dua raka'at sesudah Maghrib, dua raka'at sesudah Isya, dan dua raka'at sesudah Jum'at. Adapun pada Maghrib, Isya' dan Jum'at, aku solat bersama-sama dengan beliau di rumahnya."
702. Dari 'Abdullah bin Syaqiq r.a. katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a., tentang solat sunat
rawatib yang pernah dikerjakan Rasulullah saw. Katanya, "Beliau solat di rumahku empat raka'at sebelum Zhuhur, kemudian beliau pergi ke masjid mengimami solat orang ramai. Sesudah itu beliau pulang, lalu solat pula di rumahku dua raka'at. Kemudian beliau pergi mengimami solat , Maghrib orang ramai, sesudah itu beliau pulang, lalu solat di rumah dua raka'at. Kemudian beliau pergi mengimami solat Isya'. Sesudah itu beliau pulang, lalu solat di rumah dua raka'at. Dan biasanya beliau sentiasa solat tengah malam sembilan raka'at, termasuk di dalamnya sunat witir. Kadang-kadang beliau solat sepanjang malam dengan berdiri dan kadang-kadang duduk. Apabila beliau membaca sambil berdiri, maka dia ruku' dan sujud sambil berdiri pula. Apabila beliau membaca sambil duduk, maka dia ruku' dan sujud sambil duduk pula. Dan kalau fajar sudah terbit, beliau solat pula dua raka'at (sunat fajar)."
703. Dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Uqaily r.a., katanya mereka bertanya kepada Aisyah r.a. tentang solat (sunat malam) Rasulullah saw. Jawab 'Aisyah r.a., "Kadang-kadang beliau solat berdiri dan kadang-kadang duduk. Apabila beliau memulai solat dengan berdiri maka beliau ruku' sambil berdiri pula. Dan apabila beliau memulai solat sambil duduk, maka beliau ruku' sambil duduk pula."704. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah solat (sunat malam) sambil
duduk. Kerana itu beliau juga membaca sambil duduk. Kemudian, ketika bacaannya tinggal kira-kira tiga puluh atau empat puluh ayat, beliau berdiri sehingga bacaannya habis. Sesudah itu beliau ruku', lalu sujud, dan setelah itu raka'at kedua beliau kerjakan seperti
itu pula."
705. Dari 'Abdullah bin Syaqiq r.a., bahwasanya dia bertanya kepada 'Aisyah r.a., katanya: "Adakah Nabi saw. solat sambil duduk?" Jawab 'Aisyah, "Ada! Iaitu di hari-hari tua beliau."
706. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. sudah tua, dan badannya sudah terasa lemah, beliau solat kebanyakan sambil duduk."707. Dari Hafshah r.a., katanya: "Aku tidak pernah melihat Nabi saw. solat sunat sambil duduk, melainkan kira-kira setahun sebelum beliau meninggal. Ketika itu beliau solat sunat sambil duduk dan membaca surat dengan tartil (bagus) sehingga bacaannya itu menjadi lebih lama."
708. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Dikhabarkan orang kepada ku bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Solat sambil duduk, pahalanya seperdua solat berdiri." Tidak berapa lama sesudah itu aku mendatangi beliau, dan ku dapati beliau sedang solat sambil duduk lalu kuletakkan tangan ku di kepala beliau. Beliau bertanya, "Apa maksudmu hai 'Abdullah bin 'Umar?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Ada orang mengabarkan kepada ku, bahwa anda pernah bersabda: Solat sambil duduk pahalanya, seperdua solat berdiri. Tetapi kenapa anda solat sambil duduk?". Jawab beliau, "Aku tidak seperti kalian."
709 Dari 'Aisyah r.a.. katanya: "Rasulullah saw. solat malam sebelas raka'at, termasuk di antaranya witir satu raka'at. Apabila beliau telah selesai solat, beliau berbaring ke rusuknya yang kanan, hingga datang tukang adzan. Lalu beliau solat dua raka'at dengan ringkas."
710. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah solat, malam tiga belas raka'at, termasuk di dalamnya lima raka'at solat witir, di mana beliau tidak duduk melainkan pada raka'at yang akhir."
711. Dari 'Urwah r.a., katanya 'Aisyah r.a. mengabarkan kepadanya bahwa Rasulullah saw. solat malam tiga belas raka'at, termasuk di dalamnya dua raka'at sunat fajar." 712, Dari Abu Salamah bin 'Abdur Rahman r.a., dia bertanya kepada 'Aisyah r.a., katanya: "Bagaimana caranya Nabi saw. solat dalam (malam) bulan Ramadhan?" Jawab 'Aisyah, "Beliau solat tidak lebih dari sebelas raka'at, baik dalam bulan Ramadhan maupun lainnya. Mula-mula beliau solat empat raka'at. Jangan tanya, alangkah bagus dan lamanya. Kemudian empat raka'at lagi, jangan tanya pula tentang bagus dan lamanya. Kemudian solat witir tiga raka'at." Kata 'Aisyah, dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw., apakah beliau tidur lebih dahulu sebelum witir. Jawab beliau, "Wahai, 'Aisyah! Kedua mata ku memang kelihatan tidur, tetapi hatiku tidak."
713. Dari Abu Salamah r.a., katanya dia bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang solat malam Rasulullah
saw. Jawab 'Aisyah, "Beliau pernah solat tiga belas raka'at. Mula-mula beliau solat lapan raka'at, kemudian solat witir, kemudian solat lagi dua raka'at sambil duduk. Ketika beliau hendak ruku' beliau berdiri lebih dahulu, setelah itu baru beliau ruku'. Kemudian beliau solat pula dua raka'at (sunat fajar), iaitu antara 5 azan dan qamat solat Subuh."
714. Dari Qasim bin Muhammad, katanya dia pernah mendengar 'Aisyah r.a. berkata: "Biasanya Rasulullah saw. solat malam sepuluh raka'at. Kemudian beliau witir satu raka'at. Sesudah itu solat sunat fajar dua raka'at. Jadi jumlahnya tiga belas raka'at."
715. Dari Abu Ishaq, katanya dia pernah bertanya kepada Aswad bin Yazid, tentang berita yang didengarnya dari 'Aisyah mengenai solat malam Rasulullah saw. Kata 'Aisyah, "Beliau tidur pada awal malam dan bangun pada akhirnya. Jika dia butuh kepada isterinya, maka dilaksanakannya hajatnya itu, sesudah itu dia tidur. Ketika azan pertama terdengar, beliau bangun, lalu bersiram. Demi Allah! Walaupun 'Aisyah tidak mengatakan beliau numdi, tetapi aku tahu maksudnya. Jika beliau tidak junub, maka dikatakannya, beliau wudhuk seperti wudhuk solat kemudian beliau solat dua raka'at (iaitu sunat fajar)."
716. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. sentiasa solat malam, dan selalu mengakhiri solatnya itu dengan solat witir."
717. Dari Masruq r.a., katanya dia bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang amal ibadat Rasulullah saw. Jawab 'Aisyah, "Beliau menyukai amal itu terus menerus." Tanya ku, "Bila beliau solat malam?" Jawabnya, "Kalau ayam sudah berkokok, beliau bangun lalu solat."
718. Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. pernah solat malam, sedang dia 'Aisyah tidur melintang di hadapan beliau. Ketika beliau hendak solat witir, dibangunkannya 'Aisyah, lalu dia solat witir pula."719. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. sentiasa solat witir setiap malam, dan witirnya selesai pada akhir malam."
720. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. luput solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka beliau menggantinya siang hari dua belas raka'at."
721. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw," mengerjakan suatu amal ibadat, biasanya beliau menetapinya. Pernah bila beliau tertidur atau sakit untuk solat malam, maka beliau ganti siang hari dua belas raka'at. Kata 'Aisyah, "Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw. solat sepanjang malam hingga Subuh. Dan beliau tidak pernah puasa sebulan penuh secara berturut-turut, kecuali bulan Ramadhan."
722. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw. tentang solat malam. Jawab Rasulullah saw., "Solat malam itu dua-dua raka'at. Apabila kamu takut Subuh segera datang, solatlah satu raka'at untuk witir (mengganjilkan) jumlah solat yang telah kamu kerjakan."
723. Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Buatlah akhir solat malammu dengan bilangan ganjil."
724. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Solat witir (solat ganjil) itu satu raka'at pada akhir malam."
725. Dari Ibnu 'Umar r.a., seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw. dalam masjid, katanya: "Ya, Rasulullah! Bagaimana caranya witir (mengganjilkan) solat malam?" Jawab Rasulullah saw., siapa yang solat malam, maka hendaklah dikerjakannya dua-dua raka'at. Apabila dia merasa Subuh segera tiba, maka hendaklah dia solat satu raka'at untuk witir (mengganjilkan) jumlah raka'at yang telah dikerjakannya."
726. Rasulullah saw. bersabda: "Solat Malam itu dua-dua raka'at. "Apabila engkau merasa Subuh segera akan tiba, maka witirlah (tutuplah) dengan satu raka'at. Lalu ada yang bertanya, "Apa ertinya dua-dua?" Jawab Ibnu 'Umar, "Iaitu, memberi salam."
727. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Witirlah kamu sebelum Subuh."
728. Dari Jabir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang takut tidak terbangun di akhir
malam, maka solat witirlah di awalnya. Tetapi siapa yang penuh harapannya akan terbangun tengah malam, sebaiknyalah dia witir di akhir malam, kerana solat di akhir malam itu disaksikan para malaikat, dan itulah yang lebih baik."729. Dari Jabir r.a., katanya Rasulullah saw. ditanya orang. Tanyanya: "Solat (malam) yang bagaimanakah yang lebih baik?" Jawab Rasulullah saw., "Yang lama berdirinya. "
730. Dari Jabir r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya tengah malam terdapat suatu saat, apabila seorang muslim memohon kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat pada saat itu, nescaya Allah memperkenankannya. Begitulah halnya setiap malam."
731. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah Tabaralqi wa Ta'ala turun setiap malam ke langit dunia, iaitu kira-kira sepertiga malam yang akhir. Dia berfirman, "Siapa yang memohon ke
padaKu, Aku perkenankan dan siapa yang meminta kepadaKu, Aku beri dan siapa yang Mohon ampun kepadaKu, Aku ampuni dia."
732. Dari Abu Hurairah r.a., katanya RasuluUah saw. bersabda.: "Allah turun ke langit dunia setiap malam, iaitu ketika telah lewat sepertiga malam pertama. Lalu Allah berfirman: "Akulah Tuhan! Akulah Tuhan! Siapa yang memohon kepada Ku, Ku perkenankan permohonannya.
Siapa yang meminta kepadaKu, Kuberi dia. Dan siapa yang mohon ampun kepada Ku, Ku ampuni dia. Begitulah seterusnya hingga terbit fajar."
Dostları ilə paylaş: |