K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə15/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   ...   42

kelici I sj tumbuhan (akar memanjat), Acacia pseudointsia; ~ rimba sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kuku lang, darah belut, gorek, kulang, maticang, mentiung, tampu, rengat, Mezoneuron sumatranum; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kacang betina, Rourepsis pubinervis.

kelici II 1. buah yg bulat keras (dibuat mainan dll); 2. guli, gundu, kelereng.

kelicukicu.

kelidai sj kayu yg sangat keras;kenidai.

keliding Ph alat utk membuat periuk belanga drpd tanah, gelinding.

kelido Sr senduk (drpd kayu), sudip.

kelih dapat melihat, celik (mata); tidak ~ mau tengok prb mahukan hasil (faedah) tetapi tidak mahu berikhtiar utk mendapatkannya;

mengelih melihat, menyaksikan, mengawasi.

kelik I kelok, liku;

mengelik mengalihkan (menggerakkan, mengelakkan) sedikit tubuh (utk mengelakkan tikaman, pukulan, dll): sebaik-baik sahaja Ali menikam, Kassim pun ~;

mengelikkan mengelakkan atau menghindarkan (tikaman, pukulan, dll) dgn mengelik.

kelik II; terkelik menggerodak, berbunyi (perut) sebab lapar.

kelik III Kl balik, pulang.

kelikah, kelikat tabiat;khalikah.

kelikih, keliki Mn buah betik, kepaya.

kelikir I 1. gelung-gelung rotan, lingkaran-lingkaran (drpd rotan dll) pd kemudi atau tiang kapal; ~ dayung gelung yg mengikat dayung pd keliti atau pemegangnya; 2. gelung (drpd rotan dll) yg dipasangkan (dicucukkan) pd hidung kerbau, kili-kili; kena ~ ki berada di bawah kuasa seseorang, terbelenggu (dikuasai orang); putus ~ rompong hidung prb sengketa yg tidak dapat diselesaikan (diperdamaikan) lagi.

kelikir II = batu ~ batu kecil-kecil (digunakan utk membuat jalan raya); intan disangkakan batu ~ prb tidak tahu menghargai sesuatu;kerikil.

kelik-kelik Mn sj semut yg berbisa;

~ dlm baju, musuh dlm selimut prb musuh berhampiran dgn kita yg boleh menyusahkan (merosakkan) kita.

keliling 1. lingkungan di sekitar sesuatu (benda, tempat, dll); di ~ di kawasan (tempat-tempat dll) yg melingkungi atau melingkari sesuatu, di sekitar: dibubuhnya baja di ~ pokok itu; hutan di ~ kampung itu menghasilkan kayu yg banyak; 2. garis sempadan yg melingkari sesuatu bidang (kawasan dsb): ~ tanah itu kira-kira seribu meter ukurannya; 3. bp = berkeliling;

~-kelalang terlalu asyik dgn sesuatu (lawak dll) sehingga kurang dapat mengawal telatah diri: mak pandai melawak, orang ~ geli hati dibuatnya; pertanyaan ~ pertanyaan-pertanyaan yg dikemukakan setelah selesai sesuatu rapat umum; tujuh ~ sj penyakit kepala (menyebabkan kepala sangat pening);

sekeliling segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar: keadaan ~ senyap sunyi; udara ~ sangat sejuk; di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya): segala apa yg berlaku di ~nya tidak menarik hatinya;

~ pinggang (bkn hutang dll) sangat banyak;

berkeliling 1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu;

mengelilingi 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia;

mengelilingkan membawa berkeliling (dr suatu tempat ke suatu tempat lain atau dr seorang ke seorang hingga berbalik semula ke tempat asal), mengedarkan: seorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu;

pekeliling; jalan ~ jalan yg (mengikut haluan yg) berpusing atau beredar; surat ~ surat rasmi tentang sesuatu perkara yg diedarkan utk pengetahuan umum (atau utk tindakan pihak-pihak tertentu): ~ Perkhidmatan.

kelilip Jw benda yg termasuk ke dlm mata (spt debu, pasir, dll);

kelilipan termasuk ke dlm mata (debu, pasir, dll).

kelim I lipatan pd tepi kain yg dijahit; ~ Betawi kelim dua kali (digunakan pd kain yg halus); ~ lapis sj kelim yg digunakan pd kain kasar; ~ papan sj kelim yg pipih (bagi kain benang yg halus); ~ sambung sj kelim yg digunakan apabila menyambung dua bahagian badan baju; ~ tindih kasih kelim yg di dalamnya dilapik dgn pita;

berkelim ada kelimnya, berlipatan (yg dijahitkan);

mengelim menjahit kelim: kain ini cantik rupanya, senang menjahitnya dan ~ tepinya;

pengelim alat utk mengelim (pd mesin jahit).

kelim II pintalan (pilinan) pd tepi kulit karipap dsb yg telah dicantumkan utk mengejapkan cantumannya (supaya tidak dimasuki minyak dsb).

kelima; ~ paya sj tumbuhan (herba), kesum, kesuma, tebuk seludang, tuba seluang, Polygonum pubescens (fiaccidum).

kelimpanan Mn kelilip.

kelimun himpunan orang ramai, kerumun.

kelimut; kelam-~;kelam I.

kelinang (Muz) sj canang yg digunakan dlm pertunjukan wayang kulit Melayu.

kelinci sj binatang yg mengunggis, arnab, terwelu, Oryctolagus cuniculus.

kelincirgelincir.

kelindan I 1. benang yg masih dipintal, benang bagi tali pemutar jentera atau kincir; 2. tali atau benang berpintal utk menggerakkan jentera (roda penggulung benang); 3. benang jahitan yg sedia tercucuk pd jarum;

jahit sudah, ~ putus prb selesai semuanya; lalu penjahit, lalu ~ prb apabila berhasil usaha yg mula-mula usaha yg berikut pun akan berhasil juga.

kelindan II alat menggulung benang, gelendong.

kelindan III pembantu pemandu lori: ~ lori itu melambai-lambaikan tangannya tiada memberi kami memotong lorinya.

kelindan IV; terkelindan berasa (terasa) tidak puas atau tidak senang hati (kerana atau kalau tidak dapat berbuat sesuatu yg diingini), terkilan, terbuku (dlm hati): spt ada yg ~ dlm hatinya kalau tidak dicakapkannya hal itu.

kelindas Jk tergelek, tergilas;lindas.

kelindinggelinding.

keling I IB paku besi yg berkepala dua (utk melekatkan dua keping besi);

mengeling melekatkan (menyatukan) besi dgn menggunakan keling.

keling II sl sj kapal.

Keling III 1. sl sebuah empayar di pantai Coromandel Semenanjung India, yg disebut Kalinga dan Telingana, yg terkenal dgn pelayar atau pedagang yg datang ke Asia Tenggara seawal abad ke-3: maka kata Bendahara, "Apa maksud Orang Kaya Saudagar datang ke Melaka ini, kerana tanah ~ dan tanah Melaka ini terlalu jauh pelayaran?"; 2. sl panggilan bagi orang (pedagang, pelayar) yg berasal dari Kalinga dan Telingana yg datang ke Tanah Melayu seawal abad ke-3: adapun pd masa itu Holanda dan orang Cina dan orang ~ pun semuanya datang persembahkan segala permainannya berbagai-bagai rupanya dan lakunya; 3. Kd, Pn orang India yg beragama Islam; ~ pelikat orang India yg beragama Islam.

kelingkamkerikam.

kelingsir I Jk penyakit burut (menyebabkan buah pelir menjadi besar).

kelingsir IIgelingsir.

kelinjat Mn ark; terkelinjat-kelinjat tergerak-gerak (gementar) tubuhnya kerana terperanjat.

kelintang buah kelur;kelentang.

kelintar Jw; kelintaran, berkelintaran berjalan (bergerak) berkeliling atau berulang-alik, bergerak ke sana sini: segala unggas mergastua berterbangan dan berkelintaran mencari mangsanya.

kelinting I Jw = kelintingan sj loceng kecil, giring-giring.

kelinting II sj tumbuhan (pokok), kelating, Campnosperma griffithii.

kelip I = kelipan;

sekelip; ~ mata sekejap mata (sekedip mata), sesaat: dgn ~ mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang;

berkelip, terkelip tertutup sesaat sebelum terbuka semula (bkn mata), berkedip, terkedip; tidak ~ tidak tertutup (mata) seketika pun (spt mata orang yg sedang merenung sesuatu);

berkelip-kelip, terkelip-kelip kejam (pejam) celik dgn pantas (bkn mata), seketika terang seketika padam (bkn lampu), berkedip-kedip, terkedip-kedip (bkn mata, lampu, dll), gemerlapan (bintang dll): matanya terkelip-kelip spt orang kesilauan;

berkelipan berkilauan, gemerlapan: bintang-bintang nampak ~ di angkasa;

mengelipkan; ~ mata mengejamkan mata sesaat sahaja (dan membukanya kembali), mengedipkan mata, mengejapkan mata;

kelipan perihal berkelip, gerakan (mata) berkelip, kejapan (mata dll): bertemulah dua pasang mata tanpa ~, membayangkan isi hati; kerlip I.

kelip II = wang ~ Id sj duit syiling (bernilai 5 sen).

kelip-kelip I sj serangga yg bersayap (tubuhnya mengeluarkan cahaya yg berkedip-kedip); bagai ~ terbang malam prb rahsia yg sudah diketahui orang.

kelip-kelip II sj kertas berkilat (berwarna emas, perak, dll) yg dibuat perhiasan, jemeki, kida-kida, labuci.

kelipar Igelipar.

kelipar II Kl 1. alpa, cuai, lalai (hingga menyebabkan kehilangan atau kecurian sesuatu); 2. berjumpa, bertemu.

kelipat Mn lipatan, kelepet;

berkelipat berlipat; tak ~ perut prb tidak boleh menyembunyikan sesuatu atau menyimpan rahsia.

kelipuh sj tumbuhan;kelipuk.

kelipuk sj tumbuhan (herba air dan bunganya), kelipuh, ati-ati payah, seroja biru, telepuk, teratai kecil, tunjung biru, Nymphaea stellata; ~ padang sj tumbuhan (herba), keladi air, Sagittaria guayanensis.

kelipuk-kelipuk Pr terkelip-kelip, terkedip-kedip, kejam celik (mata).

kelir I 1. tirai wayang kulit, tirai (layar putih) utk tayangan wayang gambar; 2. ki sesuatu (helah, muslihat, dll) utk menyembunyikan tujuan yg sebenar; bermain di belakang ~ prb memimpin dgn diam-diam (secara sulit).

kelir II IB, bp warna; potelod ~ pensel berwarna;

dikelir diwarnai (dgn cat dll).

keliru 1. salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan): sikap masyarakat yg ~ mengenai pergaulan pemuda-pemudi adalah dikesalkan; ~ tangkap salah tangkap; 2. tertukar (kerana menyangkakan yg lain itu miliknya): ~ dgn barang orang lain;

mengelirukan 1. menyebabkan keliru, mengacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya;

terkeliru tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis;

kekeliruan kesalahan (pd membuat anggapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusutan: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu;

pengeliruan perbuatan mengelirukan: penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam.

kelis; mengelis mengalihkan (mengetepikan) diri dgn pantas (utk mengelakkan pukulan dll), mengelik, mengelit.

kelisa I; kacang ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang botor, kacang belimbing, Psophocarpus tetragonolobus.

kelisa II sj ikan darat, Scleropages formosus.

kelisa III ark gereja, rumah berhala.

kelit; berkelit mengalihkan (mengetepikan) diri dgn pantas (utk mengelakkan pukulan, memberi laluan kpd seseorang dll), mengelik, menyisi,

berkelit-kelit mengelik berkali-kali, berkali-kali menghindarkan (mengalihkan) diri dgn pantas;

mengelit mengundurkan (mengalihkan) diri dgn pantas (utk mengelakkan pukulan, tikaman, dll), mengelik, mengelis;

mengelitkan mengelakkan atau menyisikan (diri) dgn pantas, mengundurkan atau menyembunyikan (diri) dgn cepat, mengelikkan.

keliti penyangkut pengayuh (dayung) di sisi perahu; kediti.

kelitik Jw; wayang ~ wayang yg menggunakan patung kayu.

keliutkeriut II.

keliwat terlalu, terlampau;lewat.

kelkah Kl penyelak pintu.

kelmarin 1. sehari sebelum hari ini, semalam: hari ini hari Khamis, ~ hari Rabu; 2. dua hari sebelum hari ini, sehari sebelum semalam: hari ini hari Khamis, jadi ~ hari Selasa; 3. beberapa hari (minggu) yg lepas: dia sedang dirawat di rumah sakit kerana dilanggar kereta ~;

~ dulu Kd, Pn dua hari sebelum hari ini; ~ dulu balik sana Kd tiga hari sebelum hari ini.

kelobak Mn; terkelobak terkeloyak, terkupas (kulit);kobak I.

kelobot Jw kelongsong jagung (utk menggulung rokok).

kelocak I; mengelocak mengelupas (kulit dll), terkelupas.

kelocak II; berkelocak bergoncang (mis cecair di dlm bekas yg digoncangkan);kocak I.

kelodak kotoran spt habuk tanah, lumpur, pasir dsb yg mendak dan berkumpul di dasar sungai, longkang dsb;

berkelodak mengandungi atau dicemari kelodak: air lebihan yg ~ mengalir terus ke sungai sehingga boleh merosakkan banyak hidupan akuatik;

pengelodakan pembentukan atau pengenapan kelodak: sebahagian besar ~ disebabkan pembangunan kerja tanah yg tidak terkawal oleh pemaju dan kontraktor yg tidak bertanggungjawab.

kelodan 1. = panah ~ sl sj panah; 2. sj bintang yg bergerak, tahi bintang.

kelohokgelohok.

keloi I sj tumbuhan (pokok renek), rami (seratnya dibuat tali), a) Bohemeria nivea; b) Bohemeria tenacissima.

keloi II Kd; alat ~ alat perhubungan elektronik utk memanggil seseorang; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memanggil seseorang melalui alat elektronik;

mengeloi memanggil.

kelok (kélok) liku, selekoh (jalan): setelah ia hilang di ~ jalan, barulah kedua-duanya berpaling arah ke dlm rumah; kelang-~ berliku-liku (bkn jalan, sungai);

berkelok = mengelok bertukar haluan (ke kanan atau ke kiri), berbelok, membelok: Tuan Hess ~ ke lorong arah pintu salun diikuti oleh
Encik Ramli;


berkelok-kelok 1. banyak liku, berselekoh-selekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam;

mengelok berkelok;

mengelokkan 1. menjadi melengkung, melengkungkan, membengkokkan: ~ dawai; 2. mengubah haluan (ke kanan atau ke kiri), membelokkan.

kelokakkeloyak.

kelokok bunyi ayam belanda;

berkelokok mengeluarkan bunyi kelokok (bkn ayam belanda), berbunyi kelokok: ayam belanda itu ~ apabila diusik oleh budak-budak.

kelola; mengelola mengarah dan mengawal (supaya sempurna perjalanan sesuatu, spt perusahaan, pejabat, dll), mengurus, menyelenggara: pegawai-pegawai yg mengikuti kursus itu diajar cara-cara merancang, ~ dll supaya mereka menjadi pengurus yg cekap;

mengelolakan mengarah dan mengawal perjalanan sesuatu (spt perusahaan, pejabat, dll), menyelenggarakan: kursus tersebut dikelolakan oleh setiausaha kesatuan itu; diperlukan seorang yg berpengalaman utk ~ perusahaan baru itu;

kelolaan arahan dan kawalan, selenggaraan: susunan pentadbiran diatur semula di bawah ~ pegawai-pegawai kanan;

pengelolaan perihal mengelola(kan), pengarahan dan pengawalan, pengurusan, penyelenggaraan: beliau bertanggungjawab tentang perancangan dan ~ siaran agama melalui radio; ~ ladang pengurusan (penyelenggaraan) ladang;

pengelola orang yg mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan.

keloloh Kd, Pn kurang sopan atau tertib (kelakuan atau perkataan), tidak senonoh.

kelolong; terkelolong sl termengkelan.

kelom IB, bp kasut kayu, bakiak, terompah; kelum II.

kelombeng (kelombéng) Jk sj kuih (roti).

kelomet (kelomét)kelumit.

kelompang 1. kulit telur (buah dll) yg tidak berisi; 2. kosong (tidak berisi); 3. kecewa, hampa;

kelompangan keadaan kosong, kekosongan.

kelompok himpunan (beberapa orang, binatang, benda, dll), kumpulan (yg kecil bilangannya, jumlahnya, dsb), gugusan (awan, bintang): di langit kelihatan ~-~ awan hitam bergerak perlahan-lahan menuju ke selatan; ~ bintang (pulau) gugusan bintang (pulau); ~ kata beberapa perkataan yg dianggap sbg satu kumpulan (ikatan), rangkai kata;

berkelompok bersatu (berhimpun, bergabung) menjadi kelompok (golongan kecil dll), berkumpul (bkn orang dll), (berada) berdekatan atau berdampingan hingga merupakan suatu kelompok atau kumpulan kecil: beberapa orang pekerja berehat ~ di bawah pokok;

berkelompok-kelompok berhimpun atau berkumpul (terhimpun atau terkumpul) di dlm beberapa kelompok: pekerja-pekerja tersebut diasing-asingkan ~ menurut tugas masing-masing;

mengelompokkan menyatukan (mengumpulkan dsb) menjadi kelompok atau beberapa kelompok, membahagikan (mengasingkan) kpd beberapa kelompok atau kpd kelompok-kelompok tertentu, menjadikan berkelompok atau berkelompok-kelompok: usaha ~ ilmu kpd bidang-bidangnya adalah utk tujuan pembentukan istilah dan perkamusan;

kelompokan kelompok (himpunan, kumpulan kecil);

kekelompokan perihal atau keadaan kelompok;

pengelompokan perihal (perbuatan dsb) mengelompokkan.

kelompong bahagian telefon tempat diletakkan gagangnya: dia menyangkutkan kembali gagang telefon itu pd ~nya.

kelon Jw; mengeloni mendakap (memeluk) anak dll sambil berbaring;elon.

kelona, kelonak sj tumbuhan (pokok memanjat) akar kakup, kenana, Dioscorea spp.; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar (rebanar), akar lampu bukit, Smilax megacarpa; akar ~ betina sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar gadung tikus, banar (canar) babi, gadung jantan, Smilax helferi.

kelonek (kelonék)kelonet.

keloneng (kelonéng) bunyi spt bunyi loceng dll.

kelonet (kelonét); sekelonet sangat sedikit, sangat kecil, sekelumit.

kelong (kélong) I sj belat ikan yg terbahagi kpd beberapa sekatan atau kurung: ikan-ikan yg melalui ~ itu terperangkap di dalamnya.

kelong (kélong) II ark sj pantun Bugis;

berkelong berpantun cara Bugis, menyanyikan kelong.

kelong (kélong) III 1. Kl, Tr tipu, kecoh; 2. Tr berkepul-kepul (bkn asap): kamu membakar apa, sampai ~.

kelongkang kayu dll yg dipasang pd leher kerbau atau lembu utk mencegahnya pergi (merayau) ke mana-mana.

kelongkong 1. tempurung kelapa yg masih lembut; nyiur ~ nyiur yg masih muda (isinya nipis dan lunak); 2. = kelongkongan buah kelapa yg sudah dimakan tupai; kelengkuk.

kelongsong pembalut atau pembungkus yg berbentuk bulat torak (spt bentuk silinder) atau bulat tirus (spt bentuk kon), belongsong: kacang goreng itu segera dimasukkannya ke dlm ~ kertas;

~ azimat kelongsong logam berisi azimat yg dipakai sama ada di lengan, leher atau pinggang; ~ jagung daun yg membalut tongkol jagung; ~ sirih tempat sirih (yg bulat dan panjang bentuknya), jorong; ~ ular kulit nipis yg tertanggal ketika ular bersalin kulit, selumur ular.

kelongsorgelongsor.

kelonsong kelongsong.

kelontang 1. bunyi spt bunyi tin dipalu; 2. sj alat yg dibunyikan utk menghalau atau menakutkan burung (di bendang dll).

kelontong I sj alat yg digunakan oleh penjaja (utk menarik perhatian pembeli), kelentong; barang-barang ~ barang-barang kecil utk penggunaan hari-hari (spt benang, jarum, sikat, dll); kedai (toko) ~ kedai (toko) yg menjual barang-barang kelontong; tukang ~ penjaja (penggalas) barang-barang kelontong.

kelontong II Kl, Tr 1. buah (spt durian, kelapa, dll) yg telah ditebuk dan dimakan isinya (oleh binatang); 2. ki telah dicabuli (gadis), sudah hilang gadisnya, bernoda; 3. ki kosong, tidak berisi (bkn karangan, percakapan, dll).

kelonyor; air (minyak) ~ bp sj air yg harum baunya (eau-de-Cologne).

kelop bp cocok (sesuai), tepat, tidak berlainan; klop.

kelopak I sesuatu yg tipis yg menjadi penutup atau pembalut;

~ buluh (rebung) pembalut buluh (rebung) yg masih muda;~ bunga bahagian yg berwarna terang pd bunga; ~ jantung pembalut jantung pisang; ~ mata bahagian di antara kening dgn mata (yg menutupi mata), pelupuk mata; ~ salak kulit buah salak;

spt ~ pandan prb menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan: betisnya spt ~ pandan, lehernya spt gambar dilarik; tinggal ~ salak prb habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm perniagaan);

berkelopak mempunyai kelopak;

mengelopak, terkelopak terbuka (terkembang) kulit penutupnya.

kelopak II; burung ~ pinang sj burung, Sitta frontalis.

kelorah keruh, kotor (air).

kelorak sj tumbuhan (pokok memanjat); rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput kelurat, rumput kerurut, Lophatherum gracile.

kelorek (kelorék) Kl, Tr sangat berkira-kira dlm membelanjakan wang, bakhil, kedekut, kikir: saudagar itu ~ orangnya.

kelos IB gelendong, kumparan, gulungan benang.

kelotak; mengelotak mengopek (mengupas) kulit buah yg keras, mengelotok, menggelotak; ~ kelapa mengopek (menanggalkan) tempurung buah kelapa drpd isinya; gelotak, kelotok.

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin