kekgi Tr sebentar lagi, sekejap lagi: ~ cik baliklah dr kedai Jusoh.
keki (kéki) Jk 1. berasa tidak senang (tidak gembira) melihat hal atau kelakuan orang lain: saya ~ melihat kelakuannya;2. (berasa) iri hati.
kekili1. lingkaran kecil rotan yg dicucukkan pd hidung kerbau, kili-kili; 2. sj gelendong, alat utk menggulung tali pancing dll, kili-kili.
kekisi1. jeruji, terali, kisi-kisi; 2. (Kim) susunan atom, ion, atau molekul dlm tiga dimensi yg tetap, spt yg terdapat dlm hablur; ~ hablur kekisi yg membentuk struktur hablur akibat susunan atom, ion, atau molekul.
kekmo (kékmo) Kl saya.
keknya (kéknya) Kl tetapi: saya boleh pergi ~ awak mestilah menunggu saya.
kekok (kékok) 1. kaku ketika berbuat sesuatu (kerana belum biasa), tidak lembut atau tidak kemas gerak-gerinya, canggung: kulihat ~ sahaja ia berjalan bergandingan dgn isterinya;2. sukar menggunakannya (bkn alat dll); 3. Mn = ~ akal ki tidak jujur, busuk hati.
kekekokan perihal (keadaan) kekok: jelas ada ~ dlm hubungan suami isteri itu.
kekoleh (kekoléh) sj penganan;koleh.
kekolong gelung-gelung drpd rotan (logam dll); kolong II.
kekong (kékong) Kl, Tr; mengekong mengangkat atau mendukung (budak) di belakang atau di atas bahu.
k-ekonomi ekonomi yg berasaskan pengetahuan, iaitu penggunaan ilmu dan teknologi yg lebih intensif dan meluas dlm semua sektor ekonomi serta dlm pengurusan awam dan korporat: dlm usaha negara menuju ke arah ~, tentu sekali perbelanjaan kerajaan dlm memajukan sektor IT akan bertambah secara berterusan.
kekorok kerongkongan, korok-korok.
kekot (kékot); mengekot merapatkan paha dan tangan ke badan (spt orang kesejukan dll), merekot.
kekpong (kékpong) Kl mendukung atau mengangkat (budak) di pinggang.
kekuda kuda-kuda.
kekudung tudung kepala, kain utk menutup kepala (perempuan);kudung II.
kekumakuma-kuma.
kekumuskemukus.
kekunci butang yg mewakili abjad dan nombor-nombor yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer.
kekunyit I kunyit-kunyit (ikan).
kekunyit II sj burung;kunyit II.
kekunyit III1. sj tumbuhan (pokok memanjat), mengkunyit, merkunyit, Coscinium blumeanum; 2. sj tumbuhan (pokok memanjat);kunyit-kunyit II.
kekurakura-kura.
kekwa (kékwa) sj tumbuhan dan bunganya, Chrysanthemum spp.
kelab1. perkumpulan, persatuan; ~ belia perkumpulan pemuda dan pemudi; 2. bangunan tempat ahli-ahli persatuan berkumpul (bermesyuarat, bersenang-senang, dll): suaminya pergi bermesyuarat di ~; ~ malam tempat hiburan (dgn minum-minum, berdansa, dll) yg dibuka pd waktu malam.
kelabakan Jk 1. menggelepar-gelepar (spt ayam yg disembelih); 2. kebingungan (spt orang dlm kesusahan).
kelabang Jw lipan;
mengelabang mendandan (menjalin) rambut;
kelabangan dandanan (jalinan) rambut.
kelabat I sj tumbuhan (herba), halba, Trigonella foenumgraecum.
kelabat II Br sj monyet besar, mawas, orang hutan.
kelabau sj ikan darat, Osteochilus melanopleura.
Kelabit suku kaum peribumi Sarawak, yg termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, tinggal di pedalaman, yg amat mementingkan perhiasan berasaskan manik, menanam padi dan menghasilkan padi bermutu yg dikenali sbg beras Bario.
kelabu 1. warna spt abu; 2. ki suram, tidak ceria: perasaannya tetap ~;
mengelabui = ~ mata ki menyelindungkan keburukan (kecurangan dll) drpd pengetahuan umum, mengelirukan atau menyesatkan perhatian orang (dgn menggunakan muslihat), mengabui (mata), memperdaya, menipu: memang ada cara-cara utk ~ orang-orang asing sehingga mereka tidak dapat menangkap apa yg dimaksudkan;
mengelabukan menjadikan berwarna kelabu, mewarnai dgn warna kelabu;
kekelabuan keadaan kelabu;
kekelabu-kelabuan seakan-akan warna kelabu, agak kelabu: cerobong asap berwarna coklat tua dan ~.
kelabut; berkelabut kelam-kabut, tidak tentu arah: ~ kelekatu terbang dan hinggap di lampu itu; ~ asap rokok keluar dihembuskannya.
keladak hampas (kotoran dll) yg mendap ke bawah air;
~minyak (kopi dll) hampas minyak (kopi dll) yg mendap ke bawah; ~ perut a) najis (tahi) yg akhir sekali keluar dr orang yg akan meninggal; b) ki anak yg penghabisan;
berkeladak mengandungi keladak, kotor kerana keladak: air kapur dlm balang itu ~.
keladan sj tumbuhan (pokok), kuras, Dryobalanops oblongifolia.
keladi1. sj tumbuhan (herba yg ubinya boleh digoreng atau digulai), talas; ~ babi = ~ cina = ~ telur = ~ udang = birah ~ sj keladi, Colocasia antiquorum; ~ cali = ~ cantik = ~ hitam = ~ rimau = ~ ular sj keladi, birah hitam, birah kijang, Alocasia denudata; ~ sebaring sj keladi birah, Alocasia indica;2. sj tumbuhan (herba yg banyak macamnya);
~ air sj tumbuhan (herba), kelipuk padang, Sagittaria guayanensis; ~ bukit sj tumbuhan (herba), mata bisul, mata udang, selimpat air, senjuang hutan, Aglaonema pictum; ~ bunting sj tumbuhan dlm air, bunga jamban, kemeling telur, Eichhornia crassipes; ~ moyang sj tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp.; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), birah kecil, Typhonium spp.; akar ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang rimba, Vitis gracilis; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bukit, rumput kurau, rumput tahi kerbau, Fimbristylis miliacea;
air di daun ~ = daun ~ dimandikan prb sukar ditunjuk ajar atau dinasihati; spt birah dgn ~ prb hampir sama sahaja.
kelah I;ikan ~ sj ikan darat, Tor spp.
kelah II IB; pengaduan, tuduhan, dakwaan;
mengelah melaporkan atau mengadukan (sesuatu kpd pihak berkuasa), membuat pengaduan, menuduh, mendakwa.
kelah (kélah) = perkelahan;
berkelah bersuka-suka dan berjamu beramai-ramai (di pantai dll), berpiknik: ramai pelawat yg datang ~ ke Pantai Port Dickson tiap-tiap hujung minggu;
perkelahan perihal berkelah, piknik: adat bermain pantai ini merupakan suatu ~ kaum tani yg terbesar.
kelahi pertengkaran, perbalahan, pergaduhan; sehabis ~ teringat silat prb setelah selesai sesuatu perkara atau pekerjaan, baru teringat cara yg baik menyelesaikannya;
berkelahi bertengkar, berbalah, bergaduh: riuh-rendah bunyi orang ~;
~ di ekor alahan prb memperdebatkan perkara kecil atau perkara yg sudah selesai; ~ dlm mimpi prb a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja; ~ dgn orang tak berambut prb berkelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya; bagai ~ dlm kapuk (kepuk) prb perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan;
memperkelahikan1. menyebabkan (orang) berkelahi; 2. merebutkan (memperjuangkan) sesuatu dgn berkelahi; 3. melawan berkelahi, menyerang;
perkelahian pertengkaran, perbalahan, pergaduhan: terjadilah ~ hebat antara suami isteri itu.
kelain; mengelainkan menjadikan tersendiri (terasing), memisahkan, mengasingkan;lain.
kelak I (masa atau hari) akan datang, kemudian, nanti: kalau sudah jadi saudagar ~, tentu aku tak akan hina benar lagi di mata orang; ~ kemudian (di) masa hadapan; di akhirat ~ di akhirat nanti.
kelakII Jk kelah.
kelak III;~-kelik Jk kelip-kelip, kedip-kedip.
kelak IV;~-keluk a) keluk-keluk; b) ki selok-belok.
kelak V sj burung, Macrophygia assimilis.
kelakanji sj tumbuhan (rumput);kalakanji.
kelakar I jenaka, gurau senda, lawak, olok-olok, seloroh;
berkelakar berjenaka, bergurau senda, berlawak, berolok-olok, berseloroh: ia ~ dan kami pun ketawa terbahak-bahak.
kelakar II Sr 1. perbualan; 2. omong kosong.
kelakkeling gelang besi yg disarungkan pd jari (utk menambahkan kesan penumbuk).
kelalang sj bekas air yg berleher, gamuh, labu tanah; ~ hampagas sj bekas air yg dindingnya berlapis dua dan terpisah oleh ruang yg tidak berudara supaya cecair di bahagian dalamnya sentiasa mempunyai suhu yg sama.
kelalap Jk mati lemas, tenggelam ke dlm air.
kelalawar Ikelawar I.
kelalawar II sj ikan laut, Antennarius hispidus.
kelalut tidak teratur tumbuhnya (spt belukar dll), tidak berketentuan (percakapannya).
kelam I1. tidak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu
yg ~;2. tidak berapa terang atau jelas kelihatan (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~;~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) ark sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama;
mengelamkan1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadikan (agak) gelap, menyuramkan, menggelapkan;
kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri;
pengelaman perihal atau perbuatan mengelamkan, penggelapan.
kelam II bilah-bilah besi yg digunakan utk memperteguh sambungan balak dll.
kelama;~ hijau sj tumbuhan (rumpai), bayam pasir (tanah), daun serapati, kerak nasi paya, kerenak, kernau, rumput kulang pulut, rumput loh, Alternanthera trianda (sessilis).
kelamai sj kuih yg menyerupai dodol; gelamai.
kelambai, si kelambai Mn sj hantu (gergasi perempuan yg berambut merah);
api si kelambai api kebakaran yg menjalar-jalar; sarung ~ = rambut dijalin ~ rambut yg terlalu kusut; gedembai.
berkelambu memakai (mempunyai) kelambu: tempat tidur yg ~;
mengelambu bergantungan apabila dipakai (kerana terlampau besar atau longgar), geleber, gedoboh; pakaian ~ pakaian yg geleber (kerana terlampau longgar).
kelambu II;angin ~ angin utara; ~ menunggal angin yg bertiup ke utara; ~ sebelah angin yg bertiup ke arah laut; musim ~ menunggal musim angin utara.
kelambu III;pokok ~ sj tumbuhan (herba), ca padang, teh makau, Scorparia dulcis.
kelambur berkedut-kedut, berkerut-kerut, lisut.
kelamin1. pasangan atau jodoh (laki-laki dan perempuan), dua sepasang; katil ~ katil utk dua orang; 2. keluarga (suami isteri dan anak); 3. = alat ~ kemaluan manusia atau binatang (pd laki-laki atau perempuan, jantan atau betina); penyakit ~ penyakit pd kemaluan (lelaki atau perempuan); perhubungan ~ persetubuhan, perhubungan jenis; 4. = jenis ~ jantina, jenis (lelaki atau perempuan, jantan atau betina);
sekelamin1. sepasang (suami isteri), dua sepasang (jantan dan betina); 2. sekeluarga: ran itu didiami oleh ~ orang Sakai;
berkelamin1. berpasangan (lelaki dan perempuan), dua sepasang; 2. bersama isteri atau suami (dan anak): taman bunga masih ramai dgn orang yg bersiar-siaran ~ dan berpasang-pasang;3. beristeri (bersuami), beristeri (bersuami) dan beranak, berkeluarga: ia sudah bosan membujang dan ingin pula hidup ~;
mengelamin mengahwini;
perkelaminan perihal berkelamin, kehidupan sbg suami isteri atau sbg suatu keluarga: kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan, yg hendak mendirikan rumah tangga harus mengetahui hal-hal yg berkaitan dgn ~.
kelam-kabut tidak keruan, tidak tentu arah, kacau-bilau: keadaan pd waktu itu ~; perasaanku ~;
berkelam-kabutberkeadaan (berlaku, bergerak dgn) tidak berketentuan atau teratur, berkacau-bilau: wanita-wanita turut ~ dlm majlis itu;
mengelam-kabutkan menyebabkan kelam-kabut, mengacau-bilaukan: terdapat satu lagi anasir yg dikira tidak bertanggungjawab yg sentiasa ~ keadaan perdagangan.
kelamkari sl kain cita yg berwarna.
kelampadang sj tumbuhan (pokok renek), mempadang, Vaccinium malaccense.
kelampi sj tumbuhan (pokok), kelempayan, Anthocephalus indicus.
kelana I1. pengembara: negeri itu bernama Pandan Salas akan tetapi sudah dialahkan oleh seorang ~ bernama Kuda Nestapa; ~ perajurit perajurit yg mengembara; 2. gelaran kebesaran berasal dr Bugis (mis Datuk Kelana Sungai Ujung);
berkelana = mengelana mengembara, merantau: aku sentiasa miskin, sentiasa ~;
perkelanaan perihal (perbuatan dsb) berkelana, pengembaraan: ia hanya wujud dlm impian utk memungkinkan aku meneruskan ~ ini?
kelana II sj tumbuhan (pokok memanjat), kelunuh, ubi kelonak, Dioscorea prainiana.
mengelapkan;~ mata memejamkan mata sesaat, mengelipkan mata;
terkelap terkedip atau terkelip (mata), tertutup mata seketika (terlena seketika).
kelap II sj tumbuhan (pokok), pokok bantun, rambai hutan (pontianak), Symplocos rubiginosa.
kelapa sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), nyiur, kerambil, Cocos nucifera; jenis-jenisnya: ~ dadih; ~ gading; ~ hijau; ~ puyuh dll; ~ laut sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), Lodoicea maldivica; ~ loji sj kelapa yg lembut isi dan tempurungnya; minyak ~ minyak yg dibuat drpd kelapa kering; tuak ~ sj minuman yg dibuat drpd nira kelapa;
~ bali = ~ sawit; ~ belia = ~ dara pohon kelapa yg baru hendak berbuah; ~ bulan (dimakan bulan) = ~ puan kelapa yg isinya lembut (lunak); ~ kering isi kelapa yg telah dijemur hingga kering (utk dijadikan minyak), kopra; ~ komeng a) kelapa yg tebal sabutnya dan kecil tempurungnya serta nipis isinya; b) ki cakap panjang meleret-leret tetapi isinya tidak seberapa; ~ muda (buah) kelapa yg belum tua dan masih lunak atau lembut isinya (rasa airnya sedap); ~ parut kering kelapa yg telah diparut dan dikeringkan; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), lembah, lumbah, lumbah padi (rimba), Curculigo lotofolia; ~ sawit sj tumbuhan (palma) yg buahnya kecil dan menghasilkan minyak, kelapa bali; ~ tua (buah) kelapa yg sudah tua dan keras isinya; ~ ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda).
kelapayangkelepayang.
kelapung sj tumbuhan (pokok), kelumpang, Streculia foetida.
kelar I 1. bekas atau tanda hirisan (takik, tetakan) yg tidak dalam (spt pd ikan, batang pokok, dll), jalur atau garis luka pd badan (akibat pukulan yg kuat dgn rotan dll); 2. lekuk-lekuk atau gelang-gelang (pd saluran nafas, tubuh lipan, dll); 3. lingkaran (drpd rotan dll);
berkelar bergaris agak dalam (tanda hirisan pisau, bekas pukulan yg kuat dgn rotan);
berkelar-kelar1. berkelar pd beberapa tempat (tanda hirisan, tetakan, dsb); 2. bergelang-gelang, bersekat-sekat (bkn tanduk, badan lipan, dll);
mengelar menakik-nakik, menggaris-garis (agak dalam), menetak atau menghiris (tidak sampai putus): ikan itu dikelar-kelar sebelum digarami;
terkelar dikelar, ditakik-takik, ditetak atau dihiris (tidak sampai putus): leher mayat itu kelihatan ~ selaku leher ayam yg disembelih.
kelar II IB, bp selesai, siap.
kelara;ikan ~ sj ikan laut (anak sembilang), Plotosus canius.
kelarah I1. ulat dlm buah (yg menyebabkan buah busuk); 2. Kl luarnya elok tetapi dalamnya rosak (keledek, ubi kentang, dll).
kelarah II Kl tidak licin (spt papan yg belum berketam), kasap, berkerutu.
kelarai1. corak (anyaman, tenunan, dll) yg berbentuk damdam; 2. Mn simpul di tepi anyaman, sulaman (suji) di tepi kain; ~ sesat taja prb pekerjaan yg dr mulanya sudah salah;
mengelarai1. membuat anyaman (tenunan) yg bercorak damdam; 2. menyimpul pinggir anyaman, menyuji di tepi kain; bongkok dek menganyam, silap (sesat) ~ prb sungguhpun telah cekap dlm sesuatu pekerjaan masih juga membuat kesilapan.
kelas I1. bilik (tempat) belajar, bilik darjah: murid-murid masuk ke ~ beramai-ramai;2. perkumpulan utk mempelajari sesuatu; ~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dll) perkumpulan yg bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara memasak, dll); ~ persediaan kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam; 3. peringkat, tingkatan (pelajaran yg diikuti): pelajar-pelajar ~ rendah;4. golongan atau kumpulan (dlm masyarakat) yg berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (spt taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dll): beliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dlm masyarakat;5. golongan, kumpulan (berdasarkan persamaan pelbagai sifat yg tertentu): manusia termasuk dlm ~ binatang mamalia;6. bahagian, kategori, kumpulan (berdasarkan tingkatannya yg tertentu): pemborong-pemborong ~ E;
~ atasan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling tinggi, mis kaum bangsawan; ~ bawahan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling rendah, mis buruh, petani dsb; ~ dewasa perkumpulan yg terdiri drpd orang-orang dewasa utk belajar membaca dan menulis; ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah; ~ kambing bp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg dikenakan kpd penonton (di panggung wayang dll); ~ kata (Lin) golongan kata; ~ menengah golongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb; ~ pertengahan kelas menengah;
berkelas termasuk dlm kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu): memang terdapat jurang sosial yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah;
berkelas-kelas berasing-asing dlm kedudukan (ada yg tinggi dan ada yg rendah tarafnya), berpangkat-pangkat, bertingkat-tingkat: yg menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~;
mengelaskan membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menentukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu;
pengelasan perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu.
kelas II antara pasang dan surut;
mengelas pasang perbani.
kelas III; mengelas;~ daging mengempukkan daging seketika (sebelum digoreng).
kelas IV; mengelas Kd memilih (buah dll) dgn teliti, membelek-belek utk memilih.
kelasa I1. bonggol pd tengkuk atau punggung binatang (spt lembu, unta, dll), ponok; 2. bonggol di antara tulang belikat kuda.