bekerjasama bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~.
kerjaya1. perjalanan atau kemajuan seseorang dlm sesuatu lapangan kehidupan: ~ Churchill sbg ahli politik; 2. profesion atau pekerjaan yg dipilih sbg cara mencari nafkah.
kerjung Kl; mengerjung memberkas, mengikat, memegang supaya tidak dapat lari (bergerak dsb).
kerkah;mengerkah menggigit (mengunyah, memakan) sesuatu yg keras: kepalanya pecah dikerkah harimau; dikerkah dia menampar pipi, dibakar dia melilit puntung prb selalu hendak membalas perbuatan jahat orang;
pengerkah; gigi ~ gigi utk mengerkah.
kerkak bunyi spt bunyi barang keras digigit atau dikunyah, kerkup.
kerkap I kerkah, kerkak.
kerkap II kerakap I.
kerkau; mengerkau mencengkam (mencengkeram) atau menggaruk dgn kuku yg panjang, mencengkam atau mencakar;
terkerkau kejang atau kerekot jarinya (spt cakar ayam).
kerlap I; berkerlapan, mengerlap bercahaya gemerlap (spt intan dll), bergemerlapan, berkilauan, mengilat: terlalu gemerlap sinarnya, ~ rupanya, cahaya kandil dan pelita itu mengerlap spt bintang di langit.
kerokot I Jw sj tumbuhan (herba), gelang (pasir), rumput beremi, segan jantan, Portulaca oleracea.
kerokot IIkerukut.
keron IB bp (gambar) mahkota.
keroncang ark kerajang.
keroncong I = berkeroncong, berkeroncongan1. berbunyi spt bunyi loceng kecil (giring-giring); 2. berbunyi dlm perut (kerana lapar): makanan masih belum dihidangkan dan perut masing-masing sudah berkeroncong.
keroncong II lagu atau irama lagu Melayu (rentak lama);
keroncong III = gelang ~ gelang kaki yg padanya terlekat giring-giring (loceng-loceng kecil): penari-penari yg memakai gelang ~ sedang menari dgn rancaknya;
berkeroncong memakai gelang keroncong.
keroncong IV ruang atau kurungan di sebelah dalam bubu (perangkap ikan); ikan dlm ~ prb sudah tertangkap atau terperangkap (tidak dapat ditolong lagi);
mengeroncongkan; ~ bibir memuncungkan bibir (spt orang sedang mengeluarkan asap rokok yg berkepul-kepul dr mulut).
keroncor sj ketam jantan yg besar (yg betina disebut belangkas), Limulus moluccanus; spt ~ dgn belangkas prb sangat mesra atau kasih-mengasihi (bkn persahabatan atau percintaan).
kerong-kerong (kérong-kérong) 1. sj ikan laut, Plectorhyncus cuvieri (diagramma); 2. sj ikan laut, Therapon jarbua (theraps);habis umpan ~ tak dapat prb usaha (perbuatan) yg mendatangkan kerugian.
kerongkong = kerongkongan1. saluran pd leher yg melaluinya makanan masuk ke perut: makanan ditelan masuk ke dlm perut melalui ~; 2. halkum, lekum, tenggorok: belum basah ~ku belum minum seteguk air pun; berair ~ku ada rezeki untukku; kering ~ menasihati dia puas sudah menasihati dia;rongkong I.
berkerongsang memakai (tersemat dgn) kerongsang: gigi yg bersumbi emas, baju yg ~ berlian.
kerongsong kelongsong.
kerontang ark; kering-~ kering-kelontang;kering I.
kerop (kérop) Sb bulu mata palsu: ~ yg lebat, hitam, dan lentik dapat menambahkan kecantikan paras muka seseorang.
keropak daun lontar yg bertulis (naskhah lama di Jawa dan Bali).
keropas; ~-kerapis a) bermacam-macam barang kecil yg tidak ada nilainya; b) membuat kerja-kerja kecil (yg tidak berapa berguna).
keropeh (keropéh) Kl sisa makanan.
keropeng (keropéng) selaput yg kering pd kudis atau luka;
mengeropeng mengopek keropeng (dr kudis, luka yg sudah kering, dll); keruping, kuping II.
keropok I Mn; sekeropok sekelompok, setompok.
keropok II Jk keropong, kosong, tidak berisi, kropok.
keropok III1. sj makanan yg dibuat drpd adunan tepung sagu dgn ikan (udang dll) yg telah dilumatkan dan dihiris nipis-nipis dan dijemur sebelum digoreng berkeping-keping;2. hirisan kulit kerbau atau lembu yg dikeringkan dan digoreng.
~ lekor sj keropok basah berbentuk torak yg dihiris sebelum digoreng.
keropong Jk kosong, gerohong, tidak berisi.
keropos1. Jw tidak padu (padat), berongga-rongga;2. Id mengembang atau menjadi nipis kerana panas (bkn udara).
kerosangkerongsang.
kerosek (kerosék) I bunyi spt bunyi beras dikosek.
kerosek (kerosék) II Kd Pl cari.
kerosin (kérosin) minyak tanah (yg telah dijernihkan dan digunakan sbg bahan api), minyak gas.
kerosok I bunyi spt bunyi daun kering dipijak;
berkerosok, mengerosok berbunyi spt bunyi daun kering dipijak.
kerosok II; tembakau ~ daun tembakau kering.
kerosok III sj ikan laut, Monocanthus choirocephalus; ~ padi sj ikan laut, Alutera monoceps (scripta).
kerosong kulit ular (yg tanggal dr badan ular yg bertukar kulit), kelongsong, selumur;
mengerosong mengelupas (kulit).
kerosot Kd kusut, kerusut.
kerotok sj loceng drpd kayu (dikenakan pd leher kerbau atau lembu), kerunting.
kerotot berkerut-kerut serta berlubang-lubang atau bergigi-gigi (bkn kikir, kulit limau purut, dll).
keroyok; mengeroyok menyerbu (merempuh, menyerang) beramai-ramai: ia mendapat luka-luka kerana dlm perebutan barang-barang rombengan itu, ia dikeroyok oleh saingan-saingannya;
keroyokan rempuhan atau serangan beramai-ramai, serbuan (oleh orang yg tidak sedikit bilangannya), pergaduhan (perkelahian) beramai-ramai;
pengeroyokan perihal atau perbuatan mengeroyok;
pengeroyok orang yg mengeroyok.
kerpai sj bekas utk diisi ubat bedil, kernu.
kerpak1. bunyi spt bunyi ranting patah;2. sj alat drpd buluh yg dibunyikan dgn menarik tali (utk menakutkan burung di sawah).
kerpas bunyi spt bunyi orang atau binatang besar melalui semak-semak.
kerpasan (Geog) hujan, hujan batu, salji dsb yg terhasil drpd pemeluwapan wap air di udara yg jatuh ke permukaan bumi.
kerpik bunyi kayu dll patah (spt bunyi kerpak).
kerpis bunyi seakan-akan kerpas tetapi lebih lembut.
kerpuk bunyi seakan-akan bunyi kerpak.
kerpus I bumbung rumah yg diturap.
kerpus II IB bp rumah kurungan bagi askar;
dikerpus dikurung sbg hukuman (bagi askar).
kersai berderai-derai, tidak lembik melekat (bkn nasi dll), berbutir gembur (tidak berketul-ketul atau bergumpal-gumpal).
kersak bunyi spt bunyi rumput kering dipijak atau daun kering bergeseran.
kersang1. kering dan tidak subur (bkn tanah);2. tegak kaku (bkn rambut); gersang.
kersani; besi ~ sl besi yg baik mutunya (berasal dr Khorasan di Parsi).
kersau Pn keriting.
kersik I pasir kasar, batu kerikil yg halus-halus, gersik; melekatkan (menampalkan) ~ ke buluh prb sesuatu yg dikerjakan dgn bersusah payah tetapi sia-sia; spt ~ di pulau prb terlalu banyak (bkn benda-benda kecil spt buah-buahan yg bertaburan dll).
kersik II bunyi spt bunyi daun kering bergeseran;
berkersik berbunyi spt bunyi daun kering bergeseran;
berkersik-kersik mengeluarkan bunyi atau berbunyi kersik berulang kali.
kersing kereseng.
kersip kerlip, kedip, kerdip.
kersuk bunyi spt kersak tetapi lebih kuat.
kersul kersang.
kertah sj ketam darat.
kertak bunyi spt bunyi lantai papan dipijak atau bunyi dahan patah; ~-kertuk berbunyi kertak berkali-kali;
berkertak;~ gigi menggeserkan atau tergeser gigi dgn gigi hingga menyebabkan bunyi kertak-kertuk.
kertang I = berkertang kotor disebabkan sesuatu yg melekat: kainnya ~ kena darah ayam.
mengertang memukul tin kosong dll (hingga berbunyi tang);
mengertangkan; ~ perisai menangkiskan perisai.
kertang III; ikan ~ sj ikan laut, Epinephelus spp.;pertang.
kertap bunyi spt bunyi barang keras digigit atau daun pintu ditutup; ~-kertup berbunyi kertap berkali-kali;
berkertap berbunyi kertap: giginya~.
kertas I1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi);
~ akhbar kertas yg kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan utk mencetak akhbar; ~ bunga sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; ~bungkus = ~ pembungkus; ~ dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembungkus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar ark surat khabar; ~ krep kertas bunga; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ lilin sj kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pembungkus kertas yg digunakan utk membungkus barang; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ peperiksaan a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon peperiksaan dlm mata pelajaran tertentu; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dikeluarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepentingan orang ramai); ~ rokok kertas utk menggulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); ~ undi kertas yg disediakan utk seseorang mengundi dlm sesuatu pemilihan (pilihan raya dsb); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain;
mengertas; kertas-~ arkperca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi).
kertas II bunyi spt kertas diramas-ramas (direnyuk-renyuk), kertus.
kertas III; bunga ~ sj pokok bunga (warna bunganya merah, kuning, dll), Bougainvillea spp.
kertatuk1. sj ikan laut, kertang, Ichthyoscopus lebeck (inermis), Uranoscopus lebeck; 2. sj ikan laut, Batrachus gangena.
kertau sj tumbuhan (pokok dan buahnya, yg daunnya dijadikan makanan ulat sutera), be(be)saran, tut, Morus alba (indica).
kertik bunyi spt bunyi ranting kering dipijak (atau patah dipijak), bunyi detik jam.
kerting bunyi spt bunyi wang logam (duit syiling) jatuh ke batu.
kertip bunyi yg lebih lemah drpd kertap.
kertuk1. bunyi spt bunyi mengetuk dll; 2. sj loceng kayu (digantungkan pd leher lembu atau kerbau), kelentung(an), kerunting; 3. sj alat bunyi-bunyian yg dibuat drpd buluh dan tempurung.
kertup = ~-kertap bunyi spt bunyi orang menutup pintu dan tingkap rumah (seakan-akan kertap); ~-kertip bunyi ketukan yg tidak kuat.
kertus I tabung kecil drpd tembaga dll yg mengandungi ubat bedil dan peluru, paterum; uncang ~ sj pundi-pundi tempat menyimpan kertus (paterum).
kertus II 1. bunyi spt bunyi kertas diramas-ramas atau direnyuk-renyuk, kertas; 2. bunyi daun kering bergeseran.
keruan ketahuan, tentu; ~ sahaja bp tentu sahaja; belum ~ belum dapat ditentukan (dipastikan), belum ketahuan (diketahui); sudah ~ tempatnya sudah ketahuan (diketahui) tempatnya; tidak (tak) ~ a) tidak berketentuan (beraturan), tidak tentu hujung pangkalnya, kacau, tidak tenteram atau tidak tenang (bkn fikiran, perasaan), tidak jelas (bkn percakapan dll): hati kakang tidak lagi ~ bagai orang mabuk cendawan; b) amat sangat, bukan kepalang, tidak dapat dikawal: panas hatinya di dlm membakar tidak ~; hatinya cemburu, cemburu tak ~;
ketidakkeruanan keadaan tidak keruan; keadaan tidak tentu arah: ~ hidup manusia.
kerudut berkerut-kerut serta berlubang-lubang halus, kerotot.
keruh I1. tidak jernih (kerana mengandungi kotoran spt keladak, lumpur, dll), agak kotor (bkn air): lumpur dr lombong bijih itu menjadikan air sungai itu ~; 2. tidak menyenangkan atau menggembirakan (bkn kejadian, peristiwa, suasana, dsb), tidak cerah (bkn keadaan cuaca dll), agak muram (bkn air muka), agak kacau (kusut) atau tidak keruan (bkn perasaan dsb), tidak sopan atau tertib (bkn kata-kata dsb): Bidin terkenangkan peristiwa-peristiwa ~ yg telah berlaku pd dirinya; cuaca cerah dan udara tenang telah berubah menjadi ~ dan malap; air muka yg ~ dan sedih; bahasanya ~ bahasanya tidak sopan (tertib); jejaknya ~ Mn asal keturunannya atau perbuatannya yg sudah-sudah kurang baik; ~-~ kerak keruh sedikit (bkn air); buang yg ~ ambil yg jernih prb lupakan perkara atau peristiwa yg tidak baik dan ambil (ingatkan) yg baik-baik sahaja;
mengeruh menjadi keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll);
mengeruhkan menjadikan atau menyebabkan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti;
kekeruhan keadaan atau sifat keruh, keadaan tidak jernih (tidak menyenangkan dll): ada sesuatu ~ dlm suasana rumah tangga Zarina; ~ air itu disebabkan oleh kotoran yg terkandung di dlmnya; ~ air mukanya menunjukkan ada sesuatu yg kurang baik telah berlaku.
keruh II dengkur, dengus;
berkeruh, mengeruh berdengkur, mendengus: malam itu Bujal tidur dgn nyenyaknya sambil mengeruh keras.
keruh III;~ bumi sl sj ukuran jarak jauh (kira-kira dua hingga tiga batu atau tiga hingga lima kilometer): kira-kira empat ~ bumi jauhnya berjalan, datanglah pd suatu sungai.