kecewa (kecéwa) 1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku;2. tidak berjaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~;3. sl cela, cacat;
mengecewakan1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya;2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan;
keciak; berkeciak berbunyi spt bunyi anak ayam, menciap-ciap.
kecibak = bunyi ~ bunyi spt bunyi air dipukul-pukul (ditepuk-tepuk), kecipak: semua melodi itu dicampur dgn bunyi ~ air dan keletak pendayung terkena sisi perahu masuk ke telinga Muslim;
berkecibak bergerak pantas (ikan) di permukaan air dgn bunyi kecibak: sekali-sekala ~ ikan haruan bermain di permukaan air.
kecibeling1. sj tumbuhan (pokok), Desmodium gangeticum;2. sj tumbuhan (pokok), Ruella naflera.
kecicak; berkecicak dipijak-pijak; tanah yg ~ tanah yg dipijak-pijak.
kecik bp kecil.
kecil1. tidak besar atau kurang besarnya drpd yg biasanya (seharusnya, selalunya, dsb): seorang yg berbadan ~; rumah ~; kereta ~; almari ~; mangkuk ~;2. tidak lebar, tidak luas: jalan ~; bilik ~; kawasan (daerah) ~;3. masih rendah umurnya (masih kanak-kanak): budak yg masih ~ itu janganlah dipukul;4. tidak besar modalnya atau urusan perniagaannya (perusahaannya dsb): pedagang ~; perniagaan ~; perusahaan ~;5. tidak banyak (jumlahnya dll), sedikit: sebilangan ~ sahaja pelajar yg memilih kursus tersebut; perbezaan ~; perbelanjaan ~;6. tidak penting (mustahak): perkara-perkara ~ tidak dibincangkan dlm mesyuarat itu; 7. tidak melibatkan banyak orang (pihak dsb) atau menimbulkan kesan yg sangat buruk (bkn pertengkaran, pergaduhan, perselisihan, dsb); 8. tidak rumit, tidak sukar diatasi: ada beberapa masalah dan rintangan ~ yg perlu diselesaikan dulu;9. tidak tinggi (pangkat, taraf, kedudukan); orang ~ orang bawahan, orang kebanyakan; 10. tidak kuat, halus: ketawa ~; suara ~;
~ jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa prb pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pd orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pd orang-orang muda); ~ teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak prb kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yg sukar diubah apabila telah dewasa;
sekecil-kecil(nya) paling kecil: agar dosanya dari yg sebesar-besarnya hingga kpd yg ~ diampunkan Allah;
berkecil-kecil tidak secara besar-besaran, (dgn) sedikit demi sedikit, kecil-kecilan: mereka berniaga ~;
berkecil-kecilan1. berlumba (berebut) mana yg kecil; 2. bergaul ketika masih kecil; 3. berkecil-kecil;
mengecil menjadi kecil: api pelita akan ~ apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dlm; alam fikirannya semakin ~;
mengecilkan1. menjadikan kecil, menjadikan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dsb): kita boleh ~ api dapur ini dgn serta-merta; ~ perbelanjaanmengurangkan perbelanjaan; 2. = mengecil-ngecilkan memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak berharga, dll), merendahkan, menghinakan, mengabaikan: surat kawannya yg mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya;
memperkecil1. menjadikan makin atau bertambah kecil, makin mengecilkan; 2. = memperkecil-kecil menganggap tidak penting dsb, mengecil(-ngecil)kan: peranan akhbar-akhbar dan majalah-majalah tidak dapat diperkecil;
kecilan Jk 1. lebih kecil; 2. tidak penting atau mustahak: perbuatan ~ yg melanggar peraturan protokol;
kecil-kecilan berkecil-kecil, tidak secara besar-besaran, sedikit-sedikit: memulakan perusahaan secara ~; dia baru hendak mengenal politik secara ~; serangan ~;
kekecilan1. keadaan tidak besar (saiznya, luasnya, dsb, bilangan atau jumlahnya dll); 2. keadaan tidak penting (bkn kedudukan dll): semakin terasa ~ dan kelemahan dirinya sbg hamba Tuhan;3. Jk terlalu kecil;
pengecilan perihal (perbuatan dsb) mengecilkan: pengurangan perbelanjaan awam akan melibatkan ~ peruntukan tersebut;
pengecil;kata ~ Id bentuk kata yg menyatakan kecil.
kecil hati 1. tersinggung perasaan, marah sedikit; 2. tawar hati;
kecimpung bunyi air ditepuk(-tepuk), ketimbung, ketimpung;
berkecimpung1. bermain dlm air sambil menepuk-nepuknya (hingga berbunyi); 2. menceburkan diri dlm sesuatu pergerakan (kegiatan dll), giat bergerak dlm sesuatu lapangan (usaha dll): sudah lama beliau ~ dlm lapangan drama dan persuratan;
perkecimpungan perihal berkecimpung (dlm sesuatu kegiatan dll): seharusnya ~ mereka yg telah lama dlm bidang penulisan itu akan dapat membantu mereka utk menguasai gaya bahasa itu dgn baik.
kecuali1. melainkan, selain, lain drpd: aku tidak pernah berkenalan dgn orang Jepun ~ En. Ogawa;2. yg menyimpang drpd kebiasaan, yg tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian;
berkecuali1.ada kecualinya; 2. tidak berpihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis;
mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan;
mengecualikan membebaskan (drpd penguatkuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah;
terkecuali1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik;2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah;
kekecualian, kecualian sesuatu yg menyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll, sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb);
perkecualian1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China;
pengecualian1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan.
kecubung I1. sj tumbuhan (pokok renek, yg bijinya memabukkan), Datura metel;2. = ~ hitam (putih) sj tumbuhan (herba), Datura metel (fastuosa);
~ hutan (rimba) sj tumbuhan (pokok renek), jambul siul, kayu tabat, kemantan, kematan, pisang hutan kecil, Randia macrophylla; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, kepayang air, Gardenia tentaculata; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar batu, akar perut gagak (kerbau betina), Byttneria maingayi; batu ~ sj batu permata yg berwarna spt bunga kecubung; ~ berulam ganjaprb sama-sama jahat;
berkecubung berbentuk spt bunga kecubung (spt corong atau trompet); mulut ~ a) mulut (pemuras) yg berbentuk spt trompet; b) manis mulutnya (sangat lemah lembut percakapannya).
kecubungII Kl, Tr bengkak.
kecuh;~-kecah sangat sibuk (ketika melakukan sesuatu), terburu-buru, tergesa-gesa, terkocoh-kocoh; dgn se~ dgn seketika sahaja.
keculun sj tumbuhan (pokok), Clerodendron disparifolium.
kecumik; berkecumik komat-kamit.
kecundangI = terkecundang gagal, kalah, tewas (dlm pertarungan, perlawanan), gagal: sekali ini aku terkecundang betul-betul; konsep MAPHILINDO yg menggabungkan tiga negara itu telah ~ akibat politik semasa;
kekecundangan keadaan kecundang: semoga hari-hari esok yg bakal kulalui dapat menebus ketewasan dan ~ hari ini.
kecundang II Mn hasutan;cundang II.
kecung;I mengecung menggaul atau mengocok (daun pakau): ~ dan kemudian membahagi-bahagikan daun pakau.
kecung II Kd sj bakul yg digunakan utk mengisi emping padi.
kecup = kecupan ciuman dgn melekatkan bibir;
mengecup mencium dgn melekatkan bibir pd sesuatu;
mengecupi mengecup berulang kali atau utk beberapa ketika: maka Tun Tuah pun tersenyum-senyum seraya dikecupinya akan pustakanya itu;kucup.
kecur I keluar air liur (kerana mengingini sesuatu makanan dll): melihat gulai dan panggang di atas dapur, ~ liur anak itu.
kecut I1. kering dan berkedut (bkn kulit tubuh, buah, dll), kisut, lisut (kulit tubuh), kempis (bisul): buah yg ~ dan hampir busuk; bunga yg ~; ia kelihatan masih muda, belum begitu ternampak kedut dan ~nya;2. berkerut; ~-berut Kl, Tr terlampau kecut (sayur, kulit tubuh, dll); 3. = ~ hati ki takut, gentar, gerun: ia gementar, ~ hatinya bukan main;~ perut ki (berasa) sangat takut, ngeri, gerun;
mengecut menjadi kecut (kisut, lisut), mengedut, mengecil: kain itu ~ setelah dibasuh;
mengecutkan1. menyebabkan kecut (kisut, lisut), mengedutkan, mengerutkan: ubat ini boleh ~ bisul dgn segera;2. = ~ hati menakutkan, menggentarkan, menggerunkan, mengerikan: di sana kami mendengar berita-berita yg ~; kejadian-kejadian ngeri yg ~ hati;
kekecutan perihal kecut;
pengecutan perihal atau perbuatan mengecut(kan): ~ otot rambut membuat rambut berdiri lebih tegak;
pengecut orang yg tidak berani melakukan atau menghadapi sesuatu situasi (tugas dsb), penakut: yg ~ sudah lama lari; ~-~ yg tak boleh diharap.
kecut II; berkecut-kecut mengeluarkan bunyi spt bunyi roda yg tidak lancar putarannya (kerana kekurangan minyak).
kecut III Jk masam.
kedabu sj tumbuhan (pokok), Sonneratia ovata.
kedada;~ bukit sj tumbuhan (pokok), berombong hutan, kendada, Duabanga sonneratioides.
kedadahkedadak (sj penyakit), taun, cika.
kedadak I penyakit yg menyebabkan selalu buang-buang air dan muntah-muntah, penyakit taun, cika.
Kedah II negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 9479 km2, Alor Setar sbg ibu negeri.
kedai bangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko; rumah ~ bangunan tempat tinggal dan juga berniaga;
~ bar kedai tempat menjual minuman keras; ~ kopi kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih; ~ lesen gerai tempat menjual makanan dan minuman; ~ makan kedai tempat menjual makanan (nasi dll); ~ minyak kedai tempat menjual minyak petrol; ~ pajak pajak gadai; ~ runcit kedai yg menjual barang-barang sedikit-sedikit kpd pengguna; ~ serbaneka kedai yg menjual aneka jenis barang; ~ urup-urup tempat menukar wang;
berkedai1. membeli-belah di kedai; 2. mempunyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai: tidak banyak orang Melayu yg ~ di sana; ~ kopi menjual minuman dan kuih-kuih di kedai;
mengedaikan menunjukkan (mempamerkan) barang-barang dagangan: di pasar telah disediakan tempat ~ barang-barang itu;
terkedai telah dikedaikan, telah dipamerkan (bkn barang-barang dagangan dll): barang lukisan dan ukiran, sekaliannya ~ dgn permainya;
kedaian1. tempat berkedai; 2. almari dll tempat mempamerkan barang-barang dagangan: mereka melihat-lihat barang-barang yg tersusun dgn baik dlm tiap-tiap ~;
perkedaian1. perihal berkedai; 2. tempat berkedai, 3. sj tempat di kedai utk mempamerkan barang-barang dagangan; 4. barang yg dikedaikan (dipamerkan);
pekedai penjual di kedai, orang yg berkedai; ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan.
kedak;lintang-~ ;lintang.
kedal1. sj penyakit kulit (yg membuat kulit bertelau-telau atau berbelang-belang); 2. bertelau-telau (berbelang-belang) putih pd kulit: Raja China pun sakit, lalu ~ semuanya tubuh baginda;
~ anjing telau (belang-belang) kecil pd kulit (kerana penyakit kusta); ~ gajah kedal yg menimbulkan telau (belang-belang) besar; ~ tulah sl kedal yg menghinggapi seseorang kerana kedaulatan raja: telah pagi hari dilihatnya puteri itu ~ tulah sebab dijamah baginda itu;menggetil puncak ~ orang prb menyakiti hati orang dgn sindiran atau perbuatan;
berkedal Mn dihinggapi penyakit kedal, bertelau-telau; muka licin, ekor ~ prb a) baik pd lahirnya sahaja (tidak pd batinnya); b) pd lahirnya hidup mewah tetapi sebenarnya banyak hutang.
kedaluwarsa sudah tiba waktunya (utk membuat tuntutan dll), habis tempoh.
kedamba1. sj tumbuhan (pokok), kedumba, mengkal, sebuta, Nauclea subdita;2. sj tumbuhan (pokok memanjat), Rhynchodia rhynchosperma.
kedampang sj tumbuhan (pokok), rongga jantan, Sterculia parviflora.
kedana papa, miskin: kerana kegagalan perniagaannya, dia jatuh ~.
kedang I terentang, terhulur lurus (tangan dll);
mengedangkan menghulurkan (tangan dll) lurus-lurus, mengejangkan (tangan dll), meluruskan (tangan dll): maka tangan kanan dikedangkannya serta menyembah;
terkedang terbaring mengunjur, terkejur: Tuk Wan ~ di atas tilam buruk dlm bilik di anjung dapur; gedang II.
kedang II Mn; mengedang membuang air nasi supaya cepat masak (atau tidak terlalu lembik).
kedanga;~ hutan sj tumbuhan (pokok), Horsfieldia globularia.
kedangkai sj tumbuhan.
kedangkang lingkungan besi yg melindungi pemantik senapang.
kedayan I sl pengiring, hamba: Adipati dan segala ~nya berjalan di hadapan Raden Wira Nantaja.
Kedayan II suku kaum peribumi di Sabah, Sarawak dan Brunei, yg termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, yg tinggal di pedalaman, kuat berpegang pd adat, spt mencacah badan dgn berbagai-bagai bentuk gambar, menindik cuping telinga dan memakai gelang timah atau tembaga yg agak berat sejak dr kecil lagi.
kededek (kedédék) = berkededek Kl berlebihan (kerana tidak habis dimakan atau dijual): makanan dan gulai di rumahnya ~.
kedek (kédék); kedek-kedek = terkedek-kedek;
mengedek-ngedek menggoyang-goyangkan tubuh ketika berjalan (spt itik);
terkedek-kedek (berjalan atau berlari) tergoyang-goyang (spt itik): anak itu menggelengkan kepalanya sungguh-sungguh dan cepat-cepat lari ~.
kedekai, kedekak, kedeki, kedekik sj tumbuhan (pokok dan buahnya dibuat ubat), Terminalia chebula.
kedeking terlalu keras (kuih dll).
kedekut sangat berkira-kira hendak membelanjakan wang, bakhil, kikir, lokek, pelit: ~ benar ayahnya, tidak mudah memberinya wang.
kedelai1. = kacang ~ sj kacang (bijinya dibuat tempe atau kicap), kacang soya, Glycine max;2. sj tumbuhan (pokok), jelai, Alphania paucijuga.
kedelamkemendelam.
kedelikedelai.
kedemah;pokok ~ sj tumbuhan (herba), rumput lumur, seketan, Ophiorrhiza singaporensis.
kedempung II rosak kerana dimakan ulat (bkn buah-buahan); spt (laksana) buah ~, di luar berisi di dlm kosong prb orang yg bongkak (cakapnya besar tetapi tidak berisi).
kedemut;ikan ~ sj ikan laut, Caranx spp.
kedengkang bunyi spt bunyi tong atau besi dipukul.
kedi1. orang yg spt laki-laki atau perempuan tetapi tidak sempurna sifat kelaki-lakian atau keperempuanannya, banci, pondan, papak; 2. perempuan yg tidak datang haid sama sekali.
kedi (kédi) orang yg membawa kayu golf dan peralatan lain utk pemain golf.
kedian bp kemudian.
kedidi sj burung, kepala besar, kepala rapang;
~ besar sj burung, Pluvialis squatarola; ~ kelicap = ~ pasir, sj burung, Actitis hypoleucos; ~ padang sj burung, Glareola pranticola; ~ pantai sj burung, kaki dian, Charadrius alexandrinus;laksana ~, di mana pantai terjengget-jengget (tercunggit-cunggit) prb orang yg sentiasa tidak tetap kelakuannya;