Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə20/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   16   17   18   19   20   21   22   23   ...   107

jawab Rasulullah saw. "Termasuk juga di dalamnya kewajiban memerahnya ketika dia dibawa ke tempat minum. Maka pada hari kiamat kelak, orang itu ditelentangkan di tempat yang rata supaya diinjak-injak oleh unta-unta yang paling besar dan gemuk-gemuk, sampai anak-anaknya yang paling kecil sekalipun. Semuanya menginjak-injak dengan kukunya serta menggigit dengan giginya yang tajam. Setiap yang pertama lewat, datang pula yang lain menginjak-injaknya. Demikianlah hal itu berlangsung setiap kali, sehingga perkaranya selesai diadili. Satu hari di sana sama dengan lima puluh ribu tahun di dunia. Setelah itu barulah dia dapat melihat jalannya keluar, mungkin ke syurga dan mungkin pula ke neraka. Lalu beliau ditanya orang pula, "Ya, Rasulullah! Kalau sapi dan kambing bagaimana?" Jawab beliau, "Ya,

tidak ketinggalan pula pemilik sapi dan kambing yang tidak membayar zakatnya. Nescaya pada hari kiamat kelak, dia akan ditelentangkan di suatu tempat yang rata, supaya diinjak-injak oleh sapi dan kambing itu dengan kukunya yang tajam dan ditanduk dengan tanduknya. Ternak itu semuanya tidak ada yang bertanduk rebah ke belakang atau patah, bahkan tidak ada yang tidak bertanduk. Bila yang pertama telah lewat, lalu diikuti pula oleh yang kedua dan seterusnya, sehingga perkaranya selesai diputuskan. Satu hari di sana sama dengan lima puluh ribu tahun di dunia. Setelah itu barulah dia dapat melihat jalannya keluar, apakah dia ke syurga ataukah ke neraka. Maka ditanyakan orang pula kepada beliau, "Kalau kuda bagaimana, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw., "Kuda itu ada tiga macam : (1) Kuda sebagai barang mewah, atau yang mendatangkan dosa. Iaitu apabila orang memeliharanya kerana riya', untuk kemegahan dan kebanggaan serta untuk memusuhi umat Islam. Maka kuda bagi orang itu menjadi sumber dosa. (2) Kuda sebagai kebutuhan. Iaitu kuda yang dipelihara untuk agama Allah. Kemudian pemiliknya tidak lupa akan hak Allah dalam mempergunakannya sebagai angkutan dan kendaraan. Maka kuda bagi orang itu adalah pakaian atau kebutuhan. (3) Kuda sebagai sumber pahala. Yaitu kuda yang dipelihara untuk membela agama Allah, dan untuk membela kepentingan umat Islam di kebun-kebun atau di ladang-ladang mereka. Maka apa-apa yang dimakan kuda itu di dalam kebun tersebut, dituliskan bagi pemilik kebun, kebajikan sebanyak apa yang dimakan kuda itu, dan bagi pemilik kuda dituliskan

pula kebajikan sebanyak tahi dan kencing kuda itu. Bila tali kuda putus (lepas), kemudian kuda itu lari jauh, maka dituliskan untuk pemiliknya kebajikan sebanyak jejak dan tahi kuda itu. Setiap kuda itu melewati sebuah sungai, lalu dia minum tanpa sengaja atau diberi minum oleh pemiliknya, maka Allah menuliskan kebajikan bagi pemiliknya sebanyak air yang diminum kudanya itu. Lalu ditanyakan orang pula, "Bagaimana kalau himar (keldai), ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saW., "Allah tiada menurunkan wahyu apa-apa kepada ku mengenai himar, selain ayat yang pendek tetapi mencakup, iaitu: "Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (pahala)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya pula:" (Zalzalah 7 - 8).

941. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Tidak seorang pun pemilik unta, pemilik sapi atau pemilik kambing yang tidak membayar haknya, melainkan nanti hari kiamat dia dibaringkan pada sUatu tanah datar, lalu diinjak-injak oleh ternak dengan kukunya dan ditanduk dengan tanduknya. Pada hari itu tidak ada haiwan bertanduk yang tidak ada tanduknya, dan tidak ada pula yang patah tanduk. Tanya kami, "Ya, Rasulullah! Apakah haknya?" Jawab beliau, "Membibitkan jantannya, menternakkan betinanya, memerahnya, membawanya ke air, dan mempergunakannya untuk Allah. Tidak seorang pun pemilik harta yang tidak membayar zakatnya, melainkan hartanya itu berubah menjadi ular besar berbisa, yang mengikuti pemiliknya kemana saja dia pergi, sedangkan dia sendiri selalu lari dari ular itu. Lalu dikatakan orang kepadanya, "Inilah harta mu yang engkau bakhil dengannya." Setelah dia tahu bahwa dia tidak dapat lari

dari ular itu, maka dimasukkannya tangannya ke mulut ular itu, lalu ular itu menggigitnya seperti haiwan jantan menggigit."

942. Dari Jarir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Beberapa orang Arab dusun datang mengadu kepada Rasulullah saw., kata mereka: Beberapa petugas zakat mendatangi kami, lalu mereka bertindak aniaya kepada kami." Jawab Rasulullah saw., "Layanilah para petugas zakat itu dengan baik!" Kata Jarir, "Semenjak itu aku tidak pernah lagi mendengar para petugas zakat pulang, melainkan dengan rasa puas dan senang."

943. Dari Abu Dzar r.a., katanya : "Aku tiba dekat Rasulullah saw. ketika beliau sedang duduk di bawah naungan Ka'bah. Ketika beliau melihat ku, beliau bersabda: "Demi Tuhan Ka'bah, mereka itu adalah orang-orang yang merugi." Lalu ku dekati beliau seraya aku duduk, dan bertanya kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Aku mohon bertanya, siapakah mereka?" Jawab Rasulullah saw., "Mereka adalah orang-orang hartawan. Kecuali mereka (yang menghitung-hitung amal kebaikan mereka dengan) mengatakan: Sebegini, sebegini, sebegini (sambil beliau memberi isyarat ke muka dan ke belakang, ke kanan dan ke kiri). Tetapi mereka ini hanya sedikit, tidak seorang pun pemilik unta, pemilik sapi, dan pemilik kambing yang tidak mahu membayar zakat ternaknya, melainkan pada hari kiamat kelak haiwan-haiwan ternaknya dalam keadaan sangat besar dan gemuk datang kepadanya menanduk dengan tanduknya dan menginjak-injak orang itu dengan kukunya. Setiap yang terakhir selesai menginjak-injaknya, yang pertama datang pula kembali. Demikianlah siksaan itu berlaku sehingga perkaranya diputuskan."

944. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Tidaklah menggembirakan ku, seandainya aku punya emas sebesar bukit Uhud, jika pada hari ketiga emas itu masih bersisa pada ku satu dinar selain yang telah ku sediakan untuk membayar hutangku."

945. Dari Abu Dzar r.a. katanya: "Pada suatu senja, aku berjalan beserta Rasulullah saw. di tanah berbatu-batu hitam sambil kami memandang ke bukit Uhud. Sekonyong-konyong Rasulullah saw. memanggil ku, "Hai, Abu Dzar!" Jawab ku, "Hamba, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Seandainya bukit Uhud itu menjadi emas bagi ku, maka hal itu tidaklah akan menggembirakan ku, jika hari ketiga emas itu masih ada di tangan ku satu dinar, di samping satu dinar yang ku sediakan untuk membayar hutang. Tetapi akan ku panggil para hamba Allah, lalu ku katakan kepada mereka: Ini! sambil beliau meraih ke depan, ke kanan dan ke kiri, seolah-olah beliau sedang membagi-bagi. Sementara itu kami masih terus juga berjalan, lalu beliau memanggil ku pula, "Hai, Abu Dzar!" "Hamba, ya Rasulullah!" ujarku. Sabda beliau. "Orang-orang kaya yang menumpuk-numpuk harta, pada hari kiamat kelak mereka miskin. Melainkan orang-orang yang berkata: Ini! Ini! Ini! (membagi-bagikan hartanya) seperti yang dilakukan Nabi saw. mula-mula. Kata Abu Dzar selanjutnya, "Sementara itu kami terus juga berjalan. Dan sekonyong-konyong beliau memanggil ku pula: "Hai, Abu Dzar! Tetaplah engkau di sini sampai aku kembali!" Lalu beliau pergi, sehingga hilang dari penglihatan ku. Tidak lama kemudian terdengar olehku suara gaduh. "Mungkin Rasulullah saw. mendapat kesulitan," fikir ku. Dan aku bermaksud hendak menyusul beliau. Tetapi aku ingat perintah beliau, jangan ke mana-mana sampai aku kembali. Kerana itu ku tunggu saja beliau. Ketika beliau tiba, ku ceritakan kepada beliau suara gaduh yang kedengaran olehku. Kata beliau, "Itu adalah Jibril. Dia datang kepada ku." Kata Jibril, "Siapa saja di antara umatmu yang mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, nescaya dia masuk syurga." Nabi saw. bertanya, "Sekalipun dia berzina dan mencuri?" Jawab Jibril, "Ya, sekalipun dia berzina dan mencuri!"

946. Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Pada suatu malam aku pergi berjalan-jalan ke luar rumah. Tiba-tiba kelihatan oleh ku Rasulullah saw. berjalan seorang diri, tanpa seorang pun yang mendampingi beliau. Aku mengira bahwa beliau enggan ditemani ketika itu oleh siapa pun. Kerana itu aku berjalan di keredupan cahaya bulan. Tiba-tiba beliau melihat ku dan bertanya, "Siapa itu?" "Aku, Abu Dzar" jawab ku. "Semoga Allah menjadikan ku tebusan anda." Sabda beliau, "Hai, Abu Dzar, kemarilah !" Lalu aku berjalan bersama-sama dengan beliau. Sabda beliau, "Kaum hartawan itu di hari kiamat kelak mereka miskin. Kecuali orang-orang yang dikurnia Allah kebajikan, lalu dibagi-bagikannya hartanya itu ke kanan dan ke kirinya, ke muka dan ke belakang (kepada orang-orang di sekitarnya), dan dia beramal kebajikan dengan hartanya itu." Kami terus juga berjalan, hingga sekonyong-konyong Rasulullah saw. bersabda kepada ku, "Duduklah kamu di sini sampai aku kembali!" Beliau menyuruh ku duduk di suatu tempat berbatu-batu. Lalu beliau pergi melewati tempat berbatu-batu hitam, sehingga beliau hilang dari penglihatan ku. Setelah beberapa lama aku menunggu, ku dengar beliau datang sambil berujar. "Sekalipun dia mencuri dan berzina." Setelah beliau sampai ke dekat ku, aku tidak sabar lagi, lalu ku tanyakan, "Ya, Nabi Allah! Semoga diri ku jadi tebusan anda. Siapakah yang bercakap-cakap dengan anda di tempat berbatu-batu itu? Kerana aku mendengar seseorang mengatakan sesuatu kepada anda." Jawab beliau, "Dia Jibril! Dia datang kepada ku di tanah berbatu-batu hitam, lalu katanya: Gembirakanlah umat anda, bahwa siapa yang meninggal tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu, nescaya dia masuk syurga." Lalu aku bertanya kepadanya, "Sekalipun dia mencuri dan berzina?" Jawab Jibril, "Ya, benar" Tanya ku, "Sekalipun dia mencuri dan berzina?" Jawab Jibril, "Ya, benar! Bahkan sekalipun dia minum khamar."

947. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah berfirman kepada ku: Berinfaklah kamu, Aku akan berinfak kepada mu." Sabda Rasulullah saw., "Pemberian Allah selalu cukup, dan tidak pernah berkurang walaupun mengalir siang dan malam. Adakah terfikir olehmu, sudah berapa banyakkah yang dinafkahkan Allah sejak terciptanya langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang di dalam tangan Allah tidak pernah berkurang kerananya. 'Arasynya di atas air, sedangkan di tanganNya yang lain maut yang selalu naik turun."

948. Dari Tsauban r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang, ialah yang dinafkahkannya untuk keluarganya, untuk ternak yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela agama Allah (fi sabilillah) dan nafkah untuk para sahabatnya yang berperang fi sabilillah."

949. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Dinar (wang atau harta) yang anda nafkahkan untuk membela agama Allah (fi sabiiillah), atau yang anda nafkahkan untuk kesejahteraan (memerdekakan) budak, atau yang anda sedekahkan untuk kesejahteraan orang-orang miskin, dan yang anda nafkahkan untuk keluarga anda, maka yang paling besar pahalanya ialah yang anda nafkahkan untuk keluarga anda."

950. Dari Khaitsamah r.a., katanya: "Ketika kami sedang duduk

(belajar) dengan 'Abdullah bin 'Umar, tiba-tiba datang bendaharanya, lalu dia masuk ke dalam majlis. Kata 'Abullah

kepadanya, "Sudah kamu beri makankah para hamba sahaya?" Jawab bendahara, "Belum, tuan ku!" Kata 'Abdullah, "Pergilah, beri makan mereka segera!" Kata 'Abdullah selanjutnya, bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: "Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya."

951. Dari Jabir r.a., katanya: "Seorang lelaki dari Bani 'Udzrah memerdekakan hamba sahayanya dengan tebusan. Berita itu sampai

kepada Rasulullah saw., lalu beliau bertanya kepada pemilik budak itu, "Masih adakah harta mu selain budak itu?" Jawab orang itu, "Tidak, ya Rasulullah." Maka sabda Nabi saw., "Siapakah yang mahu membeli budak itu daripadaku?" Akhirnya budak itu dibeli oleh Nu'aim bin 'Abdullah Al 'Adawi, dengan harga lapan ratus dirham yang diserahkannya kepada Rasulullah saw., dan beliau meneruskannya kepada pemilik hamba sahaya itu. Kemudian beliau bersabda kepadanya, "Manfaatkanlah wang ini untuk keperluan diri mu sendiri lebih dahulu. Jika ada sisanya, untuk keluargamu (anak isteri); jika masih bersisa, maka untuk kerabatmu; jika masih bersisa lagi, maka untuk orang-orang di sekitarmu. "

952. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Abu Thalhah adalah orang Anshar terkaya di Madinah. Dan harta yang paling disukainya ialah sebuah taman yang dinamainya 'Bairaha' yang letaknya berhadapan dengan masjid. Rasulullah saw. pernah masuk ke dalam taman itu dan meminum air yang terdapat di dalamnya, yang ternyata manis. Kata Anas selanjutnya, "Ketika turun ayat: "Sekali-kali kamu tidak dapat mencapai kebajikan (yang sempurna), sehingga kamu nafkahkan sebagian harta mu yang kamu cintai (Al Imran : 92). Maka Abu Thalhah pergi menemui Rasulullah saw. seraya berkata: "Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam KitabNya: Sekali-kali kamu tidak dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu nafkahkan sebagian harta mu yang kamu cintai. Maka hartaku yang paling ku cintai ialah 'Taman Bairaha'. Mulai saat ini taman itu aku sedekahkan kerana Allah, di mana aku mengharapkan pahala dan tabungan di sisi Allah. Kerana itu manfaatkanlah taman itu sesuai dengan kepentingan anda, ya Rasulullah." Sabda RasuluUah saw., "Wah! Harta yang sangat menguntungkan. Harta yang betul-betul menguntungkan. Aku telah mendengar apa yang kamu ucapkan mengenai harta itu. Namun aku berpendapat, sebaiknyalah taman itu kamu bagi-bagikan kepada familimu yang terdekat." Lalu Abu Thalhah membagi-bagikan tamannya itu kepada famili-familinya yang dekat, termasuk anak-anak pamannya."

953. Dari Zainab r.a., isteri 'Abdullah, katanya Rasulullah saw. bersabda : "Bersedekahlah, hai kaum wanita! Bersedekahlah, sekalipun dengan perhiasanmu!" 'Kata Zainab, "Mendengar sabda Rasulullah saw. tersebut, lalu aku pulang menemui 'Abdullah - suamiku seraya aku berkata kepadanya: "Anda seorang lelaki yang cepat kaki ringan tangan. Rasulullah saw. memerintahkan kepada kami kaum wanita, supaya kami bersedekah. Cubalah datangi beliau, tanyakan kepada beliau, apakah sudah cukup memadai sedekahku kepada keluarga? Jika tidak memadai, akan ku alihkan kepada orang lain." Jawab 'Abdullah, "Sebaiknya engkau sajalah yang mendatangi beliau." "Maka pergilah aku." kata Zainab. "Di sana, di pintu rumah Rasulullah saw., ku dapati seorang wanita Anshar yang bermaksud sama dengan ku. Sebagaimana biasa, orang-orang yang ingin bertemu dengan Rasulullah saw. selalu diliputi rasa gentar. Kebetulan Bilal keluar mendapatkan kami. Kata kami kepada Bilal, "Tolonglah kami menyampaikan kepada Rasulullah saw., bahwa dua orang wanita sedang berdiri di pintu hendak bertanya : Apakah cukup memadai jikalau kami keduanya bersedekah kepada suami kami masing-masing dan kepada anak-anak yatim yang berada dalam pemeliharaan kami? Dan sekali-kali janganlah beliau diberitahu siapa kami." Maka masuklah Bilal menanyakan kepada Rasulullah saw. pertanyaan mereka itu. Tetapi Rasulullah saw. balik bertanya, "Siapa kedua wanita itu?" Jawab Bilal, "Seorang wanita Anshar bersama-sama dengan Zainab." "Zainab yang mana?" tanya

Rasulullah lagi. Jawab Bilal, "Isteri 'Abdullah," Sabda Rasulullah saw., "Masing-masing mereka mendapat dua pahala. Iaitu pahala kerana karib kerabat dan pahala kerana sedekah."

954. Dari Ummu Salamah r.a., dia bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Mungkinkah aku mendapat pahala atas nafkah yang kubelanjakan untuk mengasuh anak-anak Abu Salamah (anak tiri bagi Ummu Salamah) sehingga mereka tidak tersia-sia, di mana mereka kuanggap seperti anak-anakku sendiri?" Jawab Rasulullah saw., "Ya, kamu dapat pahala atas nafkah yang kamu keluarkan untuk

biaya mengasuh mereka."

955. Dari Abu Mas'ud Al Badri r.a., dari Nabi saw. sabdanya : "Apabila seorang muslim memberi nafkah kepada keluarganya kerana Allah, maka pahala nafkahnya itu sama dengan pahala sedekah."

956. Dari Asma' binti Abu Bakar r.a., katanya: "Ketika terjadi gencatan senjata dengan kaum Quraisy, ibu ku yang ketika itu masih musyrik mendatangi ku. Lalu aku minta izin kepada Rasulullah saw. seraya berkata : "Ya, Rasulullah! Ibuku mendatangi ku, kerana beliau rindu kepada ku. Bolehkah aku menemuinya?" Jawab Rasulullah saw" "Ya, boleh! Temuilah ibumu!"

957. Dari 'Aisyah r.a., katanya : "Seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Ibuku meninggal dengan tiba-tiba dan beliau tidak sempat berwasiat. Menurut dugaanku, sendainya dia sempat berbicara, mungkin dia akan bersedekah. Dapatkah beliau akan pahalanya jika aku bersedekah atas nama beliau?" Jawab Rasulullah saw., "Ya, dapat!"958. Dari Abu Syaibah r.a., dari Nabi saW., sabdanya: "Setiap perbuatan baik (ma'ruf) adalah sedekah."

959. Dari Abu Dzar r.a., katanya beberapa orang sahabat Nabi saw. pernah berkata kepada beliau, "Kaum hartawan dapat memperoleh pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti solat, puasa seperti kami puasa, dan bersedekah dengan sisa harta mereka." Jawab Nabi saw., "Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar ma'ruf dan nahyi munkar (mengajak kepada kebajikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah." Tanya mereka, "(Kalau begitu), dapat pahalakah kami bila kami memuaskan nafsu syahwat (sex) kami?" ]awab Rasulullah saw., "Kalau kamu melakukannya dengan yang haram, tentu kamu berdosa. Sebaliknya bila kamu lakukan dengan yang halal, kamu dapat pahala."960. Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Manusia diciptakan Allah mempunyai tiga ratus enam puluh ruas. Maka siapa yang membaca takbir, tahmid, tahlil, tasbih dan istighfar, menyingkirkan batu, duri, atau tulang dari jalanan umum, serta mengajak orang kepada kebajikan dan' mencegah kepada yang mungkar sebanyak tiga ratus enam puluh kali itu, nescaya dia terhindar dari api neraka pada hari itu."

961. Dari Sa'id bin Abi Burdah r.a., dari bapanya, dari kakaknya, dari Nabi saw., sabdanya: "Setiap orang muslim wajib bersedekah." Lalu ada orang yang bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak sanggup?" Jawab Nabi saw., "Dia harus bekerja untuk dapat memberi manfaat kepada dirinya sendiri, dan supaya dia dapat bersedekah."

Tanya: "Bagaimana kalau dia tidak sanggup?" Jawab Nabi saw., "Menolong orang yang membutuhkan pertolongan." Tanya: "Bagaimana kalau dia tidak sanggup juga?" Jawab : "Mengajak kepada kebajikan atau kebaikan." Tanya : "Bagaimana kalau dia tidak sanggup juga?" Jawab : "Menahan diri dari berbuat kejahatan, itu pun adalah sedekah."

962. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah tiap-tiap hari. Iaitu, seperti mendamaikan dua orang yang berselisih, adalah sedekah. Menolong orang naik kendaraan, atau menolong mengangkatkan barangnya ke atas kendaraan, itu pun

sedekah. Ucapan atau tutur kata yang baik, juga sedekah. Setiap langkah yang anda langkahkan pergi solat, sedekah. Dan menyingkirkan sesuatu yang membahayakan di jalanan umum,

adalah sedekah."

963. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap pagi dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu mendoa: "Wahai, Allah! Berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya." Dan yang satu lagi berkata: "Wahai Allah! Musnahkanlah harta si bakhil!"

964. Dari Haritsah bin Wahab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda : "Bersedekahlah kamu segera! Kerana dikhawatirkan akan terjadi kelak, seorang lelaki pergi ke mana-mana membawa sedekahnya, tetapi dijawab oleh orang yang hendak diberinya sedekah, "Kalaulah kelmarin engkau datang, aku terima sedekahmu. Sekarang aku tidak butuh lagi kepada sedekahmu itu. Akhirnya orang itu benar-benar tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu."

965. Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Kelak akan datang suatu masa, di mana seorang lelaki berkeliling membawa emas untuk disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu. Akan terjadi pula kelak, seorang lelaki di kuntit oleh empat puluh orang wanita yang kesemuanya menginginkan lelaki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu akan terjadi, kerana jumlah lelaki jauh lebih sedikit daripada perempuan. "

966. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Tidak akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah bertumpuk-tumpuk dan melimpah ruah; sehingga seorang lelaki pergi ke mana-mana sambil membawa-bawa hartanya untuk dizakatkannya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang jua pun yang bersedia menerima zakatnya itu; dan sehingga tanah Arab menjadi subur makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai."

967. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tidak akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan' telah bertumpuk-tumpuk dan melimpah-ruah (kemakmuran telah

merata) sehingga si pemilik harta merasa sedih kerana tidak ada orang yang bersedia menerima sedekahnya. Dan orang yang dimintanya untuk menerima sedekahnya menjawab: "Aku tidak membutuhkan sedekah anda!" 968. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata : Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata : Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata: Kerana inilah tangan ku dipotong. Sesudah itu mereka tinggalkan saja harta kekayaan itu, tiada mereka ambil secuil pun."

969. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Tidak seorang pun yang menyedekahkan hartanya yang halal - di mana Allah memang tidak menerima melainkan hanya yang halal - melainkan Allah menerimanya dengan kanan-Nya (dengan baik), walaupun sedekahnya itu hanya sebutir kurma. Maka kurma itu akan bertambah besar di tangan Allah Yang Maha Pengasih, sehingga menjadi lebih besar daripada sebuah gunung. Demikianlah Allah memelihara sedekahmu, sebagaimana halnya kamu memelihara anak kambing dan anak unta (yang semakin lama semakin besar)."970. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipelihara-Nya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta, sehingga sedekahmu itu tambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar dari itu."

971. Dari Abu Hurairah r.a., katanya "Rasulullah saw. bersabda : "Hai, manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: "Wahai, para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al Mu'minun : 51) "Wahai, orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu.. " (Al Baqarah : 172) Kemudian Nabi saw. menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya. Sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadahkan tangannya ke langit seraya mendoa: "Wahai, Tuhan ku! Wahai, Tuhanku!" Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang

haram, dan dia diasuh dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?"

972. Dari 'Adi bin Hatim r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda : "Siapa yang sanggup mendinding dirinya dari api neraka, walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan (segera)."

973. Dari 'Adi bin Hatim r.a., katanya: "Bahwasanya Rasulullah saw. pernah bercerita mengenai mereka. Lalu beliau berlindung kepada Allah daripadanya, dan memalingkan mukanya tiga kali. Kemudian beliau bersabda: "Peliharalah diri mu dari neraka, walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma. Jika kamu tidak sanggup, maka dengan tutur kata yang baik."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   16   17   18   19   20   21   22   23   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin