Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə86/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   82   83   84   85   86   87   88   89   ...   107

1564. Dari Abu Sa'id r.a., katanya : "Pada suatu ketika, Bilal datang kepada Rasulullah saw. membawa kurma Barni. Lalu Rasulullah saw. bertanya kepadanya, "Kurma dari mana ini?" Jawab Bilal, "Kurma kita rendah mutunya. Kerana itu kutukar dua gantang dengan satu gantang kurma ini untuk pangan Nabi saw." Maka bersabda Rasulullah saw., "Ini1ah yang disebut riba. Jangan sekali-kali engkau lakukan lagi. Apabila engkau ingin membeli kurma (yang bagus), jual lebih dahulu kurmamu (yang kurang bagus) itu, kemudian dengan wang penjualan itu beli kurma yang lebih

bagus."

1565. Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya riba itu bisa terjadi pada jual beli secara hutang (kredit)."



1566. Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Riba tidak mungkin terjadi pada jual beli secara tunai."

1567. Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengutuk pemakan riba, yang menyuruh memakan riba, juru tulis pembuat akta riba dan saksi-saksinya. Sabda beliau, "Mereka itu sama saja (dosanya)."

1568. Dari Nu'man bin Dasyir r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya yang halal telah nyata (jelas) dan yang haram telah nyata. Antara keduanya terdapat perkara yang diragukan (mutasyabihat - syubahat) yang tidak diketahui kebanyakan orang. Maka siapa yang menjaga dirinya untuk tidak mengerjakan perkara yang diragukan, selamatlah agama dan peribadinya. Tetapi siapa yang jatuh ke dalam syubuhat, bererti dia jatuh kepada yang haram. Tak ubahnya seperti gembala yang menggembala di tepi tanah larangan. Dikhuatirkan dia akan jatuh ke dalam. Ketahuilah, bahwa setiap kerajaan itu mempunyai larangan, dan larangan Allah Ta'ala ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah, bahwa di dalam tubuh manusia ada segumpal darah. Apabila gumpalan darah itu baik, maka baik pulalah tubuh itu keseluruhannya. Tetapi apabila gumpalan darah itu rosak, maka rosak pulalah tubuh seluruhnya. Ketahuilah, gumpalan darah itu ialah hati."

1569. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Aku pergi berperang bersama-sama Rasulullah saw. Dalam perjalanan beliau menemui ku kerana aku menunggang unta yang kelelahan sehingga hampir tak dapat berjalan. Rasulullah saw. bertanya kepada ku,

"Bagaimana untamu?" Jawab ku, "Sakit, ya Rasulullah!" Beliau mundur ke belakang, lalu dibentaknya unta itu dan dido'akannya. Semenjak itu unta ku selalu berjalan di muka sekali. Rasulullah saw. bertanya pula kepada ku, "Sekarang bagaimana untamu?" Jawab ku, "Sentiasa dalam keadaan baik, semenjak beroleh berkat dari Anda!" Tanya beliau, "Maukah engkau menjualnya kepada ku?" Sebenarnya aku malu, di samping aku tidak punya wang yang lain selain hanya unta itu. Jawab ku, "Baiklah, ya Rasulullah!" Unta itu ku jual kepada beliau dengan ketentuan, aku boleh mengenderainya hingga sampai ke Madinah. Kemudian aku minta izin kepada beliau untuk berangkat lebih dahulu ke Madinah, kerana aku akan jadi pengantin. Setelah sampai di Madinah, aku bertemu dengan paman ku, lalu dia menanyakan kepada ku perihal unta. Maka ku khabarkan kepadanya apa yang terjadi, tetapi dia mencela tindakan ku. Ketika aku minta izin kepada Rasulullah saw. untuk berangkat lebih dahulu kerana hendak kahwin, beliau bertanya kepada ku, "Dengan siapa engkau hendak kahwin? Dengan gadis atau dengan janda?" Jawab ku, "Dengan janda, ya Rasulullah." Tanya beliau pula, "Mengapa tidak dengan gadis? Engkau dapat bersenda gurau dengannya, dan dia dapat pula bersenda gurau denganmu." Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Orang tua ku telah meninggal (syahid) sedangkan aku mempunyai adik-adik perempuan yang masih perawan-perawan. Sebab itu aku tidak suka kahwin dengan perempuan seusia mereka, kerana tidak akan dapat mendidik dan mengurus mereka. Itulah sebabnya aku kahwin dengan janda, supaya dapat mengurus dan mendidik adik-adik ku." Setelah Rasulullah saw. tiba di Madinah, pagi-pagi ku hantarkan unta itu kepada beliau, lalu beliau memberikan wang harganya kepada ku, dan memberikan unta itu kembali kepada ku."

1570. Dari Jabir r.a., katanya: "Kami berangkat dari Makkah ke Madinah bersama-sama dengan Rasulullah saw. Di tengah jalan untaku sakit. Lalu diceritakannya kisah di atas, yang antara lain: Kemudian Rasulullah saw. bersabda kepada ku, "Juallah untamu ini kepadaku!" Jawab ku, "Tidak kujual, ya Rasulullah! Tetapi kuhadiahkan kepada Anda." Sabda beliau, "Jangan! Juallah kepada ku." Jawab ku, "Jangan, tetapi kuberikan saja untuk Anda." Sabda beliau, "Tidak! Juallah kepadaku!" Jawab ku, "Aku punya hutang kepada seseorang satu uqiyah emas, sebanyak itu sajalah Anda bayar." Sabda beliau, "Baiklah! Bawalah unta itu sampai ke Madinah." Setelah tiba di Madinah, Rasulullah saw. memerintahkan kepada Bilal, "Hai, Bilal! Bayar kepada Jabir wang harga untanya satu uqiyah emas, dan tambahi." Lalu Bilal memberikan kepada ku satu uqiyah emas, ditambahnya dengan beberapa qirath."

1571. Dari Abu Rafi' r.a., katanya Rasulullah saw. pernah meminjam unta muda usia kepada seseorang. Setelah itu, ada orang mengantarkan unta sedekah kepada beliau. Lalu Nabi saw. menyuruh Abu Rafi' membayar unta muda yang dipinjamnya. Abu Rafi' mengatakan kepada beliau. "Ya, Rasulullah, belum ada unta muda yang ada hanyalah unta pilihan yang telah dewasa. Sabda beliau, "Berikanlah itu! Sebaik-baik manusia, ialah yang mengutamakan pelunasan suatu hutang."

1572. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki berpiutang kepada Rasulullah saw., lalu ditagihnya dengan cara kasar. Kerana itu para sahabat tidak senang terhadap orang itu. Maka bersabda Nabi saw., "Orang yang berpiutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda, kemudian berikan kepadanya!" Kata para sahabat, "Tidak ada unta muda, ya Rasulullah. Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya." Sabda beliau, "Belilah! Kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu, ialah yang paling baik membayar hutang." 1573. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Seorang hamba-sahaya datang kepada Rasulullah saw., lalu dia bersumpah setia (bai'at) akan turut hijrah. Sedangkan beliau tidak tahu bahwa dia seorang budak. Tidak lama kemudian datang majikan sahaya itu mencarinya. Maka berkata Nabi saw. kepada majikannya itu, "Juallah dia kepada ku. Aku tukar dengan dua orang sahaya hitam." Sejak itu Rasulullah saw. tidak pernah membai'at seseorang, sebelum ditanya apakah dia budak atau tidak."

1574. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah membeli pangan dari seorang Yahudi dengan cara berhutang dalam jangka waktu tertentu. Untuk itu beliau menggadaikan baju besinya."

1575. Dari Ibnu 'Abbas r:a., katanya: "Tatkala Nabi saW. tiba di Madinah, penduduk Madinah menjual buah-buahan dengan pembayaran di muka, sedangkan buah-buahan yang dijualnya dijanjikan mereka dalam tempoh setahun atau dua tahun kemudian. Maka bersabda Rasulullah saw., "Siapa yang menjual kurma dengan berjanji, hendaklah dengan takaran tertentu, timbangan tertentu, dan jangka waktu tertentu."1576. Dari Ma'mar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang menimbun barang, maka dia salah (berdosa)."

1577. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sumpah yang diucapkan untuk melariskan barang perniagaan, dapat merosakkan keuntungan."

1578. Dari Abu Qatadah Al Anshari r.a., dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Jauhilah banyak bersumpah dalam berjual-beli (berniaga). Kerana sumpah itu dapat melariskan dagangan, tetapi kemudian menghabiskan semua keuntungan."

1579. Dari Jabir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa bersekutu (berserikat) memiliki sebuah rumah atau sebidang kebun masing-masing mereka tidak boleh menjual sebelum diizinkan rekan serikatnya. Jika rekan serikatnya setuju membeli. silakan dia membeli, dan jika dia tidak setuju, boleh dijual kepada orang lain."

1580. Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah saw. telah menetapkan suatu ketetapan tentang adanya hak syufah mengenai harta milik bersama (serikat) yang belum atau tidak dapat dibagi, seperti rumah dan kebun. Seorang anggota serikat tidak boleh menjualnya sebelum diizinkan oleh rekannya berserikat. Jika rekannya suka membeli, maka silakan (lebih dabulu) dia membeli, tetapi jika dia tidak hendak membeli, maka rekan pertama tadi berhak menjualnya kepada orang lain, sekalipun tidak diizinkan oleh rekan kedua."


1581. Dari Sa'id bin Zaid bin 'Amr bin Nufail r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang merampas tanah orang lain dengan cara zalim, walaupun hanya sejengkal, maka Allah akan mengalunginya kelak di hari kiamat dengan tujuh lapis bumi."1582. Dari Sa'id bin Zaid bin 'Amr bin Nufail r.a., katanya dia didakwa oleh Arwa (seorang wanita) mengenai sebahagian tanah pekarangannya. Lalu kata Sa'id, "Biarlah diambilnya! Kerana aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Siapa mengambil tanah orang lain tanpa hak walaupun sejengkal, di hari kiamat kelak, Allah mengalungkan kepadanya tujuh lapis bumi." Lalu Sa'id mendo'a; "Wahai Allah! Jika wanita itu dusta; butakanlah matanya dan jadikanlah rumahnya menjadi kuburan baginya." Tidak berapa lama kemudian kulihat dia berjalan meraba-raba dinding dalam keadaan buta sambil berkata, "Aku terkena kutukan Sa'id bin Zaid." Sedang ia berjalan dalam rumah menuju sumur, ia terjatuh ke dalam, sehingga sumur itu menjadi kuburannya."

1583. Dari Hisyam Ibnu 'Urwah r.a., dari bapanya katanya: "Bahwasanya Arwa binti Uwais mendakwa Sa'id bin Zaid, bahwa Sa'id mengambil sebagian tanahnya. Lalu diadukannya kepada Marwan bin Hakam (penguasa ketika itu). Maka kata Sa'id, "Mungkinkah aku mengambil tanahnya sesudah kudengar Rasulullah saw. bersabda?" Tanya Marwan, "Apa yang telah engkau dengar dari Rasulullah saw.?" Jawab Sa'id, "Aku mendengar beliau bersabda: "Siapa mengambil tanah orang lain dengan cara paksa (zalim), walaupun hanya sejengkal, kelak di hari kiamat dikalungkan kepadanya tujuh lapis bumi." Kata Marwan, "Aku tidak minta keterangan darimu selain ini." Lalu Sa'id mendo'a, "Allahumma in kanat kadzibatan, fa 'ammi basharaha wa qtulha fi ardhiha." Kata Sa'id, "Memang, tidak berapa lama kemudian, wanita itu buta. Setelah itu, ketika ia sedang berjalan di pekarangannya, dia terjatuh ke dalam sebuah lubang lalu dia mati di situ."

1584. Dari Muhammad bin Ibrahim r.a., katanya Abu Salamah bercerita kepadanya bahwa Abu Salamah bersengketa dengan kaumnya perihal tanah. Lalu dia pergi kepada 'Aisyah r.a., mengadukan hal itu kepadanya. Kata 'Aisyah, "Hai, Abu Salamah! Jauhilah perkara (sengketa mengenai) tanah. Kerana Rasulullah saw. pernah bersabda: "Siapa merampas sejengkal tanah, dikalungkan Allah kepadanya kelak di hari kiamat, tujuh lapis bumi."

1585. Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Orang muslim tidak boleh mewarisi orang kafir, dan orang kafir tidak boleh mewarisi orang muslim."

1586. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bagikan harta warisan kepada ahli waris (yang berhak, dzawil furuudh) sedang sisanya untuk keluarga lelaki yang terdekat ('ashabah)."

1587. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bagikan harta warisan kepada ahli waris (ashhaabul furuudh) sesuai dengan ketetapan Kitabullah, sedang sisanya kepada keluarga lelaki yang terdekat ('ashabah)."

1588. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, aku jatuh sakit. Lalu Rasulullah saw. datang menjenguk ku bersama-sama dengan Abu Bakar, dengan berjalan kaki. Ketika itu aku sedang pengsan. Rasulullah saw. mengambil air wudhuk, kemudian dipercikkannya kepada ku sisa air wudhuknya sehingga aku sedar. Aku bertanya kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Bagaimana caranya aku harus mengatur hartaku?" Beliau tidak menjawab sedikit jua pun kepada ku, sehingga turun ayat warisan yang berbunyi: "Mereka minta fatwa kepada mu tentang kalalah. Katakanlah! Allah memberi fatwa kepada mu tentang kalah.." (An-Nisa', 4: 176)

1589. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Nabi saw. dan Abu Bakar mengunjungi ku dengan berjalan kaki ketika aku sakit di kampung Bani Salamah. Beliau dapati aku sedang tidak sadar. Lalu beliau meminta air untuk berwudhuk, kemudian sisa air mukanya dipercikkannya kepada ku, sehingga aku sedar kerananya. Lalu aku bertanya kepada beliau, "Apa yang harus ku lakukan terhadap harta ku, ya Rasulullah?" Maka turunlah ayat yang berbunyi: "Allah menetapkan bagi mu tentang warisan untuk anak-anakmu, bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan "(An Nisa' 4: 11).

1590. Dari Al Bara' r.a., katanya: "Ayat Al-Qur'an yang terakhir sekali diturunkan, ialah ayat yang berbunyi: "Mereka minta fatwa kepada mu (tentang kalalah). Katakanlah! Allah memberi fatwa kepada mu tentang kalalah." (An Nisa', 4:176)

1591. Dari Al Bara' bin 'Azib r.a., katanya: "Ayat yang terakhir sekali turun, ialah ayat kalalah, dan surah yang terakhir sekali turun ialah surat Baraah."

1592. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Dibawa orang kepada Rasulullah saw. mayat seorang lelaki yang punya hutang. Lalu beliau bertanya, "Adakah dia mempunyai harta untuk

pembayar hutangnya?" Jika dijawab dia mempunyai harta, beliau solatkan jenazahnya, dan jika dijawab dia tidak mempunyai harta, maka beliau bersabda, solatkan lah sahabatmu ini. Setelah Allah swt. memberikan kemenangan demi kemenangan kepada beliau, beliau bersabda, "Akulah yang lebih bertanggung jawab terhadap kaum

muslimin daripada diri mereka sendiri. Maka siapa yang meninggal, sedangkan dia mempunyai hutang, maka kewajipan ku lah membayarnya. Dan siapa yang meninggalkan harta warisan, harta itu untuk ahli warisnya."

1593. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, tidak seorang jua pun orang mukmin di muka bumi, melainkan akulah orang yang lebih bertanggung jawab terhadapnya. Maka siapa-siapa di antara kamu sekalian yang mati meninggalkan hutang atau anak yang mungkin tersia-sia; akulah walinya. Dan siapa yang meninggalkan harta, bagi-bagikanlah kepada ahli waris yang ada."

1594. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Siapa yang meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya; dan siapa yang meninggalkan keluarga yang tersia-sia, maka itu menjadi tanggungjawab kita."

1595. Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya:"Aku pernah menghibahkan (menyumbangkan) seekor kuda bagus kepada seorang prajurit yang berjuang fi sabilillah, tetapi disia-siakan oleh prajurit itu. Aku menduga, mungkin dia mahu menjualnya kembali dengan harga murah. Lalu aku bertanya kepada Rasulullah saw., "Apakah aku boleh membelinya kembali?" Sabda beliau, "Jangan engkau beli, dan jangan engkau utik-utik kembali sedekah yang telah engkau berikan. Siapa yang mengambil sedekahnya kembali, tak ubahnya seperti anjing yang menjilat muntahnya."

1596. Dari 'Umar r.a., katanya dia pernah menyumbangkan seekor kuda untuk perjuangan fi sabilillah. Kemudian didapatinya kuda itu tersia-sia oleh penunggangnya, kerana penunggang itu miskin. Kerana itu 'Umar berniat hendak membelinya kembali. Lalu ia datang kepada Rasulullah saw., maka dikatakannya kepada beliau niatnya itu. Beliau bersabda, "Jangan dibeli walaupun hanya satu dirham. Perumpamaan orang yang mengambil sedekahnya kembali, tak ubahnya seperti anjing yang menjilat muntahnya."1597. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan orang yang mengambil sedekah (pemberian)nya kembali, tak ubahnya seperti anjing muntah, kemudian di makannya kembali muntahnya itu."

1598. Dari Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Pada suatu hari bapaku membawa ku ke hadapan Rasulullah saw., lalu kata bapa kepada beliau, "Sesungguhnya aku telah memberi anakku ini seorang hamba kepunyaanku." Tanya Rasulullah saw., "Apakah setiap anakmu kamu beri seorang hamba seperti itu?" Jawab bapaku, "Tidak!" Maka bersabda Rasulullah saw., "Kalau begitu, mintalah kembali!"

1599. Dari Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Bapaku memberikan kepada ku sebagian dari hartanya. Lalu ibu ku, 'Amrah binti Rawahah, berkata kepada bapa, "Jangan, aku tidak rela

dengan pemberianmu itu sebelum disaksikan Rasulullah saw." Maka pergilah bapaku kepada Nabi saw. untuk mempersaksikan pemberiannya itu kepada ku. Rasulullah saw. bertanya kepada bapaku, "Apakah anda memberikan juga pemberian seperti ini kepada setiap anak anda?" Jawab bapaku, "Tidak!" Sabda beliau, "Takutlah kepada Allah sebenar-benar takut, dan berlaku adillah terhadap semua anak anda!" Bapaku pulang, lalu diambilnya kembali pemberiannya itu."

1600. Dari Asy Sya'bi r.a., katanya Nu'man bin Basyir bercerita kepadanya, bahwa Ibu Nu'man binti Rawahah, meminta kepada bapa Nu'man sebagian pemberian dari hartanya, untuk anaknya. Bapa menangguhkannya sampai setahun, sesudah itu barulah diberikannya. Kata ibu, "Aku tidak suka sebelum pemberian itu disaksikan Rasulullah saw. Lalu bapa membawa ku ke hadapan Rasulullah saw., sedangkan aku ketika itu masih anak-anak. Bapa berkata kepada beliau, "Ibu anak ini, iaitu binti Rawahah, memandang perlu untuk mempersaksikan kepada Anda pemberian yang kuberikan kepada anaknya." Rasulullah saw. bertanya, "Adakah engkau punya anak selain anakmu ini?" Jawab bapa, "Ya, ada!" Tanya beliau, "Adakah semua mereka engkau beri pemberian seperti ini?" Jawab bapa, "Tidak!" Sabda beliau, "Kalau begitu aku tidak mahu menjadi saksi suatu perbuatan zalim."

1601. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa memberi (hibah) Kepada seseorang dengan menegaskan ucapan untuk anda dan turunan anda selama kalian hidup, maka harta itu tidak dapat diminta kembali oleh si pemberi, kerana telah menjadi milik yang diberi beserta turunannya."

1602. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. membolehkan memberi (hibah) dengan ucapan, "Ini untuk anda dan turunan anda (maka pemberian itu tidak dapat diminta kembali untuk selama-lamanya). Apabila si pemberi berkata, ini untuk anda selama anda maSih hidup", maka buta pemberian itu kembali kepada si pemberi (bila orang diberi sudah wafat)." 1603. Dari Jabir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Peliharalah harta mu baik-baik dan jangan dirosak. Kerana setiap orang yang diberi suatu pemberian, maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya, dan apabila dia meninggal menjadi milik turunannya."

1604. Dari Jabir r.a., katanya: "Seorang wanita yang tinggal di Madinah memberikan sebidang kebun kepada seorang anak lelaki. Kemudian anaknya itu wafat dan sesudah itu wafat pula ibunya. Sedangkan wanita itu meninggalkan pula anak-anaknya yang lain, iaitu saudara bagi anaknya yang meningal yang diberinya kebun. Berkata anak-anaknya yang masih hidup, "Sekarang kebun itu harus kembali kepada kami." Kata anak-anak dari anaknya yang diberinya kebun, tapi telah meninggal, "Tidak mungkin! Kebun itu adalah milik ayah kami semasa hidupnya dan kini menjadi harta warisan bagi kami setelah beliau meninggal." Maka terjadilah sengketa antara mereka, lalu mereka mengadu kepada Thariq, maula Utsman. Thariq memanggil Jabir r.a., untuk memberi kesaksian bagaimana putusan itu. Rasulullah saw. mengenai kasus yang sama, kerana Jabir pernah menyaksikan putusan itu. Kemudian Thariq memutuskan perkara itu sesuai dengan putusan Rasulullah saw. tersebut di atas. Sesudah itu Thariq menulis surat kepada Khalifah Abdul Malik mengabarkan putusannya itu, dan mengabarkan kesaksian Jabir. Jawab Abdul Malik, "Kesaksian Jabir, benar!" Kerana itu Thariq melaksanakan putusan tersebut, iaitu kebun yang dipersengketakan itu tetap menjadi milik anak-anak dari anak yang diberi wanita itu hingga sekarang."

1605. Dari Jabir r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Harta yang sudah diberikan (dihibahkan), menjadi harta warisan bagi ahli warisnya."

1606. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang muslim yang mempunyai harta dan ingin diwasiatkannya, hendaklah wasiat itu telah selesai ditulisnya dua malam sesudah itu."

1607. Dari Salim r.a., dari bapanya (Abdullah bin 'Umar), katanya bapanya, pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Seorang wanita yang mempunyai harta dan ingin diwasiatkannya, hendaklah wasiat itu telah selesai ditulisnya tiga malam sesudah itu. Kata 'Abdullah bin 'Umar, "Sejak aku mendengar sabda Rasulullah saw. tersebut, tidak satu malam pun yang ku lalui, tetapi surat wasiatku telah ada pada ku."

1608. Dari 'Amir bin Sa'ad r.a., dari bapanya, katanya: "Rasulullah saw. mengunjungi ku ketika Haji Wada', kerana aku sakit keras hampir meninggal. Lalu aku berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Sebagaimana Anda lihat sendiri, kini aku sedang terbaring sakit keras. Sedangkan aku mempunyai harta, tetapi tidak ada yang akan mewarisinya selain hanya seorang anak perempuan ku. Bolehkah ku sedekahkan dua pertiga dari harta ku itu?" Jawab Rasulullah saw., "Jangan!" Tanya ku, "Bagaimana kalau ku sedekahkan seperduanya, bolehkah itu?" Jawab beliau, "Tidak!" "Sepertiga?" "Sepertiga pun terlalu banyak. Sesungguhnya, adalah lebih baik engkau tinggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya, daripada mereka engkau tinggalkan dalam keadaan miskin, menadahkan tangan mereka meminta-minta kepada orang banyak. Dan apa yang engkau nafkahkan kerana Allah, maka engkau diberi pahala kerananya, hingga sesuap nasi sekalipun yang engkau berikan untuk makan isteri mu." Tanya ku, "Aku masih tertinggal di Makkah setelah kawan-kawan ku kembali ke Madinah, bagaimana itu?" Jawab beliau, "Sesungguhnya engkau tidak tertinggal. Setiap amal yang engkau lakukan kerana Allah, selalu mengangkat darjatmu ke tingkat yang lebih mulia. Mudah-mudahan engkau panjang umur, sehingga bermanfaat bagi kaum muslimin, dan mencelakakan bagi kaum kafir. Wahai Allah! Lanjutkanlah hijrah sahabat-sahabat ku, dan janganlah engkau biarkan mereka mundur kembali. Tetapi sayang bagi Sa'ad bin Khaulah, dia wafat di Makkah, dan Rasulullah saw. menangisinya."

1609. Dari Mush'ab bin Sa'id, dari bapanya, katanya: "Nabi saw. mengunjungi ku (ketika aku sakit). Lalu aku bertanya kepada beliau, "Bolehkah aku berwasiat dengan seluruh harta ku?" Jawab beliau, "Tidak boleh!" Tanya ku, "Kalau seperdua?" Jawab beliau, "Tidak boleh!" Tanyaku selanjutnya, "Kalau sepertiga?" Jawab beliau, "Sepertiga boleh, itu masih terlalu banyak."

1610. Dari Humaid bin 'Abdurrahman al Himyari r.a., dari tiga orang anak Sa'ad, yang semuanya menceritakan kepada Huma'id tentang bapa mereka, bahwa Nabi saw. datang mengunjungi Sa'ad ke rumahnya di Makkah, lalu Sa'ad menangis. Nabi saw. bertanya, "Mengapa engkau menangis?" Jawab Sa'ad, "Aku khuatir

akan meningal di negeri (Makkah) yang aku telah hijrah daripadanya, sebagaimana halnya kematian Sa'ad bin Khaulah." Lalu Nabi saw. mendoa, "Allahumma isyfi Sa'dan!" (3 X) Kemudian Sa'ad bertanya, "Ya, Rasulullah! Aku mempunyai harta cukup banyak. Sedangkan yang akan mewarisi hartaku itu hanya dua orang anak perempuanku. Bolehkah aku mewasiatkan seluruh hartaku itu?" Jawab beliau, "Tidak boleh!" Lalu tanyaku, "Kalau seperdua?" Jawab beliau, "Tidak boleh!" Lalu tanyaku lagi, "Kalau sepertiga?" Jawab beliau, "Sepertiga pun masih terlalu banyak. Sesungguhnya harta yang engkau sedekahkan pasti mendapat pahala. Sekalipun yang engkau belanjakan untuk famili dan yang dimakan isterimu. Jika engkau tinggalkan keluargamu dalam keadaan baik (kaya), itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka menadahkan tangan meminta-minta kepada orang ramai."

1611. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Kalaulah orang ramai mengurangi dari sepertiga harta yang diwasiatkan mereka menjadi seperempat alangkah baiknya, kerana Rasulullah saw. pernah bersabda. "Sepertiga itu sudah cukup banyak."1612. Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: "Seorang lelaki bertanya kepada Nabi saW., "Ya, Rasulullah! Bapaku sudah meninggal, beliau meninggalkan harta tetapi tidak memberi wasiat mengenai harta peninggalan beliau itu. Dapatkah harta itu menghapus dosa-dosa beliau, jikalau kusedekahkan atas namanya?" Jawab Nabi saw., "Ya, dapat!"

1613. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw., katanya: "Ibuku mendadak meninggalnya. Aku menduga, kalaulah dia masih dapat bicara (masih hidup), tentu dia akan bersedekah. Dapatkah dia pahala sedekah, jikalau aku bersedekah atas namanya?" Jawab Nabi saw., "Dapat!"

1614. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seorang manusia telah meninggal, maka putuslah (terhenti) segala amalnya, kecuali tiga perkara: (1) Sedekah


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   82   83   84   85   86   87   88   89   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin