K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə22/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   18   19   20   21   22   23   24   25   ...   42

berkeras 1. tidak berganjak drpd pendirian (kemahuan dsb), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot: kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; 2. bertindak (bersikap) keras: kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa;

~ batang leher keras batang leher; ~ hati keras hati; ~ hidung keras hidung; ~ kepala keras kepala;

berkeras-kerasan sama-sama enggan berlemah lembut atau bertolak ansur (dlm pertengkaran, perkelahian, dll);

bersikeras berkeras, mengotot;

mengeras 1. menjadi keras (tidak lembut, tidak lemah lembut, dsb): lama-kelamaan kalsium karbonat yg di lapisan luar ~ dan membentuk batu kapur; sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap melembut dan ~; 2. tidak mahu bertolak ansur, berkeras;

mengerasi 1. memaksa, menggagahi: maka dikerasi oleh tuanku Dato’ Batin Alam suruh ia memukat juga; 2. bertindak (bersikap) keras kpd, memperlakukan dgn keras (dgn menggunakan paksaan): Esah cukup berjaga-jaga agar tidak pula tertipu ataupun dikerasi oleh anak muda itu; keras-~ berkeras-kerasan;

mengeraskan 1. menjadikan keras (tidak lembik): ~ tanah liat menjadi periuk belanga, batu bata, dll; 2. ki menguatkan, menyaringkan (suara), memperhebat (tindakan, sikap, dsb), menggiatkan (usaha), memperteguh (azam, cita-cita, dsb): Cikgu Hashim bertanya dgn suara yg agak dikeraskan; ~ hati menabahkan (memberanikan) hati; 3. memaksa: ia ~ budak itu tinggal bersamanya;

memperkeras menjadikan bertambah keras (kuat, teguh, giat, hebat, dll): perasaan malu umumnya diperkeras oleh sesuatu pendidikan atau adat;

terkeras terkuat (bkn suara, bunyi), terkasar (bkn tindakan, sikap, dll): suaranya sekali ini agak ~ sedikit;

kekerasan perihal (sifat dsb) keras (dlm berbagai-bagai erti spt kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dll), paksaan (dlm sesuatu tindakan): dgn ~ sukar dicapai penyelesaian; kumpulan jahat yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah dapat ditumpaskan;

pengerasan perihal mengeraskan atau mengerasi (tindakan keras, pemaksaan, dll);

pengeras 1. jampi utk memperkuat diri atau utk menakutkan (memaksa, menundukkan) orang; 2. bayaran kpd pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya; 3. alat utk mengeraskan atau menguatkan (suara dll); 4. sesuatu (spt jarum, duit syiling, dll) yg diberikan kpd tukang urut atau bomoh selepas berurut atau berubat dengannya (sbg imbalan);

berpengeraskan menggunakan sesuatu sbg pengeras: dgn hanya ~ duit tujuh sen dan sebatang jarum tembaga.

keras II; ~ tulang Jw sj tumbuhan (herba), manik, muni, rami hutan, sambau paya, sembau, sigueh putih, Chloranthus officinalis; buah ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), buah keminbing, kemiri, Aleurites moluccana; buah ~ laut sj tumbuhan (pokok), baru-baru, baru laut, waru, Thespesia populnea; bagai buah ~ di dalam sekul prb percakapan yg kelam-kabut.

keras III; ~ ekor sj ikan laut, Megalaspis cordyla.

keras IV; ~-leras sj kuih.

kerasan Jw tahan (mendiami sesuatu tempat), betah: aku tidak ~ tinggal di sini.

kerat I 1. bahagian (drpd sesuatu), potong, penggal: tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga ~ semuanya; se~ dawai sepotong dawai; tulang empat ~ anggota (kaki dgn tangan); (dgn) tulang delapan ~ (dgn) tubuh dan anggota sahaja; se~ jalan sebahagian jalan (belum sampai ke penghabisan jalan atau perjalanan): kemenangan kita di Rusia ialah kemenangan se~ jalan; 2. (digunakan utk menegaskan sedikitnya bilangannya): orang Melayu tidak harus berpuas hati dgn empat lima ~ sahaja yg berjaya dlm lapangan perniagaan; berapa ~ antara mereka itu yg benar-benar sanggup berkorban;

berkerat telah atau sudah dikerat: batang ubi yg ~ itu diikatnya dlm dua berkas; ~ rotan memutuskan tali persahabatan (persaudaraan);

mengerat memotong, memenggal, memancung (kepala): maka dikerat pusatnya, dibedung dgn kain yg keemasan; dahan kayu itu dikerat-keratnya menjadi beberapa potong; ~ batang padi; ~ kepala, ~ leher memenggal kepala; ~ lidah menyampuk atau menyelangi perkataan (percakapan) orang;

terkerat terpotong (kayu, jari, dll), terpenggal (kepala), terhenti (percakapan, perbualan) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar;

keratan bahagian drpd sesuatu yg telah dikerat, bahagian (drpd sesuatu), irisan, penggalan, potongan: ~-~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya; ~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yg mengandungi berita atau siaran tertentu) yg dipotong drpd sesuatu halaman surat khabar.

kerat II bunyi spt bunyi tupai mengunggis benda yg keras.

kerat III; ~ telunjuk sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir, Canarium rufum.

keratabasa Jw ark penjelasan (penerangan) erti perkataan dgn berdasarkan tafsiran atau huraian tentang bunyi atau suku kata yg terdapat pd perkataan itu.

keratangkertang III.

keratau sj tumbuhan (pokok dan buahnya);kertau.

keratin (kératin) (Bio) sj protein yg terdapat pd kuku, tanduk, sisik, dan lapisan luar kulit.

kerating sj tumbuhan (pokok memanjat), akar (tongkat) ali, akar dedingin, akar restung, akar tanding, itah (ubi) besi, kelih, Smilax myosoti fiora.

keraton Jw istana raja: bahasa ~ bahasa istana.

kerau I; bakul ~ sj bakul yg dianyam drpd bilah-bilah buluh.

kerau II Kd keras kerana belum masak betul (bkn buah).

kerawai I sj tebuan (sarangnya dibuat drpd tanah).

kerawai II sj tumbuhan (pokok menjalar yg daunnya dijadikan baja), Mucina pruriens.

kerawak; tupai ~ sj tupai besar yg berbulu merah, Sciurus bicolor.

kerawang (ukiran, tenunan, sulaman) yg berlubang-lubang: kanak-kanak perempuan hendaklah dilatih memilih warna dan membuat ~;

berkerawang berukir (bertenun, bertekat) dgn kerawang: kerisnya jalak jantan, ~ di pangkalnya;

mengerawang membuat (menenun, menekat, mengukir) kerawang; ~ langit mengangan-angankan yg bukan-bukan, mengelamun.

kerawat I tali drpd kulit atau rotan (utk membebat beliung dll), simpai (tali) rotan; makan ~ sangat miskin.

kerawat II Kd kawat berduri.

kerawit; ~ bintil akar sj cacing yg merosakkan pokok; cacing ~ sj cacing halus (terdapat dlm perut), Enterobius vermicularis.

kerayung sj tumbuhan (pokok), beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, kedaung, kedawang, Parkia javanica; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar asam riang, akar iang-iang, akar yang-yang, Vitis hastata.

kerbang sj tumbuhan (pokok yg kulitnya dibuat tali), Artocarpus elastica.

kerbat I; mengerbat mengikat dgn membelit-belit, mengebat.

kerbat II sl sj pundi-pundi drpd kulit (utk diisi air), kirbat.

kerbau I sj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam-hitaman), Bos bubalus;

~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-merahan; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ bintang kerbau yg berbintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peliharaan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang;

~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb tercengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~ , dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah ditepati; laksana ~ , di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb menghalang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb menolong orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahuan orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu;

berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya.

kerbau II; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput ala negeri, rumput pahit, Paspalum conjugatum; rumput ~ derapah sj tumbuhan (pokok renek), kacang kayu betina, Desmodium heterocarpum (polycarpum).

kerbuk ark; mengerbuk menebuk, menggerek: nyiur dikerbuk tupai.

kercap = ~-kercip = ~-kercup bunyi orang mengecap masakan (makanan).

kercau I bunyi spt bunyi orang bermain dlm air.

kercau II kaku (anggota), kejang, kejur.

kercing I ark; mengercingkan memejamkan, memicingkan: ~ mata.

kercing II sj ikan kaut, Lethrinus miniatus.

kercip; kercap-~; kercap.

kercit; ark mengercitkan mengelipkan, mengedipkan, mengejapkan; ~ mata mengelipkan mata.

kercup; kercap-~; kercap.

kercut sj tumbuhan (rumput), daunnya dibuat tikar dll, kumbuh, mansiang agam, mansiro hitam (kambuih), rumput kerecut, rumput kumbar, Scirpus mucronatus.

kerdak 1. benda halus (spt hampas kopi, kotoran, dsb) yg mengendap (mendak) ke bahagian bawah air atau cecair (atau ke dasar sesuatu bekas), keladak, endap-endap; 2. barang-barang yg rendah nilainya.

kerdam bunyi kuat yg bergema (spt bunyi barang berat terhempas);  kerdum.

kerdan; aras ~; aras III.

kerdaskeredas.

kerdil sentiasa kecil (tidak mahu besar), terencat tumbuhnya (bkn orang, binatang, dll): ayam ~; orang ~;

mengerdilkan menjadikan kerdil, mengecil-ngecilkan atau menganggap sesuatu kurang penting: kita dgn sengaja ~ sastera kita;

kekerdilan perihal (keadaan) kerdil.

kerdip; berkerdip berkedip, berkelip (mata, lampu neon, dll);

berkerdipan berkelipan atau berkedip secara berterusan;

mengerdip berkedip (bkn mata, lampu dll): hanya kelihatan bintang-bintang ~ di langit bersih;

mengerdipkan mengelipkan (mata), menggerakkan kelopak mata (ke atas dan ke bawah): ~ mata;

kerdipan; ~ mata kedipan mata;  kedip, kelip I.

kerdom Id, bp; berkerdom, berkerdom-kerdom memaki-maki;

mengerdomkan memaki.

kerdum bunyi bergaung (bergema); kerdam.

kerduskardus.

kerdutkedut, kerut.

kere (keré) bidai;  kerai I.

kerebok (kerébok) mengerebok menembuk, mengoyakkan;  kerobek, kerabit.

kerecakkeracak.

kereceng (kerécéng); mengerecengkan; ~ mata mengerdip-ngerdipkan mata (mengejap-ngejapkan mata);  keceng.

keredak kotoran yg sudah kering dan melekat pd sesuatu.

keredas 1. = ~ antan = ~ padi sj tumbuhan (pokok), buah pelung, geredas padi, Pithecellobium bubalinum; 2. = ~ api (ayam, belalang, padi) sj tumbuhan (pokok), Pithecellobium microcarpum.

keredep (kerédép) Jk; berkeredep, mengeredep berkelip-kelip, berkilau-kilau.

keredong (kerédong) Jk selubung;

berkeredong berselubung.

kerejut; berkerejut Pr berkedut (bkn kain atau kulit).

kerek (kerék) Kl 1. rapat (tidak renggang); 2. kerap, selalu, berulang kali.

kerek (kérék) I sj roda yg memakai tali atau rantai (utk menaikkan atau menurunkan barang-barang berat), kapi, takal;

mengerek menggunakan kerek utk menaikkan (menurunkan) barang;

kerekan kerek, kapi, takal.

kerek (kérék) II sepuluh kerat gula enau (nira kabung).

kerekau Kd cari, hendak mendapat.

kereket (kerékét); berkereket berbunyi spt lantai buluh atau papan dipijak-pijak.

kerekot (kerékot) I 1. bengkok-bengkok (bkn jari dll); 2. berkerut-kerut (tidak rata dan licin), menjadi kerukut (bkn lantai).

kerekot (kerékot) II sangat kedekut (bakhil).

kerekot (kerékot) III; mengerekot berbaring dgn merapatkan tangan dan kaki ke tubuh (kerana sakit atau kesejukan): Bujal ~ macam udang; pd malam yg sejuk itu dia tidur ~ dgn berselimutkan sehelai kain biasa;

mengerekotkan merapatkan tangan dan kaki rapat ke tubuh (kerana sakit atau kesejukan).

kerekup kerukup.

keremkeram.

keremak sj tumbuhan (rumpai), kermak, kermak bukit, bayam pasir (tanah), daun serapati, kelama hijau, kerak nasi paya, kernau, ketung pulut, rumput kulang pulut, Alternanthera triandra (sessilis); ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (rumpai), ari(ng)-aring, rumput kuning putih, urang-uring, Eclipta alba; ~ rusa sj tumbuhan (herba), lutut ayam, Mygrophila quadrivalvis; ~ susu sj tumbuhan (herba) ara tanah, gelang susu, Euphorbia hirta; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kangkung laut, akar lanar, keledek hutan, Ipomea digitata.

keremangka sj tumbuhan (pokok), cakmau, caman, camau, cemah, pati belalang, sejuang hutan, Dracaena maingayi.

keremi cacing kerawit.

keremot (kerémot) ark  keremut.

kerempagi sj pisau cukur, pisau lipat.

kerempung ark perut bahagian bawah.

keremuntingkemunting.

keremut berkedut-kedut (muka), berkerut-kerut.

keren (kerén) Jk tampak berani serta tangkas, garang dan suka melawan, lekas marah, lekas berlari dgn pantas (bkn kuda dll).

kerenah (kerénah) ragam, tingkah laku, kemahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai formaliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan.

kerenam sj tumbuhan (pokok), kenidai, punai, sebasah (bukit), Antidesma cuspidatum.

kerenan 1. = ~ makan sj tumbuhan (pokok renek), cenderai gajah, kenidai babi, kenidai samak jambu, Bridelia stipularis; 2. sj tumbuhan (pokok), kenidai (jantan), Bridelia monoica.

kerencang bunyi spt bunyi besi (rantai, wang logam) berhantukan atau bersentuhan.

kerencat terencat  rencat.

kerencingkerencang.

kerencung I sj tumbuhan (herba), daun sejuk, ganti batang, rajah bangun, teres, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum (calycium).

kerencung II bunyi seakan-akan bunyi kerencang.

kereng Jw keras hukumnya atau perintahnya (terhadap anak dll), garang, pemarah.

kerengga sj semut yg besar dan merah, Oecophylla smaragdina.

kerenggamunggu buah pokok kepulaga (yg dijadikan rempah), buah pelaga, buah pulaga.

kerengkam sj lumut laut.

kerengkek (keréngkék) sj ikan darat, pata puling, Puntioplites fasciatus.

kerengkiang tempat menyimpan padi;  rengkiang.

kerengseng (keréngséng) I kereseng.

kerengseng (keréngséng) II corak kain;  gerengseng I.

kereniok ark Kd lima.

kerentamgerentam.

kerentat kerencat;  rencat.

kerenting bunyi denting (spt bunyi wang syiling jatuh), kerencing.

kerenyau kernyau.

kerenyeh (kerenyéh) Kd tersengih, kerisin: Amboi, senang hati dok ~.

kerenyet (kerényét) Kl tindas (pijat-pijat, kutu, dll) supaya mati, tenyeh.

kerenyot (kerényot); mengerenyot mengerutkan (memencongkan) mulut, menyeringai.

kerepaikerpai.

kerepakkerpak.

kerepas Ikerpas.

kerepas II Mn pipih, pecak;

mengerepas; ~ mata memejamkan mata, mengejapkan mata.

kerepeh (kerépéh) Kl kelebihan atau sisa lauk.

kerepek (kerépék) I ubi kayu, pisang, keladi dsb yg dihiris nipis-nipis dan digoreng.

kerepek (kerépék) II 1. sj ikan laut, Chelmon costratus; 2. sj ikan laut, Heniochus acuminatus.

kerepes (kerépés); mengerepes meraba-raba (spt orang mencari benda kecil).

kerepot (kerépot) = berkerepot berkedut-kedut, berkerut-kerut;

mengerepotkan menjadikan sesuatu berkerepot: garis-garis kedut yg ~ muka.

kerepuh; ~ taayam sj ikan laut, Caranx sexfasciatus.

keresek (kerésék) bunyi daun kering dipijak.

kereseng (keréséng) pecah kulitnya, rekah, terbuka sedikit hingga kelihatan isinya;

terkereseng; mulut ~ mulut menyeringai (mengerising, tersengih), mulut yg terbuka kerana bibir sumbing.

keresepese (kerésépesé) bp bercakap-cakap dlm bahasa Belanda;  keleseh.

keresoi = kerbang-~ Kd terurai dan kusut (rambut), menggerbang.

keresot (kerésot) kedut, kerut (pd muka atau dahi), kisut, lisut.

keret (kérét) tembok, bingkai (telaga dll).

kereta (keréta) 1. kenderaan yg memakai roda (ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin); 2. gerabak (kereta api); 3. gelendong benang jahit;

~ angin ark basikal; ~ asap kereta api; ~ baja (waja) = ~ perisai sj kereta tentera yg berlapis besi baja; ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba (utk memadamkan kebakaran); ~ jenazah = ~ mati kereta utk membawa mayat; ~ kabel kenderaan yg bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas; ~ kebal a) Id kereta baja; b) kereta berlapis besi dan berodakan rantai yg tidak dapat ditembusi peluru (digunakan dlm peperangan), teng; ~ kerbau (lembu) kereta yg ditarik oleh kerbau (lembu); ~ lereng ark basikal; ~ lumba kereta (motokar) yg digunakan dlm perlumbaan kereta; ~ makan gerabak kereta api tempat penumpang makan; ~ pakai kereta (motokar) yg dipakai oleh pemiliknya sendiri (tidak utk disewakan kpd orang lain atau utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang); ~ pelangking kereta yg berbentuk spt tandu (usungan); ~ penumpang a) gerabak kereta api tempat penumpang duduk dlm perjalanan; b) kereta (motokar) utk membawa penumpang (bukan barang); ~ perisai = ~ baja; ~ radio kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda dll; ~ sakit kereta utk membawa orang sakit, ambulans; ~ sewa = ~ tambangan kereta utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang; ~ sorong (tolak, tarik) kereta yg digerakkan dgn menyorong (menolak, menarik); ~ sport sj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja; ~ tidur gerabak kereta api tempat tidur; ~ vintaj kereta lama yg masih diminati kerana sesuatu ciri keistimewaannya, biasanya dibuat antara tahun 1917 hingga 1930;

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   18   19   20   21   22   23   24   25   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin