Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə17/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   13   14   15   16   17   18   19   20   ...   107

785. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Mula-mula Jibril mengajarkan (membaca Qur'an) kepada ku satu macam bacaan (qiraat) saja. Lalu aku sentiasa minta diulangkannya kepada ku (sampai aku mudah membacanya). Maka Jibril mengulang-ulangnya sehingga akhirnya bacaan itu menjadi tujUh macam."

786. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Bahwasanya Rasulullah saw. melarang solat sesudah solat 'Ashar hingga matahari terbenam, dan sesudah solat Subuh hingga matahari terbit. "

787. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak boleh solat sesudah 'Ashar hingga terbenam matahari, dan tidak boleh pula sesudah solat Subuh hingga terbit matahari."

788. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu menunggu-nunggu waktu (solat), kerana sengaja hendak solat tepat pada waktu matahari terbit, dan jangan pula pada waktu matahari terbenam."

789. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila pinggir matahari telah mulai nampak; maka undurkanlah solat sampai matahari itu dapat meninggi dari tepi langit. Dan bila pinggir matahari itu telah mulai hilang, maka undurkanlah solat sampai dia hilang sama sekali."790. Dari Abu Bashrah Al Ghifari r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. mengimami kami solat 'Ashar di Mukhammash. Maka bersabda beliau, "Sesungguhnya solat 'Ashar itu pernah juga diwajibkan kepada orang-orang yang sebelum kamu tetapi mereka sia. Kerana itu siapa yang memelihara solat ini. Wa mendapat pahala ganda. Dan tidak boleh solat sesudahnya, hingga terbit bintang."

791. Dari 'Uqbah bin 'Amir Al Jubani r.a.. katanya: "Ada tiga macam waktu, di mana Rasulullah saw. melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, saat matahari terbit hingga dia aplt meninggi. Kedua, saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah had tepat) hingga dia telah condong ke Barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali."

792. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah mengimami kami solat takut. Mula-mula satu rombongan (pasukan) mengikut beliau solat satu raka'at, sedang rombongan yang lain berjaga-jaga menghadapi musuh. Setelah selesai satu raka'at, rombongan pertama pergi berjaga-jaga menggantikan rombongan kedua, sedang rombongan kedua solat

bersama Rasulullah saw: Kemudian, setelah Rasulullah saw. selesai solat, masing-masing rombongan menyempurnakan solat mereka satu raka'at lagi."

793. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah mengimami solat takut beberapa bulan. Mula-mula beliau solat satu raka'at dengan satu pasukan, sedangkan pasukan yang lain berjaga-jaga menghadapi musuh. Setelah satu raka'at, rombongan pertama berjaga-jaga, dan rombongan kedua solat mengikuti Rasulullah saw. satu raka'at. Sesudah itu masing-masing rombongan mencukupkan solat mereka satu raka'at lagi. Kata Ibnu 'Umar, "Apabila perang telah berkecamuk, maka beliau solat di atas kendaraan atau sambil berdiri. Sedangkan ruku', sujud dan sebagainya dilakukan dengan isyarat (kepala atau mata)."

794. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Aku pernah ikut beserta Rasulullah saw. solat takut. Kami berbaris dua baris di belakang Rasulullah saw., sedangkan musuh berada antara kami dengan kiblat (di hadapan). Mula-mula Nabi saw. takbir, lalu kami semua takbir pula. Kemudian beliau ruku', lalu kami ruku' pula semuanya. Sesudah itu beliau i'tidal (bangkit) dari ruku', maka kami bangkit pula semuanya. Sesudah itu beliau turun untuk sujud bersama-sama dengan shaf pertama, sedangkan shaf kedua tetap berdiri untuk berjaga-jaga Ketika Nabi saw. bersama shaf pertama telah selesai sujud dan telah berdiri, barulah shaf kedua turun untuk sujud, dan mereka terus bangun kembali. Sesudah itu shaf kedua maju ke depan, sedangkan shaf pertama mundur (tukar tempat). Kemudian Nabi saw. ruku' dan kami ruku' pula semuanya. Kemudian beliau bangkit dari ruku', lalu kami bangkit pula semuanya. Kemudian beliau turun untuk sujud, diikuti oleh shaf yang di belakang beliau. Sedangkan shaf yang sesudah itu (tadinya shaf pertama) tetap berdiri untuk berjaga-jaga terhadap musuh. Ketika Nabi saw. dan shaf

yang dibelakangnya telah selesai sujud, barulah shaf yang kedua turun untuk sujud. Kemudian Nabi saw. memberi salam, dan kami memberi salam pula semuanya."

795. Dari Jabir r.a., katanya dia pernah solat takut bersama Nabi saw. Mula-mula beliau solat dengan salah satu dari dua pasukan dua raka'at. Kemudian beliau solat pula dengan pasukan yang lain dua raka'at pula. Kerana itu Nabi saw. solat empat raka'at, di mana beliau solat dengan masing-masing pasukan dua rakaat."

796. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu hendak solat Jum'at, maka mandilah lebih dahulu."

797. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., dari bapanya, katanya : "Ketika Omar bin Khathtbab sedang berkhutbah di hadapan jama'ah pada bari Jum'at, masuk seorang lelaki sahabat Rasulullah saw., lalu dia di panggil oleh 'Umar, katanya: "Sudah jam berapakah ini?" Orang itu menjawab, "Aku sangat sibuk hari ini. Aku tidak sempat pulang, sehingga ketika kedengaran azan, tidak ada yang dapat kulakukan selain wudhuk." Kata

'Umar, "Wudhuk juga perlu. Tetapi bukankah anda tahu bahwasanya Rasulullah saw. memerintahkan pula supaya mandi?"

798. Dari Abu Sa'id AI Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Mandi hari Jum'at wajib atas setiap orang (muslim) yang telah dewasa."799. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ada orang-orang yang bergiliran datang ke Jum'at dari rumah-rumah mereka di pegunungan. Mereka datang pakai mantel penuh debu, sehingga mereka berbau (kurang sedap). Beberapa orang di antara mereka mendatangi Rasulullah saw., yang ketika itu beliau berada di dekatku. Rasulullah bersabda kepada mereka. "Alangkah baiknya kalau pada hari ini anda mandi yang bersih."

800. Dari 'Abdurrahman bin Abu Sa'id Al Khudri r,a., dari bapanya, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Mandi hari Jum'at wajib atas tiap-tiap orang (mus1im) yang telah dewasa. Begitu pula menggosok gigi berharum-haruman sekadar yang dapat ia lakukan."

801. Dan Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Adalah suatu (kewajiban) bagi setiap orang muslim terhadap Allah, mandi sekali seminggu, iaitu mencuci kepala dan seluruh tubuhnya."

802. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mandi seperti mandi janabah pada hari Jum'at, kemudian dia pergi ke masjid pada kesempatan pertama, maka pahalanya seperti pahala berkurban seekor unta. Siapa yang pergi ke masjid pada kesempatan kedua, maka pahalanya seperti berkurban seekor sapi. Dan siapa yang pergi ke masjid pada kesempatan ketiga, maka pahalanya seperti berkurban seekor kambing. Dan siapa yang pergi ke masjid pada kesempatan keempat, maka pahalanya seperti berkurban seekor ayam. Dan siapa yang tiba di masjid pada kesempatan kefuqa, maka pahalanya seperti berkurban sebuah telur. Apabila imam telah keluar, para malaikat hadir mendengarkan khutbah, (dan tidak ada lagi mencatat siapa yang datang mulai saat itu).

803. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw., bersabda: "Bila engkau berkata kepada sahabatmu : Diam!" padahal imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya percuma sajalah Jum'at kamu."804. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya pada hari Jumaat itu ada suatu saat, apabila seseorang muslim memohon kebajikan kepada Allah pada saat itu, nescaya Allah akan mengabulkan permohonannya itu. Dan saat itu hanya sebentar."

805. Dari Abu Burdah bin Abu Musa Al Asy'ari r.a., katanya: "Abdullah bin 'Umar pernah bertanya kepada ku: Pernahkah anda mendengar bapa anda menyampaikan hadis Rasulullah saw. tentang suatu saat (yang makbul) di hari Jum'at?" Jawab ku, "Ya, aku pernah dengar beliau mengatakan bahwa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Saat itu ialah di antara imam duduk hingga selesai solat (Jum'at)."

806. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sebaik-baiknya hari ialah hari Jum'at,

kerana pada hari itu Adam dijadikan. Pada hari itu dia masuk syurga, pada hari itu pula dia keluar daripadanya, dan tidak terjadi kiamat melainkan pada hari Jum'at."807. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Kita (umat Muhammad), adalah yang terakhir (datang ke dunia), tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu dari kita, sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu, yang Allah telah tunjukkan kepada kita, iaitu hari Jum'at. Maka hari ini (Jum'at) adalah untuk kita. Esok (Sabtu) untuk kaum Yahudi, dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani."

808. Dari Hudzaifah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah swt. menyesatkan orang-orang yang sebelum kita tentang hari berkumpul (Jum'at, atauhari besar). Bagi orang Yahudi jatuhnya pada hari Sabtu, dan bagi orang Nasrani jatuhnya pada hari Ahad. Lalu Allah tunjuki kita, iaitu pada hari Jum'at. Kerana

itu terjadilah beturut-turut tiga hari berkumpul (hari besar), iaitu Jum'at, Sabtu dan Ahad. Hari kiamat kelak, mereka pun mengikuti kita juga. Kita yang terakhir ke dunia, tetapi kita yang lebih dahulu diadili sebelum umat-umat yang lain-lain."

809. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila hari Jum'at telah tiba, para malaikat berdiri di setiap pintu masjid, mencatat orang yang pertama-tama datang dan seterusnya. Apabila imam telah datang (naik mimbar), mereka tutup buku mereka dan sesudah itu mereka pergi mendengarkan khutbah. Perumpamaan orang yang datang pertama-tama, ialah seperti orang yang bersedekah unta. Kemudian, orang yang datang sesudah itu seperti orang yang bersedekah lembu. Kemudian seperti orang yang bersedekah kibisy (kambing). Kemudian seperti orang yang bersedekah ayam, dan kemudian seperti orang yang bersedekah telur."

810. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Siapa yang mandi hari Jum'at, kemudian dia datang ke masjid, lau dia solat (sunat) sebanyak yang dapat dikerjakannya, sesudah itu dia diam hingga imam (khathib) selesai berkhutbah, sesudah itu dia solat bersama-sama dengan imam itu, maka diampuni Allah dosa-dosanya yang terjadi sesudah itu sampai Jum'at yang akan datang, dan ditambah tiga hari."811. Dan Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang berwudhuk dan membaguskan wudhuknya, sesudah itu dia pergi ke Jum'at dan mendengarkan khutbah dengan tenang, maka diampuni Allah dosa-dosanya hingga Jum'at yang akan datang, tambah tiga hari. Dan siapa yang memegang-megang kerikil (walaupun untuk menghitung-hitung zikir yang dibacanya ketika imam berkhutbah) maka percuma sajalah Jum'atnya."

812. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya: "Kami pernah solat (Jum'at) bersama-sama Rasulullah saw. Setelah selesai solat, kami pulang dan mengistirahatkan ternak kami. Kata Hasan, dia bertanya kepada Ja'far, "Kira-kira jam berapa itu?" Jawab Ja'far, "Ketika matahari gelincir."

813. Dari Iyas bin Salamah bin Akwa', dari bapanya, katanya: "Kami solat Jum'at bersama-sama Rasulullah saw. ketika matahari gelincir. Sesudah itu kami pulang, dan kami masih perlu mencari-cari naungan untuk tempat berlindung."

814. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. khutbah Jum'at sambil berdiri. Kemudian sesudah khutbah pertama beliau duduk (sebentar), sesudah itu berdiri pula (pada khutbah kedua), sebagaimana yang engkau perbuat sekarang."

815. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Nabi saw. melakukan khutbah Jum'at dua kali, di mana beliau duduk antara keduanya. Dalam khutbahnya beliau membaca Qur'an, dan memberi pengajaran kepada orang ramai."

816. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Bahwasanya Rasulullah saw. berkhutbah sambil berdiri. Kemudian beliau duduk, sesudah itu berdiri pula, lalu mengucapkan khutbah kedua. Nah, siapa yang mengabarkan kepada mu bahwa beliau berkhutbah sambil duduk, sesungguhnya orang itu dusta. Demi Allah, aku telah solat bersama-sama dengan beliau, lebih dari 2000 kali."

817. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. sedang berdiri mengucapkan khutbah Jum'at. Sekonyong-konyong tiba suatu kafilah dari Syam; maka jama'ah berlarian menyambut kedatangan kafilah itu, sehingga yang tinggal di masjid hanya dua belas orang saja lagi. Kerana itu maka turunlah ayat: "Wa idz,ra-au tijaratan au lahwanin fadhdhu ilaiha wa tarakuka qaima "(Al Jumuah: 11)

818. Dari 'Abdullah bin 'Umar dan Abu Hurairah r.a., keduanya mengabarkan bahwa mereka mendengar dari Rasulullah saw ketika beliau sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: "Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan menghentikan perbuatan mereka itu, ataukah mereka ingin Allah membutakan hati mereka, dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?"

819. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Aku pernah solat Jum'at bersama Rasulullah saw., maka (lama) solat dan khutbah beliau sederhana saja (tidak panjang dan tidak pendek)."

820. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Biasanya, bila Rasulullah saw. berkhutbah, kedua matanya merah (berapi-api), suaranya lantang, dan semangatnya berkobar tinggi, bagaikan seorang panglima perang sedang memberi komando kepada bala tenteranya. Sabda beliau antara lain, "Waspadalah selalu, pagi dan

petang. Masa kebangkitanku dah hari kiamat seperti ini lalu beliau perlihatkan telunjuk dan jari tengahnya

(maksudnya sangat dekat). "Sesungguhnya sebaik-baik pengajaran ialah Kitabullah, dan sebaik-baik pemimpin ialah kepemimpinan Muhammad saw. Dan sejahat-jahat perbuatan ialah yang diada-adakan; sedangkan tiap-tiap yang diada-adakan itu adalah sesat. Agamaku lebih utama bagi setiap orang mukmin daripada dirinya sendiri. Kerana itu bila seorang mukmin mati meninggalkan harta, maka harta itu untuk keluarganya. Tetapi jika dia meninggalkan hutang atau keluarga yang terlantar, maka hal itu adalah tanggungjawab ku."

821. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Dhimad pernah datang ke Makkah. Dia berasal dari Azdi Syanu-ah, dan dia pandai mantera mengubati orang gila. Maka pada suatu hari dia mendengar orang-orang bodoh penduduk Makkah mengatakan bahwa Muhammad itu gila. Kata Dhimad, "Andai kata orang ini berhadapan dengan ku, mudah-mudahan Allah menyembuhkannya dengan manteraku. Kerana itu dia menemui Nabi Muhammad saw. lalu katanya kepada beliau: "Aku akan memanterai engkau dari penyakitmu ini. Sesungguhnya Allah menyembuhkan siapa yang dikehendakiNya dengan manteraku, maukah engkau?" Jawab Rasulullah saw.: "Innal hamda lilklhi, nahmaduhu wa nast'inuhu, manyahdihillizhu fakl mudhilla klhu. waman yudhlil fakl hadiya lahu. Wa asyhadu anui iklhO. ;

illal.lizhu wahdahu kl syarikizlohu wa anna Muhamntodan 'abduhu wa Ramluhu.' Aroma ba'du. Dhimad berkata, "Ulanglah kembali bagi ku kata-kata anda itu semuanya." Nabi saw. mengulang kata-katanya itu kembali sampai tiga kali. Kata Dhimad, "Aku pernah mendengar kata-kata tukang tenung, kata-kata tukang si, kata-kata tukang sya'ir, tetapi belum pernah mendengar kata-kata seperti yang anda ucapkan itu. Aku juga pernah mengarungi lautan. Berikanlah tangan anda kepada ku, aku akan bersumpah setia dengan anda, untuk memeluk agama Islam." Lalu orang itu bersumpah setia dengan Nabi saw. Sabda Rasulullah saw., "Dan untuk kaum anda juga?" Jawab Dhimad, "Ya, untuk kaum ku juga." Tiada berapa lama kemudian, Rasulullah saw. mengirim satu pasukan melewati kampung Dhimad

itu. Lalu komandan pasukan bertanya kepada para perajuritnya, "Adakah kalian mengambil sesuatu dari kampung itu?" Jawab seseorang, "Ada. Saya mengambil ember mereka." Perintah komandan, "Kembalikan! Kaum ini adalah kaumnya Dhimad." Memanjangkan solat, memendekkan khutbah.

822. Dari Abu Wa'il r.a., katanya : Ammar pernah berkhutbah (Jum'at) di hadapan kami, singkat tetapi padat. Ketika dia sudah turun dari mimbar, kami berkata kepadanya, "Hai, Abu Yaqzhan! Khutbah anda singkat dan padat. Alangkah baiknya kalau anda panjangkan sedikit lagi." Jawab 'Ammar, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya siapa yang lama solatnya, pendek khutbahnya, menandakan bahwa orang itu paham tentang agamanya. Kerana itu panjangkanlah solat dan pendekkan khutbah, kerana sebahagian dari khutbah itu adalah sihir (sugesti)."823. Dari Sinti (anak perempuan) Haritsah bin Nu'man r.a., katanya: "Aku menghafal Surah Qaf dari mulut Rasulullah saw. sendiri, yakni ketika beliau membacanya dalam beberapa kali khutbah Jum'at."

824. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu hari, ketika Nabi saw. sedang berkhutbah, tiba-tiba datang seorang lelaki, lalu Nabi saw. bertanya kepadanya, "Apakah anda sudah solat, hai Fulan?" Jawab orang itu, "Belum, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Berdirilah! Solatlah lebih dahulu (dua raka'at)."

825. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Sulaik Al Ghathafani pernah datang ke Jum'at ketika Rasulullah saw. sedang berkhutbah, lalu dia langsung saja duduk. Maka bersabda Rasulullah saw. kepadanya, "Hai, Sulaik! Berdirilah, lalu solatlah lebih dahulu dengan singkat dua raka'at." Kemudian beliau menambahkan, "Apabila kamu datang ke Jum'at, dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah lebih dahulu dengan singkat dua raka'at." 826. Dari Abu Rifa'ah r.a., katanya: "Aku tiba di tempat Rasulullah saw. berada, ketika beliau sedang berkhutbah. Lalu aku berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Aku seorang asing, sengaja datang hendak bertanya kepada anda perihal agama yang aku belum tahu, apakah agama itu?" Rasulullah saw. mendatangi ku dan memutuskan khutbahnya. Ketika beliau telah sampai ke dekatku, diberikan orang sebuah kursi, yang seingatku kakinya terbuat dari besi, untuk tempat duduk beliau. Rasulullah saw. duduk di kursi itu, lalu beliau ajarkan kepada ku perihal agama yang telah diajarkan Allah kepada beliau. Sesudah itu beliau meneruskan khutbahnya hingga selesai."

827. Dari Ibnu Abu Rafi' r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Khalifah Marwan pernah meminta Abu Hurairah supaya menggantikannya di Madinah, sementara Marwan pergi ke Mekah. Maka pada suatu hari Jum'at, Abu Hurairah mengimami kami solat Jum'at. Dia membaca surah Jumu'ah pada raka'at pertama, dan surah Munafiqun pada raka'at kedua. Setelah selesai solat, ku temui Abu Hurairah lalu kukatakan kepadanya: Kedua

surah yang anda baca tadi pernah dibaca oleh Ali bin Abi Thalib ketika dia berada di Kufah. Jawab Abu Hurairah, "Aku pernah mendengar Rasulullah saw. membacanya dalam solat Jum'at."

828. Dari Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Rasulullah saw. biasa membaca dalam solat dua hari raya dan solat Jum'at, Surah Al A'w dan Surah Al Ghasyiyah. Bahkan bila solat 'Id dan solat Jum'at bertemu dalam satu hari, beliau juga membaca kedua surah tersebut dalam kedua solat itu."

829. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. biasa dalam solat Subuh hari Jum'at membaca surat Alif lam mim Tanzil (surat As Sajadah) dan Hal ata 'alai insani hinun minad dahri (surat Al Insan). Dan dalam solat Jum'at beliau membaca surat Jumu'ah dan surat Munafiqun."

830. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu solat Jum'at, maka kerjakanlah sesudah itu solat (sunat) empat raka'at."

831. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Apabila kamu solat (sunat) sesudah Jum'at, solatlah empat raka'at. Kemudian, Amr menambahkan dalam riwayatnya, yang diucapkan oleh Ibnu Idris dan Suhail, katanya, "Jika kamu mempunyai suatu urusan yang menyebabkan kamu tergesa-gesa, maka kerjakanlah dua raka'at di masjid dan dua raka'at lagi di rumah."

832. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., bila dia telah selesai solat Jum'at, maka dia pulang ke rumahnya. Sampai di rumah dia solat dua raka'at. Kemudian dia berkata, "Rasulullah saw. biasa mengerjakannya seperti itu."833. Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya: "Aku pernah menghadiri solat Idulfitri bersama-sama Rasulullah saw., Abu Bakar, 'Umar dan 'Usman, mereka semuanya solat lebih dahulu sebelum khutbah."834. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Aku menyaksikan Rasulullah saw., beliau solat lebih dahulu sebelum berkhutbah hari raya. Kemudian beliau tahu bahwa suara beliau tidak sampai (kedengaran) kepada kaum wanita. Lalu beliau mendatangi mereka, memberi mereka peringatan dan pengajaran, serta menyuruh mereka bersedekah, sedangkan Bilal membentangkan kainnya dan para wanita menyerahkan dndn, kalung dan perhiasan-perhiasan lainnya dengan meletakkannya ke kain Bilal itu."

835. Dari Jabir bin' Abdullah r.a., katanya: "Aku hadir solat 'Id bersama-sama Rasulullah saw. pada hari 'Id. Mula-mula beliau solat sebelum berkhutbah tanpa azan dan iqamah. Beliau berkhutbah sambil berdiri dan berpegangan kepada Bilal. Beliau memerintahkan supaya taqwa kepada Allah dan mendorong supaya mentaati-Nya. Selanjutnya beliau memberi peringatan dan pengajaran kepada mereka. Kemudian beliau berlalu hingga sampai ke tempat kaum wanita. Beliau memberi pengajaran kepada para wanita, memperingatkan dan menyuruh mereka supaya gemar bersedekah. Sabda beliau, "Bersedekahlah anda semua, kerana sesungguhnya kamulah saya lihat yang terbanyak menjadi kayu neraka." Mendengar itu, maka berdiri seorang perempuan di antara para wanita yang banyak dengan wajah merah kehitam-hitaman. Dia bertanya; "Kenapa begitu, ya, Rasulullah?" Jawab Rasulullah, "Kerana kamu banyak mengeluh dan suka membangkang kepada suami." Kerana itu mereka sedekahkan perhiasan mereka, seperti anting-anting dan cincin, yang mereka lemparkan ke kain yang dibentangkan Bilal."

836. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Aku solat 'Id bersama Rasulullah saw. tidak hanya satu atau dua kali semuanya dikerjakan beliau tanpa azan dan iqamat."

837. Dari Ummu 'Athiyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. menyuruh kami pada hari raya Idul Fitri dan

'Idul Adha supaya membawa wanita-wanita muda dan para gadis dan wanita haid sekalipun, supaya keluar kelapangan untuk solat 'Id. Adapun wanita haid mereka tidak ikut solat, tetapi ikut merayakan serta mendo'a bersama-sama kaum muslimin. Katakan kepada Rasulullah saw., "Di antara mereka ada yang tidak punya baju

untuk menghadirinya." Jawab Rasulullah saw., "Suruh pinjam baju saudaranya."

838. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada hari raya 'Idul Adha dan 'Idul Fitri, Rasulullah solat 'Id dua

raka'at, tanpa solat (sunat) sebelum dan sesudahnya."

839. Dari 'Ubaidillah bin 'Abdullah r.a., katanya 'Umar bin Khaththab r.a. pernah bertanya kepada Abu Waqid Al Laitsi tentang bacaan yang dibaca Rasulullah saw. dalam solat 'Idul Adha dan 'Idul Fitri. Jawab Abu

Waqid, "Beliau pernah membaca dalam kedua solat 'Id itu, surat Qaf' dan surat Al Qamar."840. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Anshar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu'ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar, "Kenapa sampai ada suling setan di rumah Rasulullah saw.?" Hari itu adalah hari 'Id. Maka bersabda Rasulullah saw., "Hai, Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya ('Id). Dan hari ini adalah hari raya kita."

841. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu hari di hari Mina ('Idul Adha), Abu Bakar ke rumahku, sedangkan di rumah ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi dan memukul gendang. Dan Rasulullah saw. sedang berselimut dengan kainnya. Lalu Abu Bakar membentak kedua penyanyi itu. Kerana itu Rasulullah menyingkapkan selimutnya sambil berkata: "Biarkanlah mereka, hai Abu Bakar! Bukankah hari ini hari raya?"842. Dari 'Urwah bin Zubair r.a., katanya 'Aisyah r.a. bercerita kepadanya: "Demi Allah! Aku melihat Rasulullah saw. berdiri di pintu kamar ku, ketika orang-orang Habsyi bermain tombak di masjid Rasulullah saw. Beliau menutupi ku dengan bajunya supaya aku dapat melihat permainan mereka. Kemudian beliau pergi kerana aku sendiri yang mahu pergi. Kira-kirakanlah! Berapa lamanya seorang gadis remaja merasa bosan terhadap suatu permainan." 843. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. masuk ke rumah ku, dan ketika itu dua gadis sedang menyanyikan nyanyian perang Bu'ats dalam rumah. Lalu beliau berbaring di tilam dengan memalingkan mukanya. Tiba-tiba Abu Bakar masuk, lalu dia membentak ku sambil berkata: "Sejak kapan ada seruling setan di rumah Rasulullah saw.?" Mendengar itu Rasulullah saw. mendatangi Abu Bakar, lalu beliau berkata, "Biarkanlah mereka!" Setelah Abu Bakar melengah, aku mengerling kedua gadis itu supaya mereka keluar, dan segera diikutinya. Hari itu adalah hari raya, di mana orang-orang Sudan mempertunjukkan permainan mereka dengan mempergunakan perisai dan tombak. Mungkin ketika itu aku yang meminta kepada Rasulullah, atau mungkin juga beliau yang bertanya kepada ku, apakah aku ingin menonton pertunjukan itu atau tidak. Jawab ku, "Ya, ingin!" Kerana itu beliau menyuruh ku berdiri di belakangnya, sedangkan pipi ku dekat ke pipi beliau. Beliau turut mengelu-elukan, katanya: "Terus! Hai Bani Arqadah!" Setelah aku merasa puas, beliau bertanya, "Sudah cukup?" Jawab ku, "Sudah!" Kata beliau, "Nah, pergilah!"


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   13   14   15   16   17   18   19   20   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin